You are on page 1of 2

HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN NEGARA ASEAN

INDONESIA
Indonesia merupakan salah sebuah negara ASEAN yang telah memberi banyak kesan
baik dan buruk dalam hubungannya dalam ASEAN terutama hubungan Indonesia dengan
Malaysia itu sendiri.
Pada tahun 1961 hubungan Malaysia dengan Indonesia sudah menunjukkan
ketidakfahaman pendapat antara satu sama lain iaitu sebuah persatuan yang dikenali sebagai
Persatuan Asia Tenggara (ASA) telah ditubuhkan dan penggerak utama persatuan ini ialah
Tungku Abdul Rahman yang juga merupakan Perdana Menteri Malaya pada masa itu. ASA
ditubuhkan untuk pembangunan ekonomi dan sosial. Malaysia, Thailand dan Filipina telah
bersetuju dengan penubuhan ASA tetapi Indonesia tidak mahu menyertai ASA dan
menolaknya sebagai satu alat imperialis. Hal ini menunjukkan bahawa Indonesia mempunyai
hubungan kurang baik dengan Malaysia dari segi sosialnya dan melemahkan pergerakkan
ASEAN.
Selepas kegagalan ASA, Malaysia terus ditubuhkan dengan menggabungkan
Singapura, Sarawak dan Borneo Utara iaitu Sabah pada tahun 1963. Hal ini mencetuskan
kemarahan Filipina dan juga Indonesia. Dengan kemarahan ini. Indonesia iaitu Presiden
Sukarno telah melancarkan dasar agresif iaitu konfrontasi terhadap Malaysia. Indonesia yang
menganggap negaranya dalam usaha menentang penjajah telah menyifatkan Malaysia sebagai
penjajah iaitu Malaya telah mengambil tiga wilayah iaitu Singapura, Sarawak dan Sabah.
Indonesia mengatakan hal ini adalah penjajahan terbalik. (S Jayasankaran, 1987). Perkara ini
bukan sahaja merenggangakan hubungan Malaysia dengan Indonesia malah hubungan

dengan Filipina. Keadaan ini menunjukkan kelemahan negara-negara ASEAN dalam


menanggani masalah dan bertentangan dengan tujuan pembentukan ASEAN iaitu untuk
meningkatkan kerjasama dan membantu dalam masalah ekonomi, sosial dan sebagainya.
(Djalinus Syah, 1985).
Selain itu, isu MAPHILINDO pada 1963 juga menjadi masalah hubungan antara
Malaysia dengan Indonesia. Menurut Mohamad Rodzi Abdul Razak (2001), hal ini berlaku
kerana wujudnya konfrentasi antara Indonesia dengan Malaysia kerana pengambilan Sabah
daripada Filipina. Seterusya berlakunya tindakan konfrentasi agresif Indonesia terhadap
Malaysia iaitu kempen Ganyang Malaysia. Hal ini berlarutan sehingga berlakunya
pencerobohan tentera Indonesia dan Malaysia melaporkan kepada Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) untuk mengambil tindakan seterusnya. Banyak usaha untuk
mendamaikan Indonesia dengan Malaysia tetapi Presiden Sukarno menyukarkan usaha
perdamaian. Konfrontasi kempen Ganyang Malaysia semakin hilang dalam tahun 1965
kerana berlakunya kejatuhan kerajaan Presiden Sukarno yang pro- komunis. Hal ini berkaitan
dengan Gerakan September 30 (GESTAPU) yang menamatkan konfrentasi dan memulihkan
hubungan Indonesia dengan Malaysia.
Dari segi ekonomi pula, kerjasama pada 1967 boleh dikatakan lembab. Aktiviti
ekonomi yang dijalankan seperti melaksanakan projek-projek perindustrian. Perkara ini
menunjukkan hubungan Malaysia dengan Indonesia kerana menjalankan aktiviti yang sama
iaitu menjalankan projek baja urea. Hal ini dapat merapatkan hubungan Malaysia dengan
Indonesia dalam menjalankan rangka ekonomi ASEAN dengan lebih baik. (Djalinus Syah,
1985). Hubungan Malaysia dengan negara ASEAN iaitu Indonesia mempunyai banyak
berlaku konflik seperti persafahaman yang berbeza. Sebagai satu pertubuhan, sidang puncak
ASEAN amat penting untuk memberi daya penggerak dan memperkukuhkan muafakat.

You might also like