You are on page 1of 3

PERANAN KETUA PANITIA MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Pendidikan Moral bertujuan melahirkan insan yang bermoral dan mempunyai nilai-nilai
murni. Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru mata pelajaran
Pendidikan Moral mengembelengkan tenaga menyelaraskan aktivit-iaktiviti dan tugastugas mengajar dengan baik dan tersusun. Guru-guru Pendidikan Moral juga harus
bekerjasama, saling bantu-membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman untuk
memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan mutu
pengajaran masing-masing dari masa ke semasa.
Oleh yang demikian guru-guru Pendidikan Moral berpeluang untuk menyelaraskan
usaha dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya Panitia Pendidikan
Moral guru-guru yang menganggotainya berpeluang untuk mencari penyelesaian
kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga
masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar.
Struktur dan Organisasi
(i) Panitia Pendidikan Moral adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua
guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral dan guru-guru Moral.
(ii) Badan ini dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dipilih dan
dilantik sebagai Ketua Panitia oleh Guru Besar.
(iii) Ketua Panitia Pendidikan Moral secara automatik akan menjadi ahli-ahli
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan akan mewakili panitia di dalam jawatan kuasa
tersebut sebagai penghubung diantara ahli panitia dengan Guru Besar.
(iv) Keputusan-keputusan yang diambil oleh panitia dalam perjumpaan berhubung
dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh

Ketua Panitia kepada Guru Besar atau Penolong Kanan untuk mendapat penyelesaian
atau untuk makluman.
Tujuan Panitia
Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenal pasti untuk Panitia Pendidikan
Moral bagi pencapaian matlamatnya:
a. Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
b. Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang
inovatif supaya boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para
pelajar terhadap pembelajaran.
c. Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan berpandukan kepada
sasaran pencapaian yang ditetapkan dalam rancangan akademik sekolah.
d. Mewujudkan semangat bekerja sama di antara Panitia Pendidikan Moral dengan
persatuan-persatuan yang lain.

SENARAI TUGAS KETUA PANITIA MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

a. Menentukan dan bertanggungjawab menyediakan sukatan mata pelajaran yang


kemaskini.
b. Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran tahunan
c. Mempengerusikan mesyuarat panitia dan mengemaskinikan fail panitia mata
pelajaran.
d. Memastikan salinan minit-minit mesyuarat panitia dihantar ke pihak pentadbir
sekolah

e. Bertanggungjawab menyenaraikan pengagihan guru mata pelajaran mengikut


keperluan untuk AJK jadual waktu.
f. Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitia.
g. Membantu dalam membuat pemilihan jenis-jenis buku dan bahan-bahan rujukan
untuk Pusat Sumber Sekolah.
h. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar, kaedah-kaedah pembelajaran
terkini.
i. Penyelaras menyediakan soalan-soalan peperiksaan/ujian dan pemeriksaan
kertas jawapan
j. Mengesahkan soalan-soalan peperiksaan dan ujian bulanan sebelum dihantar ke
bilik cetak.
k. Menganalisis keputusan peperiksaan/ujian bulanan bagi mata pelajaran
berkenaan dan menyediakan strategi-strategi tertentu untuk tindakan susulan
bagi pelajar yang tidak mencapai tahap yang dikehendaki.
l. Bertanggungjawab menyediakan bank-bank soalan.
m. Membantu

dan

melaksanakan

program

kecemerlangan

akademik

yang

dirancang oleh pihak sekolah.


n. Membantu dan sentiasa memberi kerjasama dalam mengadakan kursus
dalaman kepada ahlinya apabila diperlukan.
o. Bertanggungjawab menyediakan pelajar ke pertandingan-pertandingan anjuran
PPD, JPN, Kementerian Pendidikan dan lain-lain.
p. Membantu dan bekerjasama menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan akademik.
q. Membantu menyediakan data-data/maklumat mengenai mata pelajaran yang
berkenaan untuk dipamerkan di bilik gerakan.
r. Menyimpan salinan jadual waktu persendirian guru bagi mata pelajaran
s. Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi serta pencapaian pelajar
bagi peperiksaan dalaman dan awam.
t. Bertanggungjawab mengemaskinikan buku stok panitia dan alat-alat bantu
mengajar diselenggarakan dengan baik.

You might also like