You are on page 1of 9

BERAPA BMI ANDA?

AMBIL SEMINIT UNTUK


KIRA!
Ramai yang tidak mengambil berat tentang masalah kegemukan. Obesiti merupakan salah satu faktor
risiko bagi penyakit diabetes. Tetapi hakikatnya bukan sahaja diabetes, malahan banyak penyakitpenyakit lain yang bersangkutan dengan obesiti.
Kajian yang dijalankan di Semenanjung Malaysia mendapati sebanyak 33.6% penduduk di sini adalah
lebih berat badan dan 19.5% adalah obese (gemuk). Ini bermakna lebih separuh daripada orang di
Malaysia mempunyai berat badan yang tidak sihat!
Bagaimana anda hendak tahu samada anda obese? Mengukur berat badan sahaja tidak mampu
untuk mengetahui samada anda obese kerana setiap orang mempunyai ketinggian yang berbeza.
Jadi anda perlu mengira BMI (body mass index). Melalui banyak kajian, WHO (World Health
Organization) telah menetapkan cut off point untuk BMI bagi orang Asia seperti di bawah:
Kurang berat badan (underweight) = <18.5
Berat badan sihat (healthy weight) = 18.5 - 23
Lebih berat badan (overweight) = 23-24.9
Kegemukan (obesity) = > 24.9 (25 ke atas)
Bagaimana mengira BMI? BMI boleh dikira dengan tiga langkah mudah seperti di bawah:
1) Ukur berat dengan menggunakan penimbang yang tepat dan betul. Ukur berat dalam unit kilogram
(kg).
2) Kemudian ukur tinggi anda. Ukur tinggi dalam unit centimeter (cm) atau meter (m). Kalau anda
ukur dalam unit cm, tukarkan ke unit m dengan membahagi kepada 100. Sebagai contoh:
Tinggi saya 150cm, jadi:
150cm 100 =1.5m
3) Jadi, bagaimana mengira BMI?
BMI ialah berat (kg) [tinggi (m) tinggi (m)]
Contoh: jika berat saya 47kg dan tinggi saya 1.5m,
BMI saya adalah = 47 (1.5 1.5)
= 47 2.25
= 20.8 #
BMI saya adalah 20.8. Berapa BMI anda? Bagi orang yang terlalu berotot (seperti ahli bina badan)
dan orang yang terlalu rendah (seperti orang kerdil dan bantut), BMI tidak sesuai digunakan untuk
mengukur tahap kegemukan mereka.
Jika anda masih tiada penyakit lebih baik anda kira BMI anda sekarang dan lakukan langkah-langkah
pengurangan berat badan jika anda lebih berat badan atau obese. Tetapi jika anda adalah obese, ada
baiknya anda pergi lakukan saringan kesihatan. Ada kemungkinan anda sebenarnya sudah pun ada
penyakit, tetapi masih tidak dikesan lagi.
Posted by Nurul Yusof at 17:58 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Thursday, 12 December 2013

TIPS UNTUK SIHAT DAN JIMAT DUIT

1) Kurangkan makan di luar. Oleh kerana kebanyakan kedai mengutamakan kesedapan makanan,
maka kebanyakan masa makanan yang dimasak mungkin adalah tidak baik untuk kesihatan (lebih
lemak, gula dan garam).
2) Jika makan di luar, mintak air kosong dan bukan air yang manis. Air yang manis seperti air buah,
minuman berkarbonat atau air yang mengandungi krimer (susu pekat) mempunyai kalori yang tinggi.
Pengambilan kalori berlebihan (tanpa mengamalkan cara hidup yang aktif) boleh membuatkan kita
gemuk.
# sila rujuk komen saya di post keratan akhbar tentang kalori berlebihan.
3) Berhenti merokok. Di samping harga yang mahal, rokok bukan sahaja merupakan risiko untuk
mendapatkan serangan jantung malahan boleh mendatangkan kanser. Kos rawatan untuk kedua-dua
penyakit ini boleh membuatkan perokok itu sendiri kehabisan wang simpanan.
4) Lakukan saringan kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah, gula, lemak dan kolesterol dalam
badan sekurang-kurangnya setahun sekali. Jika bacaan semakin tinggi, lakukan langkah-langkah
pencegahan dengan lebih berkesan. Bukankah mencegah lebih baik daripada mengubati?
5) Jika anda sedang mengandung sekarang, pilihlah untuk memberi anak anda susu ibu paling
kurang sehingga umur bayi 6 bulan. Selain daripada dapat menjimatkan duit kerana tidak perlu
membeli susu tepung, penyusuan susu ibu juga dapat mengeratkan hubungan ibu dan anak. Selain
itu, susu ibu juga mengandungi antibodi (biasanya anak yang meminum susu ibu kurang sakit
berbanding yang tidak minum). Kajian juga membuktikan bahawa anak yang meminum susu ibu
mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding yang tidak.
6) Jika boleh, berhenti mengajar anak meminum minuman berkarbonat dan makan makanan segera
(fast food). Selain daripada mahal, makanan ini memang langsung tidak baik untuk kesihatan.
# tapi kalau nak suruh anak berhenti, ibu bapa kena berhenti dulu!

Posted by Nurul Yusof at 17:51 No comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Tuesday, 3 December 2013

BAGAIMANA PERSEKITARAN MEMPENGARUHI


KESIHATAN?
Kesihatan sebenarnya adalah berkait dengan faktor persekitaran. Persekitaran yang tidak
sihat akan mempengaruhi taraf kesihatan diri kita. Persekitaran yang saya maksudkan
bukan sahaja tertakluk kepada keadaan fizikal sekeliling, malahan budaya hidup juga
memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kesihatan.
Sebagai contoh, jika kita tinggal di kampung yang penduduk di kampung tersebut
merasakan menjadi perkara biasa untuk budak berumur 14tahun merokok di hadapan
orang dewasa, maka akan ramai pelajar sekolah di kampung tersebut yang akan
merokok di usia yang muda. Begitu juga dengan pengambilan dadah. Jika di kampung
tersebut anak2 muda biasanya berkumpul beramai2 untuk mengambil dadah, maka
ramai anak muda di kampung tersebut akan menjadi penagih dadah. Pengambilan arak
juga menjadi perkara biasa di pedalaman Sabah dan Sarawak kerana upacara meminum
arak adalah sebahagian daripada budaya mereka.
Di satu daerah kecil, terdapat kebanyakan wanita muda yang mengandung anak luar
nikah datang daripada satu kampung yang sama. Sudah tentu melahirkan anak luar
nikah di kampung tersebut merupakan perkara yang mungkin dianggap 'biasa'. Jadi
bukanlah perkara yang pelik jika wanita muda daripada kampung tersebut yang baru
menjangkau 20an datang ke klinik dengan HIV bukan? Kerana seks bebas menjadi
budaya yang biasa untuk mereka.
Sebenarnya, jika kita bercakap tentang faktor persekitaran, kebanyakan masa kita sukar
untuk ubah persekitaran kita. Sukar jika melakukannya seorang diri. Tetapi jika usaha

tersebut dilakukan secara beramai2 dan berkerjasama, maka lebih mudah untuk ubah
persekitaran kepada yang lebih baik.
Sekarang mari kita fikirkan persekitaran yang kita sedang duduki. Adakah ianya baik
untuk diri kita? Adakah ianya baik untuk perkembangan anak-anak kita? Apakah yang
dianggap 'biasa' di kawasan kita? Apakah perkara yang anak anda atau orang muda di
kawasan anda rasakan 'biasa' atau 'normal'? Apa yang saya ingin cuba sampaikan di
sini?
Jika persekitaran anda adalah tidak sihat, ajaklah penduduk di kawasan tersebut untuk
sama-sama mengubah keadaan. Jika anda tidak tahu bagaimana, cuba rujuk kepada
badan kerajaan yang berkaitan (agensi dadah, kementerian wanita, kementerian
kesihatan dan lain-lain). Jika banyak usaha telah dilakukan untuk mengubah keadaan
persekitaran, tetapi semuanya tidak berjaya, maka adalah lebih baik anda sekeluarga
pindah dan tinggal di tempat lain. Atau paling tidak masukkan anak-anak anda ke
asrama yang jauh daripada rumah supaya mereka tidak menganggap persekitaran tidak
sihat tersebut sebagai 'normal'. Saya harap anda dapat share atau memberitahu perkara
ini kepada keluarga dan saudara-mara yang terdekat supaya kita dapat menjaga
persekitaran kita bersama.
Posted by Nurul Yusof at 19:03 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Monday, 2 December 2013

ANAK GEMUK, salah ibubapa kah?


Baru2 ini saya sibuk selesaikan beberapa analisis untuk kajian. Hari ini adalah hari
pembentangan hasil kajian. Ini adalah salah satu daripada hasil kajian yang
dibentangkan di sini. Kajian ini dijalankan di kalangan pelajar tingkatan 1 di KL, Selangor
dan Perak. Lebih kurang 16.1% pelajar yang menyertai kajian ini didapati mempunyai
berat badan yang berlebihan. Manakala 8.7% pula adalah berada pada tahap kegemukan
(obese).
Saya memandang serius masalah ini kerana kegemukan merupakan salah satu risiko
untuk mendapatkan kencing manis (diabetes). Jika masa remaja lagi sudah gemuk tidak
mustahil mereka boleh memiliki pelbagai penyakit di usia yang muda. Jika kita lihat,
selalunya masalah kegemukan terjadi bukan sahaja pada satu individu dalam keluarga.
Kebanyakannya terjadi pada semua atau kebanyakan ahli dalam keluarga. Ramai yang
menganggap masalah kegemukan ini disebabkan keturunan.
Mengikut kajian, kegemukan disebabkan masalah kesihatan lain atau genetik hanya
menyumbang kepada lebih kurang 5% sahaja daripada keseluruhan orang yang gemuk.
Ini bermakna, 95% daripada orang yang gemuk adalah sebab memang makan makanan
yang tidak sihat dan tidak bersenam atau mengamalkan gaya hidup yang aktif.
Betul ke ini? Cuba ingat bila kali terakhir kita makan makanan segera (fast food)? Bila kali
terakhir kita pergi taman untuk berjogging atau pergi padang untuk bermain bola?
Adakah kita selalu masak burger dan goreng nugget untuk anak kita? Adakah kita selalu
malas nak masak lalu mengajak satu keluarga pergi makan pizza atau mcd? Dan bila kali
terakhir kita ajak keluarga kita pergi bersenam bersama? Biasa kat rumah kita ada
hidangkan buah untuk keluarga? Bagaimana dengan sayur? Betul ke kebanyakan kita
lebih gembira melihat anak bermain Ipad di rumah berbanding melihat anak bermain
bola di padang?
Jadi adakah gaya hidup tidak sihat yang anak2 kita amalkan disebabkan faktor kesibukan
kita yang sering mengambil ringan tentang kesihatan dan mengambil jalan mudah
dengan membekalkan mereka makanan segera dan tidak memupuk semangat
kesukanan kepada mereka sejak kecil? Sejak kecil anak2 diajar memakan pelbagai
makanan tanpa perlu berfikir apakah pilihan itu sihat untuk mereka. Buah atau ice
cream? Sudah tentu anak2 memilih ice cream. Tetapi jika kita biasa amalkan sejak kecil
yang mereka perlu makan buah paling kurang sehari sekali, dan makan ice cream hanya
sekali dalam dua minggu, mereka akan jadikan ini tabiat mereka apabila dewasa. Cuba
ingat kembali cara pemakanan yang diajar kepada kita oleh ibubapa kita dulu? Adakah
ianya mempengaruhi tabiat pemakanan kita sekarang? Adakah ianya menyumbang
kepada cara kita menyediakan makanan kepada anak2 kita sekarang? Mungkin sudah

tiba masa kita ubah tabiat dan cara kita mendidik anak2 kita. Sebagai ibubapa sudah
tentu kita tidak mahu mereka mendapat penyakit pada usia muda. Tetapi percayalah,
memiliki penyakit pada usia muda sudah menjadi perkara biasa hari ini. Jadi, buatlah
pilihan yang bijak. Apa yang kita buat hari ini akan menetukan masa depan anak2 kita.

MITOS DIET !!!!


02:18 TUMMY TIED NO COMMENTS

Adakah anda ingin mengetahui mengenai mitos-mitos diet yang sering kita dengar pada hari ini yang
dikatakan mampu menguruskan badan anda?? Beberapa mitos akan dibincangkan di bawah dan mungkin
ada di antaranya anda percaya dan sedang mengamalkannya ataupun mungkin anda pernah
mendengarnya daripada daripada kawan anda ataupun orang lain.

Mitos 1: Kentang, roti, pasta dan nasi (makanan tinggi karbohidrat) adalah menggemukkan

Fakta: Makanan tinggi karbohidrat dikatakan menggemukkan hasil daripada kejayaan beberapa diet fad
seperti diet Atkin yang mengutamakan makanan yang rendah karbohidrat. Walau bagaimanapun, tiada
bukti yang mengatakan bahawa makanan kaya dengan karbohidrat menggalakkan peningkatan berat
badan. Faktor utama ialah lebihan kalori yang kita makan pada setiap hari yang menyumbang kepada
peningkatan tersebut dan bukannya disebabkan oleh pemakanan karbohidrat. Selain itu, tambahan lemak
yang dimakan bersama karbohidrat seperti roti bersama mentega dan kentang goreng bersama sos keju
turut terlibat dalam lebihan kalori di dalam makanan seharian kita.
Tip diet: Makanan tinggi serat (fibre) seperti roti bijian penuh, beras perang dan oat merupakan pilihan
terbaik bagi menggantikan makanan yang rendah fibre seperti roti putih kerana ia membantu anda berasa
kenyang dengan lebih lama. Dengan ini, ia dapat mengurangkan pengambilan makanan dalam jangka
masa yang lama.
Mitos 2: Gen gemuk boleh diwarisi

Fakta: Saintis dapat mengenal pasti bahawa seseorang yang mengalami masalah kegemukan mungkin
disebabkan oleh masalah genetik tetapai kenyataan ini hanya terbukti kepada sejumlah orang yang kecil
sahaja. Walaupun gen ini turut memainkan peranan dalam menyebabkan seseorang itu mengalami
masalah kegemukan namun para pakar tidak dapat mengenal pasti penyebab sebenar kepada
peningkatan pesat masalah obesiti pada zaman sekarang. Masalah genetik mungkin turut menyumbang
kepada masalah ini namun anak-anak bukan sahaja mewarisi genetik tersebut tetapi turut mewarisi
pemakanan yang tidak sihat serta kurang aktiviti fizikal daripada ibu bapa mereka. Disebabkan oleh gaya
hidup yang tidak sihat ini, masalah obesiti terus meningkat dengan banyak.
Tip diet: Membuat perubahan terhadap gaya hidup seperti selalu bersenam dan mengamalkan pemakanan
yang sihat mengikut yang disarankan oleh Garis Panduan Pemakanan Malaysia (MDG 2010) merupakan
langkah penting dalam menurunkan statistik obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia. Perubahan ini lebih
baik jika dilakukan bersama ahli keluarga berbanding melakukannya sendirian.
Mitos 3: Berdiet tidak membantu dalam menguruskan badan

Fakta: Pada dasarnya, mengurangkan pengambilan kalori daripada apa yang badan kita perlukan dapat
membantu mambakar lemak yang terkumpul di dalam badan seterusnya mengurangkan berat badan.
Namun, diet yang ekstrem seperti menyekat pengambilan makanan kegemaran, mengambil sedikit
makanan selain mengambil makanan yang sangat rendah kalori hanya menyebabkan anda berasa lapar.
Lama kelamaan, anda akan berputus asa untuk meneruskan diet tersebut disebabkan banyak sekatan
yang terpaksa dilakukan. Akhirnya, anda akan memberitahu anda sendiri bahawa diet tersebut tidak
menjadi.

Tip diet: Diet yang seimbang sangat berguna kerana ia membolehkan anda menikmati pelbagai jenis
makanan kegemaran anda asalkan anda tahu had-had yang ditetapkan seperti mengurangkan makanan
yang tinggi lemak tepu, lemak trans serta tinggi gula. Di samping itu, anda dinasihatkan untuk
mengurangkan berat badan tidak lebih daripada 0.1-1.0 kg seminggu untuk mendapatkan berat secara
sihat. Ia dapat dilaksanakan dengan megurangkan pengambilan kalori sebanyak 500 kalori sehari.
Mitos 4: Diet vegetarian dapat membantu menurunkan berat badan

Fakta: Diet vegetarian terdiri daripada rendah kalori, kurang lemak dan tinggi serat. Walau bagaimanapun,
jika diet ini tidak dirancang dengan betul, ia mungkin terdiri daripada lemak dan kalori yang tinggi seperti
mereka yang memakan daging. Ini kerana, mereka yang mengamalkan diet vegetarian ini akan memakan
kentang goreng, kek, gula-gula, coklat, biskut dan makanan bergoreng yang ternyata mengandungi banyak
lemak dan kalori.
Tip diet: Tidak kisah sekiranya anda merupakan pengamal diet vegetarian ataupun tidak, yang penting
sekali anda mestilah mengikuti panduan pemakanan yang sihat iaitu mengamalkan makanan yang tinggi
serat, rendah kandungan lemak seperti kekacang dan soya serta memastikan makanan yang berlemak
dan bergula dalam kuantiti yang minimum.
Mitos 5: Teh hijau membantu mengurangkan berat badan

Fakta: Dipercayai bahawa teh hijau mampu meningkatkan kadar metabolisma tubuh. Oleh itu, ia
mempercepatkan proses pembakaran lemak dan menggalakkan penurunan berat. Walau bagaimanapun,
kesannya adalah begitu kecil dan kebarangkalian untuk menyebabkan penurunan berat tidak dapat dikenal
pasti.
Tip diet: Bagi mereka yang suka minum teh hijau ini masih dapat meneruskan pengamalannya tetapi tidak
dicampur susu atau gula untuk dijadikan sebagai minuman yang berkhasiat. Jangan bergantung kepada
pengamalan teh hijau sahaja untuk menurunkan berat badan.
Mitos 6: Diet yang tinggi protein atau rendah karbohidrat adalah cara terbaik untuk menghilangkan
berat badan

Fakta: Diet tinggi protein/rendah karbohidrat termasuk daging, ayam, telur dan mentega dalam jumlah yang
banyak selain mengehadkan makanan yang tinggi karbohidrat seperti bijirin, kekacang, buah-buahan, nasi,
kentang dan sayuran berkanji. Diet ini terhasil berdasarkan teori bahawa sekiranya anda mengambil sedikit
makanan berkarbohidrat, badan akan membakar simpanan tenaga/karbohidrat (glycogen) serta lemak.
Dengan ini, anda dapat mengurangkan berat yang berlebihan. Hakikatnya, diet ini hanya menyebabkan
anda kehilangan berat daripada air yang hilang dari dalam badan dan bukannya daripada lemak. Selain itu,
ketone yang terbentuk akan terkumpul di dalam saluran darah dan seterusnya menyebabkan dehidrasi,
pening kepala, muntah, kepenatan, lemah dan nafas yang berbau. Di samping itu, anda juga akan
kekurangan vitamin dan mineral disebabkan oleh kurangnya pengambilan bijirin penuh, buah-buahan dan
sayur-sayuran. Kesan diet merupakan penyebab penyakit gout, kurangnya simpanan kalsium serta
pengumpulan lemak di dalam badan yang menjadi kebimbangan selain kajian yang menunjukkan bahawa
diet ini tidak mampu bertahan untuk jangka masa yang lama. Akibatnya, anda akan kembali kepada berat
yang asal atau mungkin lebih dari yang sebelumnya.
Tip diet: Yang penting untuk seseorang itu adalah untuk mengamalkan diet yang sihat dan seimbang selain
selau bersenam atau melakukan aktiviti fizikal secara kerap supaya dapat menurunkan berat kepada berat
yang ideal dan dapat mengekalkan berat tersebut untuk jangka masa yang lama. Jangan terpengaruh
dengan diet fad yang tidak diketahui tentang kebaikan dan keburukan yang sepatutnya.
Mitos 7: Hanya makanan yang rendah lemak sepatutnya diamalkan untuk kurus

Low fat diet by USDA


Fakta: Lemak adalah nutrient yang mengandungi kalori yang padat (1 gram lemak mengandungi 9
kilokalori). Ia amat digalakkan untuk mengurangkan pengambilan lemak tetapi ia bukan satu-satunya jalan
untuk menguruskan badan. Lemak amat membantu untuk memberi rasa dan kepuasan kepada anda
apabila makan sesuatu makanan seperti ayam sambal atau ayam masak lemak cili api. Disebabkan
minyak dan santan yang digunakan di dalam masakan inilah yang menambahkan kesedapan sesuatu
makanan berbanding makanan yang yang tidak dicampur dengan lemak. Walaupun anda makan makanan
yang rendah lemak, anda mungkin menambah gula ataupun perisa tambahan yang akibatnya
pertambahan kalori di dalam sesebuah makanan.
Tip diet: Anda mestilah sentiasa rajin label makanan dan hanya memilih makanan yang mengandungi
kurang kalori. Selain itu, anda masih boleh menggunakan minyak masak ataupun santan dalam
penyediaan makanan anda tetapi untuk menyediakan makanan yang sihat anda mengubah cara masakan
ataupun menukar minyak yang digunakan daripada minyak sawit kepada minyak zaitun manakala santan
boleh digantikan kepada susu sejat.
Mitos 8: Kobis dan limau gedang dapat membantu membakar lemak di dalam badan

Fakta: Fad diet iaitu diet sup kobis dan diet limau gedang yang dikatakan dapat menurunkan berat badan
dengan memakan makanan ini dalam kuantiti yang banyak. Untuk pengetahuan, tiada satu makanan pun
yang mampu membakar lemak. Kafein mungkin dapat membantu meningkatkan kadar metabolisma tubuh

(kadar yang menunjukkan badan meggunakan kalori) untuk jangka masa yang pendek tetapi ia tidak cukup
memberi impak dalam menurunkan berat dengan berkesan.
Tip diet: Kaedah terbaik untuk menurunkan berat adalah dengan mengamalkan makanan yang seimbang
serta banyakkan bersenam.

You might also like