You are on page 1of 9

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia

Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT di kalangan


Guru Sekolah Bestari
Rosnaini Mahmud, *Mohd Arif Hj. Ismail & **Jalalludin Ibrahim
Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
*Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
**Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang

Abstrak
Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan tahap kemahiran asas serta pengintegrasian ICT dalam
kalangan guru sekolah bestari. Kajian menggunakan reka bentuk tinjauan melibatkan 197 orang guru
sekolah bestari kategori sekolah asrama penuh sebagai sampel kajian. Data dikumpul menggunakan
satu soal selidik yang mengandungi empat item maklumat latar belakang, 40 item kemahiran asas ICT
dan tujuh item pengintegrasian ICT. Tahap kemahiran asas ICT guru diukur berdasarkan lima jenis
aplikasi ICT iaitu pengoperasian komputer, pemprosesan perkataan (Word), persembahan elektronik
(PowerPoint), hamparan elektronik (Excel), dan Internet, manakala tahap pengintegrasian diukur
berdasarkan kekerapan penggunaan aplikasi ICT bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Kebolehpercayaan bagi tahap kemahiran asas ICT ialah .91 dan tahap pengintegrasian ICT ialah .78.
Dapatan kajian menunjukkan guru menguasai kemahiran asas bagi lima jenis aplikasi ICT (M=3.13,
SP=.54). Pengintegrasian ICT dalam kalangan guru adalah pada tahap sederhana(M=1.67, SP=.61).

Mahmud, R., Ismail, M.A. & Ibrahim, J. (2011). Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT di
kalangan Guru Sekolah Bestari. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 1(1), 5-13

Pengenalan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang lebih dikenali dengan Information Communication
Technology(ICT) sememangnya mempengaruhi serta memberi impak yang mendalam kepada peradaban
manusia pada zaman ini. Di negara ini tiga dasar penting yang digubal oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (2001) telah menjadi landasan dan hala tuju kepada penggunaan dan pengintegrasian ICT secara
komprehensif di semua sekolah awam. Dasar ini memberi tumpuan kepada penguasaan ICT dalam
kalangan pelajar, penggunaan ICT sebagai kurikulum dan pengupaya pengajaran dan pembelajaran serta
kecekapan pengurusan berasaskan ICT. Selaras dengan dasar tersebut semua sekolah disediakan secara
berperingkat dengan pelbagai teknologi seperti infrastruktur, perkakasan dan perisian, serta kursus dan
latihan ICT kepada guru dan pelajar. Matlamat dasar ialah membudayakan penggunaan ICT dalam
amalan pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya menghasilkan masyarakat berkompetensi teknologi
yang mampu bersaing pada abad ini dan yang mendatang. Bagi mempercepat hasrat negara ini projek
sekolah bestari dilaksanakan bertujuan untuk menghasilkan generasi tenaga kerja yang menyumbang
kepada kekayaan negara (Unit Perancangan Ekonomi, 2001; Perbadanan Pembangunan Multimedia,
2000).
Projek sekolah bestari telah diperkenalkan secara rintis pada tahun 1999 (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2001; Bahagian Teknologi Pendidikan, 1999). Pelaksanaan projek ini merupakan salah usaha
kerajaan yang berterusan bagi membentuk generasi baru yang kreatif, inovatif serta berdaya saing dalam
era ICT. Dalam projek tersebut, sekolah dilengkapi dengan kemudahan dan kelengkapan ICT khusus
bagi kegunaan guru dan pelajar agar mereka menguasai kemahiran serta cekap mengguna ICT

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia


Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

terutamanya bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Sebanyak 90 buah sekolah termasuk 35 buah
sekolah berasrama penuh telah dipilih untuk terlibat dalam projek rintis sekolah bestari. Pada asasnya
projek sekolah bestari menjadi peneraju kepada pembudayaan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi
mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta keberkesanan pengurusan dan pentadbiran
sekolah.
Pelaksanaan konsep sekolah bestari membawa perubahan yang ketara kepada proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah masa kini. Sebelum zaman maklumat guru terpaksa bergantung kepada
kreativiti sendiri dalam mengendali dan melaksanakan teknik pengajaran yang berkesan di bilik darjah
(Mohd Salleh, 2002). Namun, pada masa ini pelbagai alat media elektronik dan kemudahan ICT seperti
komputer, aplikasi multimedia dan Internet diintegrasi di sekolah bagi tujuan menjadikan pengajaran guru
lebih berkesan (Jamalludin & Zaidatun, 2003). Seperti mana guru dalam projek rintis sekolah bestari
yang lain, guru di sekolah bestari kategori berasrama penuh telah didedahkan dengan sistem multimedia
yang komprehensif bersama dengan teknologi interaktif dan dilengkapi dengan sistem jaringan LAN/
WAN dan Internet (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).

Pernyataan Masalah
Sekolah seharusnya menjadi tempat di mana pelajar memperoleh kemahiran yang boleh diaplikasi di luar
bilik darjah serta sewaktu memasuki alam pekerjaan. Hal ini kerana keperluan pelajar pada masa ini juga
adalah berbeza daripada pelajar pada masa dahulu. Mereka kini sangat berminat menggunakan teknologi
serta mengharapkan pembelajaran mereka di sekolah menarik dan mencabar (Tappscott, 2003).
Kemahiran ICT yang didedahkan kepada pelajar sepatutnya turut menyediakan mereka kepada pasaran
pekerjaan akan datang (Norizan et al, 2004; Pachler, 2001). Bagi tujuan tersebut, guru seharusnya
mempunyai cukup kemahiran ICT bagi memenuhi keperluan pembelajaran pelajar. Guru sepatutnya boleh
mengguna ICT bukan sahaja untuk pengajaran di sekolah, malahan boleh membantu dan membimbing
pelajar sebagai pengguna teknologi yang bijak.
Namun, kajian berkaitan penggunaan ICT dalam kalangan guru di sekolah menunjukkan tahap yang
rendah (sebagai contoh Ashinida et al, 2004; Nor Azilah & Mona, 2004; Robiah et al, 2003; Mohd.
Jasmy et al, 2003; Siti Aishah et al, 2002; Abd. Rahman, 2000; Bahagian Teknologi Pendidikan, 1999).
Tiga faktor utama yang dikaitkan dengan tahap penggunaan ICT di sekolah ialah guru, teknologi dan
sekolah (Zhao et al, 2002). Ketiga-tiga faktor ini berkait rapat antara satu sama lain, tetapi Ely (1995)
berpendapat faktor guru adalah kritikal dalam sebarang pelaksanaan inovasi di sekolah. Sesungguhnya
cabaran paling besar ialah memastikan semua guru menggunakan teknologi pengajaran secara berkesan
dalam pengajaran harian mereka (Lee & Winzenreid, 2009).
Sejauh mana guru bersedia serta sanggup mengguna ICT dalam amalan pengajaran juga banyak
bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran teknologi yang ada pada mereka. Menurut Abd. Rahman,
(2000) guru kurang menggunakan teknologi di dalam bilik darjah disebabkan kurang pengetahuan dan
kemahiran menggunakan ICT di bilik darjah. Sekolah yang terlibat dalam projek rintis bestari mempunyai
kemudahan dan kelengkapan ICT serta guru menerima pendedahan lebih awal kepada pengintegrasian
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbanding guru di sekolah biasa. Sehubungan itu timbul
persoalan sejauh manakah penguasaan guru sekolah bestari terhadap kemahiran asas ICT dan adakah
mereka mengguna ICT untuk tujuan pengajaran di bilik darjah?

Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah mengenal pasti tahap kemahiran asas ICT dalam kalangan guru dan menentukan
tahap pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia


Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

Metodologi Kajian
Rekabentuk
Kajian berskala kecil ini diadakan bertujuan untuk menentukan kemahiran asas dan tahap pengintegrasian
ICT guru. Justeru, kaedah tinjuan deskriptif didapati paling sesuai digunakan. Melalui kaedah ini
pengkaji memperoleh maklumat dan memahami ciri populasi yang dikaji (Johnson & Christensen, 2008)
serta menyelidiki keadaan semasa atau sesuatu fenomena yang berlaku (Gay & Airasian 2003).
Populasi dan Sampel
Populasi kajian terdiri daripada guru yang mengajar pelbagai subjek pengkhususan di tiga buah sekolah
bestari dalam kategori sekolah berasrama penuh di sebuah negeri di Semenanjung Malaysia.
Memandangkan bilangan populasi cuma N= 197, maka semua guru dijadikan sebagai sampel kajian.
Instrumen
Data diperoleh dengan menggunakan soal selidik yang diubahsuai daripada Juanna Risah (2003) dan
Mohd Hanapi (2003). Soal selidik terbahagi kepada tiga bahagian: Bahagian A (Maklumat latar
belakang responden), Bahagian B (Tahap kemahiran ICT) dan Bahagian C (Tahap pengintegrasian ICT).
Bahagian A terdiri daripada empat item yang meliputi aspek jantina, pengalaman mengajar, subjek
pengkhususan dan pengalaman menghadiri kursus atau latihan ICT. Bahagian B terdiri daripada 40 item
yang mengukur tahap kemahiran asas ICT guru berdasarkan lima jenis aplikasi ICT iaitu pengoperasian
komputer, pemprosesan perkataan (Word), persembahan elektronik(PowerPoint), hamparan elektronik
(Excel), dan Internet. Bahagian C terdiri daripada tujuh item yang mengukur penggunaan aplikasi ICT
bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Bagi mengukur tahap kemahiran asas ICT guru skala Likert empat mata digunakan iaitu: 1 = tidak mahir
(tidak dapat menggunakan aplikasi), 2 = kurang mahir (dapat menggunakan aplikasi dengan bantuan
orang lain, 3 = mahir (dapat menggunakan aplikasi dengan baik) dan 4 = sangat mahir (dapat mengajar
orang lain menggunakan aplikasi). Intepretasi skor min untuk kemahiran asas ICT terbahagi kepada tiga
tahap iaitu 1.00 1.99 (rendah/ kurang mahir), 2.00 2.99 (sederhana/ mahir) dan 3.00 4.00 (tinggi/
sangat mahir). Likert empat mata turut digunakan bagi mengukur tahap pengintegrasian ICT bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran: 1 = tidak pernah (langsung tidak mengguna aplikasi), 2 = jarang-jarang
(menggunakan aplikasi sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan), 3 = kadang-kadang (mengguna
aplikasi sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu) dan 4 = kerap (mengguna aplikasi lebih daripada
sekali dalam seminggu). Intepretasi skor min untuk pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran terbahagi kepada tiga tahap iaitu 0.00 1.33 (rendah), 1.34 2.67 (sederhana) dan 2.68
4.00 (tinggi).
Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen
Kesahan muka dan isi kandungan soal selidik telah diperoleh daripada tiga orang panel pakar iaitu
seorang pensyarah kanan dalam bidang Teknologi Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia dan dua
orang pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Kebolehpercayaan soal selidik telah diperoleh berdasarkan satu kajian rintis yang diadakan sebelum
kajian sebenar. Kajian rintis tersebut melibatkan 36 orang guru yang dipilih secara rawak dari sebuah
sekolah bestari lain yang termasuk dalam kategori berasrama penuh. Hasil kajian rintis kebolehpercayaan
bagi tahap kemahiran asas ICT ialah .91 dan tahap pengintegrasian ICT ialah .78.

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia


Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

Analisis Data
Data dianalisis menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 15.0. Statistik
deskriptif yang digunakan adalah frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai.

Dapatan Kajian
Profil Responden
Responden kajian terdiri daripada 197 orang guru terlatih yang berkhidmat di tiga buah sekolah bestari
kategori asrama penuh. Daripada aspek jantina, majoriti responden merupakan guru perempuan (n=130,
66%) berbanding dengan guru lelaki (n=67, 34%). Taburan ini merupakan fenomena biasa di
kebanyakan sekolah di Malaysia di mana bilangan guru perempuan adalah lebih tinggi daripada guru
lelaki. Daripada aspek pengalaman mengajar, data menunjukkan golongan guru yang mempunyai
pengalaman mengajar 10 tahun ke bawah (n=82, 41.6%) lebih ramai daripada guru yang berpengalaman
mengajar 11 hingga 20 tahun (n=79, 40.1%), manakala guru yang mempunyai pengalaman mengajar
lebih daripada 20 tahun hanya ada 36 orang (18.3%). Daripada aspek subjek pengkhususan, bilangan
guru yang mengajar subjek Kemanusiaan (n=65, 33%) lebih tinggi daripada guru yang mengajar subjek
Bahasa (n=62; 31.5%) dan Sains & Matematik (n=56, 28.4%). Paling sedikit merupakan guru yang
mengajar subjek Teknikal (n=14; 7.1%). Data juga menunjukkan majoriti guru (n= 160; 81.2%) telah
mengikuti kursus ICT secara formal yang dijalankan oleh pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri serta
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri berbanding dengan yang belum pernah (n=37; 18.8%). Profil
lengkap responden sampel kajian dibentangkan dalam Jadual 1.

Jadual 1 Profil Responden Kajian


____________________________________________________________________________
Maklumat
Kategori
Bil. Sampel
Peratus
Latarbelakang
N=197
%
____________________________________________________________________________
Jantina

Lelaki
Perempuan

67
130

34
66

Pengalaman mengajar

Bawah 5 tahun 49
6 10 tahun
11 15 tahun
16 20 tahun
Atas 20 tahun

33
50
29
36

25
17
25
15
18

Bahasa
Sains & Matematik
Kemanusiaan
Teknikal

62
56
65
14

32
28
33
7

Subjek
pengkhususan

Kehadiran
Pernah
160
81
Kursus ICT
Belum pernah
37
19
______________________________________________________________________________

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia


Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

Tahap Kemahiran Asas ICT


Tahap kemahiran asas ICT diukur berdasarkan lima kategori aplikasi ICT. Berdasarkan Jadual 2, dapatan
kajian menunjukkan guru sangat mahir (M=3.56, SP=.49) dalam mengendalikan pengoperasian asas
komputer seperti menggunakan perkakasan, mengurus fail, mencetak dokumen serta mengimbas (scan)
virus. Bagi aplikasi pemprosesan perkataan didapati guru berada pada tahap tinggi (sangat mahir)
menggunakan perisian Word (m=3.59, SP=.53). Mereka boleh menggunakan perisian tersebut termasuk
mengedit teks, mengimport grafik dan jadual. Guru juga didapati mahir (M=2.92, SP= .69) menggunakan
aplikasi hamparan elektronik seperti memasuk dan mengedit data, membina jadual, mengguna formula
serta menganalisis data. Selain itu, guru didapati mahir menggunakan perisian PowerPoint (M=2.89,
SP=.82) di mana mereka boleh menghasilkan slaid serta memasukkan elemen multimedia (audio, grafik,
animasi, teks & video) dan hyperlink. Bagi aplikasi Internet, guru didapati mahir (M=2.68, SP=.54)
menggunakan emel, melayari laman web, muat naik dan turun bahan serta berkomunikasi secara
sinkronis.

Jadual 2 Tahap Kemahiran Asas ICT


______________________________________________________________________________
Kemahiran Asas ICT
Min
Sisihan piawai
Tahap Kemahiran
______________________________________________________________________________
Pengoperasian komputer
Pemprosesan perkataan
Hamparan elektronik
Persembahan elektronik
Internet

3.56
3.59
2.92
2.89
2.68

.49
.53
.69
.82
.54

Tinggi (Sangat Mahir)


Tinggi (Sangat Mahir)
Sederhana (Mahir)
Sederhana (Mahir)
Sederhana (Mahir)

Keseluruhan
3.13
.54
Tinggi (Sangat Mahir)
______________________________________________________________________________

Tahap Pengintegrasian ICT


Dalam konteks kajian ini, pengintegrasian ICT merujuk kepada kekerapan guru menggunakan aplikasi
ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dapatan kajian menunjukkan majoriti guru
(n=186, 94.4%) menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan sekurang-kurangnya sekali dalam
seminggu bagi penyediaan dokumen seperti kertas ujian dan peperiksaan serta lembaran kerja.
Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap tinggi (M=2.8, SP=.59). Aplikasi hamparan elektronik
turut digunakan oleh majoriti guru (n=136, 69.1%) sekurang-kurangya sekali dalam seminggu untuk
tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana (M=1.86,
SP=.90). Selain itu, majoriti guru (n=125, 63.4%) turut didapati mengguna aplikasi persembahan
elektronik dalam pengajaran mereka sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu khususnya untuk
menghasilkan slaid pengajaran. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana (M=1.75,
SP=.95). Kebanyakan guru (n=118, 59.9%) juga mengintegrasi penggunaan CD koswer dalam pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana (M=1.67,
SP=1.02). Namun begitu, guru kurang menggunakan emel untuk berkomunikasi dengan pelajar. Majoriti
guru (n=120, 60.9%) didapati langsung tidak pernah menggunakan emel untuk tujuan tersebut. Justeru,
pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap rendah (M=0.57, SP=.79). Majoriti guru (n=136, 69%)
didapati merujuk kepada World Wide Web untuk mendapat pelbagai maklumat berkaitan pelajaran yang
diajar. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana (M=1.92, SP=1.0). Daripada segi

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia


Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

perkongsian maklumat menggunakan rangkaian Intranet, kurang daripada separuh guru (n=83, 42.1%)
yang menggunakannya sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Pengintegrasian aplikasi ini berada
pada tahap rendah (M=1.19, SP=1.02). Tahap pengintegrasian ICT dalam kalangan guru digambarkan
dalam Jadual 3.

Jadual 3 Tahap Pengintegrasian ICT


______________________________________________________________________________
Item
TP
JJ
KK
K
Min
SP
_ ___________________
f
f
f
f
%
%
%
%
______________________________________________________________________________
Menggunakan aplikasi pemprosesan
2
9
26
160
2.8
.59
perkataan untuk menyediakan kertas,
(1.0) (4.6) (13.2) (81.2)
ujian peperiksaan dll.
Menggunakan aplikasi hamparan elektronik
untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran

17
(8.6)

44
86
50
1.86
(22.3) (43.7) (25.4)

.90

Menggunakan aplikasi persembahan


elektronik untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran.

24
48
79
46
1.75
(12.2) (24.4) (40.1) (23.3)

.95

Menggunakan CD koswer yang disediakan


oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

33
46
71
47
1.67
(16.8) (23.3) (36.0) (23.9)

1.02

Berkomunikasi dengan pelajar menggunakan


emel berkaitan kerja sekolah.

120
44
31
2
(60.9) (22.3) (15.7) (1.0)

0.57

.79

Mencari informasi di World Wide Web


untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

23
38
69
67
1.92
(11.1) (19.3) (35.0) (34.0)

1.0

Berkongsi data dengan guru lain melalui


Intranet.

65
49
62
21
1.19
(33.0) (24.9) (31.4) (10.7)

1.02

Keseluruhan
1.67
.61
_____________________________________________________________________________
Nota: TP (tidak pernah), JJ (jarang-jarang), KK (kadang-kadang), K (kerap)

Perbincangan
Secara keseluruhannya guru didapati mempunyai kemahiran asas ICT pada tahap tinggi. Pengoperasian
asas komputer serta penggunaan pemprosesan perkataan didapati sudah menjadi satu budaya dalam
kalangan guru yang dikaji. Dapatan kajian ini menyokong kajian Rosnaini (2006) yang mendapati
majoriti guru mempunyai kemahiran yang tinggi menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan. Hasil
kajian ini juga tidak jauh berbeza dengan kajian Halimahtun dan Nor Azilah (2002), Pang (2000),
Norizan dan Salleh-Huddin (1997), Jaber (1997) serta Sheingold dan Hadley (1990). Kesemua kajian ini
mendapati aplikasi pemprosesan perkataan begitu popular dalam kalangan guru dan mereka sangat mahir

10

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia


Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

menggunakannya. Menurut Rogers (2003) antara faktor yang menyebabkan individu mudah menerima
sesuatu inovasi ialah keserasian serta kemiripan inovasi tersebut dengan nilai, pengetahuan dan
kemahiran yang sedia ada, dan sesuai dengan keperluan individu tersebut. Dalam konteks ini, guru sudah
sering menggunakan aplikasi ini bagi kerja perkeranian dan pentadbiran serta penyediaan bahan berkaitan
pengajaran dan pembelajaran seperti kertas ujian, peperiksaan dan nota pelajaran.
Kebanyakan guru juga didapati mahir menggunakan aplikasi lain khususnya hamparan elektronik,
persembahan elektronik dan juga Internet. Mereka boleh menggunakan aplikasi tersebut tanpa bantuan
daripada orang lain. Namun, masih terdapat guru yang masih tidak mahir menggunakan aplikasi ini.
Keadaan ini adalah satu kerugian kepada guru tersebut kerana semua aplikasi ini dapat membantu guru
menjadikan pengajaran mereka bertambah menarik dan berkesan. Penggunaan aplikasi hamparan
elektronik sememangnya memudahkan guru melakukan beban tugas dan mengajar subjek pelajaran
(Lehmann, 2002; Drier, 2001). Aplikasi persembahan elektronik bukan sahaja menjadikan pengajaran
guru lebih menarik dengan multimedia dan interaktiviti, malahan guru boleh menggalakkan pelajar
menggunakan perisian tersebut untuk pembentangan hasil projek individu dan kumpulan. Aktiviti
sebegini mengukuhkan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar yang menyemai nilai pendidikan yang
positif seperti kreatif dan inovatif, bersikap bertanggung jawab dan bekerjasama antara satu sama lain, di
samping meningkatkan kemahiran koloberasi dengan rakan.
Guru turut didapati mahir menggunakan aplikasi Internet terutamanya berkaitan dengan penggunaan
emel, mengakses maklumat dan melayari laman web. Dapatan ini menunjukkan senario yang agak
berbeza daripada kajian Rosnaini (2006) dan Norizan (2003) yang mendapati guru masih kurang mahir
menggunakan aplikasi Internet. Ini berkemungkinan kerana penggunaan Internet serta komunikasi
berperantara komputer sudah semakin menjadi kelaziman kepada sebahagian besar guru terutamanya
golongan muda. Namun begitu, guru kurang kemahiran daripada segi berkomunikasi atas talian secara
sinkronis seperti telesidang video dan chat. Sehubungan itu, pendedahan perlu diberi kepada guru kerana
pada masa ini terdapat semakin banyak perisian atas talian yang memberikan perkhidmatan telesidang
secara percuma (contoh skype) yang boleh dimanfaat untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran serta
interaksi antara guru-pelajar dan pelajar-pelajar. Sebahagian besar guru juga didapati telah mengikuti
kursus serta latihan berkaitan penggunaan ICT secara formal yang mana dilaksanakan oleh pihak
berwajib seperti Jabatan Pelajaran Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri selain sekolah.
Faktor latihan ini juga merupakan faktor penyumbang kepada peningkatan kemahiran dalam kalangan
guru (Rosnaini & Mohd Arif, 2010; Norizan, 2003; Wong, 2002).
Agak berbeza dengan kajian oleh Cuban (2001) dan Ashinida et al. (2004) pengintegrasian ICT untuk
tujuan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru didapati pada tahap sederhana. Ramai guru
didapati mengguna aplikasi ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran pada kekerapan yang lebih
tinggi berbanding sedekad lalu. Namun, tahap penggunaan masih perlu dipertingkatkan agar selaras
dengan kemahiran teknologi yang ada pada guru serta memaksimakan kelebihan teknologi bagi
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menyeronokkan. Selaras itu juga, guru
perlu diberikan latihan dalam pelbagai bentuk kursus dan bengkel bagi memberi peluang kepada mereka
untuk sentiasa mempertingkat pengetahuan dan kemahiran ICT agar sejajar dengan perkembangan ICT
semasa.

11

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia


Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

Penutup
Teknologi menjadi alat dan pengupaya utama bagi menghasilkan pelaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan yang efisien dan mantap. Guru yang menguasai kemahiran ICT dijangka
akan dapat memaksimakan kelebihan yang ada pada teknologi untuk menjadikan pengajaran lebih
menarik, interaktif serta berkesan. Adalah penting pihak berwajib memantau agar semua guru mempunyai
kemahiran teknologi yang diingini bagi memastikan kejayaan pelaksanaan program teknologi di sekolah.

Rujukan
Abd. Rahman Daud. (2000). Kefahaman terhadap konsep penggunaan ICT di dalam bilik
darjah. Proceedings of the International Conference on Teaching and Learning, 609-623.
Ashinida Aladdin, Afendi Hamat & Mohd. Shabri Yusof. (2004). Penggunaan PBBK
(Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer) dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa asing: Satu tinjauan awal. Online Journal of
Language Studies (GEMA). (dalam talian) http://www.fpbahasa.ukm.my/journal/20040101.htm
(26 Januari 2005).
Bahagian Teknologi Pendidikan. (1999). Laporan Tahunan 1999. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Cuban, L., Kirkpatrick, H. & Peck, C. (2001). High access and low use of technologies in
high school classrooms: Explaining an apparent paradox. American Educational
Research Journal, 38 (4), 813-834.
Drier, H. S. (2001). Teaching and learning Mathematics with interactive spreadsheets.
School Science and Mathematics, 101 (4), 170-179.
Ely, D.P. (1995). Technology is the answer! But what was the question? The James P. Curtis
Distinguished Lecture, Capstone College of Education Society, University of Alabama.
14 April 1995.
Gay, L.R. & Airasian, P. (2003). Educational research. Competencies for analysis and
applications. Ed. ke-7. Ohio: Merrill Prentice Hall.
Halimahtun Saadiah Mohd. Taib & Nor Azilah Ngah. (2002). Kajian awal untuk meninjau implementasi
teknologi komputer di kalangan guru-guru Maktab Rendah Sains Mara zon utara. Prosiding
Konvensyen Teknologi Pendidikan ke 15, 258-264.
Jaber, W. E. (1997). A survey of factors which influence teachers use of computer-based
technology. Tesis Doktor Falsafah. Virginia Polytechnic Institute and State University.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003). Multimedia dalam Pendidikan. Bentong: PTS Publication.
Johnson, B. & Christensen, L. (2008). Educational Research. Ed. ke-3. Los Angeles: Sage
Publications.
Juanna Risah Saari (2003). Teachers attitude and perceived competence toward Information
Technology among secondary school teachers in Malacca. Tesis Master. Universiti Putra
Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Pembangunan Pendidikan 2001 2010. Kuala Lumpur:
Kerajaan Malaysia
Lee, M. & Winzenried, A. (2009). The use of instructional technology in schools. Victoria, Australia:
Australian Council for Educational Research Ltd.
Lehmann, K. (2002). Excel as youve never seen it. Multimedia Schools, 9 (1), 42-45.
Mohd Hanapi Abu Bakar (2003). Persepsi guru bahasa Melayu di sekolah terhadap penggunaan TMK.
Tesis Master. Universiti Putra Malaysia.
Mohd. Jasmy Abd. Rahman, Mohd. Arif Ismail & Norsiati Razali. (2003). Tahap kesediaan penggunaan
perisian kursus di kalangan guru Sains dan Matematik. Prosiding Konvensyen Teknologi
Pendidikan ke 16, 372-380.

12

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia


Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

Mohd Salleh Lebar (2002). Peranan Pusat Kegiatan Guru dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri dalam
Pembudayaan Teknologi Pendidikan. Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan ke 15, Perlis
6-9 September 2002.
Norizan Abdul Razak. (2003). Computer competency of in-service ESL teachers in Malaysian secondary
schools. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nor Azilah Ngah &
Mona Masood.
(2004). Penilaian berterusan mengenai kedudukan
pelbagai teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah
rendah. Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke 17, 59-64.
Norizan Abdul Razak, Mohamed Amin Embi & Ramlee Mustapha.
(2004). Computer
literacy of English Language teachers in Malaysian technical schools. International Journal of
Vocational Education and Training, 12 (1), 720.
Norizan Abdul Razak & Salleh-Huddin
Abdul Rashid.
(1997).
Pengajaran bahasa
berbantukan komputer: Satu tinjauan terhadap kesediaan guru-guru dan sekolah-sekolah
menengah di Malaysia. Laporan akhir V1/95 penyelidikan UKM.
Pachler, N. 2001. Connecting schools and pupils: to what end? Issues related to the use
of ICT in school-based learning. Dlm. Leaks, M. (pnyt.). Issues in Teaching Using ICT, 15-30.
London: Routledge Palmer.
Pang, V. (2000).
The antecedents of an ICT-enriched curriculum.
Proceedings of the
International Conference on Education and ICT in the New Millennium, 444-466.
Perbadanan Pembangunan Multimedia.
(2000).
Education for smart society (dalam talian).
www.mdc.com.my/msc/flagship/ss.html (14 November 2001).
Robiah Sidin, Juhana Salim &
Nor Sakinah Mohamed.
(2003). Pembudayaan teknologi
maklumat dan komunikasi di kalangan pelajar Melayu dalam arus globalisasi.
Laporan Akhir Penyelidikan Arus Perdana II. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rogers, E. M. (2003) Diffusion of Innovation. Ed. Ke 5. New York: The Free Press.
Rosnaini Mahmud (2006). Kesediaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi asas dalam pendidikan
(TMKP) guru-guru sekolah menengah. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rosnaini & Mohd Arif (2010). Impact of training and experience in using ICT on in-service teachers
basic ICT literacy. Malaysian Journal of Educational Technology, 10 (2), 5-10.
Sheingold, K. & Hadley, M. (1990). Accomplished teachers : Integrating computers into
classroom practice. New York: Bank Street College of Education.
Siti Aishah Hanawi, Noraidah Sahari@ Ashaari &
Hazura Mohamed.
(2002).
Kajian
perbandingan kesedaran, pengetahuan dan penggunaan ICT di kalangan guruguru sekolah bandar dan luar bandar. Prosiding Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan, 1,
150-158.
Tapscott, D. (2003). Educating the net generation. Dlm. Ornstein, A. C., Behar-Horenstein, L.& Pajak,
E. F. (pnyt.). Contemporary issues in curriculum. Edisi ke-3, 268-272. Boston: Pearson
Education.
Unit Perancangan Ekonomi. (2001). Rancangan Malaysia Ke Lapan 2001 2005. Kuala
Lumpur: Percetakan Nasional Sdn. Bhd.
Wong Su Luan (2002). Development and validation of an Information Technology (IT) based instrument
to measure teachers IT preparedness. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Putra Malaysia.
Zhao, Y., Pugh, K., Sheldon, S. & Byers, J. L.
(2002).
Conditions for classroom
technology innovations. Teachers College Record, 104 (3), 482-515.

13

You might also like