You are on page 1of 32

HASIL PEMBELAJARAN

KURSUS HE
1. Menerangkan konsep asas dan teori
hubungan etnik
2. Mengaplikasi ilmu, konsep dan prinsip
interaksi sosial dan integrasi nasional
3. Memaparkan kelakuan yang beretika dan
sikap bertanggungjawab terhadap
masyarakat
4. Menunjukkan kemahiran interpersonal yang
berkesan dan bekerja secara berkumpulan

GXEX1411
Hubungan Etnik

Bab 1

Konsep-Konsep Asas
Hubungan Etnik

Pengenalan
Konsep asas penting untuk membina
suatu kefahaman yang lebih
mendalam.
Bab ini memfokus kepada konsep asas
hubungan etnik dan aplikasinya.
Tiga konsep penting yang akan
dibincangkan ialah masyarakat, budaya
dan perpaduan.

Konsep Masyarakat
Masyarakat kumpulan manusia yang
hidup bersama di sesuatu tempat dengan
aturan dan cara tertentu.
Hubungan sosial di dalamnya bergantung
kepada saiz unit seperti peringkat individu,
keluarga dan kumpulan kecil.
Setiap masyarakat mempunyai budaya
yang tersendiri.

Manusia sebagai anggota masyarakat


bertanggungjawab mencipta, menokok
tambah dan melestarikan budaya.
Kebudayaan diturunkan daripada satu
generasi kepada generasi dalam
peradaban manusia.
Dua bentuk budaya: budaya material dan
budaya bukan material.

Oleh itu, ciri-ciri masyarakat adalah


seperti:
Berkelompok; berbudaya;
mengalami perubahan; berinteraksi
(dalaman dan luaran); mempunyai
kepimpinan dan mempunyai aturan
sosialnya (susun lapis, kelas, status
dan kasta).

Bangsa Malaysia merupakan cita-cita


untuk menjadikan Malaysia sebuah
negara maju menjelang tahun 2020
yang berasaskan satu bangsa yang
bersepadu satu bangsa idaman.

Bangsa Malaysia boleh diukur


berpandukan 3 perspektif:
1. Semangat kenegaraan keutuhan
negara yang ditanam melalui simbol
seperti bendera Malaysia, lagu
kebangsaan dan Rukun Negara.
2. Semangat kewarganegaraan warga
negara Malaysia.

3. Semangat kebangsaan ditonjolkan


melalui kebudayaan kebangsaan yang
merupakan penggerak dalam
menguatkan semangat kebangsaan
dan menjadi batu asas kepada
pembentukan bangsa Malaysia.

Konsep Etnik, Etnisiti


dan Etnosentrisme
Etnik sekelompok manusia
mengamalkan budaya yang hampir
seragam, termasuk adat resam, pakaian,
bahasa dan kegiatan ekonomi.
Etnik dapat dikelaskan melalui
perbezaan budaya adat resam, pola
keluarga, pakaian, pandangan mengenai
kecantikan, orientasi politik, ekonomi dan
hiburan.

Etnisiti rasa kekitaan sesuatu


kumpulan etnik tertentu.
Wujudnya satu kebudayaan dan
subbudaya jelas yang menyatukan
anggotanya dengan satu sejarah, nilai,
sikap dan tingkah laku yang sama.

Etnosentrisme kepercayaan atau rasa


bangga yang wujud dalam kalangan
anggota sesebuah kelompok etnik
bahawa budaya dan etnisiti mereka
adalah jauh lebih baik dan hebat daripada
kelompok lain.
Konsep ini juga membawa makna suatu
perspektif melihat kelompok lain daripada
lensa dan kaca mata etnik sendiri.

Konsep Ras dan


Rasisme
Ras kelompok sosial yang mempunyai
tanda pengenalan kolektif berasaskan ciriciri fizikal-biologikal nyata, seperti warna
kulit, warna mata, rambut & selainnya.
Rasisme pandangan, pemikiran atau
kepercayaan negatif oleh sesuatu
kelompok sosial atau para anggotanya
mengenai sesuatu kelompok lain
berdasarkan perbezaan wajah fizikalbiologikal atau ras semata-mata.

Rasisme wujud pada 2 tahap:


1. Individu kepercayaan dan sikap
individu.
2. Institusi melibatkan dasar dan
pelaksanaan yang bersifat
diskriminasi, seterusnya membentuk
ketidaksamaan bagi masyarakat
daripada ras yang berbeza.

Konsep Prejudis dan


Stereotaip
Prejudis pandangan negatif mengenali
ahli atau kelompok etnik tertentu tidak
diluahkan secara terbuka.
Tidak berasaskan maklumat yang jelas,
tepat atau mencukupi.
Melalui proses sosialisasi, sikap prejudis
disalurkan daripada satu generasi
kepada generasi lain.

Stereotaip kenyataan-kenyataan umum


yang negatif terhadap sesuatu kumpulan
etnik merupakan gambaran berlebihlebihan tentang sesuatu perlakuan baik
atau buruk yang ditujukan kepada
sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain.
Terhasil apabila berlaku pertembungan
dua atau lebih komuniti etnik.

Konsep Diskriminasi
Diskriminasi perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau
sesuatu kelompok etnik lain berasaskan
ciri-ciri etnik semata-mata.
Diskriminasi merupakan manifestasi
prasangka (prejudis) yang wujud dalam
kalangan sesuatu kumpulan etnik.

Konsep Budaya
Budaya Budhi (Sanskrit) + daya
(Melayu).
Budhi kecergasan fikiran dan akal.
daya kekuatan kuasa, tenaga dan
pengaruh.
Budaya tenaga fikiran, usaha rohani
atau kuasa menggerakkan jiwa.

Budaya suatu cara hidup yang


diamalkan oleh kumpulan tertentu. Ia
meliputi sistem sosial, susunan organisasi
ekonomi, politik, agama, kepercayaan,
adat resam, sikap & nilai.
Budaya boleh dibahagikan kepada
budaya kebendaan (material) dan budaya
bukan kebendaan (bukan material).

Dua peranan utama pembentukan


budaya:
1. Membina imej negara ke arah
mewujudkan keperibadian serta
identiti
2. Memupuk kesedaran kebangsaan dan
kenegaraan bercirikan kerohanian,
kemanusiaan, spiritual dan mental.


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Budaya mempunyai ciri-ciri tersendiri:


Dipelajari
Dikongsi
Sejagat
Diwarisi
Berubah
Mempunyai perlambangan
Adanya pandangan semesta

Konsep Perpaduan dan


Integrasi
Perpaduan proses yang
menyatupadukan seluruh masyarakat dan
negara supaya setiap anggota masyarakat
dapat membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta perasaan cinta dan
banggakan tanah air.
Integrasi proses bagi mewujudkan
identiti nasional dalam kalangan kumpulan
yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial
dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

Beberapa unsur integrasi:


1. Integrasi Wilayah mengurangkan
jurang perbezaan pembangunan
ekonomi dan sosial antara wilayah yang
maju dengan yang mundur.
2. Integrasi Ekonomi usaha untuk
mengurangkan jurang perbezaan
ekonomi antara kumpulan etnik.

3. Integrasi Kebudayaan usaha


membentuk satu kebudayaan
kebangsaan.
4. Integrasi Sosial usaha
menyatupadukan rakyat melalui
program sosial.

5. Integrasi Pendidikan mewujudkan


satu sistem pendidikan yang
bercorak kebangsaan dan sempurna
dari segi intelek, jasmani dan rohani
6. Integrasi Politik usaha menyatukan
rakyat melalui kerjasama dan
pembahagian kuasa politik.

Proses-proses integrasi:
Konsep Segregasi pemisahan atau
pengasingan antara satu kumpulan
etnik dengan kumpulan etnik yang lain
dalam sesebuah negara dari segi
kawasan tempat tinggal, sistem
persekolahan, pengangkutan dan
kemudahan awam.

Konsep Akomodasi proses yang


menyebabkan setiap kumpulan etnik
menyedari serta menghormati norma
dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap
mempertahankan budaya hidup
masing-masing.
A + B + C = A + B + C.

Konsep Akulturasi proses


penerimaan unsur kebudayaan dalam
kalangan individu atau kelompok dari
sesuatu kebudayaan lain yang
berbeza.
Proses akulturasi tidak menyebabkan
kehilangan identiti asal masyarakat
penerima.

Konsep Asimilasi proses percantuman


dan penyatuan antara kumpulan etnik
berlainan budaya sehingga membentuk
satu kelompok dengan kebudayaan dan
identiti yang sama.
Asimilasi mutlak menyebabkan berlakunya
penghapusan penuh perbezaan dari segi
kebudayaan dan identiti. A + B + C = A.

Konsep Amalgamasi proses yang


terjadi apabila budaya atau ras
bercampur untuk membentuk jenis
budaya dan ras baru.
Cara utama dalam menentukan proses
amalgamasi adalah dengan terjadinya
perkahwinan campur antara kumpulan
etnik. A + B + C = D.

Kesimpulan
Hubungan etnik tidak wajar dilihat dari
sudut luaran sahaja tetapi lebih penting
dari sudut konseptual.
Aspek-aspek yang menjadi teras
kebudayaan kebangsaan sewajarnya
dipelihara kerana kebudayaan
kebangsaan berteraskan kepada
kebudayan asal rantau ini.

Unsur-unsur kebudayaan lain yang


sesuai dan wajar boleh diterima
menjadi unsur kebudayaan
kebangsan dan Islam menjadi unsur
penting dalam pembentukan
kebudayaan kebangsaan mengikut
acuan Malaysia.

You might also like