You are on page 1of 13

FAKULTI BAHASA

SEMESTER

SEPTEMBER 2014
KOD KURSUS

HBPE 4303
NAMA

: MOHD SHABUDIN BIN ISMAIL

NO. MATRIKS

:820402115681001

TAJUK

:HBPE4303 PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI

SEMESTER

: SEMESTER SEPTEMBER 2014

PENGENALAN
1

ANATOMI
Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia dan dikenali sebagai
morfologi atau sains bentuk. Bidang ini mula dikaji sejak 2300 tahun dahulu dan masih
berkembang sehingga kini. Perkataan anatomi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud
memotong atau membelah anggota badan untuk melihat strukturnya.Selain itu, anatomi terbahagi
kepada beberapa subdisiplin seperti anatomikasar (gross) dan mikroskopik. Anatomi kasar
mengkaji tentang struktur tubuh yangdapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang,
paru-paru dan otot. Anatomimikroskopik (histologi) ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskop.
(Pengenalan Anatomi Dan Fisiologi,Zolkifli Abd. Ghani, OUM, 2014)
FISIOLOGI
Manakala Fisiologi ialah kajian tentang fungsi struktur tubuh.
Tubuh manusia mempunyai banyak aras struktural yang berbeza kompleksitinya. Aras struktur
yang paling rendah ialah aras kimia. Pada aras ini, atom-atom bergabung untuk membentuk
molekul-molekul. Molekul-molekul ini seterusnya bercantum secara khusus untuk membentuk
pelbagai jenis sel yang menjalankan tugas yang berbeza. Sel-sel ini merupakan unit paling
ringkas bagi semua kehidupan.
Berbeza dengan organisma ringkas yang terdiri daripada satu sel sahaja, manusia ialah organisma
multisel. Sel-sel yang serupa mengelompok membentuk tisu yang melaksanakan fungsi umum.
Organ yang terdiri daripada gabungan dua atau lebih tisu yang berbeza untuk menjalankan tugas
khusus untuk tubuh. Organ-organ tertentu dikelompokkan untuk membentuk suatu sistem organ
tubuh yang berkerjasama untuk mencapai tujuan yang sama. Semua sistem organ ini membentuk
organisma yang mewakili aras tertinggi.(Baharuddin Omar, Pengenalan Sistem Tubuh Dan
Penyakitnya,2005,DBP.)

KONSEP DAN KEPENTINGAN AKTIVITI FIZIKAL DALAM PENJAGAAN SISTEM


TUBUH BADAN SERTA HUBUNGKAITNYA DENGAN SISTEM KESIHATAN DAN
KECERGASAN.
Pada asalnya, konsep 'kesihatan' bermakna dalam keadaan sihat dan selamat, bebas daripada
kecederaan, kecacatan dan penyakit.Kini konsep kesihatan mencakupi aspek yang lebih luas.
Pada tahun 1948, dalam Persidangan Kesihatan Sedunia kali pertama anjuran Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO), kesemua 54 orang wakil negara sebulat suara menerima usul bahawa
'kesihatan' bermakna sihat daripada aspek fizikal, mental dan sosial, dan bukan sekadar terbebas
daripada penyakit, kecacatan dan kecederaan sahaja.
Mengikut definisi ini, ketiga-tiga komponen mental, fizikal dan sosial adalah bersepadu dan
saling betindak antara satu sama lain. Sebarang perubahan (baik atau buruk) yang berlaku pada
salah satu komponon itu tentu akan menganggu dua komponen lain. Hoyman (1962)
menakrifkan 'kesihatan' sebagai 'keadaan sihat yang optimum bagi kehidupan yang sempurna,
produktif dan kreatif.
KESIHATAN FIZIKAL DAN KEBERSIHAN DIRI
Badan manusia terdiri daripada reseptor seperti mata, hidung, kulit, telinga dan perseptor seperti
otak. Kefahaman tentang cara mekanisme itu berfungsi membolehkan kita menjaga kesihatan
reseptor dan perseptor ini.Kesihatan fizikal bermaksud segala fungsi fisiologi dan anatomi badan
berfungsi dengan baik dan badan tidak mudah diserang penyakit
Kesihatan fizilkal dapat dicapai dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang agar
badan memperoleh tenaga yang mencukupi untuk menjalankan pelbagai aktiviti mental, fizikal,
sosial dan fisiologi. Selain makanan, kita haruslah menjaga kebersihan diri demi kesihatan fizikal
dengan mencuci dan memandikan badan setiap hari serta memakai pakaian yang bersih.
KECERDASAN FIZIKAL
Kecerdasan fizikal bermaksud keupayaan seseorang untuk melakukan aktiviti harian dengan
cekap dan bertenaga tanpa rasa penat yang keterlaluan. Di samping itu, dia juga mempunyai
3

tenaga yang cukup untuk menjalankan aktiviti riadah dan menghadapi cabaran apabila timbulnya
kecemasan.
Definisi ini perlu mengambil kira kecerdasan fizikal untuk kesihatan serta kemahiran dalam
prestasi sukan dan permainan. Kecerdasan fizikal untuk kemahiran dalam prestasi sukan dan
permainan merujuk kepada keupayaan seseorang untuk bertanding dalam sukan dan permainan
dengan mempunyai tenaga, daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan serta ketepatan
untuk mencapai tahap kecemerlangan.
Terdapat lima komponen yang berkaitan dengan kecergasan fizikal, iaitu daya tahan
kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelenturan dan komposisi tubuh.Daya
tahan kardiovaskular merujuk kepada keupayaan jantung dan salur darah membekalkan oksigen
kepada sel-sel badan semasa aktiviti fizikal dijalankan.Kekuatan otot merujuk kepada kebolehan
otot mengatasi rintangan semasa aktiviti fizikal, iaitu apabila otot menjadi kuat aktiviti fizikal itu
menjadi ringan dan tidak cepat mendatangkan keletihan.Daya tahan otot merujuk kepada
kebolehan otot menghasilkan daya berulang-ulang dalam suatu tempoh masa.Kelenturan
bermakna keupayaan sendi anggota untuk bergerak dengan lancar tanpa berasa sakit dan
lesu.Komposisi tubuh merujuk kepada peratusan lemak nisbah kepada peratusan otot dalam
badan. Seseorang boleh dianggap cergas jika badannya mempunyai lebih banyak tulang
berbanding dengan kandungan lemaknya.
Individu yang mempunyai kecergasan fizikal yang baik dapat meningkatkan kecekapan sistem
respirasi dan sistem kardiovaskular yang merangkumi denyutan jantung, peredaran darah dan
menambah kekuatan otot. Kecergasan fizikal berbeza dari individu ke individu lain dan
bergantung kepada faktor sepert jantina, umur dan berat badan.

SISTEM SATU
FUNGSI SISTEM TUBUH [Kardiovaskular]
Definisi
Menurut Wee Eng Hoe,2007.Daya tahan kardiovaskular atau kecergasan jantung bermaksud
kecekapan sistem peredaran dan sistem pernafasan untuk membekalkan oksigen kepada otot
secara berterusan pada jangka masa yang panjang semasa melakukan aktiviti. Ia merupakan
komponen yang terpenting dalam profil fisiologi manusia.
Tahap kecergasan meningkat apabila keupayaan daya tahan kardiovaskular melebihi tahap purata
kapasiti aerobik, iaitu kapasiti penggunaan oksigen yang maksimum oleh badan semasa
melakukan aktiviti fizikal. Sistem kardiovaskular, juga dikenal sebagai sistem peredaran darah,
adalah sistem dari tubuh yang terdiri dari jantung, darah, dan pembuluh darah. Sistem
kardiovaskular bertanggung jawab untuk mengangkut darah.

Konsep Sistem kardiovaskular


Dalam sistem yang kompleks ini, jantung bertindak sebagai pompa, memaksa darah untuk
bergerak melalui tubuh dengan relaksasi sehingga lebih banyak darah dapat masuk ke tiap
ruangan-ruangannya. Mayoritas darah terdiri dari plasma, cairan berair penuh dengan protein.
Kurang dari setengahnya darah terdiri dari trombosit dan sel darah merah dan putih. Trombosit
membantu darah untuk membeku jika seseorang menderita luka atau perdarahan.
Jantung berkontraksi lebih dari 100.000 kali sehari kerana mendorong darah melalui pembuluh
darah. Saat berkontraksi, memaksa darah ke dalam aliran darah. Darah mengangkut nutrisi dari
sistem pencernaan dan oksigen dari paru-paru ke sel-sel tubuh. Kemudian darah membawa
produk limbah yang dikeluarkan oleh ginjal dan karbon dioksida yang dikeluarkan oleh paruparu.
Jantung adalah otot dan dibagi menjadi empat ruang atau kamar. Kamar ini adalah atrium kanan,
atrium kiri, ventrikel kanan, dan ventrikel kiri. Selama proses peredaran darah, darah memasuki

atrium kanan jantung. Ketika jantung beroperasi, darah bergerak melalui katup dari atrium kanan
ke ventrikel kanan. Darah kemudian mengalir melalui katup jantung lain ke paru-paru.
Di sinilah darah mengambil oksigen. Pada titik ini, darah mengalir ke atrium kiri jantung dan
melalui katup ke ventrikel kiri, yang mana ia kemudian mengalir melalui katup ke aorta. Setelah
meninggalkan aorta, darah melakukan perjalanan ke bagian tubuh lainnya, membawa nutrisi dan
oksigen yang sangat dibutuhkan tiap sel-sel tubuh.

Kesan Aktiviti Fizikal Terhadap Sistem Tubuh Badan Dan Sumbangannya Terhadap
Kesihatan Dan Kecergasan.
Didapati latihan-latihan yang tertentu akan memberikan kesan yang tertentu terhadap sistem
kardiovaskular. Untuk perbincangan ini, latihan yang dimaksudkan ialah latihan berintensiti
tinggi, dilakukan tiga kali seminggu dalam jangkamasa bertahun-tahun.Antara kesan latihan
fizikal kepada sistem kardiovaskular ialah Hipertrofi Kardiak. Hipertrofi bermaksud
pernambahan saiz sel atau organ. Hipertrofi kardiak dapat dilihat dari dua ciri berikut :A.

Saiz kaviti ventrikel

B.

Ketebalan dinding ventrikel

Terdapat perbezaan hipertrofi kardiak dikalangan atlit-atlit acara daya tahan dengan atlit-atlit
acara bukan dayatahan. Atlit daya tahan ( seperti pelari marathon, perenang, pemain hoki ais )
mempunyai kaviti ventrikel yang lebih besar berbanding dengan ventrikel atlit-atlit bukan acara
dayatahan. Dari segi ketebalan dinding ventrikel pula, atlit-atlit bukan acara dayatahan pula
didapati mempunyai dinding ventrikel yang lebih tebal dari atlit-atlit acara dayatahan.
Perbezaan hipertrofi kardiak di antara atlit-atlit acara dayatahan dengan atlit-atlit bukan acara
dayatahan adalah disebabkan oleh perbezaan gerakbalas jantung terhadap aktiviti yang mereka
6

lakukan. Latihan-latihan dayatahan biasanya memerlukan atlit bekerja dalam jangkamasa yang
lama dan keluaran kardiak adalah tinggi. Bagi memenuhi keperluan tersebut, gerakbalas
penyesuaian kardiak ialah melalui peningkatan saiz karviti ventrikel. Di kalangan atlit-atlit
dayatahan pula, latihan-latihan yang mereka lakukan memerlukan tekanan darah di arteri pada
masa-masa tertentu (gerakan-gerakan mereka berbentuk eksplosif ). Oleh itu gerakbalas
penyesuaian kardiak ialah melalui penebalan dinding ventrikel.

SISTEM DUA
Sistem Endoktrin
Definisi
Sistem Endokrin memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan,
metabolisme, fungsi seksual, mengatur suasana hati, fungsi jaringan dan proses reproduksi.
Singkatannya, sistem tubuh adalah pemain utama secara perlahan terjadi proses tubuh. Fungsi
sistem endokrin dengan cara yang sama, seperti sistem saraf. Dalam sistem saraf, pesan listrik
dikirim untuk mengkoordinasikan organ-organ tubuh, padahal dalam kasus sistem endokrin,
bahan kimia, yang disebut hormon yang digunakan untuk berkomunikasi antara bahagianbahagian tubuh yang berbeza
Fungsi
Hormon yang dihasilkan oleh sistem endokrin mempunyai kesan yang banyak dan berbeza-beza.
Empat fungsi utama yang dilakukan oleh hormon adalah seperti menolong mengawal
persekitaran dalaman dengan mengatur kandungan kimia dan isi padunyadalam tubuh badan.
Hormon yang dirembeskan pada tisu perantara bertindak ke atas sel sasaran dimerata tubuh.
Sistem endokrin mempunyai kesan yang perlahan tetapi berpanjangan dan lebih merata. Sel
sistem endokrin bertugas dengan mensintesiskan dan merembeskan hormon.Kelenjar endokrin
terbina apabilasel endokrin berkumpul.(Mah Chee Wai, 1999) Hasil yang didapati dari kelenjar
7

endokrin akan dirembeskan terus ke dalam tisu perantara. Kelenjar endokrin yang ada dalam
sistem tubuh terdiri daripada kelenjar:
(a) Pituitari;
(b) Tiroid;
(c) Paratiroid;
(d) Adrenal;
(e) Pineal; dan
(f) Timus.

Kesan Aktiviti Fizikal Terhadap Sistem Tubuh Badan Dan Sumbangannya Terhadap
Kesihatan Dan Kecergasan.
Sistem endokrin merupakan satu sistem yang sangat kompleks berlaku dalam tubuh badan tanpa
kita sedari. Antara kesan-kesan atau langkah untuk menjaga sistem ini agar sentiasa berada
dalam keadaan yang baik ialah seperti bersenam. Apabila kita bersenam, badan kita akan
menjadi aktif dan segala kelenjar terutanya kelenjar akan bekerja dan menghasilkan peluh yang
normal. Selain itu juga, pemakanan secara sihat juga mempengaruhi sistem endokrin ini. Dengan
mengambil makanan secara sihat akan membolehkan sistem endokrin kita berjalan dengan lancar
Rehat juga memainkan peranan yang penting. Dengan rehat yang cukup akan membolehkan
sistem endokrin kita berehat dan kembali bertenaga. Bayangkan kita bermain bola sepak tanpa
henti selama beberapa jam. Nescaya lama kelamaan kita akan mengalami kecederaan seperti
kecedaraan otot (hamstring) akan berlaku. Begitu sebaliknya yang bakal berlaku kepada sistem
endikrin kita jiga kita tidak mengambil rehat secara cukup. Pemakaian kita juga amat penting.
Kebersihan pakaian dan persekitaran juga akan mempengaruhi sistem endokrin badan kita.

SISTEM DUA
Sistem Tenaga
Definisi Dan Pengenalan
Manusia, sama ada semasa aktif atau berehat, sentiasa menukar tenaga dari satu bentuk kepada
bentuk yang lain. Umpamanya di dalam permainan badminton, tenaga digunakan untuk
mengekalkan aktiviti otot. Begitu juga di dalam aktiviti berlari dan melompat dan pergerakan
yang memerlukan koordinasi dan imbangan dimana tenaga diperlukan berterusan.
Tenaga dibebaskan bila bahan kimia yang kaya dengan tenaga yang dipanggil adenosine
triphosphate (ATP) dipecahkan kepada yang lebih kecil yang dipanggil adenosine diphosphate
(ADP). Sel-sel di dalam badan tidak akan mengambil nutriet yang terdapat di dalam makanan
untuk mendapat bekalan tenaga dengan serta-merta. Sebaliknya, ATP yang tersimpan di dalam
sel-sel otot, merupakan bahan bakar yang digunakan untuk mengeluarkan tenaga segera.
Walaupun ATP merupakan pembekal tenaga kepada semua sel, bekalannya adalah terhad dan
hendaklah dibina secara berterusan untuk memberi bekalan yang berpanjangan.

Sistem ATP-PC
ATP di dalam otot dan satu lagi bahan kimia yang kaya dengan tenaga yang dipanggil
phosphocreatine (PC) bersama-sama membekalkan tenaga yang cukup untuk usaha maksima
antara 5-10 saat. Hanya sebahagian kecil ATP disimpan di dalam sel-sel otot dan ia perlu dibina
semula untuk mengelakkan daripada kehabisan. PC yang juga tersimpan di dalam sel-sel otot
membantu membina semula ATP.
Simpanan PC di dalam sel-sel hanya dapat bertahan beberapa saat sahaja di dalam latihan yang
berintensiti tinggi dan merupakan sumber utama bekalan ATP semasa beberapa saat pertama
larian pecutan. Dengan latihan yang rapi keupayaan sistem ini boleh ditingkatkan.
Sistem Asid Laktik
Apabila simpanan PC di dalam sel-sel otot kehabisan, glikogen di dalam otot yang terdiri
daripada unit-unit glukosa yang dikumpul bersama dan merupakan simpanan karbohidrat di
9

dalam badan, melalui proses yang dipanggil glikosos berpecah menjadi asid pyruvic dan
menukar menjadi asid laktik dengan ketiadaan oksigen. Pengumpulan asid laktik di dalam otot
akan menganggu peroses penguncupan dan melambatkan pergerakan dan akhirnya menyebabkan
kelesuan.

Sistem Aerobik
Sumber tenaga panjang melibatkan pengeluaran ATP daripada berbagai bahan bakar dengan
penggunaan oksigen. Sumber utama ialah karbohidrat dan lemak. Pengeluaran ATP melalui
sistem ini agak perlahan berbanding dengan sistem yang lain dan memakan masa 2-3 minit
kerana oksigen perlu disalurkan ke otot melalui saluran darah. Dengan kehadiran oksigen asid
pyruvic berpecah menjadi karbon dioksida dan air dan membebaskan ATP yang banyak, lebih
daripada sistem yang lain.

Sumbangan Sistem Tenaga Kepada Sukan


Sebenarnya sistem tenaga anaerobik dan aerobik menyumbang kepada persembahan sukan cuma
persoalannya ialah yang mana satu mendominasinya. Umpamanya, di dalam sukan olahraga,
acara larian pecut jarak dekat mendapat sebahagian besar bekalan tenaga daripada sistem
anaerobik iaitu, ATP-PC dan Asid Laktik manakala acara larian jarak jauh yang memerlukan
dayatahan kardiovaskular mendapatkan sebahagian besar bekalan tenaga daripada sistem
aerobik. Maka sistem ATP-PC masih beroperasi semasa badan kita berehat dan sistem aerobik
beroperasi semasa larian pecut jarak dekat.
Di dalam permainan seperti bola sepak, ketiga-tiga sistem tenaga sentiasa bertukar-ganti
penguasaan mereka. Di dalam permainan bola sepak dan hoki, larian pecut mengejar bola atau
mengekori pemain lawan yang sedang menyerang mendapat bekalan tenaga daripada sistem
ATP-PC dan Asid Laktik.

10

FAKTOR-FAKTOR MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KRONIK


AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
A. BERSENAM
Untuk mengelakkan badan daripada mengalami letih,lesu dan tidak bermaya, aktiviti senaman
perlu dilakukan bagi menguatkan jantung dan sistem peredaran darah agar berjalan dengan
lancar. Dengan aktiviti senaman yang dilakukan akan membolehkan seseorang itu akan berada
dalam keadaan segar dan bertenaga sentiasa.
REHAT
Rehat amat penting untuk kita kembali mendapatkan semula tenaga untuk melakukan semula
aktiviti. Rehat ini merangkumi tidur dan badan tidak melakukan sebarang aktiviti. Dengan
adanya rehat ini, akan membolehkan sistem badan akan reda, dan tisu-tisu yang rosak akan
segera dibaiki secara semulajadi. Jadi, rehat adalah amat penting.
B. AMALAN PEMAKANAN
Kebanyakkan kematian yang berlaku di Malaysia ialah berkaitan dengan makan. Rata-rata
pengambilan makanan yang diambil oleh rakyat Malaysia adalah berdasarkan santan. Bagi orang
Melayu, penggunaan santan adalah sangat maksimun disamping pengambilan makanan segera
yang sangat berluasa. Penggunaan santan yang berlebihan akan mendatangkan kemudaratan
kepada badan.
JAUHI ROKOK, ALKOHOL DAN DADAH
Rokok, alkohol dan dadah merupakan masalah sejagat di dunia pada hari ini. Walaupun didikan
awal telah diberikan pada usia awal kanak-kanak.tetapi masih gagal membendung permasalahan
ini. Kerajaan Malaysia umpamanya mengambil langkah drastik dengan mengenakan cukai yang
tinggi kepada barangan seperti rokok dan alcohol. Namun langkah ini boleh dianggap gagal
kerana masih ada lagi yang aktif mengambil benda tersebut. Ini disebabkan oleh kemasukkan
barangan seludup yang banyak dan ini memberikan kelebihan kepada individu membuat pilihan
kerana harga yang murah dan boleh didapati dimana-mana sahaja. Dadah juga tidak kurang

11

hebatnya. Benda ini, senang didapati di pasaran gelap. Jadi ini semua benda, secara langsung
akan menjejaskan kesihatan dan boleh membawa maut kepada individu yang mengambilnya.
C. DIDIKAN AWAL DIPERINGKAT RENDAH
Untuk itu, sekolah amat memainkan peranan yang sangat penting dalam membangunkan modal
insan yang berkualiti kepada Negara. Dengan mendapatkan didikan yang cukup, mereka diharap
mampu mengawal dan menjauhi amalan-amalan yang boleh merosakkan kehidupan mereka.

RUMUSAN
Oleh yang demikian dapatlah dijelaskan disini bahawa dengan adanya anatomi dan fisiologi ini
amat memberikan pendedahan dan maklumat kepada saya mengenai sistem tubuh. Barulah saya
tahu apa itu sistem endokrin serta fungsinya
Dengan anatomi dan fisiologi ini, saya dapat mempelajari sistem rangka, struktur rangka,
klasifikasi tulang dan sebagainya. Saya juga memperolehi maklumat yang baru mengenai tulang
dan otot yang saling berkait rapat untuk melakukan pergerakan.
Saya juga memahami apa yang dimaksudkan dengan sistem kardiovaskular seperti kompisisi
darah, plasma serta fungsinya. Dalam sistem kardiovaskular ini juga saya tahu dengan jelas
bagaimana jantung berfungsi dengan menghantar darah beroksigen keanggota badan dan
membawa kembali darah tidak beroksigen kembali semula. Betapa pentingnya jantung dalam
sistem kardivaskular kita.
Selain itu juga, saya juga tahu kesan latihan terhadap sistem fisiologi manusia. Dengan latihan
yang betul serta tunjuk ajar serta tips yang berguna daripada jurulatih akan membolehkan
seseorang atlit menjadi lebih baik dan mampu menjadi seorang yang hebat.

12

Dengan tugasan ini juga, saya memperolehi ilmu baharu, dan saya tidak sabar lagi untuk
mengadaptasikan dalam proses pembelajaran di bilik darjah bersama pelajar. Saya akan berusaha
untuk membimbing pelajar saya supaya menjadi insane yang berguna kepada negara. sekian.

RUJUKAN
1. Zolkifli Abdul Rani,Mohd Zairi Husain 2014, Pengenalan Anatomi Dan Fisiologi,
Meteor Doc. Sdn. Bhd. Seri Kembangan, Selangor.
2. Abdul Hamid Abdul Rashid, 2001, Anatomi Umum, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Hulu
Kelang, Malaysia.
3. Baharuddin Omar,& Mohd Hamim Rajikin, 2005, Pengenalan Sistem Tubuh Dan
Penyakitnya, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
4. Wee Eng Hoe, 2007, Sains Kejurulatihan, Oxford fajar, Shah Alam, Malaysia.
5. Pearce, E. C.,2005, Anatomi Dan Fisiologi: Untuk Jururawat, Golden Books Centre,
Kuala Lumpur, Malaysia.
6. Alcamo,1996, Anatomy And Physiology The Easy Way, Barron Educations Series,
Haupage, New York.
7. Kementerian kesihatan Malaysia, 1997, Anatomi Dan Fisiologi: Untuk Jururawat Dan
Lain-lain pelajar Pra Perubatan, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, Malaysia.
8. Fox, E. L., 1984, Sports Physiology, Dryden Press, Philedelphia, United States.

13

You might also like