You are on page 1of 4

KERUSI

1.1

PELAN BILIK DARJAH


FIRST AID KIT

JAM

KIPAS SILING
ALAT KEBERSIHAN

KIPAS SILING

KIPAS SILING
KIPAS SILING

SUASANA AM BILIK DARJAH


Terdapat almari buku dengan pelbagai jenis buku seperti buku cerita, kamus,
majalah dan buku latihan untuk bacaan umum dan rujukan murid. Dengan ini, muridmurid dapat merasai suasana bilik darjah sebaik sahaja mereka memasuki bilik
darjah dan berminat untuk membaca. Bahan-bahan bacaan ini boleh diperolehi
daripada sumbangan murid dan guru. Oleh itu, murid-murid akan berasa lebih
bertanggungjawab untuk menjaganya kerana merasakan mereka turut memberi
sumbangan bahan bacaan.
Selain itu, ruang khas yang digunakan untuk mempamerkan hasil kerja murid
dapat membangkitkan semangat murid untuk belajar. Murid-murid akan berasa
bangga dan lebih beryakinan diri apabila hasil kerja mereka dipamerkan di dalam
bilik darjah. Mereka akan berasa ketekunan dan usaha mereka telah dihargai dan
lebih minat untuk belajar.
Bilik pengurusan dalam bilik darjah dilengkapi katil untuk murid berehat dan
ini adalah satu kewajiban untuk kelas pendidikan khas. Hal ini demikian kerana murid
pendidikan khas lebih aktif daripada murid biasa dan suka bergerak dari sini ke sana.
1

(BERALAS

Mereka mudah berasa letih dan memerlukan tempat berehat. Terdapat satu almari
dalam bilik pengurusan yang mempunyai baju bersih untuk pertukaran sekiranya
murid-murid terkena kekotoran semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bilik
darjah ini juga dilengkapi dengan tandas. Untuk pengetahuan, tandas dibina di
sebelah bilik pengurusan. Hal ini dapat memudahkan murid pendidikan khas dapat
pergi ke tandas dengan mudah tanpa sebarang masalah. Contohnya, sekiranya guru
serta pembantu mendapati bahawa salah seorang murid ingin muntah, mereka dapat
membawa murid tersebut ke tandas dengan serta-merta. Dengan ini, kerja
kebersihan dapat dijimatkan.
Bagi memudahkan lagi proses pengajaran serta pembelajaran, bilik ini telah
menyediakan satu sudut khas. Tujuan sudut khas ini disediakan adalah untuk
memberi keselesaan kepada murid. Bagi mencapai tujuan ini, sudut ini dibekalkan
dengan televisyen, alat permainan dan sebagainya. Hal ini kerana tumpuan murid
kategori ini adalah kurang dan sudut ini dapat memainkan peranan di mana setiap
murid dapat bermain bersama-sama dengan gembira. Selepas itu, barulah proses
pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan.

PERALATAN BILIK DARJAH


Bilik darjah ini mempunyai rak asas untuk meletak barang keperluan murid untuk
belajar. Rak asas ini memainkan peranan ketika murid tidak membawa barang
seperti alat tulis dan buku latihan. Dengan ini, guru dapat menjimatkan masa untuk
mencari alatan kepada murid dan murid masih dapat menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran sekiranya mereka tidak membawa barang yang
diperlukan. Murid boleh mengambil barang-barang yang diletakkan di rak tersebut
dengan syarat murid perlulah memulangkan barang-barang yang dipinjam selepas
menggunakan.
Dari segi susunan kerusi maja guru dan murid, konsep seminar telah
digunakan. Definisi bagi konsep ini ialah murid duduk mengelilingi guru dan
pembantu, guru dapat berjalan sekitar ke setiap pelajar. Bagi aspek meja guru, meja
guru diletakkan di depan kelas dan berada di tengah dengan menghadap meja murid
bagi membantu berlakunya kontek visual antara murid dan guru sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran. Jadi, susunan ini memberi peluang kepada semua
murid mendapat tempat duduk di barisan hadapan.

Bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, peralatan seperti


LCD, televisyen serta alat permainan memainkan peranan yang sangat penting. LCD
dapat memaparkan setiap maklumat atau ilmu yang ingin disampaikan dalam
pelbagai bentuk yang menarik seperti dalam bentuk video dan grafik. Murid dapat
belajar dengan lebih berkesan. Televisyen pula berfungsi sebagai medium kedua
dalam pengajaran dan pembelajaran. Walaupun kedua-dua peralatan hampir sama
namun murid lebih suka menonton televisyn berbanding dengan melihat apa yang
dipaparkan oleh LCD.
Di luar kelas pula, rak kasut juga telah disediakan. Jadi, murid-murid perlulah
meletakkan kasut mereka masing-masing di rak kasut yang diediakan sebelum
masuk ke dalam bilik darjah.

RUANG PADA DINDING BILIK DARJAH


Bagi aspek papan kenyataan pula, papan kenyataan ini hendaklah dimuatkan
dengan segala maklumat. Antaranya termasuk peraturan kelas, jadual tugasan
murid, hasil kerja murid, dan gambar aktiviti murid pada papan kenyataan untuk
rujukan dan hiburan.

CAHAYA DAN UDARA BILIK DARJAH


Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk keselesaan
murid dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tingkap
dan lampu yang mencukupi boleh memberi pencahayaan yang mencukupi. Guru
haruslah memastikan bahawa lampu dan kipas dapat berfungsi dengan baik dan
laporan perlu dibuat sekiranaya terdapat kerosakan. Jika suatu bilik darjah tiada
kipas, murid akan berasa panas dan tidak mahu untuk belajar. Susun atur perabot
dalam bilik darjah juga hendaklah disusun dengan baik supaya tidak menghalang
tingkap untuk mengelakkan berlakunya halangan pencahayaan dan pengudaraan.
Tambahan pula, tingkap berlangsir adalah lebih baik berbanding kepada tingkap
tidak berlangsir. Hal ini kerana guru dapat menutup tingkap dengan langsir sekiranya
pancaran cahaya terlalu silau di samping boleh menghalang gangguan dari luar
kelas. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa membuka tingkap untuk pengudaraan.

KESELAMATAN BILIK DARJAH


Bilik darjah ini dilengakapi dengan dua pintu bergril. Dengan ini, guru dapat
menjamin keselamatan murid dan murid-murid dapat diawasi leh guru serta guru
pembantu.
Setiap kelas perlu mempunyai peti pertolongan cemas kerana kemalangan
yang berlaku tidak dapat dijangkakan. Peti pertolongan cemas ini telah diletakkan di
tepi kelas. Dengan adanya peti ini, rawatan kecemasan dapat diberikan dengan
segera apabila berlakunya kemalangan.
Bagi menjamin lagi keselamatan murid-murid pendidikan khas, alas getah
yang tebal telah digunakan pada lantai bilik darjah. Misalnya, risiko cedera pada
murid hiperaktif yang suka berlari atau melompat akibat terjatuh dapat dikurangkan.
Dengan ini, barulah ibu bapa dapat menyerahkan anak-anak mereka kepada pihak
sekolah untuk diajar.

You might also like