You are on page 1of 2

Doa Sayyidina Ali bin Abi Tholib

Petikan dari Tazkirah an-Naas oleh al-Habib Abu Bakar Atthos bin Abdullah
bin Alwi bin Zein al-Habsyi hal 185:

Telah berkata Al-Habib Ahmad bin Hasan al-Atthas : Asy-Syeikh


Abdul Qaadir al-Jailani menyebut di dalam al-Ghunyah:
Bahwasanya Sayyidina al-Imam Ali bin Abi Tholib adalah beliau
meluangkan waktunya (yakni memberi penumpuan yang lebih) untuk ibadah
pada 4 malam dalam setahun, iaitu: malam pertama bulan Rajab, malam 2
hariraya, dan malam Nishfu Syaban, dan adalah daripada doanya beliau pada
malam tersebut:









.

Ya Allah, limpahkanlah sholawat ke atas Penghulu Kami Muhammad dan


keluarga Baginda, lentera-lentera hikmah, pemberi nikmah dan sumber
perlindungan. Lindungilah aku dari keburukan dengan berkat mereka.
Janganlah Engkau ambil aku ketika aku sedang tertipu dan lalai, janganlah
Engkau jadikan akhir segala urusanku kerugian dan penyesalan. Redhoilah
aku, kerana sesungguhnya keampunnanMu bagi orang-orang yang zalim dan
aku tergolong dari kalangan orang yang berbuat zalim.















. .



Ya

Allah,

kurniakanlah

keampunan

bagiku

kerana

hal

itu

tidak

memudharatkanMu, dan berilah aku apa yang tidak bermanfaat bagiMu,


kerana sesungguhnya Engkau memiliki rahmat yang sangat luas dan hikmah
yang menakjubkan. Maka berilah aku keluasan (rezeqi), kelembutan,
keselamatan, kesihatan, rasa syukur, afiat dan taqwa. Dan berilah aku
kesabaran dan sikap shidq (jujur), juga kepada teman-temanku di jalanMu.
(Ya Allah) berilah kepadaku kemudahan, dan jangan Engkau jadikan
bersamanya kesusahan, begitu juga kepada keluargaku, anak-anakku dan
saudara-saudaraku di jalanMu serta orang-orang yang melahirkan aku, dari
kalangan kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat. ~ tammat
petikan -

You might also like