You are on page 1of 2

REFLEKSI

OLEH: MUHAMAD HANIF BIN KAMALUDIN


Baru-baru ini, saya telah menerima satu tugasan esaimen daripada subjek amalan
pentaksiran matematik. Tugasan ini adalah satu tugasan wajib yang perlu dihantar bagi
memenuhi markah untuk semester ini. Tugasan ini telah diberi masa selama sebulan
untuk menyiapkanya dan juga perlu dilakukan menjalani praktikum di sekolah masingmasing.
Pertama, tugasan ini di antara tugasan yang sukar pernah saya buat. Ini kerana,
tugasan ini adalah melibatkan satu tugasan yang perlu menganalisis satu persatu
soalan yang telah dibuat oleh murid-murid. Walaupun perkara ini saya rasa ianya agak
sukar tetapi bukan saya sahaja rasainya bahkan rakan-rakan yang lain juga mengalami
perkara yang sama jadi kami buat tugasan ini sambil berbincang membuatkan perkara
yang sukar ini menjadi senang dan seronok untuk menyiapkanya.
Kedua, pensyarah saya juga banyak membantu dalam menyiapkanya tugasan
ini. Sebelum memulakan tugasan ini, beliau sudah memberi banyak kali penerangan
dan juga telah mengajar kami mengenai perkara yang perlu dilakukan di dalam tugasan
esaimen ini. Kami juga seringkali melakukan perbincangan untuk menyiapkan tugasan
agar perkara dan setiap item yang dibuat oleh kami adalah betul dan tidak berlaku
sedikit kesalahan. Guru guru di sekolah saya praktikum juga banyak membantu saya
dalam melakukan tugasan ini. Mereka sentiasa memberitahu segala ilmu yang sudah
mereka ada dalam membuat soalan dan juga JSU bahkan soalan yang dibuat oleh
saya telah disemak oleh guru tersebut agar bersesuian dengan tahap pemikiran murid
kelas yang saya ingin bagi soalan ini.
Ketiga, tugasan ini banyak memberi serta mengajar saya mengenai pembinaan
soalan yang sesuai untuk murid. Perkara ini adalah satu pendedahan awal sebelum
saya melangkah menjadi seorang guru kelak. Ia juga adalah satu situasi yang boleh
dikongsi dan dialami oleh kami sendiri tentang apa yang telah dialami oleh pembuat
soalan-soalan peperiksaan. Setiap kali soalan periksaan sebenar dibuat untuk
menyiapkanya

adalah

bukanlah

senang

dan

mestilah

orang

yang

sangat

berpengalaman sahaja dapat melakukan dengan baik. Ia adalah satu peluang untuk
saya dan rakan-rakan yang lain merasainya lebih awal dan pendedahan yang baru.
Akhir sekali, tugasan ini adalah satu tugasan yang amat bagus serta mencabar minda
serta pemikiran saya sendiri. Saya berharap agar segala ilmu yang saya dapat ini
digunakan dengan sebaiknya ketika saya berguru kelak untuk melahirkan insan yang
memenuhi hasrat kerajaan untuk mewujudkan insan yang sempurna dari segi rohani
dan jasmani.
(372 Perkataan)

You might also like