You are on page 1of 3

Kalkulus merupakan salah satu bidang matematik yang melibatkan pengiraan

atau perhitungan kuantiti-kuantiuti yang tidak diskrit. Ia adalah satu disiplin


matematik yang luas serta berpelbagaian, yang merupakan hasil kajian manusia
sejak beberapa kurun dahulu. Ia mengandungi pembezaan dan pengamiran yang
menggunakan algebra dan geometri koordinat.

Antara tokoh-tokoh yang terkenal

dalam usaha mewujudkan bidang kalkulus adalah Archimedes, Isaac Newton dan
Gottfried Wilhelm Leibniz. Secara amnya, bidang kalkulus mempunyai dua cabang
utama, iaitu kalkulus kamiran dan kalkulus pembezaan. Kedua-dua cabang tersebut
mempunyai hubungan yang rapat. Kalkulus pembezaan merupakan hasil daripada
kajian garis tangen suatu lengkung, dan gerakan suatu objek yang jatuh. Kalkulus
Pembezaan melibatkan penentuan kadar perubahan. Berikutan daripada kewujudan
kalkulus pembezaan, banyak teori dan teorem telah pun diterbit dan digunakan
secara meluas untuk menyelesaikan masalah-masalah matematik dan praktikal.
Kalkulus pembezaan mempunyai pelbagai kegunaan termasuk menganalisis
perubahan kecil sesuatu fungsi, melakar graf, menerbit formula kaedah Newton,
menyelesai masalah pengoptimum, mengawal paras inventori, dan menganalisa
keanjalan permintaaan dalam bidang ekonomi.

Pembezaan yang dikenali sebagai differentiation atau derivate adalah


pengukuran bagaimana sebuah fungsi perubahan sebagai perubahan daripada
inputnya. Derivatif boleh dianggap perubahan sesuatu kuantiti sebagai tindak balas
kepada perubahan dalam kuantiti yang lain.

Pembezaan merupakan salah satu

daripada aplikasi yang sangat berguna dalam kehidupan kita. Pembezaan


membantu kita dalam menyenangkan kehidupan kita dan membantu dalam
pengenalan pelbagai perkara baru dalam matematik dan juga dalam kehidupan
harian.
Pembezaan dapat diaplikasikan dalam pebagai bidang. Sebagai contohnya
adalah dalam bidang ekonomi. Pembezaan dapat membantu kita mengenali
keuntungan yang dianggarkan dalam penjualan sesuatu barang atau modal
yang perlu dikeluarkan dalam membuat sesuatu barang berdasarkan jumlah
kuantitinya. Pembezaan membantu seseorang peniaga untuk membuat keputusan
dalam perniagaannya berdasarkan anggaran yang dibuat berdasarkan persamaan

menggunakan pembezaan. Daripada ini juga, kita dapat mencari dan mengelakkan
kerugian yang mungkin berlaku dalam sesuatu perniagaan. Malah kita juga dapat
menganggarkan sama ada sesuatu perniagaan itu akan laris atau tidak berdasarkan
pembinaan graf dan menganggarkan keputusan yang boleh berlaku dalam masa
depan. Ini amat membantu dalam ekonomi terutamanya pada para usahawan. Di
samping itu juga, pembezaan digunakan dalam menganggarkan nilai maksimum dan
minimum

dalam sesuatu

perkara.

Sebagai

contoh

adalah

menganggarkan

keuntungan tertinggi dalam sesuatu ataupun juga kuantiti maksimum dan minimum
yang boleh digunakan bagi mengelakkan kerugian.
Dalam pembinaan bangunan, seseorang usahawan perlu tahu kuantiti bahan
yang digunakan dan pembezaan membantu dalam mencari nilai maksimum atau
minimum bagi memastikan kualiti pengeluarannya adalah terjamin dan dalam masa
yang sama kita tidak mengalami kerugian. Bukan itu sahaja, penggunaan tenaga
kerja serta bahan juga boleh dianggarkan menggunakan pembezaan ini. Oleh
itu, secara keseluruhannya, penggunaan pembezaan dalam ekonomi adalah tidak
dapat dielakkan dan semestinya dapat membantu kita dalam meningkatkan kualiti
keusahawanan seseorang itu dan membantu dalam membuat keputusan.
Selain itu juga, pembezaan banyak digunakan dalam bidang kejuruteraan
dan juga sains. Semasa zaman Isaac Newton lagi, pelayaran kapal adalah memang
berbahaya kerana kita tidak kenal akan arah membawa kapal dengan betul dan satusatunya garis panduan yang digunakan adalah melalui bintang dan cara itu juga
adalah susah melihatkan cuaca yang tidak menentu. Dengan adanya kalkulus ini,
adalah lebih senang untuk pelayaran dilakukan dan arah dapat dibaca dan dikenali
dengan lebih senang.

Selain daripada itu juga, dalam bidang kejuruteraan,

pembezaan membantu dengan banyak di mana dalam aplikasi piston, yang


banyak digunakan

bukan

sahaja dalam perkapalan

tetapi juga

kenderaan.

Pembezaan membolehkan kita menemui dan mengaplikasikan piston yang


digunakan dalam semua kenderaan.

Penemuan ini adalah amat penting dan

berguna kepada kita, hasil daripada perkembangan pembezaan ini.


Di samping itu juga, dalam bidang sains, pembezaan dapat digunakan untuk
mencari kadar perubahan atau rate of change tidak kira dalam tindak balas kimia

mahupun benda lain. Pembezaan membantu seorang untuk mencari kadar tindak
balas sesuatu bahan kimia terhadap bahan lain dan ini membantu kita untuk
menciptakan pelbagai peralatan atau bahan kegunaan harian. Perubahan dari segi
keadaan, suhu dan sebagainya boleh disukat dan dikaji menggunakan pembezaan
ini dan ini amatlah berguna dalam penemuan bahan-bahan baru. Selain itu,
pembezaan juga membolehkan kita mengkaji perubahan saiz buih dalam air
yang semakin membesar apabila naik ke udara.

You might also like