You are on page 1of 35

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

TAJUK 2
2.1

TEKNIK DAN KAEDAH PENGAJARAN MATEMATIK

SINOPSIS
Teknik dan kaedah pengajaran Matematik sentiasa berkembang dari
masa ke semasa. Dengan bertambahnya kajian saintifik terhadap
psikologi perkembangan kanak-kanak maka kaedah pengajaran dan
pembelajaran juga turut berlaku perkembangan. Tajuk ini akan
membincangkan beberapa strategi, kaedah dan teknik yang berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran Matematik peringkat sekolah
rendah.

2.2

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat:
1. membanding dan membezakan kepelbagaian kaedah pengajaran
yang berpusatkan murid, guru dan media.
2. menghuraikan pendekatan induktif dan pendekatan deduktif.
3. membanding dan membeza kepelbagaian kaedah pengajaran seperti
kaedah penemuan dan kaedah penyiasatan.
4. menggunakan kaedah perbincangan dan penyoalan dalam proses
pembelajaran.
5. membanding dan membuat perbezaan antara kaedah kerja amali,
ekspositori, laboratori dan demonstrasi.
6. membanding dan membezakan kepelbagaian kaedah pengajaran
seperti pembelajaran koperatif dan kolaboratif.

17

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

2.3

KERANGKA TAJUK

Teknik dan Kaedah Pengajaran


Matematik
Induktif dan Deduktif
Penemuan dan Penyiasatan
Perbincangan dan Penyoalan
Kerja Amali
Ekspositori
Laboratori
Demonstrasi
Pembelajaran koperatif dan kolaboratif
Pendekatan Berpusatkan Murid, Berpusatkan Guru
dan Berpusatkan Media

2.4

KANDUNGAN

2.4.1 INDUKTIF DAN DEDUKTIF


Pengenalan
Sebagai seorang guru matematik, anda mesti mengetahui teknik-teknik
dan kaedah pengajaran dan pembelajaran matematik. Dalam konteks
pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu, iaitu
merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk
mencapai objektifnya. Setiap pendekatan adalah berbeza dari segi
konsep dan cara penggunaannya merujuk kepada keadaan murid-murid.
Kesan daripada penggunaan pendekatan yang sesuai ialah murid-murid
akan mudah faham dan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku
dengan cepat dan mudah.

18

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Pendekatan induktif

Jenis pendekatan
Pendekatan deduktif

Aktiviti 2.4.1(1)
Ringkaskan perbezaan antara induktif dan deduktif dan berikan
beberapa contoh.

INDUKTIF

Induktif

Merupakan satu strategi

Guru memberi beberapa


contoh khusus yang
mempunyai prinsip yang
sama, murid dibimbing
memikir, mengkaji,
mengenalpasti &
mentafsir maklumat
untuk membuat
generalisasi/kesimpulan.

murid mengumpul dan


mentafsir maklumat
maklumat kemudian
membuat generalisasi
atau kesimpulan.

19

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induksi

Sediakan contoh-contoh yang sesuai

Soalan-soalan disediakan untuk membimbing membuat kesimpulan

Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk mencari


kesimpulan

Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri yang sama

Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi.

Murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama

Guru tidak harus memberi contoh sekaligus

Sediakan alat bantu mengajar

Libatkan penggunaan deria-deria murid dalam aktiviti lihat, dengar, hidu


& sentuh.

Pengajaran mengikut urutan yang tepat contoh-contoh spesifik


membawa kepada kesimpulan umum.

Contoh Pendekatan Induktif dalam Pengajaran Matematik


Guru memberikan contoh-contoh operasi darab kemudian murid-murid
cuba bentukkan suatu kesimpulan atau teori umum sebagai penyelesaian
masalah tersebut.
Contoh;
2x1=2
3x1=3
4x1=4

nx1=n

5x1=5

n = 1, 2, 3

6x1=6
20

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Jenis-Jenis Pendekatan Induktif

(a) Generalisasi

Membentuk satu generalisasi ialah suatu teori yang digunakan untuk


mudah memahami dan mudah diaplikasikan pada contoh lain.
Contoh; mencari ciri segitiga yang sama sisi dengan segitiga sama kaki,
iaitu persamaan segitiga mempunyai tiga sisi, sudut pedalaman ialah 180
dan sebagainya.

(b) Prinsip ujikaji

Murid membentuk satu prinsip hasil daripada ujikaji tertentu yang


dijalankan.
Contoh; ujikaji

tentang

pendekatan

guru

ini

0.5kg

adalah

menjalankan

bersamaan

ujikaji

terhadap

500g.

Dengan

berat

dengan

menimbang di atas penimbang untuk menjelaskan persamaan berat


tersebut.
21

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Oleh itu, murid akan memahami bahawa 0.5kg = 500g walaupun unit
adalah berbeza.
(c) Membentuk satu hukum dari satu penyataan.

Maksudnya ialah melalui penyataan yang diberikan oleh guru, murid dapat
memahami bahawa contoh tersebut boleh digunakan dalam contoh lain
yang sesuai.
Sebagai contohnya ialah semasa dalam pengajaran unit wang, murid
dapat mengaplikasikan penggunaan unit wang dalam kehidupan seharian.

(d) Membentuk satu teorem

Murid-murid

dapat

membuat

kesimpulan

umum

hasil

daripada

pemahaman mereka.
Sebagai contoh, mengukur dan mencari hasil tambah sudut-sudut di
dalam pelbagai jenis segitiga untuk mendapat teorem sudut segitiga.

(e) Mendapat satu teori hasil daripada satu urutan pemikiran

Contohnya ialah murid mencontohi urutan-urutan pengiraan yang


ditunjukkan oleh guru untuk mendapat hasil pembelajaran seperti yang
telah dilakukan oleh guru tersebut semasa membuat pengiraan.

22

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

DEDUKTIF

Pendekatan deduktif

Prinsip-prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Deduktif


Pada peringkat permulaan, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih
dahulu.
Murid dibimbing mengingat kembali generalisasi, prinsip atau teori yang
membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang telah
didedahkan.
23

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Generalisasi, prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan


masalah atau membukti hipotesis haruslah diketahui serta telah difahami.
Guru membimbing murid melalui aktiviti soal jawab sehingga mereka
menjalankan aktiviti penyelesaian masalah sendiri.

Jenis-jenis pendekatan deduktif

(a) Penyelesaian masalah

Guru berusaha memahamkan murid tentang sesuatu teori, prinsip,


hukum, teorem atau peraturan tertentu supaya murid dapat menggunakan
teori, prinsip, hukum, teorem atau peraturan tersebut bagi menyelesaikan
masalah lain yang timbul tetapi mempunyai cara penyelesaian yang sama
asalkan tidak lari dari konsep asal
24

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Contoh, setelah murid mempelajari konsep pendaraban. Murid disuruh


menyelesaikan beberapa soalan operasi darab.

(b) Membuat generalisasi baru

Setelah guru mengajarkan kepada murid-murid tentang sesuatu teori atau


hukum, tertentu sehingga mereka dapat menguasai konsep tersebut.
Kemudian murid membuat kesimpulan umum yang baru atau teori yang
baru bersesuaian dengan kefahaman masing-masing dan tidak lari
daripada konsep asal.
Misalnya setelah murid mempelajari rumus luas segiempat tepat, mereka
diminta menggunakan rumus itu untuk mendapat rumus luas segitiga
bersudut tegak.

(c) Membukti hipotesis


Setelah murid belajar hipotesis sesuatu ujikaji, mereka juga boleh
melakukan ujikaji lain bagi membuktikan sesuatu hipotesis melalui prinsip
dan hukum yang telah dipelajari.
Misalnya setelah mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas
garis lurus, mereka diminta menggunakan teorem ini untuk membuktikan
bahawa hasil tambah tiga sudut dalam sebuah segitiga ialah 180.
Aktiviti 2.4.1 (2)
Senaraikan perbezaan pendekatan induktif dan deduktif.
2.4.2 PENEMUAN DAN PENYIASATAN
Pengenalan
Penemuan adalah satu teknik pengajaran di mana para murid akan
mengkaji sesuatu situasi yang berstruktur atau tidak berstruktur sehingga
mereka memperolehi satu kesimpulan yang baru (D' Augustine, 1973;
Husen & Postlethwaite, 1970). Kaedah penemuan merangkumi semua
25

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

aktiviti merancang, menyiasat, menganalisa dan menemui. Penyiasatan


dalam matematik dijalankan dengan mengemukakan suatu masalah atau
situasi yang mana murid

boleh menunjukkan pengetahuan mereka.

Penggunaan bahan manipulatif boleh mempertingkatkan kefahaman dan


menpercepatkan pemerolehan sesuatu penyelesaian atau keputusan.

Penemuan
Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-kemahiran
seperti membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri yang sama untuk
membuat generalisasi. Kaedah penemuan boleh dilakukan dalam dua
bentuk iaitu, penemuan kreatif (creative discovery) atau penemuan
terpimpin (guided discovery) (Sobel & Maletsky, 1972). Dalam matematik
banyak konsep, rumus dan hukum boleh dipelajari dengan menggunakan
kaedah penemuan. Contohnya , murid-murid boleh menemui teorem
Pythagoras, rumus luas segitiga, pemfaktoran ungkapan kuadratik dan
sebagainya.
Kebaikan kaedah penemuan
1) Murid berpeluang untuk mengambil bahagian yang aktif dan jumlah murid
yang didapati mengambil bahagian meningkat.
2) Murid boleh mempelajari untuk mencari rumus dan pola, sama ada dalam
situasi

yang

melibatkan

bahan

konkrit

ataupun

abstrak

serta

mencadangkan maklumat tambahan dengan memikirkan lebih lanjut


tentang sesuatu data.
3) Murid boleh merumus secara teratur soalan-soalan dan menggunakan
soalan untuk memperoleh maklumat yang berguna dalam membuat
penemuan
4) Membantu murid membina cara kerjasama, berkongsi maklumat dan
belajar mendengar serta menggunakan pendapat orang lain.
26

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

5) Murid dapat mengingati kemahiran, konsep dan prinsip yang dipelajari


dengan lebih lama.
6) Kemahiran yang dipelajari dalam situasi pembelajaran.
Penyiasatan
Dalam kaedah penyiasatan murid diberi peluang untuk berkongsi idea dan
pengalaman serta berinteraksi antara murid dengan guru atau antara
murid dengan murid.

Penerokaan melibatkan cara murid belajar

menghadapi soalan-soalan tak berstruktur yang bersifat terbuka, menilai


dan membuat hujah sesuatu pernyataan dan hujah secara logik serta
menggunakan contoh secara konstruktif. Apabila seseorang murid
menyiasat dan meneroka,dia bukan sahaja sedang mencuba untuk
menyelesaikan

sesuatu

masalah

tertentu

tetapi

dia

cuba

mempertingkatkan kefahamannya tentang sesuatu situasi tertentu.


Kebaikan Kaedah Penyiasatan
1) Membantu murid meneroka sendiri konsep dan formula untuk sesuatu
tajuk.
2) Membina konsep melalui pengalaman dalam dunia sebenar. Konsep
baru yang dibina sendiri melalui pelbagai pengalaman konkrit yang
berkait dalam dunia sebenar akan kekal dalam dunia ingatan.
3) Murid menyelesaikan suatu masalah matematik atau situasi dimana
murid boleh menyelesaikan masalah menggunakan pengetahuan
sedia ada. Apabila seseorang murid menyiasat dan meneroka, dia
bukan sahaja sedang mencuba untuk menyelesaikan sesuatu masalah
tertentu tetapi dia juga cuba mempertingkatkan kefahamannya tentang
sesuatu situasi tertentu.

27

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

4) Penggunaan bahan manipulatif boleh mempertingkatkan kefahaman


dan mempercepatkan pemerolehan sesuatu penyelesaian atau
keputusan.
5) Murid diberi peluang untuk berkongsi idea dan pengalaman serta
berinteraksi antara murid dengan guru atau antara murid dengan
murid.

2.4.3 PERBINCANGAN DAN PENYOALAN


Pengenalan
Perbincangan

merupakan satu kaedah dan teknik pengajaran yang

melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dan murid dalam kelas, atau
suatu jenis aktiviti pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran atau idea
serta berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara melalui perbualan di
bawah penyeliaan seorang guru.

Kegunaan kemahiran penyoalan dan perbincangan dalam P&P


Penyoalan boleh mendorong dan merangsang pemikiran murid.
Perbincangan melibatkan perbualan antara murid dengan guru dalam
sebuah kelas atau antara sekumpulan murid.
Strategi ini menggalakkan murid bertukar pendapat, idea atau maklumat
secara berkesan bersama guru mereka atau di kalangan murid

Perbincangan
Perbincangan boleh merangsang pemikiran kritikal dan menggalakkan
muridmurid yang berkebolehan sederhana dan kurang berupaya
28

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

melibatkan

diri

dalam

proses

pembelajaran.

Perbincangan

boleh

digunakan untuk mencapai objektif objektif kognitif dan afektif. Dalam


domain

kognitif,

perbincangan

menganalisis idea-idea

dan

boleh

menggalakkan

faktafakta

dari

pelajaran

murid-murid
baru

dan

mengaitkannya dengan pelajaran yang lampau. Dari domain afektif,


perbincangan menggalakkan murid-murid meninjau pendapatpendapat
mereka, berinteraksi dan menilai ideaidea murid-murid lain serta
mengembangkan kemahiran mendengar dengan baik. Walau apapun
objektifnya, perbincangan mesti dirancang dengan baik dan soalan-soalan
penting dibentuk sebelum pengajaran dijalankan.
Garis panduan berikut dicadangkan untuk perbincangan:

Ambil kira matlamat perbincangan

Pertimbangkan pengalaman dan perkembangan murid-murid

Kaji isu-isu yang terlibat

Murid-murid diberi orientasi objektif perbincangan

Sediakan persekitaran yang menyokongkan

Bekalkan maklumat baru atau tepat apabila perlu

Ulang, rumus atau jana pendapat dan kenyataan kepada satu


unit yang bermakna

Terapkan unsur jenaka (Use humour)

Garis panduan ini boleh diaplikasikan kepada kaedah kumpulan


dan perbincangan, seperti perbincangan kelas, panel dan
perbahasan serta perbincangan kumpulan kecil.

Pada asasnya, terdapat dua jenis perbincangan:


(a) Perbincangan kelas (Whole-class discussion)

29

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Guru harus mengendali perbicangan kelas. Sebelum perbincangan kelas,


adalah penting untuk memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan
asas tentang aspek yang dibincangkan.
Panel dan perbahasan:
sekumpulan

murid

Panel, simposium dan perbahasan melibatkan

memperolehi

maklumat

tentang

sesuatu

menyampaikan maklumat tersebut dan membincangkannya.

topik,

Panel dan

perbahasan direka dengan tujuan membantu murid-murid memahami


beberapa pandangan berkaitan dengan sesuatu topik atau isu. Mereka
menggabungkan aktiviti-aktiviti dan kenyataan-kenyataan yang dirancang
melalui perbincangan tolak ansur. Ia berfaedah dalam kegiatan bilik darjah
yang besar apabila perbincangan tidak formal atau kumpulan kecil tidak
dapat dijalankan.
Panel dijalankan dalam keadaan tidak formal dimana empat hingga enam
orang ahli berbincang satu topik bersama seorang pengerusi sedangkan
murid-murid lain dalam kelas mendengar. Kemudian, satu perbincangan tolak
ansur akan diadakan bersama kelas. Tiap-tiap ahli memberi kenyataan
masing-masing. Meja bulat boleh digunakan sebagai versi panel yang tidak
formal.
Simposium hampir sama dengan panel tetapi ia melibatkan penyampaian
maklumat yang lebih formal oleh setiap ahli panel.
Perbahasan ialah satu pendekatan perbincangan yang formal. Ia merangkumi
ucapan-ucapan yang tersedia oleh ahli-ahli dari dua kumpulan yang
mempunyai

pandangan

yang

bertentangan.

Tiap-tiap

ahli

akan

membangkang ide dari kumpulan lain.


Panel dan perbahasan dijalankan untuk faedah kelas. Kelas melibatkan diri
melalui soal dan jawab selepas panel telah menyampai maklumatnya.
(b) Perbincangan kumpulan kecil
30

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Bilangan yang paling sesuai dalam perbincangan kumpulan kecil adalah di


antara empat hingga lima orang murid. Perbincangan ini diketuai oleh murid
terpilih dengan bimbingan seorang guru. Selain daripada mempromosi
kemahiran

pemikiran

merangkumi

bertahap

perkembangan

tinggi,

perbincangan

kemahiran

komunikasi,

kumpulan

kecil

kepemimpinan,

perbahasan dan kompromi. Murid-murid yang terlibat dalam perbincangan


boleh tersesat secara mudah. Organisasi yang teliti boleh membantu
melicinkan proses perbincangan.
Terdapat sekurang-kurangnya empat perkara yang mana guru boleh lakukan
bagi menjamin keberkesanan perbincangan kumpulan kecil:
1. Guru harus memantau aktiviti secara teliti dengan meronda dalam bilik
bagi memastikan setiap kumpulan fokus kepada objektif perbincangan.
2. Guru harus pastikan murid-murid mempunyai pengetahuan asas untuk
menyumbang

kepada

perbincangan

tersebut.

Oleh

demikian

perbincangan kumpulan kecil harus mengikuti satu pengajaran yang fokus


kepada isi kandungan dan yang kembang berdasarkan topik-topik yang
pernah diajar.
3. Guru harus merancang perbincangan yang pendek.
4. Murid-murid harus diberi arahan tepat. Pada penghabisan aktiviti
kumpulan kecil, setiap kumpulan harus melaporkan hasil kepada kelas. Ini
boleh dijalankan melalui laporan bertulis atau wakil dari kumpulan
memberi laporan secara lisan.

Penyoalan
Penyoalan boleh merangsang pemikiran dan aktiviti kognitif. Kaedah
penyoalan digunakan untuk meningkatkan proses pemikiran dari satu
peringkat ke peringkat yang lain.
31

Apabila guru menyoal, ia boleh

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

menggalakkan aktiviti daripada tahap mengingati fakta hingga kepada


tahap analisis, sintesis atau penilaian sesuatu pengajaran.

Kaedah

penyoalan dapat menggalakkan murid memberi perhatian semasa guru


mengajar.
Objektif Penyoalan
1. Mendorong dan merangsang pemikiran.
2. Melibatkan perbincangan dalam kumpulan atau secara individu.
3. Melibatkan lebih ramai murid dalam proses pengajaran.
4. Mengenalpasti kesukaran yang dihadapi oleh murid.
5. Merangsang pemikiran dan aktiviti mental murid.
Semasa melakukan kaedah penyoalan, guru perlu menitikberatkan
beberapa proses, iaitu;
o

Mengingati tujuan pengajaran.

Mengawal komunikasi semasa menyampaikan pengajaran.

Mengukur tindakbalas murid yang berbentuk lisan dan bukan lisan.

Mentadbir tingkahlaku murid serta memikirkan soalan yang perlu


ditanya selanjutnya.

2.4.4 KERJA AMALI


Pengenalan
Hasil kerja amali sudah lama diperkenalkan pada peringkat sekolah
rendah. Banyak guru sudah mula menyedari bahawa pembelajaran
32

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

secara buat sendiri adalah lebih bernilai daripada pembelajaran sekadar


lihat dan

dengar sahaja. Terdapat

juga

beberapa

bukti

yang

mencadangkan terutamanya dalam konteks pembelajaran matematik,


perkara

ini

membantu

dalam

meningkatkan

motivasi

dan

memperkembangkan konsep peniruan dan kemahiran menyelesaikan


masalah seseorang murid.Hasil dapatan kajian yang telah dijalankan
membuktikan bahawa kerja amali membantu dalam memperkembangkan
peringkat pemahaman murid-murid dengan memberi peluang kepada
murid-murid untuk bergerak secara bebas antara sesuatu yang konkrit
dan abstrak. Matematik pada kebiasaannya diperkenalkan secara formal,
dengan

memperkenalkan

konsep-konsep

asas

dan

mengabaikan

beberapa konsep logik, bersifat terikat dan selalunya berasaskan hasil


penyelidikan seseorang ahli teori.

Pendekatan Kerja Amali


Berikut merupakan proses yang terlibat dalam kerja amali. Bagi
menyelesaikan sesuatu masalah dalam matematik, seseorang guru
matematik

boleh

menggunakan

bahan

bantu

mengajar

untuk

menambahkan lagi kefahaman murid-murid. Sebagai contohnya, guru


matematik boleh memperkenalkan konsep matematik, fakta matematik,
kemahiran matematik dan penyelesaian masalah dengan memilih
beberapa bahan bantu mengajar yang betul. Bahan bantu mengajar ini
boleh dijadikan bahan bantu belajar kepada murid-murid. Antara aktiviti
yang boleh dilakukan semasa mengajar matematik ialah membantu murid
untuk menggunting atau melipat kad manila bagi mempelajari konsep
pecahan. selain itu, guru boleh membantu murid untuk membahagikan
sebuah segitiga untuk memahami konsep luas sebuah segitiga.

2.4.5 EKSPOSITORI
33

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Pengenalan
Dalam konteks pelajaran, ekspositori merupakan penyampaian maklumat
atau isi kandungan pelajaran kepada murid-murid di dalam kelas. Oleh itu
kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan
dengan tujuan mengajar sesuatu.
Ekspositori
Seseorang guru yang mempunyai kemahiran mengajar menggunakan
pendekatan ekspositori yang baik dapat menerangkan secara jelas dan
lengkap sesuatu idea atau konsep. Pada kebiasaannya proses dialog
antara guru dan murid akan berlaku dalam satu-satu sesi pengajaran dan
pembelajaran. Seseorang guru haruslah merancang dengan baik setiap
aspek yang diperlukan iaitu cakna pada setiap keperluan murid dan
memperkembangkan setiap isi pelajaran dengan baik. Guru-guru bolehlah
menggunakan idea-idea yang dikemukakan oleh ahli-ahli teori seperti
Gagne, Bruner dan Dienes. Gagne menyatakan bahawa proses
pengajaran bermula pada peringkat yang paling rendah iaitu dikenali
sebagai prakeperluan kepada sesuatu peringkat yang lebih tinggi. Bruner
pula menyatakan bahawa matematik adalah berlandaskan sekurangkurangnya tiga cara iaitu enaktif, ikonik dan simbolik manakala menurut
Dianes,

pengaplikasian

teknik

dinamik

sepatutnya

dijadikan

satu

gabungan dalam pengajaran konsep matematik.


Dalam proses pengajaran, kaedah ini merupakan kaedah yang paling
cepat dan efisyen dalam menyampaikan maklumat kepada murid-murid.
Selain itu, kaedah ini sangat mudah untuk dilaksanakan oleh guru namun
ianya memerlukan beberapa persediaan guru sebelum mengajar. Kaedah
ini juga memungkinkan guru untuk memberikan motivasi dan semangat
kepada murid-murid bagi mewujudkan satu sesi perbincangan yang aktif
dalam kelas. Tambahan pula, guru boleh mengaitkan isi pelajaran
34

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

berdasarkan respon yang telah diberikan oleh murid-murid. Hal ini


memudahkan guru untuk mengenalpasti aras kefahaman murid-murid.
Namun begitu, terdapat beberapa halangan dalam pengaplikasian kaedah
ini. Antaranya ialah teknik pendedahan yang kurang cekap akan
menyebabkan murid-murid menjadi pasif semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, perbezaan individu yang terdapat dalam
sesebuah komuniti murid dalam kelas memberi halangan kepada
keberkesanan penggunaan teknik ini. Hal ini kerana, adalah menjadi satu
perkara yang mustahil kepada seorang guru matematik untuk memenuhi
segala keperluan murid dalam satu-satu sesi pengajarannya. Dan
halangan yang terakhir ialah sekiranya berlaku kesilapan, guru akan lebih
mendominasi sesi pengajaran dan pembelajaran, bukannya murid-murid.

2.4.6 LABORATORI
Pengenalan
Suatu pendekatan pengajaran menggunakan bahan konkrit yang
menekankan konsep belajar dengan melakukan sendiri. Kaedah
Laboratori memerlukan murid melakukan aktiviti dengan bimbingan guru.
Laboratori
Kaedah ini hampir sama dengan kaedah amali. Hal ini kerana,
pendekatan ini juga menekankan konsep belajar dengan melakukan
sendiri. Menurut kajian semasa pembelajaran matematik
perlu

murid-murid

mengorganisasikan aktiviti konkrit dan memahami secara

mendalam simbol-simbol matematik yang abstrak itu. Berdasarkan kajian


yang dijalankan oleh Piaget, Burner dan Dienes telah membuktikan
bahawa pendekatan laboratori dalam matematik boleh memberikan impak
35

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

yang besar dan memainkan peranan yang penting dalam proses


pembelajaran masteri melalui aktiviti yang konkrit. Pendekatan ini juga
sesuai sebagai strategi dalam pengajaran dan pembelajaran murid bagi
menjelajahi idea matematik baru melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan
di bawah pengawasan guru. Hal ini diharapkan dalam melahirkan
generasi murid yang berupaya untuk memperkembangkan matematik
dalam aspek prinsip, undang-undang atau teori.
Pendekatan ini dapat menyokong setiap teori yang dikemukakan dalam
metamatik. Dalam mengorganisasikan beberapa situasi, murid-murid
dapat melaksanakan aktiviti mengikut kemampuan diri mereka sendiri. Hal
ini dapat meningkatkan semangat dan perasaan ingin tahu seseorang
murid. Kaedah ini juga sesuai untuk diaplikasikan kepada murid-murid
yang lebih muda mahupun murid lambat dalam pembelajaran. Contoh
aktiviti yang dapat dilakukan oleh guru ialah bagi mendapatkan formula
luas sesebuah segi empat tepat seseorang murid boleh melukis segi
empat di atas kad manila, diikuti dengan mengira jumlah segi empat di
atas kad dan membandingkan bilangan segi empat secara melintang dan
menegak di dalam sesebuah segi empat tepat yang dilukis.

2.4.7 DEMONSTRASI
Pengenalan

36

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Demonstrasi ialah salah satu teknik yang melibatkan kemahiran


seseorang guru untuk menunjuk cara dalam melakukan sesuatu aktiviti di
dalam kelas. Prinsip pengaplikasian teknik demonstrasi terbahagi kepada
tiga iaitu sebelum, semasa dan selepas demonstrasi.
Demonstrasi
Demonstrasi adalah suatu jenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan kemahiran guru mendemonstrasikan cara atau langkah
melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid. Frasa sebelum berlakunya
teknik demonstrasi, guru sepatutnya menentukan topik, objektif, dan isi
kandungan demonstrasi sebelum memulakan pengajaran. Hal ini penting
bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran guru dapat berjalan
dengan lancar dan mempunyai panduan serta rujukan. Selain itu, segala
peralatan dan kelengkapa perlu disediakan dan disusun berdasarkan
langkah-langkah yang telah dtetapkan. Hal ini bagi memastikan muridmurid dapat memahami setiap langkah tanpa sebarang kemusykilan.
Tambahan pula tempat berlakunya tunjuk cara sepatutnya perlu untuk
dipastikan bahawa semua murid dapat melihat proses demonstrasi
dengan jelas. Bagi menambahkan lagi kefahaman murid, guru hendaklah
memberitahu tujuan dan matlamat demonstrasi terlebih dahulu. Tidak
dilupakan, para guru mestilah mengutamakan keselamatan penggunaan
alatan yang berkemungkinan dapat menyebabkan kecelakaan.
Fasa semasa tunjuk cara, guru mestilah melakukan demonstrasi dalam
keadaan mengadap ke arah murid, dan bukannya membelakangi murid.
Guru juga perlu untuk mengingatkan murid sekiranya murid mempunyai
sebarang

kemusykilan

dalam

beberapa

langkah,

mereka

perlu

memaklumkannya kepada guru supaya mengulangi langkah tersebut


sehingga faham. Bagi menarik perhatian murid serta menguji kefahaman
murid,

guru

bolehlah

menggunakan
37

teknik

soal-jawab.

Semasa

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

melakukan tunjuk cara, guru haruslah cakna akan setiap perlakuan muridmurid dengan memastikan mereka memberikan sepenuh perhatian
terhadap apa yang ditunjukkan. Sekiranya masa mencukupi, guru boleh
meminta murid untuk mengulangi langkah yang telah ditunjukkan. Dengan
langkah ini, guru dapat menilai aras kefahaman murid-muridnya.
Selepas tunjuk cara berlaku, guru boleh berbincang dengan murid
berkaitan kepentingan tunjuk cara yang telah ditunjukkan. Hal ini
bertujuan untuk memastikan bahawa murid anda telah mengikut setiap
langkah tunjuk cara dengan tepat. guru juga boleh berbincang mengenai
tujuan demonstrasi yang telah diadakan dan menyimpulkan beberapa
perkara penting. Bagi meningkatkan aras kefahaman murid, guru bolehlah
mengadakan

aktiviti

pengukuhan

selepas

tunjuk

cara

dengan

menggunakan kepakaran guru atau menggunakan nota rujukan yang


terdapat di dalam buku.
Tunjuk cara ataupun demonstrasi mempunyai beberapa prosedur
pengajaran. Bermula dengan proses merancang, guru perlu untuk
menentukan topik dan objektif tunjuk cara yang ingin dilakukan bersama
murid-murid. Kemudian, guru perlu untuk merancang langkah-langkah
demonstrasi. Setelah itu, guru perlu memilih dan menyusun alatan serta
radas yang diperlukan di tempat yang betul. Hal ini bagi mengelakkan
sebarang kekeliruan yang berlaku semasa proses tunjuk cara. Proses
kedua ialah perlaksanaan. Semasa melaksanakan tunjuk cara, guru perlu
untuk menerangkan tujuan tunjuk cara dilakukan pada sesi pembelajaran
pada hari tersebut. Guru juga perlu untuk menerapkan demonstrasi
dengan menggunakan guru sebagai model utama. Harus diingatkan,
segala alatan yang digunakan haruslah berdasarkan langkah-langkah
yang telah dirancang. Seterusnya, guru perlu untuk menyediakan latihan
sebagai pengukuhan mahupun pemulihan. Hal ini bermakna, murid-murid
dapat mengulangi langkah-langkah yang telah ditunjukkan oleh guru dan
38

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

sekiranya terdapat masalah guru bolehlah memperbetulkan kesilapan


murid. Di bahagian penutup pula, guru berbincang dengan murid
berkaitan aktiviti yang telah dijalankan. Murid-murid pula diminta untuk
membuat kesimpulan hasil pembelajaran berdasarkan tunjuk cara yang
telah dilakukan oleh guru dan merekodkan perkara-perkara yang penting
di dalam buku latihan mereka.

2.4.8 PEMBELAJARAN KOPERATIF DAN KOLABORATIF


Pengenalan
Pendekatan Koperatif ialah

pembelajaran

yang

melibatkan murid

bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli


kumpulannya

manakala

Pembelajaran

Kolaboratif

memerlukan

penglibatan semua ahli kumpulan. Ia memerlukan idea yang mencabar,


menyokong dan menambah baik sesuatu idea sehingga mencapai
persetujuan kumpulan
Pembelajaran Koperatif
Pendekatan

koperatif

ialah

pembelajaran

yang

melibatkan

murid

bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli


kumpulannya. Berasaskan konsep di mana murid-murid belajar secara
kumpulan

dan

berbincang

secara

koperatif.

Murid-murid

dapat

berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran.


Langkah-langkah dalam pembelajaran koperatif
Langkah-langkah yang boleh di ikuti dalam melaksanakan pembelajaran
koperatif ialah:
i)

Guru sampaikan pelajaran baru.

ii)

Murid-murid membentuk kumpulan untuk membincangkan secara


39

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

koperatif.
iii)

Ujian dijalankan untuk mengesan kemajuan dan pencapaian murid


dalam setiap kumpulan.

iv)

Peneguhan

sosial

diberikan

kepada

kumpulan

untuk

membincangkan secara koperatif.


Ciri-ciri pembelajaran koperatif
Adalah disenaraikan seperti berikut:
1)

Murid-murid melibatkan diri secara aktif.

2)

Murid dilatih dengan akauntabiliti diri dan tanggungjawab sesama


ahli kumpulan.

3)

Kemahiran dan interaksi sosial dapat dipupuk

4)

Murid-murid sedar tentang kebaikan pembelajaran ini.

5)

Sekumpulan murid boleh dikuasai oleh seorang ahli sahaja.

6)

Walaupun penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan


pandangan seorang sahaja, semua ahli dalam kumpulan akan
bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut

7)

Ada tanggungjawab berkongsi dikalangan murid

8)

Ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang


menunjukkan prestasi yang baik. Ini juga memotivasikan mereka
untuk mencapai sesuatu matlamat

9)

Guru hendakalah memupuk sikap positif seperti bekerjasama,,


bertolak ansur dan tidak mementingkan diri agar objektif kumpulan
tercapai

10)

Guru juga hendaklah melatih kemahiran sosial dan memupuk


konsep kendiri untuk membantu ahli kumpulan mencapai objektif
dan mengekalkan hubungan positif

Prosedur pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah koperatif

40

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Prosedur pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah koperatif yang


boleh digunapakai adalah seperti berikut:
i)

Guru mengajar satu unit kaedah pembelajaran.

ii)

Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan


aktiviti-aktiviti yang mencapai objektif pembelajaran.

iii)

Guru membimbing dengan kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang


sesuai.

iv)

Murid mengikuti bimbingan guru.

v)

Murid-murid berusaha bersama-sama dalam kumpulan untuk


mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan

KAEDAH KOLABORATIF
Mengikut Kamus Dewan (1998), koboratif bermaksud kerjasama erat di
antara dua pihak atau lebih. Pembelajaran kolaboratif memerlukan
penglibatan semua ahli kumpulan. Ia memerlukan idea yang mencabar,
menyokong dan menambah baik sesuatu idea sehingga mencapai
persetujuan kumpulan.

Melibatkan sekumpulan murid yang berusaha

bersama ke arah mencapai prestasi yang cemerlang sama ada dalam


bidang akademik atau pun ko kurikulum.

Keberkesanan pembelajaran

dapat ditingkatkan dengan meminta murid menyelesaikan sesuatu


masalah dengan satu sama lain dan kemudiannya berbincang. Nilai sosial
dan kerjasama dapat dipupuk dengan baik dan masalah disiplin dapat
dikurang ke tahap minima.
Ciri-ciri Pembelajaran Kolaboratif
Pembelajaran koperatif dan kolaboratif mempunyai ciri-ciri yang

hampir

sama di mana kedua-dua kaedah ini menekankan semangat perkongsian


antara ahli kumpulan, kerjasama dan corak hubungan antara guru dan
murid, dan kombinasi bilik darjah secara kolaboratif.
41

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

1) Perkongsian pengetahuan di kalangan guru dan murid.


Perkongsian maklumat tentang isi kandungan, kemahiran dan pengajaran
dan menyampaikan maklumat tersebut kepada murid.Guru koboratif juga
menghargai dan menggunakan pengetahuan yang didapati melalui
pengalaman peribadi, bahasa, strategi dan budaya yang dibawa oleh
murid ke dalam situasi pembelajaran.
2) Perkongsian kuasa antara guru dan murid
Meminta murid menetapkan matlamat spesifik dalam kerangka kerja yang
diajar menyediakan pilihan aktiviti-aktiviti dan tugasan yang memenuhi
minat dan matlamat murid yang berbeza. Guru mengalakkan murid
menggunakan pengetahuan sendiri, memastikan mereka berkongsi
pengalaman dan strategi pembelajaran mereka, dan memfokuskan
kepada kefahaman bertahap tinggi. Guru membantu murid mendengar
pelbagai pendapat, menyokong pengetahuan dengan bukti, melibatkan
diri dalam pemikiran kritis dan kritikal dan terlibat dalam dialog.
3) Guru sebagai Perantara
Perantaraan yang berjaya dapat membantu murid untuk menghubungkan
maklumat baru dengan pengalaman mereka dan pembelajaran di bidang
lain dapat membantu murid mencari jalan penyelesaian apabila mereka
keliru dan membantu mereka belajar bagaimana untuk belajar.
4) Pengumpulan murid secara kepelbagaian (heterogen)
Perspektif, pengalaman dan latar belakang murid penting untuk
memperkayakan

pembelajaran
42

dalam

bilik

darjah

memerlukan

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

pemahaman pelbagai perspektif. Bilik darjah yang kolaboratif melibatkan


aktiviti kurikulum berfikir dan diberi peluang untuk memberi sumbangan
dan mengharga sumbangan orang lain.
5) Mengumpul idea
Dalam pembelajaran kolaboratif, murid-murid akan mengumpul idea atau
data,

berkongsi

pengalaman,

berbincang

sesama

mereka,

dan

menyelesaikan masalah bersama.


6) Kriteria asas dalam pendekatan kolaboratif
Kebolehan bergaul dan bekerjasama pada peringkat peribadi dan
perlunya ada komitmen, kesudian untuk berkorban masa bagi merancang,
menilai dan membuat refleksi serta saling membantu antara satu sama
lain untuk mencapai prestasi akademik yang baik.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KAEDAH KOPERATIF DAN


KOLABORATIF
ASPEK

KEBAIKAN

KEBURUKAN

43

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

K
O
P
E
R
A
T

Mewujudkan semangat saling


bergantung antara satu sama lain
dalam kumpulan.
Menjalankan aktiviti pembelajaran
secara bersemuka
Setiap ahli kumpulan mempunyai
rasa tanggungjawab yang tinggi
kepada kumpulan masing-masing.
Mengajar kemahiran interpersonal
kepada murid.
Pemprosesan secara
berkumpulan

Terlalu bergantung
(kurang berdikari)

I
F

ASPEK

KEBAIKAN

KEBURUKAN

44

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

K
O
L
A
B
O
R
A
T

Murid dikehendaki membangunkan


kemahiran sedia ada untuk
mencapai matlamat pembelajaran.
Murid-pelajr merunding dan
mengorganisasi usaha sendiri
Aktiviti kumpulan tidak dipantau
oleh guru.
Jika timbul persoalan, soalan itu
dijawab oleh kumpulan itu sendiri.
Guru cuma membimbing murid ke
arah penyelesaian persoalan.
Murid menyimpan draf kerja untuk
kerja-kerja lanjutan.
Murid-murid menilai prestasi
individu dan kumpulan tanpa
dibimbing oleh guru

Tersalah konsep dan


fahaman

I
F
2.4.9 PENDEKATAN BERPUSATKAN MURID, GURU DAN MEDIA
KOPERATIF

KOLABORATIF

Sesi perbincangan konsep


matematik di dalam
kumpulan kecil

Kaedah visual dalam


penerangan konsep
Kuliah di kelas matematik

Sesi pembentangan cara


kerja bagi mengatasi
masalah matematik
/penyelesaian masalah

Pembinaan lagu dan lirik


bagi mengingat formula
Pembinaan peta minda
bagi konsep matematik
yang melibatkan fakta

Forum membincangkan
kaedah mengingat formula
matematik
Study group menyelesaikan
latih tubi
Lawatan sambil belajar bagi
tajuk wang dan statistik
Simulasi jual beli

45

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Membandingbeza Pendekatan Berpusatkan Guru, Murid dan Media


Dalam Pengajaran Kaedah Dan Teknik Matematik

DEFINISI

BERPUSATKAN
GURU
Di dalam bilik
darjah, gurulah
yang menguasai
dan mengawal
segala aktiviti
murid, iaitu guru
banyak memberi
penerangan dan
murid hanya
duduk
mendengar.

BERPUSATKAN
MURID
Murid terlibat secara
aktif dalam
pembelajaran.
Murid terlibat dalam
aktiviti seperti
perbincangan,
penyelesaian
masalah, melukis
dan banyak lagi.
Murid tidak lagi
bergantung pada
bahan-bahan atau
sumber maklumat
daripada guru
semata-mata.

CIRI - CIRI

Guru memainkan
peranan penting
Komunikasi
sehala. Guru
banyak bercakap.
Kepimpinan guru
secara autokratik
Pencapaian
objektif guru
diutamakan
Penyebaran ilmu
pengetahuan
lebih diutamakan
daripada
penyuburan nilai
murni/perkemban

Murid memainkan
peranan penting
Komunikasi dua
hala.
Guru menyoal/
membimbing.
Kepimpinan guru
secara demokratik.
Perbincangan/
galakkan murid
memberi pendapat,
objektif pencapaian
murid diutamakan
perkembangan
murid secara
menyeluruh/
46

BERPUSATKAN
MEDIA
Bahan murid yang
digunakan untuk
pengajaran dan
pembelajaran
diklasifikasikan
kepada dua
kategori, iaitu
bahan pengajaran
dan
bahanpembelajaran
.
Bahan pengajaran
adalah bahan yang
digunakan oleh
guru seperti carta,
graf, peta,
spesimen, model,
gambar, slaid,
radio, perakam pita,
video, televisyen
dan projektor.
Murid memainkan
peranan penting.
Komunikasi/interak
si berlaku antara
guru/bahan atau
murid/bahan
pembelajaran
Kecekapan/kemahir
an penggunaan
bahan pengajaranpembelajaran
diutamakan
Penekanan kepada
jasmani, rohani,
dan kognitif. Murid
dilatih dalam

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

gan emosi.
Penyampaian
fakta secara
menghafal
Interaksi di antara
murid adalah
pasif.
Kaedah
keseluruhan
kelas.
Murid-murid
kurang kreatif/
tidak berinitiatif.

seimbang ( j.e.r.i.)
Ujian formatif
digunakan bagi
membaiki
kelemahan murid.
Penyampaian guru
untuk pembelajaran
bermakna,
memahami &
membuat
kesimpulan,
Peluang interaksi di
antara murid adalah
positif
(bekerjasama,
bertolak ansur,
tolong-menolong)
Kaedah kumpulan /
perbezaan & minat
murid dipupuk,
Murid-murid bersifat
kreatif/ berinitiatif.

PENGLIBATAN
MURID

Keberkesanan
pengajaran
pemusatan guru
banyak
bergantung atas
kebolehan murid .

Semua proses
pembelajaran
dilakukan oleh murid
itu sendiri tanpa
panduan daripada
guru.

Penerangan ini
lebih memberi
keuntungan
kepada murid
berkebolehan
tinggi itu sendiri
kerana mereka
belajar lebih
banyak lagi
melalui
penerangan

Murid juga
berkeupayaan
menggunakan
segala kemahiran
tersebut dalam
situasi-situasi yang
lain.
Selain itu, naluri
ingin tahu murid
dapat
47

kemahiran,
kefahaman dan
berdikari.
Pengajaran
bermakna, menarik
dan berkesan.
Peluang interaksi
antara murid
banyak.
Sifat sosial yang
positif dapat
dipupuk melalui
kaedah kumpulan
kecil ujikaji,
projek,
perbincangan dsb.
Pengetahuan
abstrak dapat
dijadikan konkrit
dengan adanya
bahan-bahan
murid.
Bagi memastikan
proses
pembelajaran ini
berkesan, guru
telah merancang
agar semua murid
dapat melibatkan
diri di dalam setiap
aktiviti yang
dirancangkan.
Antara contoh
aktiviti yang telah
digunakan di dalam
rancangan
mengajar harian ini
ialah aktiviti
menonton petikan

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

bahan kepada
rakan-rakannya.

KAEDAH

Strategi
pemusatan guru
merupakan
strategi
pengajaran dan
pembelajaran di
mana guru
memainkan
peranan utama.
Guru yang akan
menguasai dan
mengawal segala
aktiviti
murid.

diperkembangkan
melalui kaedah
seperti inkuiri
penemuan.
Sifat-sifat sosial
yang positif dapat
diterapkan dalam
diri para murid
seperti
bekerjasama,
bertimbang rasa,
tolong menolong
dan sebagainya .

Kaedah yang
digunakan dalam
pengajaran
berpusatkan murid
ialah pembelajaran
kendiri, pengarahan
kendiri, kaedah
dapatan,
penyelesaian
masalah,
perbincangan dalam
kumpulan, inkuiri
penemuan dan
pembelajaran
koperatif
(Ee Ah Meng, 1997).

Kaedah
keseluruhan
kelas,
demonstrasi,
syarahan,
bercerita dan
pengajaran
berkumpulan

48

video dan
bersoaljawab bagi
langkah pertama
dan kedua.
Berinterksi dengan
komputer melalui
aktiviti latihan pada
langkah yang
ketiga.
Bagi sesi penutup
pula guru
melibatkan murid
dengan sesi soal
jawab.
Murid memainkan
peranan untuk
memudahkan guru
menyampaikan
dengan lebih
menarik dan
berkesan.
Manakala muridmurid boleh
memahami dengan
lebih bermakna
serta boleh
menjalankan aktiviti
pembelajaran
dengan sendiri
atau berkumpulan
tanpa kehadiran
guru.

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

KAEDAH/
TEKNIK

PENILAIAN
TERHADAP
KAEDAH

Kaedah & Teknik


penerangan,
demonstrasi,
syarahan,
kumpulan/
pasukan,
bercerita,
keseluruhan
kelas.

Kaedah & Teknik


projek, inkuiripenemuan,
perbincangan,
penyoalanan,
penyelesaian
masalah, simulasi,
main peranan,
sumbangsaran,
kumpulan kecil dsb.

Kaedah & Teknik


komputer, bahan
cetak, modul, buku
teks, buku rujukan,
kamus, perakam
pita, carta, peta,
graf, spesimen,
slaid, video,
televisyen,
projektor, dsb.

Apa yang
dijelaskan oleh
guru dianggap
benar dan selagi
murid mengikut
nilai dan standard
yang diletakkan
oleh guru

Semua kaedahkaedah ini hanya


dapat digunakan
dengan baik jika
guru sedar tentang
peranannya dan
peranan murid
dalam pengajaran
dan pembelajaran.

Keberkesanan
dinilai dari
Keberkesanan
media / kaedah
yang digunakan

Dalam
pendekatan ini,
perkara yang
paling penting
ialah menguasai
pengetahuan,
iaitu murid harus
tahu tentang
kandungan
matapelajaran
dan akan diuji
dan jikalau
ingatan murid itu
baik, dia
mendapat
ganjaran markah
yang tinggi.

Cara
mempertingkatkan
lagi media / kaedah
yang digunakan
Peranan media /
kaedah dalam
pencapaian objektif
Adakah media /
kaedah yang
digunakan dapat
menarik minat
murid?
Adakah media /
kaedah yang
digunakan dapat
melibatkan semua
murid?

49

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

KESIMPULAN
Pendekatan dan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perlu
dikuasai oleh guru pendidikan awal kanak-kanak. Pendekatan pengajaran
membantu guru untuk melaksanakan kurikulum yang dirancang. Aktiviti
pembelajaran pula membantu pengukuhan pembelajaran kanak-kanak.
Manakala teknik pengajaran yang berkesan dapat menyampaikan
kandungan muridan dengan menggunakan pelbagai media. Hasil
pembelajaran murid didokumentasikan dan boleh dijadikan panduan dan
rujukan kepada guru terhadap pencapaian muridnya. Transisi merupakan
aspek yang penting dalam pendidikan awal kanak-kanak dan perlu
difahami oleh guru.
Memahami pendekatan dan aktiviti pendidikan awal kanak-kanak adalah
penting untuk persediaan guru sebelum mengajar murid-murid di kelas
prasekolah.

Kefahaman

tentang

pendekatan-pendekatan

dalam

pengajaran lebih memberi keyakinan dalam melaksanakan aktiviti


kurikulum. Perancangan pengajaran guru lebih berkesan dan mempunyai
prinsip mengajar yang betul untuk menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran
kreativitinya

yang
untuk

berkualiti.
mewujudkan

Guru

harus

ruang

bijak

berkenaan

dalam

menjana

sebagai

pusat

pembelajaran dengan mengambil kira aspek keselesaan , keselamatan


dan memanfaatkan kepada murid. Semestilah pusat pembelajaran yang
kondusif. Untuk menjadikan sesebuah tadika itu sebuah tempat yang
selamat dan penghuninya terjamin dari segi kesihatan sesebuah taska itu
harus dapat meransang pembelajaran murid-muridnya. Guru tadika harus
memfokus kepada pengukuhan kemahiran bahasa,kemahiran berfikir dan
penerapan nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak ansur dan
meningkatkan keyakinan diri.
Alat dan bahan yang disediakan boleh diubah suai dan ditambah dari
semasa ke semasa. Guru seharusnya menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut
50

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

di dalam ruang yang disediakan. Untuk itu pengwujudan ruang tersebut


seharusnya

mempunyai

keselesaan

kepada

nilai

teraputik

murid-murid.

yang

Pengurusan

mampu
ruang

memberikan
yang

baik

membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan secara


lancar dan berkesan. Ruang ruang utama seperti ruang dalam bilik
darjah, ruang penyediaan makanan, ruang bilik air dan ruang luar bilik
darjah merupakan pusat pembelajaran bagi murid. Oleh itu sekiranya
salah satu ruang tersebut tidak ada maka tidak lengkaplah keperluan asas
dan fizikal di kelas taska.
Kepentingan dalam menyediakan rancangan pengajaran adalah penentu
keberkesanan

pelaksanaan

Kurikulum

Prasekolah

Kebangsaan.

Persiapan awal sebelum memulakan pengajaran dapat membantu guru


mengenal pasti keperluan pembelajaran murid. Di samping itu guru dapat
menambah baik kandungan, hasil pembelajaran, pendekatan dan aktiviti
pembelajaran murid dengan menggunakan bahan dan peralatan yang
bersesuaian serta menarik minat murid. Persediaan dan perancangan
yang teratur memberi kesan yang positif kepada guru dan murid.
Memahami pendidikan awal kanak-kanak dari asek perbandingan adalah
penting untuk mengukuhkan kefahaman guru dan juga pengkaji bidang
ini. Kefahaman ini akan menjadi pegangan untuk mengenalpasti
perbezaan setiap program dan model. Penambahbaikan terhadap
program yang sedia ada di Malaysia dengan membandingkan program di
luar negara. Banyak yang boleh dipelajari daripada program dan model
pendidikan awal kanak-kanak daripada luar negara. Secara tidak
langsung mereka yang terlibat dengan bidang ini akan merancang
mengikut kesesuaian kanak-kanak, masyarakat dan budaya.

51

You might also like