You are on page 1of 6

WARKAH DARIPADA IBU

(ROHANI DERAMAN)
Sinopsis

Mira telah menerima warkah daripada ibunya. Hampir setahun Mira dan adik-adiknya tinggal
di kampung bersama dengan datuk dan neneknya.

Keputusan

ibu dan ayahnya

menghantar Mira untuk tinggal dengan datuk dan neneknya telah menimbulkan seribu
persoalan. Namun ibunya tidak dapat menjawab persoalan tersebut. Ibu Mira berharap
agar suatu hari nanti Mira akan faham tindakan ibu dan bapanya itu. Mira dan keluarganya
telah bersiap untuk ke rumah datuknya di kampung. Mereka sampai ke kampung datuknya
menjelang senja. Pada malam hari mereka semua telah tidur berderetan di ruang tamu
walaupun neneknya telah menyiapkan bilik untuk mereka. Mereka tidur dengan nyenyak
sekali kerana kepenatan seharian dalam perjalanan. Keesokan harinya, apabila ibu dan
bapanya berangkat pulang, perasaan sayu dan hiba mula dirasai oleh Mira. Namun adikadiknya kelihatan riang kerana perpisahan dengan ayah dan ibu tidak begitu bermakna
kepada adik-adiknya. Nenek telah mengajak Mira ke kedai untuk memperkenalkan Mira
dengan rakan-rakan sebaya Mira serta mengenali. tempat di kampung neneknya itu.
Bermula dengan perkenalan dengan Suzana di kedai, Mira mula mengenali kawan-kawan
barunya yang lain.

Mira mula bersekolah dan mengulangkaji pelajarannya. Dalam

keheningan subuh yang syahdu serta bunyi kokok ayam sahut-menyahut, Mira membaca
sekali lagi surat yang dikirim oleh ibunya.
Dalam surat tersebut, ibunya berdoa agar Mira dan adik-adiknya sentiasa dilindungi
Allah. Persoalan yang tidak terjawab oleh ibu Mira sebelum ini telah dinyatakan di dalam
surat tersebut. Masalah sosial yang melanda masyarakat kota begitu menghantui dan
menakutkan ibunya. Manakala corak pergaulan dan persekitaran di kampung masih yang
terbaik kerana masih mengekalkan amalan dan ciri-ciri hidup masyarakat berharmoni.
Ibunya mengimpikan anak-anak yang soleh. Di kampung, Mira lebih terdedah kepada nilainilai moral. Walaupun sejak kecil ibu dan bapa Mira memanjakan dengan kemewahan,
namun tidak bererti ibu dan ayahnya mahu lepas tangan dan melupakan tanggung jawab
sebagai ibu bapa. Apa yang ibu Mira mahukan ialah Mira dapat bersyukur dengan apa-apa
yang Mira ada. Hal ini akan membuatkan jiwa Mira kuat dan tabah menghadapi apa-apa jua
dugaan Allah. Setelah hampir setahun, Mira telah menunjukkan prestasi yang baik. Hal ini
menunjukkan Mira sudah faham sebab dia dihantar ke kampung. Setelah membaca surat
daripada ibunya, Mira melipat surat tersebut dengan baik. Sekali lagi air mata Mira mengalir.
1

Mira baru faham apa yang tersirat selama ini. Betapa besar pengorbanan dan harapan ibu
dan ayah terhadap Mira.

Tema
Pengorbanan seorang ibu untuk memastikan kejayaan anak-anaknya pada masa depan.
Pengorbanan

ini dapat dilihat melalui watak ibu yang menghantar anak-anaknya ke

kampung untuk tinggal besama-sama dengan ibu dan ayahnya kerana tidak mahu anakanaknya terdedah dengan gejala-gejala sosial yang berlaku di bandar.

Persoalan
1. Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.
Persoalan ini dapat dilihat melalui watak ibu dan ayah yang rela berpisah dengan anakanak demi memastikan mereka membesar dalam persekitaran yang lebih sempurna.
2. Persoalan kesediaan anak untuk melepaskan kemewahan yang dikecapi.
Hal ini dapat dilihat melalui watak Mira yang selama ini hidup mewah bersama dengan
ibu bapanya di bandar terpaksa hidup di kampung bersama-sama datuk dan neneknya
yang serba kekurangan di kampung.
3. Persoalan masalah sosial di bandar.
Gejala-gejala sosial yang melanda masyarakat bandar adalah berpunca daripada
pegangan agama, pengaruh persekitaran dan pengaruh rakan sebaya.
4.

Persoalan tentang masyarakat kampung yang berpegang teguh pada ajaran agama.
Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa Mira diminta oleh neneknya memakai tudung
kepala kerana sebagai wanita Islam menutup aurat adalah wajib dilakukan.

Plot
Permulaan
Mira telah menerima warkah daripada ibunya setelah hampir setahun Mira tinggal di
kampung bersama dengan datuk dan neneknya. Keputusan ibu dan ayahnya menghantar
Mira untuk tinggal dengan datuk dan neneknya telah menimbulkan seribu persoalan
kepadanya.
Perkembangan
Mira dan keluarganya telah bersia-siap untuk ke rumah datuknya di kampung. Mereka tidur
bersama-sama dengan nyenyak sekali kerana kepenatan seharian dalam perjalanan.
Perpisahan dengan ibu dan bapanya telah menimbulkan perasaan sayu dan hiba Mira.
Nenek telah mengajak Mira ke kedai dan dia telah berkenalan dengan Suzana.

Mira mula

bersekolah di kampungnya dan suasana persekolahan di sana telah memberikan kesedaran


2

kepadanya. Mereka tidak menghiraukan perkara-perkara lain selain mengulangkaji


pelajaran.
Klimaks
Mira telah membaca surat yang dikirimkan

oleh ibunya. Dalam surat tersebut, ibunya

menyatakan tujuan sebenar dia menghantar Mira dan adik-adik ke kampung kerana
bimbang dengan gejala sosial yang melanda masyarakat bandar kini. Masalah sosial yang
melanda masyarakat kota begitu menghantui dan menakutkan ibunya. Manakala corak
pergaulan dan persekitaran di kampung masih yang terbaik kerana masih mengekalkan
amalan dan ciri-ciri hidup masyarakat berharmoni. Harapan ibunya agar anak-anak menjadi
anak yang solehah, mampu menghargai kasih sayang dan pengorbanan orang tua.
Peleraian
Setelah membaca warkah daripada ibunya, Mira memahami tujuan ibunya menghantarnya
dan adik-adiknya tinggal di kampung.
Teknik Penceritaan
1. Dialog
Contoh: Mira... ibu terpaksa menghantar Mira dan adik-adik tinggal dengan nenek di
kampung pada hujung bulan ini, tiba-tiba saja ibu menyuarakan hasrat hatinya itu pada
suatu hari. (m.s: 60)
2. Deskriptif (Pemerian)
Contoh: Aku berbangga mempunyai ibu bapa yang penyayang. Walaupun sibuk dengan
kerja dan tugas seharian di pejabat, mereka masih ada waktu untuk bermesra dengan
keluarga. Ibuku seorang yang lemah lembut dan selalu setia kepada ayah. (m.s: 61)
3. Monolog Dalaman
Contoh: Keputusan ibu dan ayah menghantar aku dan adik-adik untuk tinggal di
kampung bersama datuk dan nenek, membuatkan aku bertanyakan diriku dengan
berbagai-bagai pertanyaan. (m/s 1)
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Amira

Anak sulung daripada tiga beradik.


Kakak kepada Aidil dan Manja.
Seorang anak yang patuh dan taat kepada ibu dan ayahnya.
Seorang yang tabah dalam menghadapi kesukaran hidup.
Sangat menyayangi ibu dan ayahnya.

Watak Sampingan
Ibu
3

Ayah

Ibu kepada Mira, Aidil dan Manja.


Seorang yang lemah lembut.
Setia kepada suami.
Merupakan anak tunggal.
Seorang ibu yang penyayang.

Bapa kepada Mira, Aidil dan Manja.


Seorang yang memahami perasaan isteri.
Menantu yang cukup mengasihi mentuanya.
Seorang bapa yang penyayang.

Latar
Masa
1. Waktu malam
Ketika Mira dan ahli keluarganya bermalam di rumah datuk dan neneknya.
2. Waktu siang
Hari ketika Ibu Mira bersama-sama anak-anaknya bersiap untuk pulang ke kampung.
Selain itu , semasa Mira dibawa oleh neneknya ke kedai Pak Uda Usop.
3. Waktu senja
Ketika Mira dan keluarganya sampai ke kampung. Manakala datuk dan neneknya sedang
bersiap untuk ke masjid.
Tempat
1. Di rumah ibu dan bapa Mira di Johor Bharu
Semasa mereka bersiap-siap untuk pulang ke kampung.
2. Di rumah datuk dan nenek Mira.
Peristiwa yang dapat dilihat semasa ahli keluarga Mira telah tidur berderetan di ruang
tamu rumah datuk dan neneknya.
3. Di Kedai Pak Uda Usop.
Mira telah dibawa ke sana oleh neneknya dan dia melihat anak-anak gadis seusianya
yang sopan berpakaian.
Masyarakat
1. Masyarakat bandar
Masyarakat yang sedar tentang keruntuhan nilai moral. Ayah dan ibu Mira menyedari
tentang gejala sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat di bandar.
2. Masyarakat kampung
4

Masyarakat yang masih kuat berpegang teguh dengan prinsip agama. Hal ini dapat dilihat
semasa Mira ke Kedai Pak Uda Usop, ramai anak gadis yang sebaya dengan Mira
berpakaian sopan dengan memakai baju kurung serta memakai tudung.

Gaya Bahasa
1. Sinkope
Contoh: bu (ibu), tak (tidak), nek (nenek), nak (hendak)
2. Metafora
Contoh: Sembilu rindu (m/s64)
3. Diksi
Contoh: Bahasa arab - Assalamualaikum, Walaikummusalam (m.s 63)
4. Peribahasa
Contoh: Tidur-tidur ayam (m.s 62), makan angin (m.s :61)

Nilai
1. Nilai kasih sayang
Contoh: Ibu dan ayah Mira sangat sayang akan anak-anaknya.
2. Nilai pengorbanan
Contoh: Setelah membaca warkah daripada ibunya, Mira baru faham, betapa besar
pengorbanan dan harapan ibu dan ayah terhadapnya.
3. Nilai kepatuhan
Contoh: Dapat diperhatikan apabila nenek Mira menyuruh Mira memakai tudung apabila
keluar daripada rumah. Mira akur dengan arahan neneknya walaupun sebelum ini Mira
tidak memakai tudung.

Pengajaran
1. Kita hendaklah berkorban apa sahaja demi orang yang disayangi
2. Kita hendaklah tabah dan redha menghadapi dugaan
3. Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa

Latihan
1.

Apakah gaya bahasa yang digunakan dalam cerpen warkah daripada ibu? Berikan dua
contoh bagi setiap gaya bahasa tersebut.

2.

Berikan dua nilai yang boleh diambil daripada cerpen ini.

Jawapan:
5

1. Gaya bahasa yang digunakan dalam cerpen Warkah daripada ibu ialah sinkope.
Contoh: tak (tidak), nak (hendak).
2.

Nilai kasih sayang. Nilai ini dapat dilihat melalui perwatakan ibu yang sangat
menyayangi anak-anak dan ingin melihat anak-anaknya berjaya dalam hidup dunia dan
akhirat. Selain itu, nilai kepatuhan iaitu Mira patuh dengan kehendak ibu bapanya yang
mahu menghantarnya dan adik-adiknya ke kampung.

You might also like