You are on page 1of 2

Mengapa menggunakan kajian kes?

Sebagai seorang pendidik, keba nyakan kajian yang


dijalankan tidak melibatkan populasi tetapi hanya individu atau kumpulan yang telah dikenal
pasti oleh penyelidik. Penyelidik dalam bidang pendidikan khususnya lebih banyak
menumpukan perhatian mereka kepada pelajar, guru, pentadbir, kakitangan termasuklah
kakitangan pusat sumber, pembantu makmal dan kakitangan sokongan di sesebuah sekolah.
Justeru itu, kajian akan lebih tertumpu kepada individu atau kumpulan dalam sebuah sekolah,
dua buah sekolah atau tiga buah sekolah dalam sesuatu kawasan. Oleh yang demikian, kajian
kes adalah reka bentuk kajian yang paling sesuai digunakan oleh pe nyelidik berkenaan.
Melalui kajian kes, maklumat yang amat teliti, kaya dan mendalam dikumpul untuk
menjawab persoalan kajian. Selain itu, kajian kes juga memfokus kepada penghuraian yang
holistik/ menyeluruh dan memberikan penjelasan kepada sesuatu peristiwa yang berlaku
secara mendalam (Yin, 1994). Kajian ini boleh menjawab soalan bila, bagaimana dan
mengapa. Kajian kes terdiri daripada dua jenis iaitu penerokaan (explanatory) dan diskriptif
(descriptive). Kajian ini boleh dilakukan terhadap seorang individu, beberapa orang individu,
kumpulan atau beberapa kumpulan dalam sesuatu organisasi seperti sekolah. Sebagai contoh,
kajian terhadap seorang pelajar yang bermasalah dan pelajar yang cerdik dalam pembelajaran
boleh dilaksanakan berdasarkan penerokaan dan deskriptif. Hal ini demikian kerana kaedah
kajian kes memerlukan maklumat yang terperinci dan mendalam bagi seseorang penyelidik.
Di samping itu, alat kajian yang sesuai diperlukan untuk memperoleh maklumat yang
berkenaan (Chua, 2006). Alat kajian yang biasanya digunakan adalah soal selidik, temu bual,
pemerhatian dan penelitian dokumen.
Selain itu, penyelidik juga boleh menggunakan dokumen personal seperti diari, memo, surat,
fotografi, rakaman dan sebagainya. Soal selidik digunakan untuk mengetahui persepsi
responden mengenai sesuatu fenomena. Ujian digunakan untuk mengukur pencapaian
responden misalnya soalan-soalan ujian atau ujian penentuan tingkah laku. Temu bual yang
digunakan adalah temu bual separa berstruktur dan terbuka supaya kesemua maklumat yang
diperlukan dapat disampaikan kepada penyelidik. Begitu juga dengan pemerhatian yang
dijalankan adalah pemerhatian turut serta dan pemerhatian tidak turut serta. Selain itu,
penelitian dokumen juga boleh digunakan sekiranya diperlukan untuk me- nyokong soal
selidik, temu bual atau pemerhatian yang telah dijalankan.
Penyelidik tidak perlu menggunakan kesemua alat kajian yang diberikan tetapi memilih alat
kajian yang sesuai untuk menjawab persoalan kajian. Walau bagaimanapun, untuk
meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian kes yang dijalankan, kaedah
triangulasi boleh digunakan. Kajian dilakukan ke atas tiga aspek iaitu masa, ruang dan
pemerhati. Misalnya pemerhatian dilakukan pada masa yang berlainan, tempat yang berbeza
dan dilakukan oleh beberapa orang pemerhati (Chua, 2006). Selain itu, triangulasi juga
boleh menggunakan tiga alat kajian yang berlainan untuk mendapatkan data yang sama.
Seorang penyelidik kajian kes yang menggunakan alat temu bual harus mempunyai
kemahiran menyoal yang baik seperti kurang bercakap tetapi lebih banyak mendengar,
menyoal apa bila tidak faham, menyoal soalan terbuka, tidak menyampuk ketika responden
sedang seronok bercerita, memastikan responden sentiasa fokus kepada soalan yang ditanya,
tidak menilai apa yang disampaikan dan berdebat dengan mereka (Gay & Airasian, 2000).
Selain itu, penyelidik juga harus mempunyai kemahiran untuk merangsang responden untuk
bercerita secara selesa tanpa ragu-ragu. Kesemua perbualan harus direkodkan dengan
menggunakan alat perakam audio. Tujuannya adalah supaya tidak ada maklumat yang tercicir
dan mudah ditranskripsikan untuk dianalisis. Sebelum dianalisiskan temu bual berkenaan
perlu mendapat pengesahan daripada responden untuk tujuan kesahan alat kajian yang
digunakan. Terdapat dua jenis pemerhatian yang menjadi pilihan kepada pe-nyelidik kajian
kes untuk digunakan supaya boleh menjawab persoalan kajian. Semasa pemerhatian turut
serta penyelidik terlibat secara langsung dalam akti-viti yang dijalankan. Dengan

menggunakan pemerhatian ini penyelidik mempunyai pengalaman menjalankan aktiviti dan


berinteraksi dengan responden dalam kajian yang dijalankankan. Walau bagaimanapun
kelemahannya ialah kesukaran penyelidik untuk membuat catatan nota lapangan pemerhatian.
Mana kala pemerhatian tidak turut serta penyelidik hanya melakukan pemerhatian kepada
keseluruhan aktiviti yang dijalankan. Kedua-dua pemerhatian dilakukan dalam situasi sebenar
dan secara holistic (Gay & Airasian, 2000). Rakaman pemerhatian boleh menggunakan alat
perakam audio dan video untuk merakam perbualan dan tingkah laku yang diperhatikan.
Penyelidik akan mencatat tingkah laku, perbualan, keadaan tempat, interaksi guru-pelajar,
interaksi pelajar-pelajar dan perkara-perkara yang diperlukan dalam kajian. Penyelidik boleh
meminta bantuan penyelidik lain untuk mencatat pemerhatian yang dijalankan untuk tujuan
pengesahan sekiranya perlu. Alat kajian yang terakhir, iaitu penelitian dokumen boleh
digunakan untuk mendapatkan data sokongan. Penelitian dokumen boleh menggunakan
senarai semak atau mendapatkan tema-tema yang diperlukan. Analisis menggunakan
frekuensi dan peratus boleh digunakan.

You might also like