You are on page 1of 4

Soalan Tambahan Bahagian A : Struktur

1.(a) Terangkan 5 cara bagaimana bermain dapat membantu perkembangan sosioemosi kanakkanak. (5 markah)
Melalui permainan, kanak-kanak akan membantu orang lain. Mereka juga akan belajar untuk
menghormati orang lain serta melayan orang lain dengan bersopan. Di samping itu, kanakkanak yang terlibat dalam main memahami perasaan orang lain. Kesannya, hubungan
mereka akan menjadi lebih rapat. Selain itu, kanak-kanak yang terlibat dalam permainan
akan melatih kemahiran berkomunikasi. Mereka juga berpeluang untuk meluahkan perasaan
mereka kepada orang lain melalui main.
1.(b) Alam belajar yang positif menyokong perkembangan berkesan. Terangkan empat cara yang
boleh diaplikasikan oleh guru bagi menyediakan suasana yang menyumbang kepada alam
belajar positif. (10 markah)
Cara pertama ialah guru perlu menyediakan suasana bilik darjah yang selamat, kemas dan
bersih. Aspek-aspek ini amat penting dalam alam belajar yang positif. Contohnya, guru perlu
sentiasa memastikan pelajar menjalankan tugas mereka untuk membersih dan mengemas
bilik darjah supaya bilik darjah sentiasa kelihatan ceria dan selesa. Kesannya, pelajar akan
belajar dalam keadaan yang lebih teratur. [Huraian Tambahan: Pengudaraan dan
pencahayaan bilik darjah perlu berada dalam keadaan yang baik. Lampu dan kipas bilik
darjah perlu berfungsi dengan baik supaya pelajar berasa selesa di dalam bilik darjah.]
Cara yang kedua ialah guru perlu sentiasa menunjukkan sifat mesra kepada anak murid. Hal
ini adalah kerana sifat ini merupakan aspek psikososial yang sangat membantu dalam
pembelajaran pelajar. Contohnya, guru yang bersifat ramah akan memberikan perasaan
yang lebih selesa kepada kanak-kanak. Kesannya, kanak-kanak akan belajar dalam
keadaan yang lebih baik kerana mereka tidak berasa tertekan.
Cara yang ketiga ialah guru perlu mengambil kira keperluan-keperluan anak murid. Dalam
hal ini, Hierarki Keperluan Maslow boleh diaplikasikan. Sebagai contoh, guru berperanan
untuk memenuhi keperluan-keperluan pelajar seperti keperluan fisiologi dan psikologi
sebelum pembelajaran dan pengajaran (PdP) diadakan supaya pelajar lebih bermotivasi
untuk belajar sesuatu yang baharu.
Cara yang keempat ialah guru perlu mengaplikasikan strategi atau model pengajaran yang
melibatkan interaksi antara pelajar. Interaksi memainkan peranan yang amat penting untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. Contohnya, melalui perbincangan, murid
akan bertukar pendapat secara positif di samping belajar untuk menghormati orang lain.

2.(a) Huraikan secara ringkas Domain Pembelajaran Gagne. (5 markah)


Menurut Gagne, terdapat 5 jenis pembelajaran yang berbeza yang memerlukan jenis atau
cara pengajaran yang berbeza. Domain yang pertama ialah kemahiran psikomotor (Motor
Skills). Kemahiran ini merupakan kebolehan melakukan sesuatu perlakuan atau aktiviti
dengan menggunakan otot-otot manusia secara tepat dan betul. Domain yang kedua ialah
maklumat verbal (Verbal Information). Domain ini merujuk kepada kebolehen individu
menyatakan semula sesuatu fakta, nama, label atau satu set peristiwa secara lisan atau
bertulis. Domain yang ketiga ialah kemahiran intelek (Intellectual Skills) yang menggunakan
diskriminasi, konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah. Domain yang seterusnya
ialah strategi kognitif (Cognitive Strategy) yang menampakkan pelajar dapat mengawal
proses pemikiran dan pembelajaran dengan sendiri. Domain yang kelima ialah sikap
(Attitudes) yang merupakan keadaan dalaman yang mempengaruhi pilihan tindakan peribadi
terhadap objek, orang perseorangan atau peristiwa.
2.(b) Terangkan cara-cara untuk meningkatkan ingatan untuk pelajar lambat perkembangan.
Cara untuk meningkatkan ingatan pelajar ialah dengan menggunakan mnemonik. Dalam hal
ini, akronim boleh diaplikasi untuk meningkatkan ingatan pelajar. Contohnya, untuk
mengingati negeri-negeri Pantai Timur di Semenanjung Malaysia, iaitu Kelantan, Pahang
dan Terengganu, pelajar boleh mengingat akronim KPT atau menghasilkan perkataan atau
frasa yang bermakna daripada akronim seperti Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang
mewakili Kelantan, Pahang dan Terengganu.
Cara yang kedua ialah menggunakan teknik chunking. Teknik chunking ialah teknik yang
digunakan untuk menguraikan sesuatu perkara yang amat panjang kepada beberapa
bahagian yang pendek. Untuk menjadikan pelajar dapat mengingati sesuatu, teknik ini boleh
diaplikasikan. Contohnya, untuk mengingati nombor yang panjang seperti 98675829, guru
boleh membahagikan nombor tersebut kepada beberapa bahagian kecil seperti 98-675-829
supaya pelajar dapat mengingati nombor-nombor tersebut.
Cara yang ketiga ialah guru mengulang kaji sesuatu yang pernah diajar. Ulang kaji amat
penting supaya sesuatu perkara akan sentiasa berada dalam ingatan pelajar. Contohnya,
sebelum mengajar topik yang baharu, guru perlu melakukan ulang kaji tentang topik yang
diajar sebelumnya supaya pelajar akan lebih mengingati topik yang pernah diajar.
Cara yang keempat ialah guru memberikan pelajar peluang untuk mengalami pengalaman
yang langsung. Pengalaman yang langsung (first-hand experience) amat penting kepada
pelajar. Hal ini adalah kerana mereka dapat membuat sesuatu perkara dengan
menggunakan daya kognitif dan fizikal mereka. Sebagai contoh, guru menggunakan model
pengajaran berasaskan projek (PBP) supaya ilmu yang dibina oleh pelajar melalui projek
dapat diingati dengan lebih jelas kerana mereka terlibat dalam sesuatu projek secara
langsung.
[Cara Tambahan: tugasan yang autentik; melibatkan multisensori; set induksi yang menarik;
dan menggunakan bahan bantu mengajar yang interaktif]
p/s: chunking mnemonik, akronim & chunking point mnemonik

3.(a) Mengikut Ausubel, terdapat dua jenis penyusun awal. Jelaskan fungsi kedua-dua jenis
penyusun awal. (5 markah)
Penyusun awal merujuk kepada maklumat yang dipersembahkan dan ini digunakan untuk
menyusun dan menginterpretasi maklumat baharu. Terdapat 2 jenis penyusun awal, iaitu
penyusun awal perbandingan dan penyusun awal ekspositori. Fungsi penyusun awal
perbandingan adalah untuk mengaktifkan pengetahun sedia ada atau skema. Pelajar
mengingat kembali maklumat yang telah wujud dalam pemikiran. Manakala, penyusun awal
ekspositori digunakan apabila pengetahuan yang baharu diajar. Ia menyediakan pengetahun
baharu yang perlu diketahui oleh pelajar sebelum pelajar boleh mengikuti pembelajaran topik
baharu.
3.(b) Cadangkan cara-cara agar pengajaran ekspositori dapat dijalankan dengan berkesan untuk
murid tahap dua sekolah rendah. (10 markah)
Cara yang pertama ialah guru perlu merancang pengajaran dengan rapi/sistematik. Dalam
hal ini, guru mengadakan pengajaran dari perkara yang konkrit ke abstrak. Contohnya,
pelajar akan didedahkan hal-hal yang dapat dilihat atau disentuh oleh mereka dengan konkrit
(maujud) terlebih dahulu sebelum diberikan pendedahan tentang perkara yang tidak maujud.
Cara yang kedua ialah guru menggunakan bahan bantu mengajar dalam pengajaran. Bahan
bantu mengajar yang akan membantu untuk menjadikan pengajaran lebih berkesan. Hal ini
adalah kerana bahan bantu mengajar merupakan pelengkap kepada pengajaran yang
hendak disampaikan. Contohnya, bahan bantu mengajar yang menarik dapat menarik
perhatian para pelajar.
Cara yang ketiga ialah guru perlu mengadakan penyampaian yang baik. Penyampaian yang
menarik boleh dilihat dari segi sebutan, intonasi dan jeda yang digunakan oleh guru.
Contohnya, ketika menyampaikan sesuatu topik, guru perlu menggunakan suara yang jelas
supaya pelajar dapat memahami isi yang hendak disampaikan di samping akan berasa lebih
berminat untuk mendengar pengajaran guru tersebut.
Cara yang keempat ialah guru perlu mengambil kira ilmu sedia ada pelajar. Dalam hal ini,
pengajaran yang baharu perlu berkait dengan ilmu yang ada pada pelajar. Contohnya,
pengajaran guru tentang topik yang baharu perlu berlandaskan pengetahuan pelajar yang
lama supaya pelajar dapat menerima pengajaran dengan lebih baik.
[Cara Tambahan : kena ada latihan; perlu membuat penilaian; arahan yang jelas; guru perlu
sentiasa meningkatkan kemahiran / menimba ilmu; memberikan contoh yang banyak;
menekankan isi yang penting]

4.(a) Gaya pemikiran seseorang pelajar adalah berbeza antara satu pelajar dengan pelajar yang
lain. Nyatakan ciri-ciri pelajar yang mempunyai ciri-ciri pemikiran kreatif.
Pelajar yang mempunyai pemikiran yang kreatif tidak suka akan perkara-perkara yang
berstruktur (tidak suka mematuhi peraturan). Hal ini adalah kerana mereka lebih gemar
kepada sesuatu yang lebih fleksibel dan tidak terlalu mengikut cara-cara pelaksaanan yang
biasa dilakukan oleh orang lain. Mereka juga berani mengambil risiko. Dalam hal ini, mereka
tidak takut akan idea yang diutarkan. Hal ini adalah kerana mereka akan mengutarakan idea
lazimnya tidak dilakukan oleh orang lain. Di samping itu, mereka juga mempunyai idea yang
asli, pelbagai dan baharu. Contohnya, mereka dapat melahirkan hasil pemikiran yang
banyak terhadap sesuatu perkara. Pelajar yang mempunyai pemikiran kreatif juga akan
mampu menggunakan apa-apa sahaja untuk melakukan ciptaan. Mereka dapat
menghasilkan sesuatu perkara atau benda yang baharu dengan menghubungkaitkan
perkara-perkara yang dilihat tidak mempunyai perkaitan oleh orang lain.
4.(b) Cadangkan cara-cara bagi memupuk pemikiran kreatif pelajar. (10 markah)
Untuk memupuk kreativiti pelajar, guru boleh melakukan sumbangsaran. Sumbangsaran
boleh dilakukan terhadap satu topik yang memerlukan pelajar untuk berfikir sesuatu yang
berada di luar kotak (out of the box). Contohnya, guru mendapatkan idea daripada murid
tentang bahan alternatif untuk mencipta sebuah kereta.
Guru turut perlu banyak menggunakan soalan terbuka ketika bertanya soalan kepada pelajar
tentang sesuatu topik. Soalan ini dapat merangsang pemikiran pelajar yang lebih kreatif dan
luas. Contohnya, guru banyak menggunakan perkataan bagaimana dan kenapa ketika
melakukan penyoalan. Pelajar akan diberikan peluang untuk menyatakan pendapat mereka
terhadap soalan yang diajukan.
Selain itu, guru turut wajar memberikan masa yang lebih panjang kepada pelajar dalam
penjanaan idea yang kreatif. Hal ini adalah kerana penjanaan idea memerlukan masa yang
lebih panjang. Contohnya, untuk menghasilkan idea yang kreatif tentang cara untuk
mengawal masalah kesesakan lalu lintas di pusat bandar, pelajar akan diberikan masa untuk
memahami segala persoalan sebelum mereka memberikan pendapat mereka.
Sehubungan dengan itu, guru boleh menggalakkan pelajar supaya tidak mengikut
kebiasaan. Hal ini bermaksud pelajar diberikan dorongan supaya melakukan sesuatu yang
berbeza dengan benda yang pernah dihasilkan oleh orang lain atau diri sendiri sebelum ini
dan menggalakkan pelajar supaya tidak terlalu mengikut norma. Contohnya, dalam
pengajaran pendidikan seni visual, pelajar diberikan kebebasan untuk melukis dan mewarna
sesuatu objek dengan sesuka hati mereka walaupun lazimnya orang lain tidak melukis dan
mewarna dengan cara tersebut.
[Cara Tambahan : menggalakkan pelajar menghubungkait beberapa perkara yang berbeza
dan menghasilkan idea yang baharu; menggalakkan aktiviti berkumpulan; banyak
menggunakan peta minda; membanyakkan aktiviti hands-on; dan guru perlu mempunyai
sikap yang terbuka.]

You might also like