You are on page 1of 3

sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

SPPBS mula dilaksanakan pada 2011 bermula dengan murid di tingkatan


satu.

Sebahagian daripada usaha kerajaan melahirkan murid cemerlang pelbagai


segi berbanding berorientasikan peperiksaan.

Tiada peperiksaan akhir tahun di bawah PBS.

Setiap hari guru menilai pelajar berdasarkan enam tahap bermula dari aras
pemahaman sehingga tahap tauladan. Data direkodkan ke dalam sistem komputer
berpusat.
Isu SPPBS (PBS) 2014 Yang Berbangkit oleh Guru-guru
1.
Guru kecewa dengan komputer yang tidak cukup bagi memasukkan data
SPPBS 2014 sehingga mengakibatkan masalah sistem.
2.
Guru terpaksa bangun seawal jam 3 pagi sewaktu trafik internet lancar bagi
memasukkan data SBA ke dalam sistem pelayan kementerian.
3.
Guru-guru mendakwa Data SPPBS 2014 yang lepas tidak akan digunakan
untuk menilai prestasi pelajar tingkatan tiga tahun ini ekoran arahan kementerian
yang berbeza kepada guru untuk memasukkan markah pelajar tingkatan satu
bermula 2012
4.
Nisbah pelajar dan guru tidak seimbang dan sistem penilaian pelajar yang
masih belum jelas

TINDAKAN
PBS ditangguh, teliti kesan bebanan guru
KUALA LUMPUR 23 Feb. - Guru-guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga perkara itu diputuskan oleh
Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yuso berkata, Kementerian
Pendidikan mengambil serius mengenai isu pelaksanaan PBS yang dibangkitkan
oleh guru-guru di samping pandangan tentang kesannya terhadap murid.
l Di samping memastikan kajian dan penelitian tersebut dilaksana secara berkesan,
KPM juga telah mengambil langkah-langkah segera bagi menanganinya seperti
berikut;

l. Menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh


negara bermula pada 17 Februari 2014 bagi mengelakkan kekeliruan terhadap
pelaksanaannya.
2. Mengadakan perbengkelan yang melibatkan guru-guru termasuk kesatuankesatuan guru dalam usaha penelitian dan kajian semula terhadap pelaksanaan
PBS. Bengkel tersebut telah dilaksanakan pada awal dan pertengahan bulan
Februari 2014 dan hasilnya akan dibentangkan semula kepada KPM dalam tempoh
terdekat.
3. Menubuhkan Jawatankuasa Task Force PBS di peringkat KPM yang mengadakan
mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan
terhadap penelitian PBS.
4. Mewujudkan War Room PBS di peringkat KPM untuk menangani isu-isu berbangkit
berkaitan pelaksanaan PBS dengan segera dan berkesan termasuk membuat
maklumbalas segera mengenainya dari semasa ke semasa; dan
5. usaha-usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (SPPBS) juga sedang dilaksanakan di peringkat KPM bagi
memastikan guru-guru boleh mengakses sistem tersebut secara lebih mudah dan
berkesan.
l Kesemua tindakan tersebut diambil adalah bagi memastikan setiap elemen
pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan
dalam masa yang sama dapat mengurangkan bebanan tugas guru yang
melaksanakannya. KPM akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula
berkaitan hal ini termasuk tindakan selanjutnya terhadap pelaksanaan PBS setelah
Menteri Pendidikan berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan
dengan mengambilkira dapatan kajian terbaru KPM, rungutan para guru dan
pandangan masyarakat termasuk oleh Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).
l Buat masa ini guru-guru tidak perlu meneruskan perlaksanaan PBS sehingga satu
kenyataan mengenainya dibuat oleh KPM dalam masa yang terdekat.

KEPUTUSAN
SISTEM OFFLINE
Penggunaan Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid
Pengisian Maklumat Borang Perekodan

Penandaan Prestasi Murid Borang Perekodan


Rumusan Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid Borang Prestasi
Prestasi Ujian Penggal
Cetakan Pelaporan Perkembangan Pembelajaran Murid

You might also like