You are on page 1of 2

Sejarah Penubuhan Pertubuhan Kerabat Keturunan

PKKW telah ditubuhkan pada bulan enam (6) tahun 2010, oleh saudara
Ikhwan bin Ismail yang juga dari keturunan Wan bersalasilah dari
keturunan Tok Mesir (Haji Wan Mahmud). Tujuan utama penubuhan
adalah untuk menyatukan semua kaum kerabat keturunan wan & juga
yang berkait rapat dengan asal usul keturunan wan termasuklah
keturunan Nik, Wan, Che, Tuan, Tengku Kelantan. Selain itu,
pertubuhan ini juga bertujuan menghimpun keturunan wan dari
pelbagai negeri dengan perkongsian sejarah asal usul masing-masing.
Ringkasan Perlembagaan Pertubuhan Kerabat Keturunan Wan

1.0 NAMA DAN ALAMAT PERTUBUHAN


1.1 : Pertubuhan ini dikenali dengan nama "Pertubuhan Kerabat
Keturunan Wan"
1.2: Alamat Pendaftaran
(Dalam Proses Penetapan)
sila hubungi : 03-87500034/013-2729715
Alamat Surat Menyurat
(Dalam Proses Penetapan)
2. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PERTUBUHAN
2.1 Untuk mengadakan hubungan yang erat di kalangan anggota
kerabat
2.2 Untuk merapatkan semula ikatan kekeluargaan antara kerabat dan
keluarga keturunan Wan yang datangnya dari keturunan Sayyid,
Syaikh, Syeikh, Sharifah, Nik, Che, Tuan, Tengku atau mana-mana yang
berkaitan dengan Keturunan Wan.
2.3 Menyemai dan menanam semangat jayadiri dan berdikari dengan
tujuan untuk mengurangkan kemiskinan di kalangan ahli-ahli kerabat
dan keluarga.
2.4 Untuk menubuhkan satu badan kebajikan khusus bagi ahli-ahli
kerabat dan keluarga dengan tujuan membiayai kegiatan ekonomi
terutama kepada kerabat dan keluarga yang miskin serta memerlukan
bantuan yang sedemikian.

2.5 Untuk mewujudkan pakatan dan kerjasama dalam sebarang


kegiatan yang bermanfaat dikalangan ahli kerabat dan masyarakat.
2.6 Untuk mengadakan kajian dan penyelidikan untuk tujuan penulisan
sejarah berkenaan kegemilangan keraja jembal bagi tujuan
persejarahan tanahair secara amnya
2.7 Pertubuhan ini tidak akan melibatkan diri dalam sebarang
kegiatan politik serta berpihak atau dipergunakan bagi tujuan-tujuan
politik mana-mana pihak pun.
2.8 Pertubuhan ini akan sentiasa berdiri teguh, taat setia menjunjung
kasih di bawah naungan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan
Kelantan Darul Naim.
2.9 Pertubuhan ini akan berdiri teguh di bawah naungan
pemerintahan kerajaan yang diberikan oleh rakyat mandat
memerintah.

3.0 KEAHLIAN
3.1 Keahlian adalah terbuka kepada kerabat dan keluarga yang
datangnya dari keturunan Wan seluruh Tanah Melayu.
3.2 Had Umur menjadi ahli ialah 18 tahun pada 1 januari tahun
berkenanan
3.3 Pemohonan untuk menjadi ahli boleh dilakukan melalui Setiausaha
Pertubuhan Kerabat Keturunan Wan

You might also like