You are on page 1of 19

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 baca bermaksud melihat

isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan cara meneliti


dan memahami makna dan tujuan isi tersebut. Mahzan Arshad
(2008:158) pula mendefinisikan membaca sebagai suatu proses
yang dilakukan pembaca bagi membentuk atau memberikan
makna terhadap teks yang dibacanya sebelum membuat
keputusan. Menurut Safiah (1985) membaca adalah proses
memahami dan membina pemahaman kerana jika kita tidak
memahami apa yang dibaca bermakna kita tidak membaca.
Zulkifley Hamid (1994) menerangkan bahawa membaca
sebagai suatu proses pembaca mengenal lambang lambang
tulisan , menterjemahkannya kepada bentuk bunyi yang
dilambangkan dan mendapat makna bagi bentuk tulisan
tersebut. Robert Lado (1964) menyatakan bahawa membaca
sebagai ungkapan pola pola bahasa daripada bentuk
tulisannya . Anderson dan Pearson (1984) mentakrifkan
membaca sebagai suatu proses pembentukan dan pemberian
makna menerusi interaksi antara pembaca denagn bahan yang
dibaca ataupun proses membina jambatan antara bahan yang
dibaca dengan pengalaman latar si pembaca. Kedua dua
aktiviti , membaca dan memberi makna adalah proses yang
konstuktif dan saling bantu membantu antara satu sama
lain .
Pemahaman makna yang dipeolehi pembaca daam proses ini
berlangsung daripada pengetahuan latar yang dipunyai oleh
pembaca dan pengetahuan latar ini degerakkan oleh
perkataan , ayat dan paragraf penulis dalam bahan yang
dibacanya .Walaupun pembaca tidak perlu memahami setiap
perkataan yang terkandung pada setiap ayat yang dibaca ,
tetapi pembaca perlu bijak menggunakan pelbagai petanda
yang terdapat dalam bahan bacaan tersebut sebagai panduan

bagi memahami maksud keseluruhan bahan yang dibaca.


Proses ini disebut proses menaakul atau meneka maksud
berdasarkan petanda yang terdapat dalam bahan yang
dibaca.Menaakul bermaksud membuat tekaan berasaskan
sesuatu petanda yang dapat dijadikan penduan dalam proses
meneka tersebut.
Seterusnya ialah proses interaksi atau peredaran maklumat
antara pembaca dengan teks adalah asas bagi memahami
bahan bacaan . Dalam proses memahami , pembaca akan
menghubungkan antara maklumat yang baru dimuatkan oleh
penulis dalam teks dengan maklumat lama yang terkandung
dalam mindanya dan inilah dikatakan membina jambatan
antara maklumat baru dengan maklumat lama.Menurut
Rumelhart (1980) , maklumat yang terkandung dalam minda
seseorang dikenali sebagai skema atau pengetahuan
latar.Setiap individu mempunyai skema tentang sesuatu objek
atau konsep. Menurut Anderson, Hiebert , Scott dan Wilkinson
(1985) , membaca juga boleh dilihat sebagai satu proses
memilih dan mengambil tindakan apabila pembaca
menyesuaikan proses membaca dengan tujuan dan jenis teks
yang dibacanya.
Proses menentukan apakah tujuan dan tindakan yang akan
diambil ini berlaku serentak dengan proses membina makna
daripada bahan yang dibaca . Hal yang demikian ini juga
membawa maksud dalam mengatur strategi memahami
pembaca akan mengawal pemikirannya atau melakukan
metakognitif ketika membaca. Pengawalan pemikiran ini amat
penting bagi memberikan manfaat yang sepenuhnya ketika
membaca. Kawalan pemikiran yang baik akan menambah
makna yang diperolehi daripada teks sekali gus menambah

lagi skema dalam pemikiran pembaca.


Kesimpulannya , membaca adalah proses memahami makna
isi teks yang dibaca oleh pembaca dan mencampurkan segala
pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan yang baru
diperolehinya.Jika seseorang tidak faham apa yang dibacanya
bermakna dia tidak membaca kerana tiada maklumat baru
yang diperolehinya.

Menurut Klein dalam Farida Rahim( 2005:3 ), membaca dapat didefinisikan sebagai suatu
proses. Maksudnya adalah informasi dari teks dan pengetahuan yang dimiliki oleh pembaca
mempunyai peranan yang utama dalam membentuk makna. Menurut Harris dan Sipay (1980)
menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna
tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis.
Secara umumnya, membaca merupakan kegiatan harian kita untuk mendapatkan sebarang
maklumat daripada bahan-bahan bacaan yang kita baca. Sebagai contohnya, surat khabar,
majalah, buku dan sebagainya. Proses membaca dapat didefinisikan sebagai satu proses
pemahaman pembaca terhadap kandungan bahan-bahan bacaan yang dibaca. Pembaca akan
cuba memahami segala informasi yang terkandung dalam bahan bacaan mereka

Definisi kemahiran membaca


Membaca bermaksud memindahkan tulisan kepada suara. Selain
itu, membaca juga didefinisikan sebagai bukan memindahkan
tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap makna dan
memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh
memindahkan tulisan kepada suara, walau bagaimana lancar
sekalipun, jika tidak memahami perkara yang disuarakan maka
murid itu tidak dikira sebagai pandai membaca. Oleh itu, dapat
disimpulkan bahawa membaca ialah menyuarakan tulisan ,
mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan
kandungannya.

Menurut buku The American Heritage Dictionary of The English


Language (2003), definisi membaca ialah:
intepretasi terhadap sesuatu situasi atau perkara yang
diperkatakan
proses kognitif untuk memahami bahasa tulisan (melibatkan
penghasilan dan pemahaman komunikasi linguistik)
keupayaan untuk menyuarakan bahan bertulis (komunikasi yang
melibatkan simbol-simbol tulisan
gambaran mental tentang makna daripada perkara yang
diperkatakan, idea atau visual yang dilihat.

Membaca merupakan suatu kemahiran yang sangat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, ia diajar dan diterapkan secara berkesan dan mempunyai hubungan dengan
kemahiran mendengar, bertutur, menulis dan mengira.
Menurut Anderson dan Pearson dalam Mahzan Arshad (2008), membaca adalah satu
proses pembentukan dan pemberian makna menerusi interaksi antara pembaca dengan bahan
yang dibaca ataupun proses membina jambatan antara bahan yang dibaca dengan pengalaman
latar si pembaca.
Bagaimana proses membaca berlaku?
Secara asasnya, membaca mengandungi dua proses asas, iaitu nyah kod (decode) dan
pemahaman. Proses nyah kod melibatkan pemahaman tentang hubungan antara huruf-huruf
dan menterjemahkan perkataan tulisan kepada bentuk yang sama dengan bahasa lisan. Oleh
itu, kemahiran nyah kod membolehkan seseorang menyebut perkataan yang ditulis dengan
betul.Manakala poroses pemahaman pula membolehkan seseorang memahami makna
sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks.
a.

Membaca sebagai proses sensori (kederiaan)

- Melibatkan 2 deria iaitu deria penglihatan dan deria pendengaran.


Deria penglihatan - Proses membaca berlaku apabila lambang-lambang dilihat
dan disalurkan ke otak untuk diproses bagi mendapat makna sebenar. Bagi individu yang
bermasalah penglihatan (buta) deria penglihatan akan digantikan dengan deria sentuhan.
Deria pendengaran - Seseorang memerlukan pendengaran yang baik untuk membolehkannya
membaca dengan baik. Seseorang perlu mendengar dengan baik mesej yang diterima

supaya ia dapat menghasilkan semula mesej itu dengan jelas dan tepat. Keadaan ini tidak
berlaku kepada individu yang mengalami masalah pendengatan.

b.

Membaca sebagai proses pengamatan

- Pengamatan adalah satu proses menimbulkan makna kepada tugas-tugas panca indera
berdasarkan pengalaman lalu dan pengamatan ini berhubung rapat dengan pemikiran. Dalam
bacaan, pengamatan membolehkan seseorang mengenal dengan tepat lambang-lambang dan
mengaitkannya dengan bunyi-bunyi dan juga makna. Pengamatan dalam bacaan adalah
seperti (1) mendiskriminasi iaitu mengecam dan juga membezakan, (2) figure ground iaitu
mengenal objek-objek, bentuk, atau corak-corak, (3) ingatan, iaitu mengingat kembali apa
yang dilihat atau didengar, dan (4) turutan, iaitu seperti memahami giliran dan urutan.

c.

Membaca sebagai satu proses bahasa

- Bacaan adalah sebagaian daripada kemahiran bahasa (language arts) iaitu yang bermula
daripada mendengar, bertutur, membaca, dan seterusnya menulis. Membaca dapat membantu
manusia berkomunikasi dan berhubung sesama mereka melalui sistem lambang-lambang
tulisan yang mereka cipta.

d.

Membaca adalah satu proses kognitif

- Membaca bukan hanya melibatkan proses mekanis tetapi juga melibatkan proses kognitif
atau berfikir pada semua peringkat membaca seperti mengecam, mendiskriminasi, dan
memaham. Oleh itu kecerdasan seseorang akan mempengaruhi kemajuannya
dalam membaca.
Siti Hajar Abdul Aziz ( 2009:143) telah merumuskan definisi membaca sebagai satu
tindakan komunikasi iaitu proses berfikir yang melibatkan idea, kenyataan dan perasaan yang
disampaikan oleh penulis kepada pembaca melalui perantaraan lambang-lambang bahasa .

Apa yang dapat disimpulkan daripada definisi membaca menurut tokoh-tokoh bahasa ialah
membaca merupakan proses informasi dari teks yang dimiliki oleh pembaca yang
mempunyai peranan yang utama dalam membentuk makna.
Membaca' satu tajuk yang ringkas,namun jika dilihat secara teliti membaca
mampu memberi impak yang besar dalam sesebuah masyarakat dan
tamadun.Hal ini kerana budaya membaca sering kali dikaitkan dengan dengan
ilmu.

Membaca merupakan kemahiran yang sangat berguna dalam kehidupan kita sehari-hari.
Melalui pembacaan, seseorang itu dapat memperoleh berbagai-bagai maklumat yang
diperlukannya. Kita membaca akhbar untuk mengetahui berita yang disiarkan di dalamnya.
Kita membaca pelbagai arahan bertulis dan mematuhinya kerana ingin menjalankan tugas
seharian dengan betul dan sempurna . Murid perlu membaca untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan daripada buku-buku yang dirujuknya. Wajar bagi seseorang murid untuk
menguasai kemahiran membaca.
Membaca merupakan kegiatan merespons lambang-lambang tertulis dengan menggunakan
pengertian yang tepat (Ahmad S. Harjasujana dalam St.Y. Slamet, 2008:67). Hal tersebut
berarti bahwa membaca memberikan respons terhadap segala ungkapan penulis sehingga
mampu memahami materi bacaan dengan baik. Sumber yang lain juga mengungkapkan
bahwa membaca merupakan perbuatan yang dilakukan berdasarkan kerja sama beberapa
keterampilan, yakni mengamati, memahami, dan memikirkan (Jazir Burhan dalam St.Y.
Slamet, 2008:67).

Seseorang pelajar lazimnya terpaksa banyak membaca. Dalam konteks sekolah


bestari, pelajar digalakkan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Mereka
membaca untuk pelbagai tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca secara
meluas atau ekstensif. Ada masanya pula mereka perlu membaca secara intensif
atau mendalam. Untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, pelajar perlu
menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh itu guru perlu
membimbing pelajar pelajar menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat
sekolah rendah lagi.
Dalam konteks sekolah, pelajar membaca untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut;
untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau
perkara
untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkara
untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang sesuatu
konsep
untuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu persoalan
Membaca ialah proses kebalikan daripada proses menulis. Proses
membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali
lambang-lambang bertulis
kepada
lambang-lambang bunyi
yang hendak disampaikanoleh penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia
melibatkankedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila
kita membaca kitaakan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan
pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada
pemikiran.K e b o l e h a n m e m b a c a s a n g a t p e n t i n g d a n i a m e r u p a k a n s a t u
u k u r a n kejayaan pelajar-pelajar di sekolah. Ini kerana kebolehan membaca

dianggapsebagai asas bagi mencapai semua kejayaan dalam semua bidang, terutamadalam
bidang pendidikan. Kemahiran membaca ditekankan pada peringkat awallagi bersama
kemahiran lain seperti mengira dan menulis. Kebolehan
membacabukan sahaja dianggap sebagai asas utama bagi
mencapai kejayaan dalamb i d a n g e k o n o m i d a n s o s i a l , m a
l a h s i s t e m p e r s e k o l a h a n i t u s e n d i r i menganggapnya
sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
Seperti yang kita semua maklum,membaca dalah satu gejalah yang penting untuk
meningkatkan bahasa kita.Namun begitu,ramai pelajar-pelajar yang enggan mengambil tahu
tentang betapa pentingnya membaca itu.Lebih-lebih lagi pelajar yang di peringkat sekolah
menengah.Mereka telah merosot dalam subjek-subjek bahasa terutamanya bahasa inggeris
dan bahasa ibunda mereka.Tambahan lagi,para pelajar memberitahu guru bahawa membaca
itu sangat membosankan dan tidak mengukirkan minat mereka untuk membaca dan
memahami jalan cerita tersebut.Di sini saya ingin memberi beberapa langkah untuk
memupuk minat membaca di kalangan pelajar.
Langkah pertama yang patut diambil adalah untuk pihak sekolah mengadakan sesi
pembacaan selepas sekolah.Sesi pembacaan itu boleh dilakukan sebanyak dua kali
seminggu.Bukan itu sahaja,pelajar akan mendengar lagu yang boleh menukar suasana yang
penuh dengan kebosanan menjadi keghairahan.Di samping itu,guru-guru juga boleh turut
berlagu dendang kerana itulah yang akan membuat pelajar lebih minat membaca selepas
itu.Kehadiran guru sangat penting untuk sesi pembacaan tersebut kerana mereka boleh
menolong pelajar yang mempunyai pahit maung membaca buku masing-masing.Dengan
berbuat demikian,pelajar akan mula membaca setelah dihiburkan oleh persembahan guruguru dan dengan demikian dapat memupuk minat membaca di kalangan pelajar.

Seterusnya,peranan keluarga juga amat penting dalam menolong pelajar untuk membina
minat dalam membaca.Tidak syak lagi bahawa ramai ibu bapa kepada pelajar sangat sibuk
sehingga mereka mengabaikan tanggunjawab mereka untuk meluangkan masa bersama anak
mereka.Pelajar akan lebih berinspirasi jikalau hadirnya ibu bapa mereka di samping mereka
untuk membaca buku bersama-sama.Tambahan pula,perbuatan ini akan membuat pengikatan
antara ibu bapa dan anak lebih mendalam lagi.Dengan itu,penglibatan Ibu bapa dalam
pelajaran mereka akna memberi impak yang menakjuban.Di sini saya ingin tegaskan bahawa
keluarga adalah aspek terpenting dalam membina bahasa di kalangan remaja-remaja.
Langkah seterusnya yang saya ingin huraikan adalah bagi pihak berkuasa untuk
mengiklankan pertandingan membaca atau menulis karangan menggunakan kreativiti
mereka.Tambahan lagi pemenangnya akan mendapat penginapan percuma di hotel di negaranegara luar.Mereka juga akan diberi peluang untuk berinteraksi dengan penulis-penulis yang
mahir di negara sana.Ini akan merafakkan lagi minat pelajar untuk membaca lebih buku
untuk menggandakan lagi ilmu bahasa mereka supaya boleh mencipta karangan yang ikut
semampu ilmu tahap mereka.Dengan berbuat demikian,pelajar akan lebih minat membaca

dan jikalau mereka tidak memenangi pertandingan tersebut,ilmu bahasa mereka tetap tidak
terpupus.

Yang terakhir sekali,pihak sekolah boleh menggunakan teknologi canggih zaman moden ini
seperti Iphone,Ipod dan banyak lagi.Benda ini boleh digunakan untuk pelajaran kerana ia
boleh melungsuri lelaman web.Tambahan lagi,banyak buku elektronik yang boleh diambil
dengan percuma kerana ia khusus untuk sekolah.Buku elektronik tersebut hanya boleh
digunakan di sekolah.Seperti lain kata,pelajar tidak boleh membuka buku elektronik apabila
mereka di luar kawasan sekolah.Dengan berbuat demikian,ramai pelajar akan pergi ke
perpustakaan selepas sekolah untuk menggunakan benda canggih dan mereka akan terpesona
dengan buku elektronik yang ada banyak macam.Untuk menyimpul kata,kehadiran bendabenda yang mengikut teknologi zaman sekarang akan membuat pembacaan di kalangan
pelajar-pelajar lebih menarik.

Seperti apa yang diluahkan di atas,jikalau perkara ini tidak ditangani,para pelajar akan mula
merosot dalam pengukuhan bahasa mereka dan ini akan memalukan masyarakat bangsa
mereka.Dengan langkah-langkah yang diberikan,pelajar akan mula membina dan
mengukuhkan bahasa mereka.Ini akan membawa kebanggaan bagi masyarakat masingmasing kerana tidak lama lagi para pelajar akan menjadi pemimpin bagi generasi akan datang
dan mereka mungkin akan peroleh kala depan sempurna jikalau bahasa mereka
kukuh.Sebagai akhir kata,membaca itu sangat penting bagi membina bahasa kita.

Membaca itu jambatan ilmu, merupakan satu kata-kata hikmat yang jelas
menunjukkan kepentingan amalan membaca dalam hidup kita. Kendatipun begitu,
kata-kata hikmat ini sering dipandang enteng oleh sebahagian besar masyarakat
Malaysia terutamanya para remaja yang akan menjadi pemimpin negara pada suatu
masa kelak. Masyarakat Malaysia sering kali menganggap bahawa amalan
membaca itu bukan sekadar untuk lulus peperiksaan semata-mata tetapi juga untuk
mengetahui keadaan semasa, meluaskan ilmu pengetahuan dan sebagainya. Oleh
hal yang demikian, setiap pihak haruslah melaksanakan obligasi masing-masing
untuk memupuk tabiat suka membaca dalam kalangan rakyat Malaysia
Ibu bapa merupakan insane yang memainkan peranan signifikan untuk
memupuk tabiat suka membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Menurut
Confucius, keluarga merupakan unit asas pembentukan masyarakat. Kata-kata ini
jelas menunjukkan pembentukan peribadi seseorang individu bermula daripada
keluarga dan keluarga itu pula lahir dengan sepasang ibu bapa. Dalam hal ini,
sebagai insane yang paling penting, ibu bapa perlulah menjadi entity mithali yang

terbaik bagi anak-anak. Ibu bapa mestilah menunjukkan uswah terbaik dengan
mengamalkan amalan membaca di hadapan anak-anak. Hal ini demikian kerana,
apabila ibu bapa hanya menasihati anak-anak supaya membaca tetapi mereka
sendiri tidak menunjukkan teladan yang baik, pasti anak-anak akan mempersoalkan
sebab mereka perlu membaca, sedangkan ibu bapa mereka tidak perlu membaca.
Oleh hal yang demikian, sebagai insan yang terdekat dengan anak-anak, ibu bapa
perlulah mengamalkan amalan membaca di hadapan anak-anak sama ada
membaca akhbar, buku ilmiah, novel dan sebagainya. Dengan adanya contoh yang
baik di hadapan anak-anak, barulah ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya
membaca pada saat itu, anak-anak tidak akan mempersoalkan lagi sebab mereka
perlu membaca, seperti cogan kata, kepimpinan melalui teladan.
Bukan itu sahaja, ibu bapa juga perlulah membelanjakan sedikit daripada
wang pendapatan mereka untuk membeli bahan bacaan untuk anak-anak. Ibu bapa
seharusnya tidak kedekut dalam membelanjakan sebahagian daripada wang
pendapatan mereka untuk membeli bahan bacaan kerana mereka perlu sedar
bahawa yang dibelanjakan oleh mereka itu tidak sia-sia dan bakal menjadi sesuatu
yang berguna untuk anak-anak mereka sebagai peneraju masa hadapan, seperti
kata-kata seorang tokoh, masa hadapan itu dibeli oleh masa sekarang. Apabila ibu
bapa sudi membelanjakan sebahagian daripada wang mereka untuk membeli bahan
bacaan untuk anak-anak, pasti anak-anak akan lebih mudah mendapatkan bahan
bacaan dan tidak perlu ke mana-mana untuk mendapatkan bahan bacaan sekali gus
meningkatkan minat membaca dalam diri anak-anak. Seiring dengan itu, selain
sebuah keluarga ini dapat membentuk sebahagian masyarakat, apabila anak-anak
kecil ini keluar dari rumah mereka dan membaca di hadapan masyarakat lain, pasti
masyarakat lain akan mencontohi perbuatan anak-anak kecil ini sebagai orang yang
lebih dewasa, pasti mereka akan berasa malu terhadap anak-anak kecil ini. Hal ini
demikian kerana, apabila masyarakat yang lebih dewasa melakukan kerja yang siasia, dalam mengisi waktu lapang mereka, pasti akan terdetik dalam sukma mereka,
sedangkan anak kecil ini lebih menghargai masa dengan memenuhkan masa lapang
mereka dengan membaca, mengapa mereka yang lebih berilmu dan berpengalaman
tidak melakukan hal yang yang sama. Dengan itu, secara implisit, tabiat suka
membaca dalam diri masyarakat Malaysia dapat dipupuk.
Selain itu, pihak kerajaan juga memainkan peranan untuk memupuk tabiat
membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, pihak kerajaan
bolehlah mengadakan kempen-kempen yang menggalakkan amalan membaca.
Pihak kerajaan seharusnya menggunakan sebahagian daripada pendapatan negara
untuk memupuk minat membaca dalam diri masyarakat Malaysia. Bagi golongan

miskin pula, dalam menjayakan kempen memupuk budaya membaca ini, pihak
kerajaan bolehlah membantu warga miskin ini dengan memberikan buku-buku
percuma kepada mereka. Dengan adanya buku-buku mahupun bahan-bahan
bacaan yang percuma, pasti kempen ini dapat dijayakan oleh seluruh rakyat
Malaysia kerana tidak timbul lagi masalah ketiadaaan bahan bacaan dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Pihak kerajaan juga seharusnya tidak memandang
enteng terhadap usaha mengadakan kempen untuk memupuk minat membaca
dalam diri masyarakat kerana dengan adanya usaha yang bersungguh-sungguh
dan beristiqamah oleh pihak kerajaan, pasti matlamat kudsi kerajaan untuk
mewujudkan masyarakat yang minat membaca dapat diwujudkan. Pihak kerajaan
seharusnya tidak takut akan kegagalan usaha mereka ini, seperti kata-kata
Phytagoras, kegagalan bukanlah bererti kemusnahan tetapi jadikanlah kegagalan
itu sebagai lanjakan untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, wajarlah pihak kerajaan
mengadakan kempen untuk memupuk minat membaca dalam diri masyarakat
kerana belum cuba, belum tahu.
Media massa juga berperanan penting untuk memupuk minat membaca
dalam kalangan masyarakat. Media massa seperti televisyen, internet, radio dan
sebagainya penting dalam menghebahkan kepada masyarakat tentang kepentingan
tabiat membaca. Dalam hal ini, pihak-pihak yang terlibat seperti penerbit stesen
televisyen haruslah mengadakan satu dokumentasi yang memaparkan kepentingan
membaca dalam kehidupan dan menayangkannya di televisyen. Dengan ini,
masyarakat yang cetek ilmu tentang kepentingan membaca akan lebih tahu
mengapa membaca itu penting dalam kehidupan mereka. Drama pendek yang
berkaitan dengan kepentingan membaca juga boleh dipertontonkan di televisyen
kerana mesej yang disampaikan oleh drama-drama yang ditayangkan di televisyen
akan meresap dengan lebih mudah dalam jiwa masyarakat Malaysia. Hal ini
demikian kerana, jiwa masyarakat selalunya lebih tertarik dengan dunia hiburan.
Jadi, sebagai pihak media massa yang prihatin, mereka seharusnya lebih kreatif
dalam melaksanakan usaha untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan
masyarakat Malaysia agar Malaysia terus maju seiring dengan arus globalisasi.
Pihak sekolah juga menggalas tanggungjawab untuk memupuk minat
membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, guru merupakan
insan terpenting yang berperanan memupuk minat membaca dalam diri pelajar.
Sebagai guru yang penyayang dan ingin pelajarnya berjaya, pasti guru-guru sedar
akan kepentingaan membaca dalam kehidupan. Guru-guru di sekolah seharusnya
bekerjasama dalam mengadakan pertandingan bagi memupuk minat membaca
dalam diri pelajar. melentur buluh biarlah dari rebungnya, jelas menunjukkan dalam

usaha membentuk peribadi seseorang, kita perlulah membentuknya sejak dari kecil
lagi. Guru-guru tadika mahupun guru-guru sekolah rendah memikul tanggungjawab
yang paling penting untuk menerapkan minat membaca dalam kalangan pelajar
sekolah kerana pada saat ini, pelajar-pelajar ibarat kain putih yang belum
dicorakkan. Pada ketika ini, pelajar-pelajar masih belum dapat membezakan antara
baik dan buruk mahupun dosa dan pahala. Oleh itu, apabila guru-guru mengadakan
pertandingan seperti pertandingan membaca paling banyak dan memberikan hadiah
berupa wang tunai dan bahan bacaan kepada para pemenang,pasti pelajar-pelajar
tersebut tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil bahagian sekali gus
mereka akan selalu membaca. Mungkin pada mulanya, pelajar-pelajar ini membaca
kerana ingin memenangi pertandingan tetapi pasti lama-kelamaan minat membaca
akan timbul dalam diri mereka. Oleh hal yang demikian, guru-guru haruslah
menjalankan peranan mereka untuk memupuk minat membaca dalam diri pelajar
sekali gus membentuk masyarakat Malaysia yang minat membaca.
Kebimbangan mengenai kurangnya minat membaca dalam kalangan rakyat negara ini sudah
disuarakan sejak sekian lama. Malangnya, kebimbangan ini berterusan meskipun pelbagai
usaha dan kempen dijalankan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat.
Semua faham bahawa membaca menjadikan mereka orang berilmu, yakin diri, kreatif dan
tidak kekok berbual dengan sesiapa saja. Program yang dianjurkan untuk murid sekolah
rendah hinggalah majlis penerangan kepada ibu bapa diadakan dari semasa ke semasa untuk
tujuan itu. Setiap tahun pelbagai pameran dan pesta buku diadakan di seluruh negara untuk
merapatkan masyarakat dengan buku. Pada masa ini pun berlangsung Pesta Buku
Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Sambutan orang ramai juga menggalakkan.
Di Malaysia, usaha meningkatkan kadar minat membaca dalam kalangan rakyat sangat
mendesak. Sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia tidak selesa jika
tahap kadar membaca kalangan rakyat masih tidak berganjak sejak sekian lama.
Berbanding dengan tahap minat membaca rakyat di negara lain seperti di negara Barat,
Jepun, Korea dan China, Malaysia masih ketinggalan.
Pelbagai alasan diberikan sebagai punca rakyat negara ini tidak minat membaca. Ada yang
mendakwa anak tidak digalakkan berdamping dengan buku sejak kecil. Ibu bapa juga
dikatakan tidak memberi perhatian serius untuk membimbing anak mereka supaya
menjadikan buku sebagai kawan karib. Galak anak membaca
Ibu bapa hanya membebel bila anak mereka tidak belajar pelajaran sekolah. Bila anak
membaca bahan bacaan lain selain buku teks sekolah, mereka dianggap membazirkan masa.

Keadaan ini berlaku walaupun mereka tahu apa juga bahan bacaan adalah ilmu.
Bagi membuktikan komitmen kerajaan, perkara berhubung minat membaca ini dimasukkan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dengan melihat isu ini
dari pelbagai sudut. Ini termasuk membaca dari perspektif Islam, kepekaan masyarakat
negara Barat terhadap buku, tradisi Timur dan tamadun dunia.
Malangnya, walaupun begitu banyak penegasan mengenai galakan minat membaca dalam
kalangan masyarakat, ia belum berkesan. Mungkin sudah sampai masanya menilai semula
punca sebahagian besar rakyat negara ini tidak gemar membaca.
Pemerhatian di PBAKL 2014, menunjukkan ramai anak-anak membeli buku di gerai buku
yang disediakan. Ada yang datang bersama ibu bapa, rakan dan guru. Kebanyakan mereka
membeli buku yang nipis daripada pelbagai tajuk sama ada agama, sains dan teknologi,
komputer, cerita pendek, buku ulang kaji dan sebagainya.
Di sudut dan rak yang lain pula, kelihatan buku yang tebal tidak kurang daripada 200 atau
300 halaman dan ke atas. Sudah tentu bilangan mereka yang berkunjung di bahagian ini agak
berkurangan. Ia hanya dikunjungi oleh profesional, pensyarah dan pelajar.

Tak berani belek buku tebal


Walaupun tidak sepatutnya berlaku, kebanyakan rakyat biasa, tidak berani membelek buku
yang tebal. Pada fikiran mereka, harga buku seperti itu tentulah mahal. Mereka juga tidak
yakin akan dapat membaca buku tebal itu sampai habis. Pada peringkat awalnya, mereka
ghairah membaca tetapi separuh jalan, ia ditinggalkan.
Bagi sesetengah orang, mereka tidak berminat membaca novel terlalu tebal kerana ia
mengambil masa panjang untuk menghabiskannya. Ketebalan sesebuah buku khasnya buku
fiksyen, tidak semestinya menggambarkan mutu. Yang pasti, lebih tebal sesebuah buku itu,
harganya lebih mahal. Untuk mendapatkan ketebalan sesebuah buku, penulis terpaksa
memerah otak untuk memanjangkan cerita dalam novelnya. Ini bermakna jalan cerita novel
direka-reka supaya ia menjadi tebal.
Novel Ombak Rindu, umpamanya, apabila difilemkan, berakhir dalam tempoh sejam
setengah saja, tetapi jika membaca novel itu, mengambil masa beberapa hari, minggu atau
bulan dan tidak kurang juga yang tidak menghabiskannya.
Membaca kandungan novel dan jalan cerita berbelit-belit hanya menjadikan buku itu seperti
filem Hindustan. Adakalanya ia dilakukan secara berlebihan hingga hilang logiknya. Tetapi,
disebabkan panjang filem itu sudah ditetapkan, pengarah terpaksa mencari jalan
memanjangkan cerita itu.

Begitu juga dengan buku, ada buku yang tidak perlu tebal kerana sebahagian besar
kandungannya adalah maklumat yang tidak perlu. Ada buku yang prakata saja menggunakan
halaman yang banyak sedangkan tidak ramai yang membaca prakata seperti itu.
Pengecualian mungkin boleh diberikan kepada buku akademik dalam pelbagai bidang,
sejarah, biografi dan sebagainya yang kandungannya tidak boleh diubah sesuka hati. Tetapi,
jika buku akademik ini boleh dipermudahkan, ia mungkin boleh menarik minat lebih ramai
orang membacanya.
Hari ini orang ramai tidak mempunyai masa untuk membaca bahan-bahan yang meleret-leret.
Mereka lebih suka kepada fakta.
Apa yang penting maklumat yang disampaikan mestilah jelas. Itulah sebabnya mereka lebih
suka membaca majalah ringan daripada membaca buku tebal dengan tajuk yang berat.
Bahan daripada majalah lebih pendek berbanding buku. Mereka mempunyai pilihan untuk
membaca di dunia maya. Kanak-kanak minat kepada buku sewaktu mereka kecil terutama
buku bergambar dan berwarna warni. Tetapi, apabila besar, mereka dapati buku tidak lagi
menjadi bahan yang menarik perhatian mereka.
Tujuan buku ditulis ialah untuk menggalakkan orang ramai membeli dan membacanya.
Tetapi, jika buku terlalu tebal, ia mungkin lebih sesuai untuk diletakkan pada rak almari di
rumah sebagai bahan perhiasan.

Kebolehan membaca adalah amat penting untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Kebolehan
membaca membolehkan manusia mengumpul ilmu pengetahuan daripada buku-buku ilmiah
dan bahan-bahan bacaan yang lain.Orang yang berilmu pengetahuan adalah orang yang luas
pembacaannya. Seperti mana kita tahu kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang
menghadapi masalah pembelajaran sama ada membaca,menulis, atau mengira.
Adalah menjadi harapan pelajar-pelajar pemulihan mempunyai minat membaca yang tinggi.
Sehubungan dengan itu cara yang paling berkesan menanam tabiat membaca ialah dengan
menguasai kemahiran membaca .
Secara ringkas,membaca bolehlah dimaksudkan sebagai memahamkan perkataan-perkataan
dalam bentuk tulisan.Oleh itu kebolehan membaca bolehlah dirumuskan sebagai memahami
isi kandungan dalam tulisan.Kebolehan melafazkan bunyi-bunyi bahasa sahaja tanpa
memahami ertinya tidaklah boleh dianggap sebagai membaca dalam erti kata sebenar.
Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan meningkatkan penguasaan
kemahiran membaca .Ramai murid yang gagal menguasai kemahiran membaca kerana
mereka telah diajarkan dengan cara pendekatan yang kurang sesuai. Kegagalan menguasai
kemahiran membaca tentu akan menjejaskan taraf pencapaian pelajaran mereka. Murid-murid
yang belum menguasai kemahiran membaca tidak akan memahami mata pelajaran yang

mereka pelajari. Sifat minat membaca tidak dapat dipupuk kerana kegagalan menguasai
kemahiran membaca.
Guru haruslah berusaha dengan menjalankan strategi pengajaran dan pembelajaran mengikut
Kaedah yang sesuai supaya murid-murid pemulihan boleh menguasai kemahiran membaca
dengan sepenuhnya. Prof Atan Long dalam tesisnya yang disiarkan dalam masalah
Pendidikan menyarankan kaedah penggabungan vokal dan konsonan dan suku-suku kata
menjadi perkataan yang pada pendapatnya lebih berkesan daripada kaedah mengajar huruf
demi huruf.
Faktor-faktor mengapa murid kurang minat membaca juga disebabkan kekurangan bahanbahan bacaan yang sesuai.
Pihak sekolah seharusnya memain peranan penting menggalakkan minat membaca di
kalangan murid. Pihak sekolah hendaklah memastikan terdapat banyak buku-buku yang
bersesuaian di pusat sumber sekolah .Murid-murid membuat anggapan hanya buku teks
sekolah lebih penting untuk dibaca berbanding dengan buku-buku lain. Guru haruslah
membuang tangggapan negatif itu dalam kalangan pelajar.
Guru pemulihan atau guru kelas boleh menanam minat membaca dengan mengadakan satu
sudut bacaan dalam kelas , di mana buku-buku cerita, majalah pelajar dan kad-kad bergambar
. Tiap-tiap murid mesti membaca kad-kad gambar dan guru hendaklah menanda di dalam
buku. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan pertandingan bercerita, penulisan, bersajak dan
lain-lain.
Progaram Nilam yang dijalankan di sekolah sekarang perlulah diselaraskan dengan baik
supaya memberikan kesan yang lebih positif. Ibu bapa juga haruslah menunjukkan minat
membaca semasa di rumah supaya menjadi teladan kepada anak-anak. Ibu bapa bolehlah
membawa anak-anak ke kedai kedai buku atau ke perpustakaan yang berdekatan seperti
Perpustakaan Negeri dan sebagainya.
Pepatah ada mengatakan Membaca Jambatan Ilmu. Membaca diibaratkan seperti pelita
hidup. Seseorang yang rajin membaca akan menjadi orang yang berilmu. Negara akan lebih
maju dan membangun jika rakyatnya minat membaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan
seterusnya akan menjadi para bijak pandai.
Usaha menanam minat membaca dalam kalangan murid-murid adalah menjadi
tanggungjawab bersama guru, ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat. Sikap ini akan
menghasilkan warga yang berpengetahuan dan sentiasa berusaha untuk maju ke depan.

Statistik tahun 1997 menunjukkan purata rakyat Malaysia hanya


membaca sehelai muka surat buku dalam setahun. Pada tahun 2002
pula, statistik itu dikatakan meningkat kepada dua muka surat setahun.
Manakala kajian profil membaca pada tahun 2005 oleh Perpustakaan

Negara Malaysia (PNM) mendapati bahawa kalangan rakyat Malaysia


hanya membaca dua naskhah buku sepanjang tahun. Purata dua
naskhah buku yang dibaca dalam tempoh setahun itu pula adalah bahan
bacaan santai berupa komik, majalah dan akhbar. Statistik ini jelas
menunjukkan dalam tempoh 1996 2005, tidak banyak perubahan yang
berlaku terhadap kecenderungan membaca dalam kalangan rakyat
Malaysia. Perangkaan tahun 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku
dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding 180,000 judul di
China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika
Syarikat dan 45,000 judul di India.

Di peringkat pengajian tinggi pula, hobi membaca buku dalam


kalangan mahasiswa Malaysia juga sangat jauh ketinggalan
dibandingkan negara lain. Berdasarkan suatu kajian, jumlah buku
yang dibaca oleh pelajar Australia ialah 180 buah buku, Indonesia
94 buah, India 130 buah, Thailand 56 buah dan Brunei 26 buah
buku. Seperkara lagi, daripada hampir 600 buah institusi pengajian
tinggi (termasuk 20 institut pengajian tinggi awam) yang sedia ada
dengan tenaga akademik atau ilmuwan melebihi 20,000 orang,
hanya 6.4 peratus yang menyumbang dalam penerbitan buku pada
tahun 2005. Penemuan ini adalah hasil perbandingan yang dibuat
oleh Dr. Abu Hassan Hasbullah, pensyarah Jabatan Media,
Universiti Malaya (UM), mengenai tabiat membaca dalam kalangan
pensyarah dan mahasiswa di Malaysia. Kajian itu juga
menggambarkan bahawa mahasiswa Malaysia hanya membaca
empat buah buku setahun, manakala dalam kalangan pensyarah
pula mendapati, rata-rata hanya membaca 20 buah buku untuk tiga
tahun pengajian (enam semester).
Dari aspek pembelian bahan bacaan pula mendapati, mahasiswa
Malaysia hanya membeli empat buah buku untuk tiga tahun
pendidikan (enam semester). Jumlah ini sangat berbeza dengan
dapatan kajian jumlah buku yang dibeli oleh mahasiswa di negara
lain seperti Australia (160 buah), Indonesia (43 buah), Thailand (31
buah), India (75 buah) dan Brunei (15 buah).

Walau bagaimanapun, menurut Presiden Universiti Terbuka PTS,


Puan Ainon Mohd., rakyat Malaysia semakin suka membeli dan
membaca buku. Buktinya, PNM melaporkan bahawa bagi tahun
2007, jumlah buku yang diterbitkan di Malaysia sudah meningkat
kepada 14,000 judul. Pada tahun 2003, jumlah tersebut hanya
6,000 judul. Hal ini bermakna lonjakan jumlah yang amat ketara,
iaitu lebih 100 peratus dalam tempoh empat tahun. Perkembangan
pesat ini membuktikan bahawa gerakan kempen membaca yang
dijalankan oleh PNM selama ini sudah menghasilkan kemajuan ke
atas tabiat membeli dan membaca buku dalam kalangan rakyat
Malaysia.
Menurut beliau, statistik PNM itu tidak memberi gambaran sebenar
judul-judul yang dibeli dan dibaca oleh rakyat Malaysia. Statistik
tersebut hanya terhad pada judul buku-buku yang diterbitkan dalam
negara dan tidak mengambil kira jumlah judul buku yang diimport
dan dijual kepada rakyat Malaysia yang berlipat kali ganda lebih
banyak daripada jumlah judul yang diterbitkan dalam negara. Jika
rakyat Malaysia masih tidak suka membeli dan membaca buku,
tidak mungkin setiap tahun jumlah kedai buku bertambah banyak.
Maklumat yang menyebut bahawa orang Malaysia malas membaca
buku boleh memberi kesan negatif ke atas motivasi para penulis
dan para penerbit.
Tahun 2005. (Statistik ihsan Perpustakaan Negara Malaysia).

Pada tahun 2005, satu kajian telah dijalankan secara usaha sama
antara Perpustakaan Negara Malaysia dan Jabatan Perangkaan
Malaysia bertujuan untuk mengenal pasti profil tabiat membaca dalam
kalangan rakyat Malaysia sebagai kesinambungan daripada kajian yang
telah dijalankan pada tahun 1996. Data-data yang diperolehi telah
dianalisis dan laporan kajian ini telah disediakan oleh sekumpulan panel
penulis yang diketuai oleh Prof. Datin Dr. Rahimah Hj. Ahmad iaitu
Pengarah Institut Pengajian Kepengetuaan dari Universiti Malaya.
Kajian tersebut telah dijalankan secara temubual bersemuka menerusi
kaji selidik berstruktur melibatkan informen seramai 60,441 orang atau
bersamaan dengan 0.23% jumlah penduduk Malaysia. Kajian telah
menumpukan kepada golongan yang berumur 5 tahun ke atas dan
melibatkan kawasan persekitaran yang berbeza iaitu penduduk di
bandar dan di luar bandar. Kajian telah mendapati bahawa peratusan
boleh membaca atau literasi membaca rakyat Malaysia pada tahun
2005 adalah 92.0% bagi mereka yang berumur 10 tahun dan ke atas.
Sebagai perbandingan, Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia
pada tahun 1996 telah mendapati bahawa kadar literasi rakyat Malaysia
bagi mereka yang berumur 10 tahun dan ke atas ialah 93.0%. Ini
bermakna dalam tempoh 10 tahun lalu, didapati kadar literasi rakyat
Malaysia telah menurun sebanyak 1.0% bagi kumpulan umur 10 tahun
ke atas. Terdapat tiga punca utama kalangan masyarakat di Malaysia
tidak membaca iaitu mereka lebih berminat kepada aktiviti lain (60.4%),
tiada masa lapang (15.2%) dan tidak berminat membaca (13.5%).
Kajian Olahan Semula Profil Membaca Rakyat Malaysia pada tahun
2010 pula merumuskan bahawa secara puratanya, golongan yang
berusia 10 hingga 40 tahun membaca 8 buah buku setahun, manakala
mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun hanya membaca enam
buah buku setahun. Fenomena ini menjelaskan bukti bahawa tahap
pembacaan dalam kalangan masyarakat di negara ini masih sangat
rendah dimana menjelaskan bahawa semakin meningkat umur
seseorang maka semakin menurun tabiat membaca dalam kalangan
penduduk di negara ini. (Sumber: Perpustakaan Negara - 17 Feb 2011)

Kajiselidik oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun


1996 dan 2005 kedua-duanya menunjukkan rakyat Malaysia
secara purata hanya membaca dua buah buku setahun. Rakyat
Jepun dan Perancis membaca 10 buku, manakala rakyat
Amerika dan Kanada paling hadapan dengan 17 buku.
Kurangnya tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia
sememangnya membimbangkan. Golongan belia dan dewasa
kini lebih menjerumus ke arah hedonisme dan hiburan
berasaskan digital. Mereka tidak lagi menemukan keseronokan
dalam membaca sebagai hobi di waktu lapang, jauh pula
sebagai sumber hiburan. Akibatnya, hujah dan perbualan
harian semakin tegar dinodai pandangan peribadi yang kurang
berasas dengan kesahihan yang berpaksikan maklumat picisan
dari Facebook dan Twitter.

Satu kajian telah dijalankan oleh Ambigapathy Pandian pada tahun 2002. Kajian
ini bertujuan untuk melihat tabiat pembacaan di kalangan 975 belia. Hasil kajian
menunjukkan 76.2% daripada golongan belia ini enggan membaca bahan bacaan
berbahasa Inggeris manakala 61.4% daripada mereka tidak menggemari bahan bacaan
yang berbahasa Melayu.

Masalah membaca juga dapat menjejaskan prestasi pencapaian murid dalam


semua mata pelajaran. Menurut Mahzan (2003) dan Yahya (2008), kajian berkaitan
proses membaca penting dilakukan untuk membantu murid menambahkan khazanah
ilmu. Penyelidikan berkaitan dengan aspek membaca mencerminkan wujudnya
kesedaran untuk menjadikan amalan membaca sebagai budaya ilmu yang perlu
dikekalkan. Dalam pendidikan bahasa Melayu di Malaysia, penekanan terhadap proses
membaca telah diberikan perhatian, terutama melalui penetapan kemahiran bahasa

yang perlu dicapai seperti yang terkandung dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah
(Kementerian Pendidikan Malaysia 2000). Justeru, masalah membaca memberi kesan
terhadap keupayaan murid-murid untuk mencapai keputusan yang lebih baik dalam
semua mata pelajaran, termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu.

You might also like