You are on page 1of 6

TEKS UCAPAN

SEMPENA
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN SUKAN ANTARA BADAN-BADAN
BERKANUN
DI KOMPLEKS SUKAN KOTA KINABALU
PADA 7 NOVEMBER 2008

Y.Bhg. Semua Setiausaha Tetap Kementerian


Yang Berhormat Datuk Louis Rampas, Pengerusi Lembaga Sukan Negeri Sabah,

Yang Berhormat Semua Pengerusi Badan Berkanun Y. Bhg. Encik Mahmood

Kalong
Pengurus Besar, Lembaga Sukan Negeri Sabah merangkap Pengerusi Pengelola
Kejohanan Sukan Dwi Tahunan Antara Badan-badan Berkanun NegeriSabah yang
pertama
Y.Bhg. Semua Ketua-ketua Badan Berkanun
Pengurus- pengurus Pasukan, Jurulatih dan atlet yang saya hormati
Salam sejahtera,
Syukur kerana dapat bersama di Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Sukan Dwi
Tahunan Antara Badan-badan Berkanun yang ju ung ka inya diadakan.
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa pengelola
2

Kejohanan Sukan yang pertama ini kerana sudi menjemput saya untuk hadir pada
majlis pada malam ini dan seterusnya menutup dengan rasminya karnival sukan ini.
Para hadirin sekalian
Saya amat berbesar hati dan merasa gembira kerana pada akhirnya kita dapat
menganjurkan satu acara/karnival sukan yang sama-sama disertai oleh anggota dari
Badan- badan berkanun Negeri Sabah untuk pertama kalinya ini.
Syabas dan tahniah kepada ahli-ahli Jawatankuasa Pengelola yang diterajui oleh
Lembaga Sukan Negeri Sabah atas komitmen dan kesungguhan dalam menjayakan
karnival sukan ini. Perkara ini menunjukkan kepada kita semua bahawa semangat
muafakat yang padu di kalangan warga Badan-badan Berkanun di negeri ini mampu
untuk melahirkan satu bentuk kerjasama yang sangat besar ertinya sehingga dapat
menjayakan karnival sukan ini. Karnival ini hanya merupakan acara biasa dimana kita
semua berpeluang untuk sama-sama memerah tenaga untuk menyatakan komitmen kita
kepada pasukan yang kita wakili. NAMUN begitu bagi saya apa yang lebih signifikan
disini ialah kejayaan menganjurkan acara ini adalah sebagai menifestasi dari semangat
setiakawan, semangat muafakat dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu tujuan yang
sama-sama dikongsi oleh AJK iaitu untuk menjadikan penganjuran carnival yang
pertama kali sebagai acara yang berjaya dan boleh dibanggakan. Dengan itu, saya
3

berharap(tuan-tuan juga demikian) semangat muafakat ini akan menjadi amalan kita
semua dalam kita menjalankan tugas masing-masing untuk memenuhi misi yang samasama kita kongsi iaitu memajukan dan memakmurkan negeri kita untuk kesejahteraan
rakyat. Umpama kata peribahasa Muafakat Membawa Berkat. Setiap kerja yang
dilakukan dengan niat ikhlas dan dilengkapi dengan semangat muafakat saya ytakin
akan membawa kejayaan.
Para hadirin sekalian
Disamping itu, Sukan adalah merupakan satu
andasan untuk menyumbang
kepada(nilai yang positif) seperti semangat pertandingan yang sihat, muhibah, sikap
tolak ansur/toleransi , kesefahaman dan pembinaan moral dan fizikal yang lebih
berkualiti. Tegasnya, sukan mampu memberi manfaat yang amat besar terhadap
individu dan organisasi.
Saya juga amat gembira kerana kesemua agensi Badan- badan Berkanun Negeri Sabah
mengambil bahagian dalam kejohanan/ karnival sukan ini walaupun tidak semua
menyertai kesemua 9 jenis sukan yang dipertandingkan. Mungkin disebabkan carnival
4

kali ini adalah yang pertama maka ada antara kontinjen yang belum bersedia untuk
menyertai sepenuhnya. Kita harap di carnival akan datang akan menyaksikan
penyertaan yang sepenuhnya oleh kesemua Badan- Badan Berkanun di negeri ini.
Penganjur carnival ini yang akan datang perlu memikirkan satu cara untuk menarik
lebih banyak penyertaan dan berusaha untuk menjadikan kejohanan Sukan Antara
badan-Badan Berkanun ini sebagai acara yang dinanti- nanti oleh para peserta dengan
mengambilkira menfaat yang boleh diperolehi melaluinya.
Para hadirin seka ian,
Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih dan syabas Jawatankuasa
Pengelola Karnival Sukan ini kerana menjemput saya dan atas kejayaan
penganjurannya.
Kepada pasukan-pasukan
yang menang,
saya ingin
mengucapkan tahniah dan kepada pasukan yang belu
m
5

bernasib baik jangan putus asa, tingkatkan usaha, cuba dan cuba lagi.
Dengan kata-kata itu, saya dengan sukacitanya
Kejohanan Sukan Antara Berkanun Kali yang
2008 ini.

merasmikan
Badan-badan

Majlis Penutupan
pertama tahun

Sekian dan terima kasih.

You might also like