You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA JASMIN

71800 BANDAR BARU NILAI


NEGERI SEMBILAN

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2014

Tarikh

: 21/10/2014

Hari

: Selasa

Masa

: 2.00 petang

Tempat

: Bilik Gerakan

KEHADIRAN:
1. Semua guru hadir

AGENDA MESYUARAT
1. UCAPAN PENGERUSI
2. UCAPAN GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
3. KANDUNGAN MESYUARAT

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pn Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru-guru SK Desa Jasmin.

2. Ucapan Guru Penolong Kanan Kokurikulum


2.1
Senarai tugas guru sempena Hari Sukan Sekolah telah diedarkan
(rujuk lampiran).
2.2

Pertandingan menghias rumah sukan ditangguhkan dahulu kerana


perbincangan mengenai peruntukan masih dalam perbincangan
dengan Guru Besar. Guru rumah sukan juga diminta untuk berada di
dalam khemah semasa hari sukan berlangsung untuk pemantauan
murid-murid.

3. Kandungan mesyuarat
3.1
Perbarisan rumah sukan akan dihakimi oleh beberapa AJK PIBG dan
juga Guru Besar.

3.2

Nombor peserta tidak tidak akan digunakan dan sebaliknya hanya


mengikut warna rumah sukan masing-masing. Makanan semasa hari
sukan setelah perbincangan dilakukan adalah satu air kotak dan juga
satu bungkusan roti. Pihak kantin juga akan dimaklumkan dengan
kebenaran penjualan makanan semasa hari sukan dan satu khemah
perlu disediakan kepada pihak kantin sekolah untuk penjualan
makanan. Air mineral juga perlu disediakan kepada pihak Urusetia
Sukan dan juga kepada guru-guru semasa sukan. Token makanan
akan diwujudkan kepada murid-murid. Pihak Urusetia juga
memerlukan alatan seperti laptop dan printer untuk mengisi markah
dan juga keputusan pertandingan.

3.3

VIP pada hari sukan hanya dihadiri oleh Pengerusi PIBG sahaja iaitu
En.Ramli. Acara pembukaan akan dimulakan dengan bacaan ikrar
beserta penaik bendera seramai 4 orang. Kemudian disertai oleh
rombongan seramai 30 hingga 33 orang untuk perbarisan rumah
sukan. Perbarisan ini boleh menggunakan waktu petang untuk sesi
latihan perbarisan di padang sekolah. Majlis penutup akan
berlangsung acara penyampaian hadiah kepada Olahragawan dan
Olahragawati sekolah.

3.4

Kebersihan stadium USIM hendaklah dititikberatkan semasa sukan


berlangsung dan selepas berakhir. Pembesar suara tambahan akan
digunakan dan pihak sekolah akan menghubungi pihak yang terlibat
bagi sewaan pembesar suara tambahan tersebut.

3.5

Dokumentasi diperlukan untuk fail sekolah dan diminta menyertakan


gambar sebagai bukti aktiviti dijalankan. Pada hari 8,9,10/10/2014
akan diadakan acara padang bagi murid tahun 5. Surat mengenai
Sukan Tara akan diedarkan pada hari Jumaat sebelum minggu
pertandingan diadakan. Undian lorong pula akan dilakukan pada
setiap acara balapan yang dijalankan dan peserta diminta untuk ke
tempat pertandingan bersama penyelia peserta (Guru rumah sukan).
Setiap rumah sukan hendaklah menyediakan 2 Penyelia Peserta bagi
setiap rumah sukan masing-masing.

3.6

Hakim balapan akan menjadi hakim penamat semasa acara balapan


berlangsung. Surat kebenaran dan surat persetujuan menghadiri
sukan akan diedarkan kepada ibu bapa sebelum minggu sukan
diadakan. Surat kebenaran atau pelekat perlu ditampal pada kereta
untuk kebenaran khas memasuki premis USIM.

Meyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

.........................................
.......

............................

(ISMAN BIN ADNAN)


A.HAMID)

(PATHIAH

Setiausaha Sukan Sekolah

GPK Kokurikulum

SK Desa Jasmin

SK Desa Jasmin

BT

You might also like