You are on page 1of 2

7.

1 Rasuah membebankan Malaysia dengan kos yang signifikan

Amalan rasuah adalah bercanggah dengan nilai-nilai moral, etika dan agama
majoriti rakyat Malaysia. Ia menyebabkan kerumitan prosedur dan kewangan
dalam kehidupan seharian rakyat selain menyumbang kepada ketidakseimbangan
sosioekonomi dan menghakis sistem nilai negara Malaysia. Menentang rasuah
melibatkan pengurusan polariti antara golongan yang tidak berkuasa dan golongan
yang mempunyai kuasa dan budi bicara dalam membuat keputusan (Gambarajah
7.1).
Gambarajah 7.1
Bagaimana membanteras rasuah menyumbang kepada 1Malaysia
Yang tidak
berkuasa;
kumpulan yang
memerlukan
keputusan
Yang berkuasa;
pembuat
keputusan
Mencegah salah guna kuasa dengan mengurangkan
kerumitan yang dihadapi rakyat dalam berurusan
dengan sektor awam dan swasta
Kawalan terhadap
budi bicara
untuk
memeriksa
salah guna
Budi bicara
dan fleksibiliti
untuk membuat
keputusan
yang baik
Mengekalkan fleksibiliti, pada masa yang sama
mewujudkan mekanisme untuk memastikan
akauntabiliti, menghalang/mengesan penyalahgunaan
dan menghukum kesalahan

Selain masalah sosial, rasuah juga merompak kekayaan dan sumber negara kita.
PEMUDAH menganggarkan bahawa rasuah boleh menyebabkan kos sebanyak
RM10 bilion setahun, atau 1-2% daripada KDNK, apabila keputusan perniagaan
(contohnya pemberian kontrak, perolehan sumber manusia) dilakukan dengan
tujuan yang salah. Malah, penghakisan keyakinan terhadap institusi negara oleh
orang ramai dan komuniti perniagaan telah sedikit sebanyak menyumbang kepada
kejatuhan ketara kedudukan daya saing negara (GCI), daripada 21 negara yang
paling berdaya saing di dunia tiga tahun yang lalu kepada kedudukan yang terkini,
24.
143
Atas sebab-sebab ini, membanteras rasuah sentiasa menjadi salah satu keutamaan
kami. Akhir-akhir ini, kami telah mengambil langkah yang kami yakin adalah
signifikan, termasuk mewujudkan Institut Integriti Malaysia pada tahun 2004 untuk
mempermudah pelaksanaan Pelan Integriti Nasional dan menaik taraf Badan
Pencegah Rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
pada tahun 2009. Kami juga menubuhkan sebuah pasukan petugas khas peringkat
atasan yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek
Hassan untuk mengkaji laporan Ketua Audit Negara 2008 dan mengambil tindakan
terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap penyelewengan kewangan
yang didedahkan oleh laporan itu.
Meskipun dengan usaha-usaha kerajaan itu, prestasi Malaysia telah jatuh merudum
kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah, Transparency International (TICPI)
yang berada pada kedudukan ke-23 pada tahun 1995 telah jatuh ke tangga ke56 pada tahun 2009. Tinjauan menunjukkan bahawa rakyat amat tidak berpuas hati
dengan prestasi kerajaan dalam membanteras rasuah. Contohnya, 67% daripada
warga Malaysia yang ditinjau menerusi Kajian Global Corruption Barometer 2009
percaya bahawa tindakan kerajaan dalam usaha menentang rasuah adalah tidak
berkesan.

Justeru, memandangkan isu yang mendesak ini dan juga apa yang telah dipelajari
daripada usaha-usaha yang lepas, kami akan melaksanakan usaha melalui cara
yang berbeza dalam usaha baru kami membanteras rasuah:
Memiliki aspirasi yang boleh diukur, yang berdasarkan hasil dan ditanda aras
mengikut standard antarabangsa
Menumpukan pada usaha penambahbaikan terhadap tiga bidang yang paling
mudah terdedah kepada rasuah badan pengawalseliaan dan penguatkuasaan,
perolehan kerajaan dan rasuah besar (rasuah politik)
Menggunakan ukuran dan sasaran KPI yang telus untuk mendefinisikan
kejayaan

You might also like