You are on page 1of 4

Bunga Raya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Bunga raya
Pengelasan saintifik
Alam:
Tumbuhan
Divisi:
Magnoliophyta
Kelas:
Magnoliopsida
Order:
Malvales
Famili: Malvaceae
Genus:
Hibiscus
Spesies: H. rosa-sinensis
Nama binomial
Hibiscus rosa-sinensis
Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu [1] (Hibiscus
rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus
yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.
Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan,
Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih
sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah
mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan
Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga
Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960,
Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.
Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk
menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.
Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa
tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.
Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari
putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set
tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.

Khasiat

Pokok bunga raya ini banyak khasiatnya terutamanya dari spesis bunga raya putih.
Daun bunga raya putih boleh menyejukkan suhu badan. Caranya ialah dengan
merendam daunnya di dalam air. Ramas daun berkenaan sehingga ia
mengeluarkan lendir. Kemudian rendam tuala kecil di dalam air daun bunga raya
putih yang telah diramas itu. Ambil sisa daun bunga raya yang ada di tuala kecil
tersebut dan pupukkan di dahi pesakit yang demam.Insyallah suhu akan menurun
dan ia juga dapat melegakan suhu panas di dalam badan kita.Selain itu daun bunga
raya boleh mengatasi masalah rambut gugur. Caranya ialah bersihkan daun bunga raya
terlebih dahulu dan ramas daun bunga raya di dalam baldi sehingga keluar air yang
kehijauan. Basuh rambut menggunakan air tersebut selama beberapa minit dan kemudian
bolehlah dibilas.Amalkan untuk beberapa ketika untuk melihat hasilnya.
Kajian dan penyelidikan telah dibuat dan mendapati bahawa ekstrak dari bunga raya baik
untuk kesihatan kita. Ini adalah kerana bunga raya mempunyai antioksidan yang dapat
mengawal tahap kolestrol di dalam badan kita. daun bunga raya mampu melebatkan
rambut dan bulu kening.
bunga raya direbus dgan air mendidih :
-boleh dijadikan losyen untuk mencuci mata yg bengkak @ radang.
- kudup bunga raya yang telah dihancurkan dicampur dengan garam:
-ditampal pd masalah bisul
air rebusan kudup bunga:
-boleh diminum dan mampu menambahkan banyak air mani dan merawat bengkak salur
kencing.
Daun muda dan pucuknya:
-disapu pada perut ibu yang akan bersalin untuk memudahkan melahirkan anak dan
proses mengeluarkan uri.
Daun bunga raya direbus dlm air mendidih:
-boleh dijadikan losyen utuk rawat demam dan sakit kepala.
akar bunga raya putih ditumbuk lumat dan direbus.
-boleh diminum untuk merawat jangkitan yang terjadi dari hubungan seksual,
melawaskan pembuangan air kecil dan boleh dijadikan penawar racun.
-air rebusan boleh diminum untuk rawat asma, batuk, bengkak kelenjar parotid,
bronchitis, selsema, mengeluarkan kahak dan hingus, dan merangsang haid.
akar diminum untuk rawat jangkitan pada serviks, penyakit keputihan, tidak tentu haid,
disapu pd kelenjar tengkuk yang bengkak dan boleh mencuci mata yang merah dan
bengkak

MENGHILANGKAN KELEMUMUR, MENGHITAMKAN SERTA


MENGILATKAN RAMBUT
1. Ambil beberapa helai daun bunga raya putih yang masih lagi segar-bugar.
2. Ramas daun tadi hingga ia mengeluarkan lendir.
3. Kemudian, sapukan lendir tersebut pada keseluruhan bahagian rambut.
4. Biarkan ia serap sepenuhnya pada rambut dan kulit kepala uols ya
5. Akhir sekali, bilas dan cuci rambut uols dengan menggunakan air bersih.
MENGURANGKAN PANAS BADAN
1. Ambil beberapa helai daun bunga raya putih. Jangan lupa, hanya pilih daun yang segar
saja.
2. Ramaskan daun tadi dengan menambah sedikit air.
3. Kemudian, uols lap air ramasan daun tadi pada seluruh badan.
4. Jikalau tak larat nak lap seluruh badan, uols boleh demahkan saja air ramasan
tersebut di atas kepala.

You might also like