You are on page 1of 16

Pensyarah:

Hj. Rekkeman bin Kusut


Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor

Dari segi bahasa, bahan 3 dimensi ialah


bahan yang mempunyai isipadu iaitu panjang,
lebar dan tinggi.
Bahan 3D atau tiga dimensi ialah bahanbahan yang sebenar, sama ada berbentuk asli
atau modelnya yang dibuat sama dengan saiz
benda asal ataupun dikecilkan menggunakan
skala tertentu.

Realia ialah bahan bahan yang


sebenar yang dibuat oleh
manusia seperti benda-benda
yang telah digunakan seperti
artifak.
Contoh-contoh realia ialah anak
patung sebenar, pakaian,
perkakas rumah, barang barang
mainan seperti gasing dan hasilhasil kraftangan.
Bahan-bahan realia tebahagi
kepada dua iaitu bahan realia
dalam konteks dan bahan realia
di luar konteks.

Apabila kita berada dalam satu latihan mekanik di


sesebuah gudang, maka bahan realia dalam konteks ini
adalah mesin dan bahagiannya-bahagiannya yang
terdapat dalam gudang itu.
Oleh kerana banyak bahan realia atau mesin sebenar
dan bahagian bahagian kecilnya terdapat dalam bahan
realia ini (iaitu mesin-mesin di kilang boleh
menyebabkan kecederaan kepada pelajar atau berlaku
kerosakan kepada bahan-bahan itu jika tidak digunakan
dengan cermat semasa mengajar).
Maka satu perancangan dan kawalan yang terperinci
perlu disediakan sebelum bahan-bahan realia di dalam
konteks dapat digunakan dalam pengajaran.

Jenis ini merupakan bahan realia yang


digunakan di luar tempat barang itu terdapat.
Misalnya membawa sebuah mesin dari
gudang ke dalam bilik darjah untuk
dipelajari.
Jika bahan-bahan realia ini dikeluarkan dari
keadaan keseluruhan konteksnya,
pembelajaran murid menjadi lebih terkawal
dan pengajaran menjadi lebih mudah.

Model adalah bahan 3 dimensi yang


menggambarkan objekobjek sebenar tetapi
berbeza dari segi saiz, bahan dan fungsi.
Model olok-olok mungkin boleh dibuka atau
dikeluarkan bahagian-bahagiannya untuk
dikaji satu persatu.
Ia boleh diperbuat daripada bahan lutsinar
seperti bahan plastik supaya murid boleh
melihat bahagian-bahagiannya.

Pada amnya, model olok-olok adalah serupa


saiznya dengan benda asal manakala model
merupakan saiz yang lebih kecil atau lebih
besar daripada benda asal.
Walau bagaimanapun istilah model dan model
olok-olok biasa digunakan seolah-olah
kedua-dua perkara itu adalah sama.
Model biasanya digunakan untuk digunakan
untuk menggambarkan perhubunganperhubungan statik atau perhubungan
kedudukan.

Diorama ialah istilah yang berasal daripada bahasa


Yunani yang bererti melihat melalui.
Hal ini adalah berkaitan dengan ciri-cirinya seperti
model tiga dimensi, latar belakang yang
melengkung, pemberian kesan-kesan istimewa
seperti pemandangan yang realistik, pemberian
kesan penglihatan dan akhirnya ia berkesan kerana
banyak butiran lanjut dapat dimasukkan dalam
model diorama.

Konsep yang betul dibina di mana murid


boleh melihat benda yang sebenarnya.
Pembelajaran akan berlaku dengan lebih
sempurna.
Murid dapat memahami sifat dan binaan dan
sesuatu pergerakan benda itu dengan lebih
baik.

Memberi pengalaman kepada keadaan


sebenar.
Pelajar dapat memahami dengan jelas mesej
yang ingin disampaikan.
Pelajar dapat merasa sendiri keadaan sebenar
sesuatu fizikal tersebut.

Meningkatkan imaginasi pelajar.


Memberi peluang yang banyak kepada
kepada pelajar untuk berinteraksi dengan
rakan-rakan yang lain.
Menimbulkan semangat ingin tahu.

Memerlukan kawalan yang rapi daripada


guru.
Kos penyediaan agak tinggi.
Memerlukan kemahiran yang tinggi untuk
menyampaikan pengajaran melalui media
pengajaran sebegini.

You might also like