You are on page 1of 21

0

ISI KANDUNGAN
PERKARA

MUKASURAT

Penghargaan

Pendahuluan

II

Hak asasi manusia menurut


Perlembagaan Persekutuan

1-13

Kesimpulan

14

Rujukan

15

PENDAHULUAN
Pegangan

dan

kepentingan

terhadap

hak

asasi

berbeza-beza

bagi

masyarakat dunia. Sebagai contoh, masyarakat di negara-negara barat melihat hak


asasi sebagai hak individu yng mengatasi kepentingan sosial dan negara.
Pandangan ini berbeza dengan pegangan masyarakat di negara-negara Asia yang
lebih

mengutamakan

kepentingan

umum

berpanding

kepentingan

individu.

disebabkan itu, kita dapat melihat bagaimana hak asasi di barat adalah lebih
diraikan berbanding negara-negara asia yang meletakkan had dan batasan kepada
pelaksanaan hak asasi.
Negara Malaysia mempunyai peruntukan untuk hak asasi di dalam
Perlembagaan Persekutuannya. Ia terkandung didalam Bahagian 2 Perlembagaan
Persekutuan yang memperuntukkan 9 artikel untuk kebebasan asasi.
Secara idealnya jika sesuatu itu dinamakan kebebasan asasi ia semestinya
sesuatu yang mutlak. Namun perlakasanaan kebebasan asasi di Malaysia tertakluk
kepada beberapa hada dan batasan yang turut diperuntukkan oleh Perlembagaan.
Had-had yang diletakkan terhadap kebebasan asasi ini mengambil kira keadaan
sosial, agama dan keperluannya kepada negara.

PENGHARGAAN
Penghargaan paling utama kami berikan kepada diri kami sendiri kerana
menjalankan tanggungjawab dan menyelesaikan tugasan ini. Seterusnya kepada
pensyarah kami, En Wan Ab Aziz atas ilmunya. Juga kepada semua sarjana dan ahli
akademik yang buku-buku mereka telah kami jadikan rujukan. Sangat berharga ilmu
yang mereka miliki.
Hanya Tuhan selayaknya mengganjari segala usaha.

Hak Asasi Menurut Perlembagaan Persekutuan


Perkara 5 - Kebebasan Diri.
(1) Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan
dirinya kecuali mengikut undang-undang.
Orang merujuk kepada warganegara dan bukan warganegara. Malah
termasuk orang tiruan seperti kapal atau pesawat di mana undang-undang boleh
dikuatkuasakan atasnya. Manakala nyawanya di sini bermaksud hak untuk hidup
dengan martabat manusia. Sebagai contoh, untuk terus berkerja di servis awam
ataupun servis swasta dan jika ingin dilucutkan jawatannya, haruslah bersama
sebab yang baik dan prosedur yang adil. Kebebasan diri pula meliputi kuasa
seseorang untuk melakukan apa-apa sahaja selagi dibenarkan oleh undang-undang.
Seperti di dalam kes Pendakwa Raya v. Lau Kee Hoo, diputuskan bahawa hukuman
gantung sampai mati di bawah ISA tidak bercanggah dengan Perkara 5(1) kerana
perbuatan defendan telah melanggar undang-undang.
(2) Jika pengaduan dibuat kepada Mahkamah Tinggi atau mana-mana hakim
Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa seseorang sedang ditahan dengan
menyalahi undang-undang, maka mahkamah itu hendaklah menyiasat pengaduan
itu dan, melainkan jika mahkamah itu berpuas hati bahawa tahanan itu adalah sah,
hendaklah memerintahkan supaya orang itu dibawa ke hadapan mahkamah itu dan
melepaskannya.
Peruntukan ini merujuk kepada hak bagi mereka yang ditahan untuk
membuat permohonan di Mahkamah Tinggi supaya menyiasat permohonan mereka
dan melepaskan tahanan tersebut sekiranya didapati bahawa penahanan tersebut
adalah tidak sah. Hak ini adalah berasaskan kepada undang-undang common law
Inggeris tentang permohonan habeas corpus. Habeas corpus membawa maksud
"seseorang mesti bertubuh". Oleh itu, seseorang yang ditahan berhak diberitahu
tentang jenayah yang dilakukannya atau tuduhan keatasnya, dan memohon supaya
penahanannya disemak semula oleh badan kehakiman. Seseorang yang ditahan
secara haram seharusnya dibebaskan.
(3) Jika seseorang ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan
seberapa segera yang boleh alasan-alasan dia ditangkap dan dia hendaklah
1

dibenarkan berunding dengan dan dibela oleh seorang pengamal undang-undang


pilihannya.
Peruntukan ini memperuntukkan dua hak sebagaimana berikut:
i. Hak untuk mengetahui alasan-alasan sesuatu penangkapan itu dibuat; dan
ii. Hak untuk berunding dan dibela oleh peguambela pilihan orang yang ditangkap.
Siti Norma Yaakob FJ dalam kes Mohamed Ezam Bin Mohamed Noor
memutuskan bahawa, sekiranya dibuktikan bahawa sesuatu penahanan itu
bercanggah dengan hak yang pertama iaitu hak untuk mengetahui alasan-alasan
sesuatu penahanan itu dibuat, maka penahanan tersebut boleh dikira sebagai
penahanan yang tidak sah, manakala jika dibuktikan bahawa semasa penahanan
tersebut, orang yang ditahan tidak diberi hak untuk berunding dan dibela oleh
peguambela tidaklah membawa kepada kesan bahawa sesuatu penahanan itu tidak
sah. Keputusan ini seolah-olah menunjukkan bahawa hak yang kedua bukanlah hak
yang mutlak. Pandangan Yang Arif Hakim ini diragui oleh Professor Dr. Abdul Aziz
Bari yang menyatakan bahawa peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan itu
sendiri tidak pernah menyebut tentang perkara ini dan kedua-dua peruntukan ini
hendaklah sepatutnya ditafsir secara sama berat.
Keputusan majoriti di Mahkamah Persekutuan di dalam kes Kam Teck Soon
memutuskan bahawa hak untuk mengetahui alasan-alasan sesuatu penangkapan itu
dibuat tidak dibenarkan atau boleh dinafikan di dalam keadaan sekiranya sesuatu
undang-undang itu digubal berdasarkan peruntukan Perkara 149 dan 150
Perlembagaan Malaysia. Dalam kes ini, pemohon ditahan di bawah seksyen 4(1)
Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969.
Frasa seberapa segera yang boleh telah diputuskan di dalam kes Aminah
yang membawa maksud as ready as is reasonable in the circumstances of the
case. Di dalam kes Yit Hon Kit mahkamah telah memutuskan bahawa kelewatan 57
hari di antara masa penahanan dan pemberitahuan tentang alasan-alasan tentang
sesuatu penangkapan adalah bercanggah dengan perkara 5(3) Perlembagaan
Persekutuan dan oleh hal yang demikian, pemohon adalah dilepaskan.

Setakat mana sesuatu alasan penangkapan itu hendaklah diberitahu kepada yang
ditahan ada dihuraikan oleh mahkamah di dalam kes Chong Kim Loy yang mana
Yang Arif Hakim Edgar Joseph Jr memutuskan bahawa pemberitahuan secara oral
sudahpun memadai. Di dalam kes ini, pemohon telah diberitahu bahawa
penahanannya adalah berkaitan dengan kegiatannya yang terlibat dengan dadah
tetapi pemohon pada awalnya tidak diberitahu bahawa penahanannya adalah
berkaitan dengan pengedaran dadah yang boleh membawa hukuman mati
mandatori mengikut seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952. Peguam bagi
pemohon menghujahkan bahawa terdapat perbezaan antara kegiatan berkaitan
dadah secara umum dan kegiatan pengedaran dadah yang lebih spesifik. Walau
bagaimanapun, mahkamah berpuas hati dan memutuskan penahanan pemohon
tidak bercanggah dengan perkara 5(3).
Mengenai hak untuk berunding dan dibela oleh peguambela, mahkamah di
Singapura di dalam kes Lee Mau Seng[11] telah memutuskan bahawa hak tersebut
boleh digunakan dalam waktu yang munasabah setelah seseorang itu ditahan. Hal
ini telah dijelaskan dengan lebih lanjut di dalam kes Ooi Ah Phua yang mana
Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa, di dalam kes ini Karpal Singh telah
dihalang daripada bertemu anak guamnya atas alasan pihak polis masih menyiasat
dan mahkamah memutuskan bahawa keseimbangan hendaklah dibuat antara tugas
polis dan tugas peguambela.
Di dalam kes Theresa Lim Chin Chin, Salleh Abas LP telah memutuskan
bahawa pihak yang kena tahan hendaklah membuktikan bahawa pihak polis telah
dengan sengaja dan berniat jahat menghalang orang yang kena tahan daripada
mendapat hak berunding dengan peguambela. Mengikut Professor Dr. Abdul Aziz
Bari, keputusan dalam kes Theresa Lim Chin Chin tidak selari dengan keputusan
dalam kes Ooi Ah Phua yang mana keputusan dalam kes Ooi Ah Phua adalah lebih
hampir dengan semangat perkara 5(3).
Di dalam kes Ramli bin Salleh mahkamah memutuskan bahawa adalah
menjadi tanggungjawab pihak polis untuk membuktikan bahawa hak untuk
berunding dengan peguambela boleh menjejaskan penyiasatan. Kes ini juga
memutuskan bahawa pihak polis tidak boleh menangguhkan atau menghalang
sesuatu rundingan atas alasan yang tidak logik atau pelik dan sekiranya hak untuk
3

berunding diberikan, ia hendaklah dibuat di luar pendengaran pihak polis walaupun


mungkin pihak polis masih boleh hanya melihat.
Tentang frasa seorang pengamal undang-undang pilihannya, mahkamah
telah memutuskan bahawa hak ini adalah juga bergantung kepada kesanggupan
peguambela yang dipilih tersebut. Walau bagaimanapun, di dalam kes Re G.G.
Ponampalan dan D Cruz mahkamah memutuskan bahawa orang yang ditahan tiada
hak untuk berunding dengan peguam dari luar negara.
Satu perkembangan yang menarik boleh dilihat di dalam kes Abdul Malek bin
Hussin yang mana mahkamah telah memberi pampasan kepada orang yang kena
tahan sekiranya terbukti bahawa penahanan tersebut adalah tidak sah dan
bercanggah dengan perkara 5(3). Dalam kes ini, plaintif telah ditahan tanpa waran
oleh pihak polis. Seterusnya, plaintif telah didera secara oral dan fizikal. Pihak polis
juga telah mengambil tanpa waran beberapa barangan dan dokumen milik plaintif.
Plaintif memfailkan saman menuntut gantirugi tort atas penahanan yang tidak sah
termasuk

pampasan

akibat

penderaan.

Mahkamah

memutuskan

bahawa

penahanan plaintif bercanggah dengan perkara 5(3). Defendan berhujah bahawa


plaintif telah diberitahu alasan-alasan penangkapan tetapi mahkamah memutuskan
bahawa alasan-alasan yang diberikan adalah tidak memadai.
(4) Jika seseorang ditangkap dan tidak dilepaskan, maka orang itu hendaklah
tanpa kelengahan yang tidak munasabah, dan walau bagaimanapun dalam tempoh
dua puluh empat jam (tidak termasuk masa apa-apa perjalanan yang perlu) dibawa
ke hadapan majistret dan orang itu tidak boleh ditahan dalam jagaan selanjutnya
tanpa kebenaran majistret itu:
Dengan syarat bahawa Fasal ini tidaklah terpakai bagi penangkapan atau
penahanan mana-mana orang di bawah undang-undang yang sedia ada yang
berhubungan dengan kediaman terhad, dan kesemua peruntukan Fasal ini
hendaklah disifatkan telah menjadi suatu bahagian perlu Perkara ini mulai dari hari
Merdeka:
Dengan syarat selanjutnya bahawa dalam pemakaiannya bagi seseorang,
selain seorang warganegara, yang ditangkap atau ditahan di bawah undang-undang
yang berhubungan dengan imigresen, Fasal ini hendaklah dibaca seolah-olah
4

perkataan "tanpa kelengahan yang tidak munasabah, dan walau bagaimanapun


dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa apa-apa perjalanan yang
perlu)" telah digantikan dengan perkataan "dalam tempoh empat belas hari":
Dan dengan syarat selanjutnya bahawa dalam hal penangkapan bagi sesuatu
kesalahan yang boleh dibicarakan oleh mahkamah Syariah, sebutan dalam Fasal ini
mengenai majistret hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan mengenai
hakim mahkamah Syariah.
*** Perkara 5, Fasal (3) dan (4) tidak dipakai terhadap orang dari negara musuh.
Klausa (4) di atas telah membezakan antara hak kepada warganegara dan
hak kepada bukan warganegara yang mana hak kepada bukan negara adalah
sedikit berbanding dengan hak kepada warganegara. Hak untuk dibawa ke hadapan
majistret bagi warganegara adalah dalam tempoh 24 jam manakala hak untuk
dibawa ke hadapan majistret bagi bukan warganegara adalah dalam tempoh 14 hari.
Di dalam kes Lee Kim Hoong, Yang Arif Hakim Harun telah memutuskan
bahawa orang yang ditahan hendaklah dibawa ke hadapan majistret pada hari yang
sama setelah penahanan dibuat.

Perkara 6 - Keabdian Dan Kerja Paksa Dilarang.


(1) Tiada sesiapa pun boleh ditahan sebagai abdi.
(2) Segala jenis kerja paksa adalah dilarang, tetapi Parlimen boleh dengan
undang-undang membuat peruntukan bagi perkhidmatan kerahan bagi maksudmaksud negara.
(3) Kerja berkaitan dengan menjalankan hukum penjara yang dijatuhkan oleh
mahkamah tidak dikira sebagai kerja paksa dalam erti Perkara ini.
(4) Jika menurut mana-mana undang-undang bertulis kesemua atau manamana bahagian daripada tugas-tugas mana-mana pihakberkuasa awam adalah
dikehendaki dijalankan oleh suatu pihak berkuasa awam lain bagi maksud
membolehkan tugas-tugas itu dilaksanakan, maka pekerja-pekerja pihak berkuasa
awam yang pertama tersebut itu adalah diwajibkan berkhidmat dengan pihak
5

berkuasa awam yang kedua tersebut itu, dan perkhidmatan mereka dengan
pihakberkuasa awam yang kedua tersebut itu tidak dikira sebagai kerja paksa dalam
erti Perkara ini, dan tiada seseorang pekerja itu berhak menuntut apa-apa hak sama
ada daripada pihakberkuasa awam yang pertama tersebut itu atau daripada
pihakberkuasa awam yang kedua tersebut itu oleh sebab pertukaran pekerjaannya.

Perkara 7 - Perlindungan Daripada Undang-Undang Jenayah Yang Berkuatkuasa


Kebelakangan Dan Pembicaraan Berulang.
(1) Tiada sesiapa pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau
ketinggalan yang tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang pada masa
perbuatan atau ketinggalan itu dilakukan dan kerana sesuatu kesalahan tiada
sesiapa pun boleh menanggung hukuman yang lebih berat daripada yang telah
ditetapkan oleh undang-undang pada masa kesalahan itu dilakukan.
Di dalam kes Mohamed Ismail (1984), defendan akan dihukum mengikut Akta
Bahaya Dadah iaitu penjara seumur hidup ataupun mati. Apabila perbicaraan
ditangguhkan, undang-undang tersebut telah ditukar kepada hukuman gantung
sampai mati.

Walau bagaimana pun, mahkamah telah memutuskan bahawa

defendan akan tetap diahukum mengikut undang-undnag sebelum ditukar tersebut


kerana defendan telah melakukan kesalahan itu ketika sebelum undang-undang
tersebut ditukar.
(2) Seseorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau
disabitkan sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan itu
juga kecuali jika sabitan atau pembebasan itu telah dibatalkan dan pembicaraan
semula diperintah oleh suatu mahkamah yang lebih tinggi daripada mahkamah yang
telah membebas atau mensabitkannya itu.
Namun begitu, terdapat beberapa pengecualian untuk Klaus (2) ini iaitu,
pelepasan di atas pelbagai sebab seperti kekurangan saksi, telah dibatalkan
perbicaraanya yang awal, untuk kesalahan yang berbeza, kesilapan teknikal seperti
penahanan yang salah dan membuat rayuan.

Perkara 8 - Kesamarataan
Perkara 8 menyentuh hak kesamarataan. Perkara 8(1) menggariskan
kesamarataan

di

sisi

undang-undang

dan

kesamarataan

untuk

mendapat

perlindungan undang-undang.
Sebelum Pindaan Perlembagaan 1993, raja-raja mempunyai imuniti daripada
dikenakan sebarang tindakan undang-undang. Perkara ini berasal dari konsep
daulat yang menjadi teras hubungan raja dan rakyat pada zaman awal kesultanan.
Raja dianggap mulia dan paling tinggi kedudukannya. Maka tidak wajar untuk
mereka diadili.
Malangnya, hak keistimewaan ini menyebabkan sesetengah raja-raja dan
kerabat diraja melampaui batas. 1 Pindaan Perlembagaan 1993 menarik hak
keistimewaan ini dan menunbuhkan mahkamah khas untuk sebarang tindakan
undang-undang terhadap Yang diPertuan Agong dan sultan-sulan negeri. 2 Pindaaan
ini secara tidak langsung merealisasikan bahawa setiap individu adalah tertakluk
kepada undang-undang yang sama tanpa sebarang keistimewaan.
Perkara 8(2) pula melarang sebarang diskriminasi atas alasan agama,
bangsa, keturunan, tempat kelahiran dan jantina dalam mana-mana undang-undang,
dalam pekerjaan di bawah pihak berkuasa awam, dalam pengurusan harta dan
dalam menjalankan sebarang perniagaaan, profesion atau kerjaya. Artikel 8(3) dan
(4) turut melarang diskriminasi atas alasan individu tersebut rakyat raja bagi manamana negeri dan perniagaan dijalankan diluar bidang kuasa pihak berkuasa.
Peruntukan kesamarataan didalam Perkara 8 tidak meliputi perkara yang
disebut didalam fasal (5) seperti pengurusan institusi dan pejabat agama,
pengambilan masuk orang melayu ke dalam Rejimen Askar Melayu dan yang
mengawal selia undang-undang diri.
Perkara 8 perlu dibaca bersama perkara 153 yang memperuntukkan
keistimewaan dan kelebihan kepada kaum bumiputera. Keistimewaan yang
diberikan kepada kaum bumiputera tidak boleh dipertikaikan sebagai bertentangan
1 Pendakwaraya v Tengku Mahmood Iskandar
2 Artikel 182 Perlembagaan Persekutuan
7

dengan Perkara 8. Perlu diingat bahawa Perlembagaan Persekutuan dirangka


berdasarkan keadaan sosial negara. Telah dipersetujui secara kontrak sosial
bahawa sebagai pulangan kepada pemberian taraf kewarganegaraan, melayu
mendapat hak istimewa keistmewaan.

Perkara 9 Larangan Buang Negeri dan Kebebasan Bergerak


Perkara 9 menggariskan perlindungan dari dibuang negeri, kebebasan
bergerak dan hak untuk menetap di mana-mana bahagian di dalam negara
Malaysia.
Perkara 9(1) jelas menyebut Tiada seorangpun warganegara boleh dibuang
negeri dari atau ditahan masuk ke Persekutuan. Perlindungan dari dibuang negeri
atau dihalang masuk kedalam negara adalah termaktub bagi semua yang bergelar
warganegara.3 Namun, perkara ini harus dibaca bersama perkara-perkara lain
didalam Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan seseorang hilang taraf
kewarganegaraannya.4 Ini bermakna, sekiranya seseorang pada asalnya seorang
warganegara dan dilindungi Artikel 9(1), dia tidak akan lagi dilindungi sekiranya dia
hilang taraf kewarganegaraannya.
Perkara 9(2) pula memperuntukkaan kebebasan bergerak dan bermastautin
di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan bagi setiap warganegara. Kebebasan
bergerak terhad hanya di dalam Malaysia.5
Secara idealnya, Perkara 9 dilihat memberi hak mutlak kepada setiap
warganegara untuk berada dan menetap di dalam negara. Namun, jika dilihat
kepada permulaan Perkara 9(2) Tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada manamana undangundang yang berhubungan dengan keselamatan Persekutuan atau
mana-mana

bahagiannya,

ketenteraman

awam,

kesihatan

awam,

atau

penghukuman pesalah, jelas adanya beberapa halangan yang dibenarkan disisi


3 Kung Aik v PP [1970] 2 MLJ 174
4 Artikel 24, 25, 26(1), 26(2) dan 26(A) Perlembagaan Persekutuan
5 Kerajaan v Loh Wai Kong [1979] 2 MLJ 30
8

Perlembagaan

untuk mengehadkan

kebebasan

asasi

untuk bergerak

dan

bermastautin.
Parliamen boleh membuat undang-undang yang menyekat kebebasan
bergerak sekiranya ia demi keselamatan, kesejahteraan awam, kesihatan awam dan
sebagai hukuman kepada pesalah. Selain itu, undang-undang yang mengawal
kemasukan mereka yang tinggal di semenanjung ke dalam Sabah dan Sarawak juga
dibenarkan. Dengan kata lain, mereka yang tinggal di Semenanjung Malaysia tidak
bebas untuk keluar masuk Sabah dan Sarawak. Hal ini dibenarkan walaupun ia
melanggari peruntukan tiap-tiap warganegara berhak bergerak dengan bebas 6
kerana ia termaktub didalam Perkara 9(3).
Di dalam kes Pihak Berkuasa Negeri Sabah melawan Sugumar Balakrishnan,
mahkamah mendapati pembatalan permit responden untuk terus menetap di Sabah
adalah tidak bertentangan dengan Perkara 9 fasal (2) kerana fasal (3) menyatakan
mana-mana negeri yang mempunyai kedudukan istimewa berbanding negeri lain
boleh melalui undang-undang mengenakan sekatan keatas hak-hak diberikan fasal
(2). Sabah mempunyai kedudukan istimewa dari segi imigresen dan kemasukan ke
negeri tersebut. Sebarang kemasukan tertakluk kepada Seksyen 59 Akta Imigresen
1959/63.
Dengan kuasa Perkara 149 dan 150, Parlimen turut boleh membuat undangundang untuk menyekat hak yang telah digariskan Artikel (9) demi keselamatan dan
kesejahteraan awam.

Perkara 10 Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Berpersatuan


Perkara 10 boleh dikatakan artikel yang paling banyak diperdebatkan.
Peruntukannya yang memberi hak kebebasan untuk bersuara, berhimpun dan
berpersatuan menjadikannya satu artikel yang paling ingin ditegakkan oleh semua.
Ia juga artikel yang paling ingin dihadkan oleh pihak berkuasa.

Ini kerana,

masyarakat melihat kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan adalah


antara elemen terpenting pelaksanaan demokrasi. Malaysia yang mengaku sebagai
negara demokrasi seharusnya memberikan kebebasan bersuara, berhimpun dan
6 Artikel 9(2)
9

berpersatuan. Namun, pihak berkuasa lebih mementingkan kepentingan negara dan


kesejahteraan awa. Oleh itu peruntukan-peruntukan didalam Perkara 10 telah
dirangka sebagai tertakluk kepada kepentingan kolektif berbanding individu.
Dinyatakan secara umum didalam Perkara 9 fasal (1) bahawa setiap individu
warganegara berhak untuk bersuara, berhimpun dan berpersatuan. Peruntukan fasal
(1) dihadkan oleh fasal (2). Parlimen boleh membuat undang-undang yang
mengehadkan kebebasan bersuara demi kepentingan keselamatan negara,
hubungan

dengan negara lain, ketenteraman awam dan moraliti. Kebebasan

berhimpun dan berpersatuan juga boleh disekat demi menjaga keselamatan negara
dan ketenteraman awam.
Disebabkan ini undang-undang seperti Akta Fitnah 1957, Akta Mesin Cetak
dan Penerbitan 1984 dan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 tidak
bertentangan peruntukan Perkara 10 dan melanggar hak kebebasan asasi inidividu
di Malaysia.
Kebebasan bersuara di Parlimen pun dihadkan jika menyentuh isu-isu sensitif
seperti keistimewaan orang melayu, kedudukan bahasa melayu dan institusi beraja.
Juga sekiranya ia berbaur hasutan dan boleh menimbulkan ketegangan diantara
kaum.7

Perkara 11- Kebebasan Beragama


Perkara 11 di bawah Perlembagaan Persekutuan termaktub mengenai kebebasan
dalam beragama. Di bawah Perkara 11(1), ada menyatakan bahawa kebebasan
beragama tertakluk kepada setiap individu warganegara Malaysia. Setiap individu
mempunyai hak masing-masing untuk menganut, mengamalkan dan menyebar
agama dan kepercayaan mereka. Menganut boleh disama-ertikan dengan sesuatu
kepercayaan

individu

terhadap

sesuatu

doktrin

atau

fahaman.

Keduanya,

pengamalan sesuatu kepercayaan tersebut apabila dipamerkan melalui kelakuan


dan ritual adalah disebut sebagai mengamal atau practise. Ketiga, penyebaran
yang membawa maksud apabila seseorang individu itu memberitahu kepada
7 Mark Koding melawan Pendakwa Raya [1982] 2 MLJ 120 & [1983] 1 MLJ 111
10

individu yang lain akan fahaman mereka dengan tujuan untuk menukar kepercayaan
asal mereka.8
Namun begitu, perkara-perkara ini tertakluk kepada beberapa sekatan atau
halangan (restrictions). Antaranya, dalam kebebasan beragama, seseorang individu
yang beragama tidak boleh melakukan apa-apa yang berkaitan dengan agamanya
sehingga mengganggu ketenteraman awam, keharmonian dan keamanan Negara.
Ini disebut dalam Perkara 3(1). Selain itu, penganut agama lain tidak boleh
menyebarkan atau berdakwah tentang agama mereka kepada orang-orang yang
beragama Islam. Hal ini kerana, Muslim sering dikaitkan dengan Melayu. Seorang
Melayu mesti beragama Islam (Perkara 160). Maka, penyebaran agama lain
terhadap seorang Muslim dianggap sebagai satu usaha untuk melemahkan Islam
dan kemudiannya mencabar kekuatan dan ketuanan Melayu. Seseorang Muslim
juga tertakluk kepada beberapa sekatan / restrictions di bawah Jadual Ke-9,
Senarai ke-2, perenggan 1 yakni dibawah bidang kuasa kerajaan Negeri.
Antara sekatan lain adalah berkaitan dengan murtad. Berkenaan pertukaran
agama seorang individu berusia kurang daripada 18tahun, ianya perlulah mendapat
persetujuan daripada kedua-dua ibu dan bapanya. Ini adalah seperti yang
disebutkan dalam kes Teoh Eng Huat v Kadhi Pasir Mas 9. Murtad dikaitkan dengan
seorang Muslim yang menukar agamanya kepada agama lain selain Islam. Menurut
Islam, hukuman murtad adalah, tahap pertama, dinasihatkan, tahap kedua,
dipenjarakan dan tahap ketiga dipancung kepalanya. Dari konteks kemelayuan dan
Malaysia, seorang Melayu hendaklah menganut agama Islam. Sekiranya seseorang
Melayu itu menukar agamanya kepada selain Islam, maka, dia bukan lagi berstatus
orang Melayu. Di Malaysia, murtad tidak tertakluk epada mana-mana tatacara
undang-undang dalam sesebuah agama. Ini disebut dalam kes Lina Joy.10

Perkara 12 Hak Berkenaan Pendidikan.


8 Shad Salim Faruqi (2008). Document of destiny.
9 Teoh Eng Huat v Kadhi Pasir Mas [1986] 2 MLJ 288
10 Lina Joy [2007] 4 MLJ 585
11

Sesuatu undang-undang itu hanya boleh digubal atau dipinda oleh Badan
Perundangan (Legislatif) sahaja. Termasuk juga apa jua pindaan di bawah Perkara
ini. Perkara ini dikawalselia oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Senarai 1,
Perenggan 7 Perlembagaan Persekutuan. Salah satu contoh undang-undang yang
telah digubal berkaitan dengan Perkara ini adalah Akta Pendidikan 1961.
Pertamanya, di bawah Perkra 11 ini adalah termaktub bahawa sepatutnya tiada
diskriminasi boleh dilakukan ke atas mana-mana rakyat Malaysia berkenaan isu
pendidikan. Hak untuk mendapat pendidikan adalah bagi setiap individu/ pelajar.
Setiap pelajar yang berkelayakan berhak memilihmana-mana institusi sebagai
tempat untuk mereka mendapat pendidikan.11
Malaysia kaya dengan pelbagai kaum atau etnik yang memiliki pelbagai bangsa.
Disebabkan itu, sekolah jenis vernakular atau sekolah jenis kebangsaan dibina untuk
etnik Cina, Tamil dan Melayu. Terdapat tiga jenis sekolah vernacular di Malaysia
iaiatu Sekolah Cina, Tamil dan Kebangsaan. Sekila-sekolah ini dikhususkan untuk
tiap-tiap etnik dan di sekolah ini, setiap etnik menggunakan bahasa ibunda masingmasing sebagai medium pengantaraan. Sebagai contoh, Sekolah Jenis Kebangsaan
Cinamenggunakan bahasa cina sebagai bahasa pengantara.
Malaysia telah dijajah selama beberapa tahun dan penjajahan oleh pihak
British yang meninggalkan banyak kesan yang mendalam. Sistem pendidikan yang
ditinggalkan oleh pihak penjajah seperti member keutamaan pengambilan bekerja
hanyalah terhadap para pelajar yang bersekolah di sekolah inggeris sahaja. Sistem
yang ditinggalkan penjajah inilah mengakibatkan orng Melayu dan Bumiputera
tercicir dalam bidang pendidikan. Disebabkan itu, bekas Perdana Menteri Malaysia
iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak meminda Perlembagaan Persukutuan dan
mewujudkan Perkara 153 (8A). Di bawah Perkara ini, hak keistimewaan orang
Melayudan

Bumiputera

daripada

segi

pendidikan

dipertingkat.

Melalui

pengkhususan kuota khas untuk orang Melayu dan Bumiputera dalam universityuniversiti tempatan. Caranya adalah YDPA diberi kuasa untuk mengarahkan sesuatu
university itu untuk menetapkan kuota atau bahagian yang dikhususkan untuk
pelajar-pelajar yang berkaitan dalam sesebuah jurusan. Namun begitu, YDPA tidak
boleh mengarahkan sesuatu bangsa itu untuk tidak diterima belajar di sesebuah
11 Visu Sinnadurai. (1986). The constitution of Malaysia. ms47
12

institusi dalam erti kata lain, tidak boleh wujudkan diskriminasi terhadap sesuatu
bangsa.
Dari segi pendidikan agama pula, setiap orang tidak harus menerima ajaran,
menyembah dan sebagainya agama lain selain daripada agamanya sendiri.
Walaubagaimanapun, sekiranya org itu dgn rela melakukannya maka ianya tidak
bertentangan dgn Perkara 12(3). 12 Akan tetapi, seorang pelajar Muslim hendaklah
belajar subjek-subjek yg berkaitan dengan agamanya. 13
Jika dilihat dari sudut bahasa, di bawah Perkara 152, bahasa rasmi Malaysia
adalah Bahasa Melayu. Tetapi, bahasa-bahasa lain adalah bebas untuk dipelajari.
Bagi hal-hal yang rasmi, bahasa Melayu mesti digunakan. Penubuhan sesebuah
university swasta juga tidak boleh dilaksanakan sekiranya univerisiti tersebut ingin
menggunakan bahasa lain secara keseluruhannya termasuklah apabila berkaitan
dengan perkara-perkara rasmi. Hal ini kerana, universiti diklasifikasikan sebagai
sesuatu yang rasmi. Dengan itu, bahasa Melayu mesti digunakan supaya tdk
bertentangan dgn Polisi Pendidikan Kebangsaan. 14
Biarpun begitu, terdapat beberapa pengecualian dalam penggunaan bahasa Melayu.
Seperti, penggunaan bahasa inggeris boleh dibenarkan oleh YDPA utk sesetengah
urusan dan S.17(1) Akta Pendidikan beri kuasa kpd Menteri Pelajaran utk
mengecualikan penggunaan bhs Melayu ke atas mana-mana institusi pendidikan.

15

Perkara 13 Hak Terhadap Harta.


Dalam Perkara ini, adalah dikhususkan penyataanya tetang hak asasi seluruh
rakyat Malaysia terhadap harta. Pertama, tiada sesiapa pun yang boleh dilucutkan
daripadanya harta miliknya. Kedua, pentadbiran mengenai harta adalah tertakluk
12 Teoh Eng Huat v Kadhi Pasir Mas [1986] 2 MLJ 288
13 Noorliyana Yasira Mohd Noor v Menteri Pendidikan Malaysia [2007] 5 MLJ 65
14 Merdeka University v Government [1981] 2 MLJ 356
15 Shad Salim Faruqi (2008). Document of destiny. ms.362
13

kepada Undangan Negeri. Ketiga, perlucutan atau pengambilan harta mestilah


dilakukan mengikut undang-undang. Seterusnya, Badan eksekutif sahaja yg terlibat
dalam perlucutan harta seseorang. Badan Perundangan (Legislatif) tidak terlibat
dengan mana-mana urusan pengambilan/perlucutan harta. Akhir sekali, mana -mana
perlucutan / pengambilan harta hendaklah disertakan dgn pampasan yang
sewajarnya. 16

16 Shad Salim Faruqi (2008). Document of destiny. ms.365


14

KESIMPULAN
Pelaksanaan hak asasi manusia di Malaysia bukan didalam bentuk
kebebasan mutlak. Walaupun kebebasan asasi termaktub didalam perlembagaan
dan seharusnya menjadi undang-undang tertinggi 17 namun sekatan dan had-hadnya
turut diperuntukkan olek perlembagaan. Maka hak dan kebebasan yang dinyatakan
didalam bahagian II perlembagaan ini harus dibaca bersama-sama peruntukan yang
turut terkandung didalam perlembagaan yang mengehadkannya.
Kebebasan asasi di Malaysia terhad dan tertakluk kepada halangan-halangan
lain kerana mengambil kira keadaan sosial masyarakat Malaysia. Had-had yang
diletakkan kepada kebebasan asasi adalah semata-mata demi kepentingan umum
dan negara. pihak berkuasa melihat sekiranya kebebasan diberikan secara mutlak
tanpa sebarang panduan ataupun sekatan, ia dikhuatiri menganggu keseimbangan
masyarakat dan seterusnya mencetuskan perbalahan dan membawa kepada
kehancuran masyarakat dan negara.

17 Perkara 4(1) Perlembagaan persekutuan


15

RUJUKAN
(2010) Federal Constitution. Batu Caves, Selangor: Penerbitan Akta (M) Sdn. Bhd.
Abdul Aziz Bari. (2009). Constitution of Malaysia: Text and commentary. Kuala
Lumpur, Malaysia: Pearson.
Constitution of malaysia: Further perspectives and developments. Singapore: Oxford
University Press.
Harding, A. (1996) Law, Government and the Constitution in Malaysia. London,
United Kingdom: Kluwer Law International.
Harding, A. J. Property Rights Under the Malaysian Constitution.
Hak asasi manusia. (2012, March 7). Diperolehi pada November 7, 2013, daripada
http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2012/03/han-asasi-manusia.html
Menghitung hari ke Hari Malaysia - Hari 8: Kebebasan asasi & kewarganegaraan.
(2011, September 14). Diperolehi pada November 7, 2013, daripada laman web The
Malaysian

Bar:

http://www.malaysianbar.org.my/constitutional_law_committee/

menghitung_hari_ke_hari_malaysia_hari_8_kebebasan_asasi_kewarganegaraan.ht
ml

Mohamed Suffian, Lee, H.P. & Trindade, F.A. (Ed.). (1978). The Constitution of
Malaysia: Its Development 1957-1977. Kuala Lumpur, Malaysia: Oxford University
Press
Shad Saleem Faruqi. (2008). Document of

destiny:

The

constitution

of

the

federation of malaysia. Petaling Jaya, Selangor: Star Publications (Malaysia)


Berhad.
Sheridan, L.A. & Groves, H.E. (1987). The Constitution of Malaysia. Singapore.
Malayan Law Journal.
Visu. Sinnadurai. (1986) Right in Respect of Education Under the Malaysian
Constituition.

16

17

You might also like