You are on page 1of 7
PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Office of Director-General of Education Malaysia ARAS 8, BLOK ES Level, Block £8, KOMPLEKS KERAJAAN PARC Gayernment Comtex Parcel E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tel: 03-8884 6077 Federal Government Administrative Centre Fax: 03-8889 4548 62604 PUTRAJAYA Laman web: http: www.m0e-gov.ny KP(BS-DSR)8787/008/2/ ( 21 ) 23 Disember 2005 ‘Semua Pengarah Pelajaran Negeri Y. Bhg. Dato'/Datu/Tuan/Puan, ‘SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.10 /2005 RANCANGAN INTEGRASI MURID-MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) Kementerian Pelajaran menyedari bahawa perpaduan di kalangan murid-murid berbilang kaum di Malaysia merupakan asas kepada pembangunan, kestabilan dan kemajuan negara. Unsur-unsur perpaduan ini dipupuk dan dimantapkan melalui pelbagai program pendidikan sama ada yang berbentuk akademik mahu pun kokurikulum dalam keseluruhan sistem pendidikan 2. Sebybungan dengan itu, Buku Panduan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 20 Julai 2005, untuk mempertingkatkan dan menyuburkan lagi rasa kerjasama dan hormat-menghormati di kalangan murid-murid sekolah sebagai pemangkin kepada pencapaian matiamat perpaduan nasional dan integrasi kaum. 3. Kerjasama _Y.Bhg. Dato'/Datu/Tuan/Puan, adalah dipohon untuk mengemaskinikan- infrastruktur“dan~jentera~ perpaduan-nasional-dan- integrasi kaum yang ada di peringkat negeri, daerah dan sekolah supaya Program RIMUP dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Untuk tujuan tersebut sila rujuk kepada Lampiran A bagi Panduan Umum Pemantapan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan. 4 Surat Pekellling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama Buku Panduan Rancangan Integrasi Murid-Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yé diedarkan ke semua sekolah. 5. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah/ Gabungan, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y. Bhg. Dato'/Datu/Tuan/Puan. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” at DATO" Dr: HAJ! AHAMAD BIN SIPON Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia s.k. a 10. n. Y.B. Dato’ Sri Hishammuddin bin Tun Hussein Menteri Pelajaran Malaysia Y.B. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Y.B. Dato’ Mahadzir Bin Mohd. Khir Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Y.B. Puan Komala Devi Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Ketua. Setiausaha Kementerian Pelajaran Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran Ketua Nazir Sekolah Kementerian Pelajaran. Penasihat Undang-Undang Kementerian Pelajaran Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pelajaran LAMPIRAN A PANDUAN UMUM PEMANTAPAN RANCANGAN INTEGRAS! MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP} . KONSEP RIMUP jalah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarkat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, pevalatan, pengemblengan tenaga dan kepakaran. . MATLAMAT. Matlamat RIMUP ialah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki fiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu. . OBJEKTIF Objektif RIMUP ialah untuk: 3.1 Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah sehingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiaan khas secara bersama. 3.2 Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah dan toleransi secara sedar dan terancang, 3.3Melahirkan rasa persefahaman dan toleransi di antara murid pelbagai kaum di sekolah 3:4 Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk melaksanakan kegiatan-kegiatan khas secara bersama. }. PENUBUHAN JAWATANKUASA Sebuah Jawatankuasa RIMUP Peringkat Kebangsaan dan Sekretariat Tetap RIMUP telah dibentuk di peringkat kebangsaan. Sehubungan dengan itu jawatankuasa RIMUP perlu dibentuk di semua peringkat 44 42 43 Jawatankuasa RIMUP Peringkat Negeri. Jawatankuasa ini hendaklah dipengerusikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri dan jawatan utama terdiri daripada pegawai kanan Jabatan Pelajaran Negeri. Gabungan ahli jawatankuasa terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi peringkat negeri adalah untuk = memantapkan fungsi dan tanggungjawab jawatankuasa. Antara fungsi dan peranan Jjawatankuasa ini ialah merancang, melaksana dan memantau semua program dan aktiviti RIMUP di peringkat negeri, daerah, kelompok dan sekolah. Jawatankuasa RIMUP Peringkat Daerah/Gabungan. Jawatankuasa ini hendaklah dipengerusikan oleh . Pegawai Pelajaran Daerah/Gabungan dan semua jawatan utama disandang oleh pegawai-pegawai kanan Pejabat Pelajaran Daerah/ Gabungan. Seramai sembilan (9) orang ahli jawatankuasa yang mewakili pelbagai jabatan, agensi dan kesatuan bertanggungjawab memantapkan fungsi dan peranan Jawatankuasa RIMUP-Peringkat Daerah/Gabungan. Jawatankuasa ini berfungsi untuk merancang , melaksana danmemantau semua program dan aktiviti RIMUP di peringkat daerah, kelompok dan sekolah. Jawatankuasa RIMUP Peringkat Kelompok. Jawatankuasa ini hendaklah dipengerusikan oleh pengetua / guru besar yang dipilih secara bergilir-gilir dari sekolah-sekolah dalam kelompok. Antara fungsi dan peranan jawatankuasa ini ialah merancang, melaksana dan memantau program dan aktiviti RIMUP peringkat kelompok. Kategori kelompok adalah seperti di bawah: 4.3.1 Sekolah Rendah Kelompok A SK, SUK (C) dan SJK (T) Kelompok B SK dan SJK (C) Kelompok CG SK dan SJK (T) Kelompok D SJK (C) dan SJK (T) 44 4.3.2. Sekolah Menengah Kelompok A Sekurang-kurangnya 2 (dua) buah sekolah menengah Kelompok B ‘Sekurang-kurangnya 2 (dua) buah sekolah menengah termasuk, sekolah menengah jenis kebangsaan. Jawatankuasa RiMUP Peringkat Sekolah. Jawatankuasa RIMUP Peringkat Sekolah hendaklah diwujudkan bagi sekolah menengah dan rendah yang berjauhan antara sekolah lain dan tidak boleh _dikefompokkan berdasarkan kategoti kelompok di atas (4.3.1 dan 4.3.2), Jawatankuasa ini hendakiah dipengerusikan oleh pengetua/guru besar. Antara fungsi dan peranan jawatankuasa ini ialah merancang, melaksana dan memantau program dan aktiviti RIMUP di peringkat sekclah. BATASAN DAN KUASA 5A 52 5.3 Jawatankuasa RIMUP tidak boleh menyeniuh atau terlibat dalam aspek agama dan pentadbiran sekolah-sekolah yang menyertai RIMUP. Segala keputusan jawatankuasa tentang penggabungan kegiatan khas, penggunaan secara bersama kemudahan dan peralatan sekolah, perkongsian dan penggemblengan. tenaga, pengalaman dan kepakaran yang ada boleh diambi) setefah dipersetujui bersama. Dalam kegiatan-kegiatan khas untuk mencapai matiamat RIMUP, semangat bekerjasama, muhibah, bertoleransi dan bersefahaman hendaklah menjadi teras utama kepada pelaksanaan RIMUP. BAHASA Bahasa Melayu hendaklah digunakan dalam semua urusan mesyuarat, upacara, kenyataan, pengumuman, penerangan, penerbitan dan lain-lain yang berkaitan dengan RIMUP. Walau bagaimanapun bahasa Inggeris dan bahasa ibunda masih boleh digunakan ketika memberi penjelasan yang tepat untuk mengelakkan salah faham. 10. KEWANGAN Kementerian Pelajaran Malaysia tidak menyediakan sebarang peruntukkan khas untuk RIMUP. Sekolah-sekolah yang terlibat dengan RIMUP boleh dengan inisiatif mereka sendiri mencari dana dari sumber- sumber lain dengan mematuhi prosedur kewangan sedia ada. PELAKSANAAN Penglibatan murid-murid dari pelbagai kaum dan keturunan dalam akti aktiviti kegiatan khas adalah merupakan kaedah utama mencapai matlamat Rancangan Integrasi Murid-Murid Untuk Perpaduan. Melalui kegiatan -khas maka dapat disemaikan semangat muhibah, toleransi, kerjasama, berbaik sangka serta hormat menghormati antara satu sama lain. Kegiatan-kegiatan khas program RIMUP adalah seperti berikut berikut: 8.1 Program Akademik 8.2 Sukan dan Permainan 8.3 Perayaan dan Perhimpunan 8.4 Perkhemahan dan Lawatan 8.5 Khidmat Masyarakat PEMANTAUAN Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah/Gabungan adalah merupakan pihak yang bertanggungjawab membuat pemantauan secara berjadual di peringkat kelompok dan sekolah. -LAPORAN Jawatankuasa RIMUP di semua peringkat bertangggungjawab menyediakan laporan (dua kali setahun) untuk dikemukakan ke Sekretariat Tetap RIMUP di Kementerian Pelajaran Malaysia. 41. PENGURUSAN BORANG RIMUP BIL.| BORANG TINDAKAN JANGKAMASA to dann asa Sekolah /Kelompok Sebelum 31 Januari valores hantar ke PPDIPPG (ms. 26-27) >, | Perancangan Sekolah/Kelompok Sebelum 31 Januari : PKIPS hantar ke PPD/PPG (ms. 30-33) Sebelum : SekolahiKelompok 46 Jun dan 15 3. | Laporan PKIPS | hantar ke PPDIPPG November (ms, 51-54) Sebelum 4. PPD/PPG hantar ke JPN 30 Jun dan 30 So nonoe November (m.s. 55-57) T ‘Sebelum Fi Laporan | JPN hantar ke Bahagian 16 Julai dan 15 : | JPNIPPDIPPG ‘Sekolah KPM Disember _ i (ms. 55-57) | ‘Sebelum , 31 Julai dan 31 6. | Laporan KPM | Bahagian Sekolah KPM pea dan : (ms. 58-80) __ Pemanlauan 2 kall setahun 7 pana KPM, JPN, PPB/PPD meray Sekali setahun 8. | PeniiaianPK | Jawatankuasa Penile atest ee Sekali setahun 2. | Penilian PS | Jawatankuasa Peni ato * PK — Peringkat Kelompok PS ~ Peringkat Sekolah

You might also like