You are on page 1of 6

Nama botani

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar


Nama botani ialah nama formal yang mematuhi aturan Kod Antarabangsa Tatanama
Botani (ICBN). Walaupun nama botani juga digelarkan sebagai "nama saintifik", istilah
"nama saintifik" mempunyai maksud yang lebih meluas dan merangkumi nama zoologi,
nama bakteriologi, dan nama virus.
Nama botani adalah tetap, tetapi kumpulan taksonominya tidak. Dengan kata yang lain,
sesuatu nama botani boleh merujuk kepada beberapa kumpulan yang mempunyai saiz,
pembatasan, dan peletakan taksonomi yang berbeza-beza. Ini bergantung kepada sudut
pandangan taksonomi atau sistem taksonominya. Kebanyakan pengarang menganggap
famili Pentaphylacaceae sebagai terdiri daripada satu spesies sahaja, tetapi sebuah
terbitan baru-baru ini memasukkan 342 spesies. Nama botani pada dirinya ditetapkan
oleh jenis, sedangkan sifat takson yang diliputi ditentukan oleh ahli taksonomi.
Bergantung kepada aras, nama-nama botani boleh mempunyai satu bahagian (genus dan
aras yang lebih tinggi), dua bahagian (spesies dan aras yang lebih tinggi, tetapi lebih
rendah daripada aras genus), atau tiga bahagian (aras-aras di bawah aras spesies):
dalam satu bahagian
Plantae (tumbuhan-tumbuhan)
Hepaticae (lumut hati)
Magnoliopsida (kelas, termasuk famili Magnoliaceae)
Liliidae (subkelas, termasuk famili Liliaceae)
Coniferae (pokok konifer)
Fagaceae (famili pokok oak)
Leguminosae (famili kacang pea atau kekacang)
Betula (genus pokok bic)
dalam dua bahagian
Acacia subg. Phyllodineae (pial)
Gossypium barbadense (kapas Mesir)
dalam tiga bahagian
Theobroma cacao subsp. koko (coklat kriolo)
Satu nama dalam tiga bahagian, iaitu nama untuk takson infraspesies (di bawah aras
spesies) memerlukan "istilah penghubung" untuk menunjukkan arasnya. Dalam contoh
Theobroam di atas, istilan penghubungnya ialah "subsp." (untuk subspesies). Dalam
bidang botani, terdapat banyak aras di bawah aras spesies (dalam bidang zoologi, terdapat
hanya satu aras, iaitu subspesies dan oleh itu, "istilah penghubung" tidak diperlukan).
Nama untuk "subdivisi genus" juga memerlukan istilah penghubung (dalam contoh

Acacia di atas, istilah penghubungnya ialah "subg.", subgenus). Istilah penghubung tidak
merupakan sebahagian nama botani.
Sesuatu nama takson boleh mengambil bentuk melebihi tiga bahagian: "Saxifraga aizoon
var. aizoon subvar. brevifolia f. multicaulis subf. surculosa Engl. & Irmsch." tetapi ini
merupakan pengelasan, bukan nama botaninya yang formal. Nama botaninya ialah
Saxifraga aizoon subf. surculosa Engl. & Irmsch. (ICBN, Perkara 24, Ex 1)
Nama-nama botani bercetak sering ditulis dengan huruf condong. Gaya yang diberikan
oleh ICBN ialah untuk menggunakan huruf condong untuk semua nama botani.
Bagaimanapun, secara amalan, banyak gaya dalaman yang berbeza-beza telah digunakan
untuk mengatur huruf nama botani, dan banyak terbitan tidak menggunakan huruf
condong untuk nama-nama aras yang lebih tinggi daripada genus.
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Nama_botani"

Botani ialah kajian saintifik untuk hidupan tumbuhan. Sebagai satu cabang biologi,
botani kadang kala dirujuk sebagai sains tumbuhan atau biologi tumbuhan. Botani
merangkumi berbagai-bagai disiplin saintifik yang mengkaji struktur, pertumbuhan,
pembiakan, metabolisme, perkembangan, penyakit, ekologi, dan evolusi tumbuhan.

[sunting] Ruang lingkup dan kepentingan botani


Sebagaimana dengan bentuk-bentuk hidup yang lain dalam bidang biologi, kehidupan
tumbuh-tumbuhan boleh dikaji dari berbagai-bagai sudut pandangan, dari peringkat
biologi molekul, genetik, dan biokimia sehingga organel, sel, tisu, organ, individu,
populasi tumbuhan, dan kepelbagaian biologi tumbuhan. Pada setiap peringkat itu,
seseorang ahli botani mungkin akan melibatkan diri dalam pengelasan (taksonomi),
struktur (anatomi), atau fungsi (fisiologi) kehidupan tumbuhan.
Secara sejarah, botani merangkumi semua organisma yang tidak dianggap sebagai
haiwan. Sebilangan daripada organisma yang "macam tumbuhan" termasuk:

kulat (dikaji dalam bidang mikologi);


bakteria dan virus (dikaji dalam bidang mikrobiologi); dan
alga (dikaji dalam bidang fikologi).

Kebanyakan alga, kulat, dan mikrob tidak lagi dianggap sebagai sebahagian alam
tumbuhan. Bagaimanapun, perhatian masih diberikan kepada organisma-organisma itu
oleh ahli-ahil botani, dan bakteria, kulat, dan alga biasanya dicakupi dalam kursus-kursus
botani pengenalan.
Mengapakah kita harus belajar tentang tumbuh-tumbuhan? Tumbuh-tumbuhan
merupakan sebahagian asas kehidupan dalam bumi ini. Tumbuh-tumbuhan menghasilkan
oksigen, makanan, gentian, bahan api, dan ubat yang membenarkan bentuk-bentuk hidup
yang lebih tinggi untuk wujud. Tumbuhan-tumbuhan juga menyerap karbon dioksida,
sejenis gas rumah tanaman, melalui proses fotosintesis. Pemahaman yang baik terhadap
tumbuh-tumbuhan adalah penting untuk masa hadapan manusia kerana tumbuhtumbuhan membenarkan kita:

memberi makan kepada dunia;


memahami proses hidup asas;
menggunakan tumbuhan untuk ubat dan bahan; dan
memahami perubahan alam sekitar.

[sunting] Memberi makan kepada dunia

Gregor Mendel mengasaskan genetik daripada kajian tumbuhannya.

Hampir kesemua makanan kita datang secara langsung daripada ruji-ruji serta buahbuahan dan sayur-sayuran yang lain, atau secara tidak langsung melalui ternakan yang
bergantung kepada tumbuhan-tumbuhan untuk makanan. Dengan kata yang lain, tumbuhtumbuhan terletak pada asas hampir semua rantai makanan yang digelarkan oleh ahli
ekologi sebagai paras trofik pertama. Memahami bagaimana tumbuhan-tumbuhan
menghasilkan makanan kita adalah amat penting untuk memberi makan kepada dunia
serta untuk memberikan keselamatan makanan untuk generasi-generasi yang akan datang,
umpamanya melalui pembiakbakaan tumbuhan.
Bukan semua tumbuhan adalah berfaedah kepada manusia. Sebilangan rumpai
menimbulkan masalah yang besar dalam pertanian, dan botani membekalkan sebahagian
pengetahuan sains asas untuk memahami bagaimana untuk mengurangkan kesannya.
Bagaimanapun, rumpai yang lain merupakan tumbuhan perintis yang memulihkan alam
sekitar yang disalahgunakan. Oleh itu, istilah "rumpai" merupakan suatu konsep yang
relatif, dan takrif yang lebih umum untuk "rumpai" ialah sesuatu tumbuhan yang tidak
begitu berjaya. Etnobotani ialah kajian tersebut serta hubungan-hubungan yang lain
antara tumbuh-tumbuhan dengan manusia.

[sunting] Memahami proses hidup asas


Tumbuh-tumbuhan merupakan organisma yang sesuai untuk mengkaji proses hidup yang
asas, seperti pembahagian sel dan sintesis protein, tanpa menimbulkan dilema etika yang
dihadapi dalam kajian haiwan atau manusia.
Hukum-hukum genetik pewarisan telah ditemui dengan cara ini oleh Gregor Mendel
ketika beliau sedang mengkaji cara bagaimana bentuk kacang pea diwariskan. Apa yang
Mendel belajar daripada kajian tumbuhannya telah memberikan manfaat yang besar
kepada bidang-bidang di luar bidang botani. Selain itu, Barbara McClintock telah
menemui 'gen melompat' melalui kajian jagung. Ini merupakan salah beberapa contoh
untuk menunjukkan bagaimana penyelidikan botani mempunyai hubungan yang
berterusan terhadap pemahaman proses-proses biologi asas.

[sunting] Menggunakan tumbuhan untuk ubat dan bahan


Banyak daripada drug perubatan dan drug rekreasi, seperti kanabis, kafeina, dan nikotina
datang secara langsung daripada alam tumbuhan. Aspirin yang asalnya datang daripada
kulit pokok willow hanya merupakan salah satu daripada contoh-contohnya. Mungkin
terdapat banyak lagi ubat baru yang boleh dibekalkan oleh tumbuhan yang masih belum
ditemui. Peransang yang popular seperti kopi, coklat, tembakau, dan teh juga datang
daripada tumbuh-tumbuhan. Kebanyakan minuman beralkohol datang daripada
penapaian tumbuhan seperti malt barli dan anggur.
Tumbuh-tumbuhan juga membekalkan kita dengan banyak bahan-bahan semula jadi,
seperti kapas, kayu, kertas, kain linen, minyak sayuran, getah, dan sebilangan jenis tali.
Pengeluaran sutera tidak akan mungkin jika tiadanya pokok mulberi. Pokok tebu dan

tumbuhan-tumbuhan yang lain baru-baru ini telah dipergunakan sebagai sumber biobahan
api yang merupakan pilihan alternatif yang penting untuk bahan api fosil.

[sunting] Memahami perubahan alam sekitar


Tumbuh-tumbuhan juga boleh membantu kita memahami pertukaran dalam alam sekitar
dengan berbagai-bagai cara:

Pemahaman pemusnahan habitat dan pemupusan spesies bergantung kepada


katalog yang tepat dan lengkap untuk sistematik dan taksonomi tumbuhan.
Respon tumbuhan terhadap sinaran ultraungu boleh membantu dalam pengawasan
masalah seperti kesusutan ozon.
Penganalisisan debunga yang dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan pada beribu-ribu
atau berjuta-juta tahun dahulu juga boleh membantu ahli sains dalam pembinaan
semula iklim-iklim dahulu dan peramalan iklim masa hadapan. Ini merupakan
sebahagian yang penting dalam penyelidikan perubahan iklim.
Pencatatan dan analisis pemasaan kitaran hidup tumbuhan merupakan sebahagian
fenologi yang mustahak dalam penyelidikan perubahan iklim.
Liken yang peka terhadap keadaan-keadaan atmosfera telah digunakan secara
meluas sebagai penunjuk pencemaran.

Dalam banyak cara yang berlainan, tumbuhan-tumbuhan boleh bertindak dengan sedikit
sama dengan burung kenari sebagai sistem amaran awal untuk menyedarkan kita
terhadap perubahan yang penting dalam alam sekitar kita. Selain daripada alasan-alasan
praktik dan saintifik itu, tumbuh-tumbuhan jugat amat bernilai sebagai rekreasi harian
untuk berjuta-juta orang yang gemar akan berkebun, hortikultur dan masak-memasak.

[sunting] Sejarah
[sunting] Botani awal (sebelum 1945)

Alat-alat tradisi untuk ahli botani.


Antara karya-karya terawal, terdapat dua karangan panjang yang ditulis di sekitar 300
SM oleh Theophrastus: Tentang Sejarah Tumbuhan (Historia Plantarum) serta Tentang
Sebab-sebab Tumbuhan. Bersama-sama, kedua-dua buku itu merupakan sumbangan sains
botani yang terpenting sejak purbakala sehingga Zaman Pertengahan.
Dioscorides, seorang penulis perubatan Rom memberikan bukti-bukti yang penting
mengenai pengetahuan Yunani dan Rom tentang tumbuhan perubatan. Dengan
menggunakan mikroskop awal, Robert Hooke menemui sel dalam gabus pada tahun
1665, dan tidak lama kemudian, dalam tisu tumbuhan hidup. Leonhart Fuchs dari Jerman,
Conrad von Gesner dari Switzerland, serta Nicholas Culpeper dan John Gerard dari

United Kingdom menerbitkan karya-karya mengenai tumbuhan herba yang memberikan


maklumat tentang kegunaan perubatan tumbuhan.

[sunting] Botani moden (sejak 1945)


Banyak pengetahuan baru pada hari ini dijanakan daripada kajian tumbuhan model
seperti Arabidopsis thaliana. Rumpai mustard ini merupakan salah satu daripada
tumbuhan pertama untuk penjujukan genomnya. Penjujukan genom padi bersama-sama
dengan sebuah komuniti penyelidikan antarabangsa yang besar telah menyebabkan padi
sebagai model de facto untuk bijiran, rumput, dan monokot. Brachypodium distachyon,
sejenis spesies rumput yang lain, juga muncul sebagai model uji kajian untuk memahami
biologi genetik, sel, dan molekul rumput-rumput iklim sederhana. Genom untuk ruji-ruji
yang penting dari segi perdagangan termasuk gandum, jagung, barli, rai, sekoi, dan
kacang soya kini juga dijujukkan. Penjujukan sebilangan daripada tumbuh-tumbuhan ini
amat mencabar disebabkan tumbuhan-tumbuhan itu bersifat poliploid, iaitu gen-gennya
mempunyai dua atau lebih set haploid kromosom. Bagaimanapun, sifat polipliod adalah
biasa dalam alam tumbuhan. "Yis hijau" (Chlamydomonas reinhardtii, sejenis alga hijau
yang mempunyai sel tunggal) merupakan lagi satu organisma model tumbuhan yang telah
dikaji dengan meluas dan memberikan wawasan yang penting untuk biologi sel.

You might also like