You are on page 1of 3

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN YONG PENG
MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI KE-3 2014/2015
Tarikh
Masa
Tempat
Pengerusi

: 17 November 2014
: 01.15 Petang
: Bilik Gerakan, SMK Yong Peng
: En. Gan Tin Hook (YDP PIBG SMK Yong Peng)

Kehadiran
:
1. Pn. Asmah binti Markom
2. En. Daud bin Rosmin
3. En. Yahya bin Suyot
4. Tn. Hj. Iskandar Khor bin Abdullah
5. En. Eeu Hong Siong
6. Tn. Hj. Abdullah bin Shariff
7. Pn. Arina binti Masri
8. Pn. Marzurina binti Misman
9. Pn. Zanareya binti Zainudin
10. En. Victorajan A/L Kannan
11. Tn. Hj Arshad bin Hasnan
12. En. Teoh Cheng Seong
13. Pn. Hamidah binti Radin Husin
14. En. Tioh Kun Poo
15. En. Faris bin Adanan
16. En. Rajendran a/l Munisamy
17. Pn. Masnah binti Lana
18. Pn. Ruhaida binti Ramuin
19. Pn. Susilawati binti Ahmad
20. Pn. Norasykin binti Bosri
21.
Tidak Hadir dengan kenyataan :
1. En. Lim Tee Siong
2. Pn. Suhana binti Sabar

(Penasihat PIBG)
(NYDP PIBG)
(Pen. Penasihat)
(Pen. Penasihat)
(Pen. Penasihat)
(Pen. Penasihat)
(Setiausaha)
(Bendahari)
(Pen. Setiausaha)
(AJK Guru)
(AJK Guru)
(AJK Guru)
(AJK Guru)
(AJK Guru)
(AJK Guru)
(AJK Ibu Bapa)
(AJK Ibu Bapa)
(AJK Ibu Bapa)
(AJK Ibu Bapa)
(AJK Ibu Bapa)

(AJK Ibu Bapa)


(Pen. Bendahari)

kenyataan maaf
Pengawas STPM

1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang sudi
melapangkan masa menghadiri mesyuarat pada kali ini.
Makluman
2. UCAPAN PENASIHAT
2.1. Penasihat mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang hadir.
2.2. Penasihat memberitahu tentang penyerahan Pelaporan Perkembangan Murid PBS yang
akan diadakan pada 19 November 2014.
2.3. Penasihat memaklumkan pendaftaran pelajar baru dan lama dan pembelian peralatan
sekolah di koperasi akan diadakan pada 01 Januari 2015 (Khamis) bermula jam 8.00 pagi.
Makluman
3. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LEPAS
3.1 En. Gan Tin Hook, selaku Pengerusi Mesyuarat membentangkan minit mesyuarat
yang lalu.
3.2. Rujukan Minit Mesyuarat Kali Ketiga 2014/2015 bertarikh 13 Julai 2014 (Ahad).
Cadangan : En. Victorajan A/L Kannan
Sokongan : En. Tioh Kun Poo
Makluman
4.

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN


BERAKHIR 13 JULAI 2014

_________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 Keluaran 03 / Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
4.1 Pn. Marzurina binti Misman selaku Bendahari PIBG membentangkan Penyata
Penerimaan dan Pembayaran Berakhir 13 Julai 2014.
4.2 Cadangan
: Tn. Hj Arshad Bin Hasnan
Sokongan
: En. Teoh Cheng Seong
Makluman
5.

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
5.1 Tiada perkara berbangkit.
Makluman

6.

LAPORAN UNIT
6.1 Penolong Kanan (En. Yahya bin Suyot)
6.1.1 En. Yahya memaklumkan tentang Penyerahan Pelaporan Perkembangan Murid PBS
Tingkatan 3 yang akan diadakan pada 19 November 2014 (Rabu). Penyerahan akan
diadakan di Dewan Baharu. Semua ibu bapa pelajar Tingkatan 3 dijemput hadir.
Pelaporan ini akan digunakan oleh pelajar untuk memohon masuk ke sekolah-sekolah
berasrama penuh, Kolej Vokasional dan sebagainya.
6.1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak PIBG yang telah banyak
membantu dalam menjayakan program akademik sekolah dan mengalu-alukan
sumbangan yang lebih besar pada masa akan datang.
Makluman
6.2 Penolong Kanan HEM (Tn. Hj. Iskandar Khor bin Abdullah)
6.2.1 Tn.Hj. Iskandar memaklumkan SPM masih berlangsung. Disiplin pelajar yang
menduduki SPM sangat terkawal. Pelajar yang keluar awal akan dikuarantin. Hal ini
menyebabkan bilangan pelajar yang meninggalkan dewan peperiksaan lebih awal
semakin berkurangan.
6.2.2 Beliau juga turut mengingatkan ibu bapa yang hadir ke sekolah agar mendapatkan
pas pelawat di pondok pengawal keselamatan dan mematuhi tatatertib pemakaian
semasa berurusan di sekolah.
6.2.3 Pelajar yang mengambil keputusan PT3 mestilah memakai pakaian seragam sekolah.
T-shirt sekolah dan berseluar panjang dibenarkan.
6.2.4 Data Pelajar pelajar tidak akan didaftarkan ke dalam kelas sekiranya borang yang
diserahkan tidak lengkap. Nama yang tertera di bil air, bil elektrik atau bil telefon
mestilah nama ibu bapa atau penjaga pelajar berkenaan.
6.2.5 PBS kehadiran pelajar ke sekolah wajib. Pelajar yang tidak hadir dianggap tidak
mencapai band.
Makluman
6.3 Penolong Kanan Kokurikulum (En. Eeu Hong Siong)
6.3.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada PIBG sekolah yang telah menyumbangkan
sejumlah wang untuk Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum
yang telah diadakan pada 16 November 2014 (Ahad) yang lalu.
6.3.2 Tahniah kepada ibu bapa yang telah memberikan sokongan kepada kecemerlangan
Kokurikulum di SMK Yong Peng.
Makluman
6.4 Penolong Kanan Petang (Tn. Hj. Abdullah bin Shariff)
6.4.1 Beliau menyatakan taklimat dan pendaftaran pelajar Tingkatan Satu akan diadakan
pada 01 Januari 2015 di Dewan Terbuka. Semua ibu bapa dan penjaga pelajar
diharap dapat hadir pada tarikh tersebut. Beliau juga berharap perjalanan majlis
tersebut akan lancar dan berjaya.
Makluman

7.
7.1
7.2

HAL-HAL LAIN
Bayaran Tambahan Pelajar Bukan Warga Negara dipersetujui sebulat suara supaya baran
tambahan kepada pelajar bukan warga negara bagi sesi 2015 ialah sama seperti bayaran
pada tahun 2014 iaitu sebanyak RM 33.50 bagi seorang pelajar.
Majalah sekolah sedang dalam proses semakan akhir dan dijangka akan dihantar untuk
dicetak dalam tempoh masa yang terdekat.

_________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 Keluaran 03 / Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
Makluman

Disediakan oleh

Disemak oleh

.....................................
(ARINA BINTI MASRI)
Setiausaha PIBG
SMK Yong Peng

......................................
(GAN TIN HOOK)
Yang Dipertua PIBG
SMK Yong Peng

_________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 Keluaran 03 / Pindaan 00

You might also like