You are on page 1of 4

SEJARAH HOKI: Pengenalan, Asal Usul Hoki, Perkembangan Hoki

Walaupun hoki tidak sepopular seperti bola sepak tetapi hoki adalah salah satu
permainan yang telah lama dimainkan oleh manusia. Ia mula dikenali sebagai
sukan demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan dijadikan salah satu
sukan yang ditandingkan pada tahun 1928. Sejak itu ia dimainkan dalam Sukan
Olimpik.

Adalah sukar untuk menyatakan dengan pasti bila dan di mana dimainkan
pertama kalinya. Sejarah menunjukkan hoki telah dimainkan lebih kurang 4000
tahun yang lalu di Mesir. Bukti ini ditunjukkan atas sebuah makam Bani Hasan
dekat Minia, Mesir yang sekitar 2000 S. M. Ia menunjukkan saw lukisan yang
menggambarkan dua orang melakukan buli seperti yang digunakan dalam
permainan hoki.

Sebelum penemuan ini, dipercayai bahawa hoki bermula di Parsi sekitar 500 S.M.
Ini adalah berdasarkan pada bukti bahawa orang Parsi menunggang kuda untuk
bermain polo pada zaman itu. Dan dikatakan hoki adalah keturunan langsung
daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo adalah versi hoki
yang halus yang wujud lebih awal. Hoki juga wujud di Greek dan Parsi sekitar 500
S.M. Bas-reliefs (seni-arca dinding) yang ditemui di Athens, menggambarkan
permainan yang menyerupai hoki telah dimainkan.

Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain saw permainan kayu yang
mempunyai persamaan dengan hoki. Perlawanan mereka adalah di antara puakpuak dengan kedudukan yang agak berjauhan. Kadangkala hampir semua
penduduk lelaki yang berjumlah seramai 1000 orang sepasukan mengambil
bahagian. Kayu-kayu dan bola-bola berat digunakan. Permainan ini kasar dan
menyebabkan mereka mengalami kecederaan yang berat.

Di Ireland, hoki dikenali sebagai hurley dan di Scotland pula ia


dinamakan Shinty, tetapi permainan hoki sekarang barangkali mendapat
namanya daripada Perancis iaitu houquet. Orang Belanda juga mempunyai
permainan yang serupa. Namun begitu hoki moden banyak terhutang budi
kepada orang Inggeris. Dahulu permainan itu dipanggil commock sehinggalah
sekitar tahun 1840 apabila nama hockie digunakan. Pada tahun 1800-an
permainan hoki mula menjadi popular di sekolah-sekolah di England.

Apabila hoki menjadi lebih popular, peraturan-peraturan mula dibuat dan


diterima oleh pelbagai kumpulan. Pada tahun 1883, Kelab Hoki Wimbledon
ditubuhkan. Pada tahun 1886 pula Persatuan Hoki British (B.ELA.) ditubuhkan
dengan Prince of Wales pada masa itu (bakal raja King Edward VII) sebagai
presiden pertama. Beberapa kelab daripada seluruh England telah menjadi ahli.
Persatuan ini telah menyusun peraturan permainan secara lebih terperinci dan
standard diasasi telah dilakukan di antara pelbagai kelab. Kaum wanita yang
berminat juga mula menubuhkan kelab-kelab dan mengelolakan perlawananperlawanan. Tidak lama selepas itu negara-negara lain mula mengambil dan
menggunakan peraturan-peraturan yang telah disusun oleh B.H.A. dan
pertandingan hoki antarabangsa pertama di antara England dengan Ireland telah
diadakan.

Hoki
Hoki adalah sukan yang popular bagi lelaki dan wanita di kebanyakan negara di
seluruh dunia. Terdapat dua jenis hoki, iaitu satu jenis yang dimain di atas
padang rumput, dan sejenis lagi yang dimain di dalam gelanggang ais. Di negara
yang mana hoki ais tidak begitu menonjol, jenis hoki yang dimain di dalam
padang rumput dikenali dengan mudah sebagai "hoki", sementara di negara
yang mempunyai hoki ais, sukan itu dikenali sebagaihoki padang. Adalah
dipercayai nama hoki berasal daripada bahasa Perancis, iaitu "hoquet", yang
kemudiannya diterjemah kepada bahasa Inggerismenjadi "hockey".
Sejarah Hoki di Malaysia
Sejarah hoki Malaysia hampir sama dengan India. Permainan ini dibawa ke
negara tersebut oleh askar dan kakitangan British pada 1892. Namun pada
ketika itu, hoki masih belum lagi terkenal di kalangan rakyat tempatan. Selepas
lebih dua dekad, penduduk tempatan mula berjinak-jinak dan meminati
permainan ini.
Pada 1923, Malaya berjaya menubuhkan sebuah pasukan hoki dan telah
mengadakan perlawanan persahabatan dengan India yang baru sahaja
memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik. Selepas itu, pasukan hoki negara
telah menjelajah ke beberapa negara di Macau dan Hong Kong dan mengadakan
permainan persahabatan di sana.
Sejarah Perkembangan Hoki
Sejarah Hoki dan Perkembangannya Di Malaysia
Pengkaji-pengkaji terdahulu pernah menjumpai pasu-pasu dengan ukiran-ukiran
yang menunjukan pemain-pemain menggunakan kayu bengkok dalam
permainan yang hampir sama dengan permainan hoki . Pasu-pasu itu bertarikh
lebih kurang 2050sm dan berasal dari Mesir. Dipercayai perkataan hockey
berasal daripada perkataan Perancis hoquet yang membawa erti kayu bengkok
yang digunakan oleh gembala . Pada abad ke 15, permainan memukul bola
dengan hoquet adalah popular dikalangan gembala di Perancis sebagai satu
kegiatan untuk mengisi masa lapang.
Namun begitu, permainan tersebut terus lenyap hinggalah pada tahun 1365,
apabila diperkenalkan ke England buat kali pertamanya. Penduduk England
memang gemar mencuba apa jua bentuk sukan yang diperkenalkan kepada
mereka. Kedatangan sukan ini ke England telah menarik perhatian penduduk di
negara tersebut .
Dalam satu jangkamasa yang singkat sahaja mereka telah menguasai permainan
tersebut dan seterusnya mempamerkan bahawa sukan tersebut telah diterima
oleh masyarakat di sana. Permainan tersebut tidak mempunyai satu peraturan

atau undang-undang khas mengenainya untuk dijadikan sebagai panduan


semasa bermain. Mereka menggunakan perbagai cara dan teknik. Ini
menimbulkan kekecohan kerana pergaduhan sering berlaku, sehingga
menyebabkan pertumpahan darah. Corak permainannya menjadi kasar dan tidak
teratur dan membawa risiko yang tinggi terhadap pemain. Peristiwa sebegni
menyebabkan pihak pemerintahan dan istana di Britian mengharamkan telah
permainan tersebut .
Walaupun permainan ini diharamkan, perkembangannya terus berlaku dan
akhirnya pengharaman tersebut telah ditarik balik. Dalam masa yang singkat
permainan hoki tersebut terus diterima oleh banyak negara di dunia. Dengan
adanya peraturan dan undang-undang, permainan hoki ini menjadi lebih teratur
dan selamat. Apabila pengharaman tersebut di tarik balik, maka bermulalah era
baru dalam permainan hoki di mana ia semakin diterima oleh negara-negara
lain. Permainan ini suatu masa dulu adalah terdiri oleh pemain lelaki, mula
berubah menarik minat pemain wanita pula .
Pemainan hoki yang lebih teratur dan sistematik telah dianjurkan. Pasukanpasukan hoki mula ditubuhkan dan telah mampu untuk mengadakan perlawanan
persahabatan antara mereka. Pasukan hoki yang pertama di dunia ditubuhkan
dalam tahun 1840. pasukan ini telah ditubuhkan oleh sekumpulan pemain di
London dan seterusnya diikuti oleh beberapa pasukan yang lain. kelab tertua
adalah di dunia adalah Kelab Hoki Blackheath, di sebelah Selatan London dan
pasukan hokinya hanya ditubuhkan dalam tahun 1861. Ini kerana pemainya
hanya sekadar untuk mengisi masa lapang sahaja. Kelab inilah yang
bertanggungjawab memperkenalkan undang-undang hoki yang lebih tersusun
lagi walaupun ianya tidak sebegitu kemas seperti sekarang, tetepi ia menjadi
garis panduan bagi undang-undang dan peraturan masa kini dan berubah dari
masa ke masa. Antara aspek yang ditekankan adalah dari segi permainan,
mewujudkan khidmat pengadi, had kawasan permainan untuk memudahkan
kawalan bola dan seterusnya mengenakan hukuman tertentu bagi mereka yang
melakukan kesalahan.
Pada tahun 1875, satu mesyuarat yang diadakan di London dan undang-undang
ini diterima dan diluluskan untuk perlawanan. Pada tahun 1886, Permainan hoki
telah diterima sebagai satu sukan yang dipertandingankan dan menjadi satu
permainan yang bertaraf antarabangsa. Dari England permainan ini tersebar ke
negara-negara seperti Amerika Syarikat, India dan beberapa negara Asia serta
Eropah yang lain .

You might also like