You are on page 1of 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA KEDAH

JURNAL PRAKTIKUM

NAMA PELAJAR :

ERIC SHAM SAMIT

KURSUS & AMBILAN :

PISMP PEMULIHAN AMBILAN JAN 2012

TEMPOH PRAKTIKUM :

8 MINGGU ( 13 JULAI 11 SEPT 2014)

PENGKHUSUSAN :

PEMULIHAN BM/MT

NAMA GURU PEMBIMBING :

CIKGU NORMA/ EN SHUKERI

NAMA PENSYARAH PEMBIMBING :

CIK OOI SIEW TIN/ EN MOHD SHAFIEE

CATATAN MINGGU KE: (2).TARIKH : 20 JULAI HINGGA 24 JULAI 2014

Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan

Semasa minggu pertama saya menjalani Praktikum Fasa 1 ini, saya telah
menjalankan dua jenis ujian diagnostik iaitu Ujian Diagnostik Bahasa Melayu dan Ujian
Diagnostik Matematik. Selepas saya menjalankan pemerhatian dan analisis ujian
diagnostik, saya mendapati bahawa terdapat sebilangan murid yang memiliki
kemahiran yang berbeza dan terdapat segelintir daripada mereka memiliki kemahiran
yang hampir sama.
Semasa melaksanakan ujian diagnostik kepada murid-murid pemulihan, saya
terdapat beberapa masalah yang saya hadapi. Antaranya ialah soalan-soalan yang
terdapat dalam ujian diagnostik yang diberikan kepada murid terlalu banyak

memandangkan ia merangkumi semua kemahiran. Sebagai contoh, ujian kemahiran

menulis terlalu banyak kerana merangkumi kemahiran menulis huruf, perkataan, ayat
mudah, ayat majmuk dan petikan mudah. Implikasinya, ini bukan sahaja menyebabkan
masa yang tidak mencukupi untuk menyiapkan ujian malah menyebabkan murid-murid
cepat berasa bosan dan penat.
Selain itu, masalah lain yang saya hadapi sewaktu melaksanakan ujian
diagnostik adalah masalah disiplin dan tingkah laku murid. terdapat segelintir murid
yang tidak mendengar arahan, terlalu bermain dan menganggu rakan semasa
menjawab ujian. Hal ini menyebabkan ujian ini lama untuk disiapkan.

Analisis masalah/Isu/peristiwa
Menurut Zulkifli Hamid (2006), Ujian Diagnostik merupakan ujian yang
dilaksanakan untuk mengenalpasti masalah-masalah khusus atau tertentu yang besar
kemungkinan bakal dihadapi oleh murid-murid yang dikategorikan sebagai murid
kumpulan pemulihan. Setelah mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi murid,
tindakan susulan seperti kelas pemulihan boleh dilaksanakan. Ujian yang berterusan
akan terus diberi sepanjang kelas pemulihan dilaksanakan untuk mengenal pasti
perubahan dan pencapaian murid-murid yang sedang menjalani pendidikan pemulihan.
Untuk ujian diagnostik tiada skor atau gred diberikan kepada murid-murid.
Ujian diagnostik yang dilaksanakan kepada murid pemulihan perlu dilaksanakan
dengan sistematik dan berkesan supaya hasil analisis ujian diagnostik tersebut adalah
tepat dan betul. Hal ini amat penting supaya saya dapat mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan murid supaya sebuah rancangan pengajaran yang sesuai dan memenuhi
keperluan murid dapat dilaksanakan. Dalam kalangan murid, ada di kalangan mereka
kelihatan penat, bosan dan mengganggu rakan lain. Di samping itu, ada juga
memerlukan bimbingan penuh untuk melakukan ujian diagnostik ini terutamnya
daripada aspek memahami kehendak soalan. Kesilapan saya adalah memberikan ujian
yang terlalu banyak sekaligus dan bukan satu persatu. Saya juga tidak peka dengan

masalah murid yang tidak memahami kehendak soalan. Seharusnya saya perlu
memastikan murid memahami kehendak soalan agar pelaksanaan ujian ini lebih
berkesan.

Cadangan Penyelesaian
Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan ujian diagnostik ini dapat
dilaksanakan dengan berkesan ialah:
a) Guru perlu mengawal tingkah laku murid yang bermasalah dengan memberi
teguran dan nasihat. Jika perlu, guru boleh memberi peneguhan negatif atau
menghukum murid dengan dendaan yang sesuai.
b) Guru juga hendaklah sentiasa memerhatikan tingkah laku murid serta memanggil
nama murid tersebut agar murid itu tahu bahawa dirinya diperhatikan.
c) Guru perlu mempelbagaikan bentuk dan aras soalan supaya murid tidak berasa
bosan dan tahap kemahiran berfikir mereka dapat diuji.
d) Guru perlu sentiasa memberikan peneguhan dan ganjaran seperti puji-pujian dan
hadiah supaya mereka semakin bermotivasi untuk melaksanakan ujian.
e) Menjarakkan dan memisahkan tempat duduk murid yang bermasalah supaya murid
tersebut tidak dapat menganggu rakan-rakan yang lain.
f) Guru hendaklah membaca arahan dan kehendak soalan dahulu kepada murid
supaya murid dapat melaksanakan ujian dengan berkesan.
g) Guru perlu memastikan ujian yang dibina mencakupi semua kemahiran supaya
pengetahuan sedia ada mereka dapat diuji sepenuhnya.
h) Guru perlu berbincang dan bertanya kepada guru pemulihan sekolah untuk
mengumpul maklumat tentang tahap penguasaan kemahiran murid jika murid tidak
menduduki ujian diagnostik.

Tempoh penyelesaian

20/07/2014 hingga 24/07/2014

Tindakan susulan
Murid-murid harus diberi nasihat yang berterusan. Guru-guru perlu memantau masalah
disiplin dalam kalangan murid agar mereka tidak melakukan tingkah laku yang negatif.

Kesimpulan
Ujian Diagnostik merupakan satu perkara penting yang perlu dilaksanakan oleh
seseorang guru pemulihan dalam mengenalpasti daerah-daerah kelemahan dan
kekuatan seseorang murid supaya guru dapat merancang rancangan pengajaran yang
sesuai dan memenuhi keperluan murid. Dengan ini, masalah yang dihadapi olehmurid
dalam pembelajaran dapat diatasi dengan tindakan susulan yang sesuai. Sehubungan
itu, guru pemulihan akan dapat menetapkan sasaran dan target untuk memulihkan
kelemahan penguasaan pembelajaran murid. Oleh itu, pelaksanaan ujian diagnostik
perlulah dilaksanakan dengan baik kerana iai penitng bagiguru pemulihan dalam
merancnagan pengajaran yang efektif.

Pandangan / komen guru pembimbing

............................................................................................................................................

...
Tarikh : ............................................. Tandatangan : .............................................

Nama : .........................................................
Pandangan / komen pensyarah pembimbing
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
Tarikh : .............................................. Tandatangan : ..............................................
Nama : ........................................................

You might also like