You are on page 1of 5

Masalah Remaja

Vandalisme
Perbuatan yang merosakkan segala benda awam merupakan
vandalisme.Di Malaysia pelbagai kemudahan diberikan oleh kerajaan
kepada rakyat tetapi malangnya kenbanyakan daripada kemudahan awam
yang disediakan ini rosak.Hal ini disebabkan oleh sekumpulan remaja yang
tidak bertanggungjawab asyik merosakkan kemudahan awam ini dengan
sewenang-wenangnya.Selain itu,kita dapat mendapti berita bahawa orang
yang terkorban dalam kebakaran ataupun mati akibat tidak sempat untuk
mendapat rawatan di hospital.Salah satu faktor yang menyebabkan
kejadian di atas berlaku adalah vandalisme.Telephone awam yang sudah
dirosakkan menyebabkan kita tidak dapat membuat panggilan untuk
mendapatkan bantuan perubatan serta paip yang sudah dirosakkan
menyebabkan bomba tidak boleh mendapat bekalan air untuk
memadamkan api dan akhirnya membawa kepada berlakunya tragedi.

Sebab-sebab
1. Pengaruh kawan
Selepas kajian dijalankan,kita mendapati bahawa kebanyakan remaja
yang melakukan vandalisme adalah dipengaruhi oleh kawan.Demi
mengeratkan hubungan di antara kawan, mereka sanggup mengikut apa
yang dilakukan oleh kawan mereka untuk menunjuk bahawa mereka
mementingkan persahabatan itu.
2. Amalan moral yang kurang baik
Ajaran moral walaupun tertakluk di bawah tanggungjawab pihak sekolah
tetapi ibubapa juga harus membantu hal ini.Apabila pakar-pakar mengkaji

tentang vandalisme,mereka mendapati bahawa remaja-remaja ini tidak


diberi ajaran yang betul dan mereka beranggapan bahawa vandalisme
adalah perkara yang remeh-temeh sahaja.
3. Sebagai cara untuk meluahkan ketidakpuasan
Mereka yang tidak berpuas hati dengan pelbagai perkara menggunakan
vandalisme sebagai satu cara untuk melegakan perasaan
mereka.Golongan ini akan menconteng di kemudahan awam dan dindingdinding di jalanraya.
Kesan-kesan
1. Imej negara dijejaskan
Apabila pelancong-pelancong melawat ke negara kita,ia akan memberi
kenangan yang tidak baik kepada pelancong tersebut.Mereka pastinya
akan menceritakan kepada kawan mereka tentang apa yang mereka
lihat.Hal ini menjejaskan pandangan negara lain terhadap Malaysia.
2. Beban kepada rakyat dan negara
Barang yang rosak memerlukan kos untuk memperbaiki dan
mengganti.Maka,vandalisme akan meningkatkan budjet negara untuk
memperbaki barang-barang yang dirosakkan.

Langkah-langkah
1. Memberi hukuman yang lebih berat
Pihak berkuasa harus mengenakan hukuman yang lebih berat dan bukan
hanya memberi saman sahaja.SElain itu,kepada mereka yang sentiasa
mengulangi kesalahan tersebut harus dipenjara supaya mereka tidak
berani lagi untuk mengulangi kesalahan tersebut.
2. Bimbingan kaunselling harus diberi
Bagi mereka yang sentiasa melakukan perkara seperti ini,bimbingan
kaunselling perlu diberi untuk mendapat ahu kenapa mereka berbuat
begitu dan masalah yang dihadapi.Dengan ini,kita dapat membantu
mereka menyelesaikan masalah mereka yang seterusnya membawa
kebaikan kepada orang ramai.

Gejala Ponteng

Pelajar merupakan pemimpin kepada negara pada masa akan datang


memperlihatkan betapa pentingnya pelajar kepada negara dan pelajarpelajar kita terdiri remaja-remaja yang bakal menjadi pucuk

kepimpinan.Sayangnya,remaja-remaja sebagai pelajar asyk ponteng


sahaja dan ia telah menjadi masalah yang serius di kalangan remaja masa
kini.Selepas ponteng,mereka akan menghabiskan masa mereka di
kompleks beli-belah dan pusat-pusat hiburan.
Sebab-sebab
1. Hilang minat dalam pelajaran
Bukanya semua pelajar mempunyai tahap kefahaman yang sama dan di
kalangan mereka adanya yang lemah.tetapi,golongan pelajar sentiasa
diabaikan oleh guru menyebabkan mereka hilang minat.Selain itu,mereka
diabaikan malah dipandang rendah oleh cikgu mereka kerana tidak
cemerlang dalam pencapaian akademik mereka.
2. Pengaruh daripada rakan-rakan
Ada di kalangan mereka yang ponteng kerana dipengaruhi oleh kawan
mereka.Mungkin mereka akan menolak permintaan pada permulaan tetapi
kawan mereka akan mula menjauhi mereka.Demi meneruskan hubungan
mereka sebagai kawan,mereka terpaksa ikut jejak rakan mereka ponteng
kelas.
3. Pengabaian peranan ibubapa dalam pelajaran anak mereka
Ibubapa yang sibuk kerja untuk mencari rezeki kuran mengambil tahu
tentang apa yang dilakukan oleh anak mereka di sekolah.Hal ini memberi
peluang kepada pelajar ponteng sekolah.
Kesan-kesan
1. Masalah sosial meningkat
Pelajar yang ponteng ini akan melibatkan di mereka yang tidak sihat
seperti gengsterisme vandalisme dan lain lain.Golongan pelajar ini akan
membawa masalah kepada masyarakat kita dan jika tidak diselesaikan
dengan segera akan menpengaruhi pembangunan negara.
2. Pelajar tidak dapat mengikuti pelajaran di sekolah
Akibat daripada tabiat ponteng itu,golongan remaja ini tidak dapat
meneruskan pelajaran mereka kerana mereka jauh
tertinggal.Kemungkinan juga golongan ini akan menganggur kerana
mereka tidak dapat bersaing dalam keadaan yang penuh dengan
persaingan.

Langkah-langkah
1. Peranan pihak sekolah

Dalam usaha kita untuk menyelesaikan masalah ini,pihak sekolah


memainkan peranan yang paling penting.Pihak sekolah harus memberi
perhatian terhadap kehadiran pelajar-pelajar dan mengambil tindakan
yang sewajarnya terhadap pelajar yang tidak mencapai tahap yang
memuaskan dalam kehadiran mereka.Pelajar yang ditangkap ponteng
harus dihukum dengan berat sebagai amawan keras kepada yang lain.
2. Peranan ibubapa
Ibubapa harus mengambil berat terhadap pelajaran anak mereka
termasuklah memastikan anak mereka sentiasa hadir di sekolah.Apabila
pihak sekolah mendapati anak mereka ponteng,mereka harus memberi
kerjasama dengan berjumpa dengan pihak sekolah untuk menyelesaikan
masalah tersebut.

You might also like