You are on page 1of 10

TEORI BEHAVIORIS

http://mabjip.blogspot.com/2009/07/teori-behavioris.html
Teori-teori Pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum berkaitan
pembelajaran. Teori ini penting sebagai asas dan pertimbangan dalam memahami tingkah
laku pembelajaran.
Teori Pembelajaran terbahagi kepada lima bahagian iaitu Teori Behavioris, Teori Kognitif,
Teori Konstruktivis, Teori Sosial dan Teori Humanis. Teori Pembelajaran Behavioris pula
terbahagi kepada dua bahagian iaitu Teori Pelaziman Operan dan Teori Pelaziman Klasik.
Teori Pelaziman Klasik dipelopori oleh dua orang pengasas iaitu Pavlov dan Watsan.
Manakala Teori Pelaziman Operan juga dipelopori oleh dua orang pengasas iaitu Thorndike
dan Skinner.
Apa yang perlu diketahui daripada Teori Behavioris ini adalah prinsip-prinsip teori tersebut
yang terdiri daripada model pelaziman klasik Pavlov dan hukum-hukum teori pelaziman
operan Thorndike.
Selain daripada itu, perkara yang mestilah diketahui juga adalah implikasi Teori Behavioris
terhadap pengajaran dan pembelajaran dari aspek kurikulum, pengajaran dan penilaian.
Malah, perkara yang tidak kurang pentingnya ini juga hendaklah diketahui dan difahami iaitu
implikasi Teori Behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak
berkeperluan khas.
Teori Behavioris mengatakan bahawa pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku yang
boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Teori ini mengkaji perhubungan antara ransangan
dan gerak balas apabila pelajar bertindak dalam persekitaran luaran. Selain daripada itu,
teori ini juga melihat perhubungan antara tindakan pelajar dengan pengukuhan ransangan.
Teori Behavioris ini dikenali sebagai teori tingkah laku amat mengutamakan pembelajaran
kemahiran-kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal. Mereka menganggap
pembelajaran ialah perubahan yang berlaku pada tingkah laku manusia yang berasaskan
situasi-situasi tertentu.
2.0 TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER
BURRHUS F. SKINNER (1904 - 1990)
Burrhus Frederic Skinner dilahirkan di sebuah kota kecil bernama Susquehanna,
Pennsylvania, pada tahun 1904 dan wafat pada tahun 1990 setelah diserang penyakit
leukemia. Skinner dibesarkan dalam keluarga sederhana, penuh disiplin dan kerja keras.
Ayahnya adalah seorang jaksa dan ibunya seorang suri rumah tangga.
Skinner mendapat gelaran Bachelor di Inggeris dan berharap bahawa dirinya dapat menjadi
penulis. Semasa bersekolah, memang ia sudah menulis untuk sekolahnya, tetapi ia
menempatkan dirinya sebagai outsider (orang luar), menjadi atheist, dan sering mengkritik
sekolahnya dan agama yang menjadi anutan sekolah tersebut. Setelah lulus dari sekolah
tersebut, ia pindah ke Greenwich Village di New York City dan masih berharap untuk dapat
menjadi penulis dan bekerja di sebuah surat khabar.

Pada tahun 1931, Sk inner memhabiskan sekolahnya dan memperolehi gelaran sarjana
psikologi dari Harvard University. Setahun kemudian, ia juga memperoleh gelaran doktor
(Ph.D) untuk bidang yang sama. Pada tahun 1945, ia menjadi ketua fakulti psikologi di
Indiana University dan tiga tahun kemudian ia pindah ke Harvard dan mengajar di sana
sepanjang kariernya. Meskipun Skinner tidak pernah benar-benar menjadi penulis di surat
khabar seperti yang diimpikannya, ia merupakan salah satu ahli psikologi yang paling
banyak menerbitkan buku maupun artikel tentang teori perilaku / tingkahlaku, reinforcement
dan teori-teori belajar.
Skinner adalah salah satu ahli psikologi yang tidak sependapat dengan Freud. Menurut
Skinner meneliti ketidaksadaran dan motif tersembunyi adalah suatu hal yang percuma
kerana sesuatu yang boleh diteliti dan diselidiki hanya perilaku yang tampak / terlihat. Oleh
karena itu, ia juga tidak menerima konsep tentang self-actualization dari Maslow dengan
alasan hal tersebut merupakan suatu idea yang abstrak belaka.
Skinner memfokuskan penelitian tentang perilaku dan menghabiskan kariernya untuk
mengembangkan teori tentang Reinforcement. Dia percaya bahawa perkembangan
keperibadian seseorang, atau perilaku yang terjadi adalah sebagai akibat dari respond
terhadap adanya kejadian eksternal. Dengan kata lain, kita menjadi seperti apa yang kita
inginkan kerana mendapatkan reward dari apa yang kita inginkan tersebut. Bagi Skinner, hal
yang paling penting untuk membentuk keperibadian seseorang adalah melalui Reward &
Punishment. Pendapat ini tentu saja amat mengabaikan unsur-unsur seperti emosi, fikiran
dan kebebasan untuk memilih sehingga Skinner menerima banyak kritikan.
3.0 EKSPERIMEN
Penemuan dalam pembelajaran yang diperolehi oleh Thorndike telah digunakan oleh
seorang ahli psikologi Amerika bernama Burrhus Frederic Skinner dalam kajian sama
bidang. Beliau juga bersependapat dengan dengan Pavlov, tetapi menyatakan bahawa
perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan
yang kompleks daripada perlakuan yang mudah. Skinner hanya menjalankan kajian dengan
menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati. Beliau juga telah menghasilkan
Skinner Box di mana tingkah laku binatang dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerak
balasnya boleh diperhatiakan serta direkod. Kajian ini telah diguna pakai sebagai teori
pelaziman operan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Antara eksperimen beliau ialah beliau telah membina sebuah kotak khas dimana di dalam
kotak khas tersebut terdapat sebatang tuas yang disambung kepada sebuah bekas
makanan yang terlekat pada dinding kotak itu. Sebuah mangkuk diletakkan di bawah tuas.
Apabila tuas ditekan, makanan dari bekas itu akan masuk ke dalam mangkuk. Seekor tikus
lapar telah dimasukkan ke dalam kotak itu. Tikus itu mundar-mandir di dalam kotak untuk
mencari makanan. Selepas beberapa ketika dengan tidak sengaja tikus itu menekan tuas
dan terkeluarlah makanan ke dalam mangkuk. Tikus itu mendapat makanan setiap kali ia
menekan tuas. Proses ini berlaku berulang kali dan akhirnya tikus itu terus menekan tuas
apabila ia hendak mendapatkan makanan. Tikus ini telah mempelajari satu cara
mendapatkan makanan.
Untuk kajian seterusnya, Skinner telah memutuskan sambungan antara bekas makanan
dengan tuas. Selepas itu, tikus itu tidak lagi mendapat makanan walaupun tuas itu ditekan.
Setelah berapa kali mencuba, tikus itu berhenti menekan tuas kerana ia tahu usahanya itu

sia-sia sahaja. Skinner kemudiannya meletakkan sebuah lampu dalam kotak itu. Apabila
lampu itu menyala dan tuas itu pula ditekan makanan akan terkeluar.
Eksperimen ini dijalankan berulang kali hingga tikus itu sedar bahawa ia hanya akan
mendapat makanan jika tuas itu ditekan pada masa lampu menyala. Tindakan tikus
menekan tuas untuk mendapatkan makanan itu disebut pelaziman operan. Cahaya lampu
dalam eksperimen ini tidak menyebabkan tikus itu menekan tuas. Ia hanya bertindak
sebagai salah satu keadaan untuk membolehkan sesuatu tingkah laku itu (menekan tuas)
berlaku.
Menurut Skinner (1953), kajiannya menunjukkan kelaziman operan organisma bertindak
balas terhadap persekitaran dalam proses pembelajaran. Tingkah laku begini bukan
semata-mata gerak balas automatik yang dikeluarkan mengikut naluri terhadap sesuatu
rangsangan (pelaziman klasik). Pelaziman operan meningkatkan kebarangkalian
pengulangan sesuatu gerak balas. Peneguhan menambahkan kekerapan gerak balas itu.
Peneguhan biasanya ditakrifkan sebagai sebarang rangsangan yang menambahkan
kebarangkalian gerak balas yang akan berlaku.
Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu
diulangi. Menurut Rachlin(1991), penenguhan diberikan untuk memuaskan kehendak
individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan meransangkan otak. Skinner
membahagikan peneguhan kepada dua jenis iaitu peneguhan positif dan peneguhan
negatif.
4.0 JENIS
Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu peneguhan positif,
peneguhan negatif, dendaan, prinsip premack dan pelupusan.
4.1 PENEGUHAN POSITIF
Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan
yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah,
peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.
Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah adalah seperti
memberikan katakata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab
soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya.
Jadual 6.3 menunjukkan satu contoh peneguhan positif.
Tingkah Laku
Kesan / Akibat
Tingkah laku Masa Hadapan
Pelajar kemukakan soalan dengan baik
Guru memuji pelajar
Pelajar kemukan lebih banyak soalan yang baik.

Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja
yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya
tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas
ketika memberi peneguhan.
Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah memuji
secara ikhlas, memuji dengan cepat, memuji tanpa memilih kasih, memuji usaha dan cuba
jaya, memuji tingkah laku yang spesifik, memuji jawapan atau respon yang spontan.
4.2 PENEGUHAN NEGATIF Peneguhan negatif ialah ransangan serta merta yang tidak
selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.
Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang
diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi
menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak
daripada ransangan yang tidak diingini (leteran bapa). Jadual menunjukkan satu lagi contoh
peneguhan negatif.
Tingkah laku
Kesan / Akibat
Tingkah laku masa hadapan
Pelajar tidak menyiapkan tugasan tepat pada waktunya.
Guru menegur pelajar
Pelajar akan menyiapkan tugasan yang seterusnya tepat pada waktunya
4.3 DENDAAN
Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan
berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang
membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.
Tingkah laku
Kesan / Akibat
Tingkah laku masa hadapan
Pelajar membuat bising dala kelas.
Guru membuat amaran kepada pelajar.
Pelajar berhenti membuat bising dalam kelas
Dendaan boleh dibahagi kepada 2 bentuk iaitu yang pertama ialah dendaan persembahan
dan kedua dendaan penyingkiran.
4.3.1 DENDAAN PERSEMBAHAN
Dendaan persembahan (presentation punishment), berlaku apabila sesuatu ransangan
menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku diri pelajar tersebut. Dendaan

bentuk ini tidak melibatkan fizikal tetapi dapat menakutkan pelajar. Contohnya, larian
padang, sistem dimerit atau guru memberi kerja tambahan.
4.3.2 DENDAAN PENYINGKIRAN
Dendaan penyingkiran (removel punishment), berkaitan dengan penyingkiran ransangan.
Contohnya, ibu bapa atau guru-guru tidak memberi kemudahan apabila seseorang pelajar
tidak berkelakuan betul. Contoh mengenakan dendaan penyingkiran ialah seperti tidak
membenarkan mereka menonton televisyen dalam tempoh seminggu sebab mereka tidak
membuat kerja rumah Sains.
Untuk menjadikan dendaan lebih efektif, beberapa peringkatan perlu diambil kira. Antaranya
ialah dendaan perlu dilakukan dengan segera, sebaik sahaja perlakuan tidak diingini
dipamerkan. Seterusnya orang yang menerima dendaan mesti tahu mengapa dia dihukum.
Dendaan juga dilakukan atas dasar untuk mengubah kelakuan bukan sebagai balasan
perlakuan dan yang terakhir hukuman mestilah tekal iaitu si A kena 3 rotan si B juga kena 3
rotan.
Ada setengah pendapat mengatakan denda boleh menghasilkan gangguan emosi serta
persoalan etika. Dendaan yang keterlaluan boleh dianggap deraan serta menyebabkan
berlakunya tingkah laku yang negatif, seperti pengasingan diri, rasa rendah diri, serta
mengganggu perkembangan emosi dalam jangka masa yang panjang.
4.4 PRINSIP PREMACK
Prinsip premack ialah mengaitkan aktiviti kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati
untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang di minati. Prinsip Premack
juga dikenali sebagai Grandmas Rule yang berasaskan kenyataan, kamu boleh keluar
bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran. Sebagai guru, kita boleh
menyelangkan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah
untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid.
4.5 PELUPUSAN
Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan
sendirinya. Keadaan ini boleh diatasi dengan adanya peneguhan untuk sesuatu perlakuan
itu dapat dikenal pasti, peneguhan itu tidak lagi digunakan serta guru perlu sabar dalam
menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta.
5.0 IMPLIKASI SKINNER
Pemberian peneguhan yang positif seperti pujian, wang, kata-kata perangsang, hadiah,
token dan bintang bagi meneguhkan tingkah laku yang dikehendaki. Sebagai contoh, guru
memberikan Rahimah lima bintang kerana berjaya menghasilkan lukisan tercantik dalam
bilik darjah. Pemberian peneguhan mesti diberikan secara tekal bagi menjamin berulangnya
tingkah laku yang positif. Objektif tingkah laku yang realistik dan penguasaan kemahiran
secara berperingkat. Guru memastikan objektif pengajaran yang ditetapkan realistik dan
tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah arasnya. Ia mesti sejajar dengan kebolehan pelajar.

Guru juga perlu mengajar sesuatu kemahiran seperti bermain bola sepak secara
berperingkat-peringkat ( seperti burung merpati bermain ping-pong ) supaya pelajar
menguasai permainan tersebut dengan lebih berkesan.
Mengajar pelajar membezakan persamaan dan perbezaan di antara dua situasi yang
berlainan, supaya mereka dapat membuat generalisasi dan diskriminasi dengan betul. Guru
perlu mengamalkan prinsip generalisasi dalam bilik darjah. Pemindahan pembelajaran
berlaku dari situasi A kepada situasi B. Generalisasi membawa maksud melakukan tingkah
laku yang sama dalam situasi yang berlainan. Contohnya, sesetengah pelajar takut untuk
menghadapi peperiksaan UPSR. Guru boleh menasihatkan pelajar tersebut dan
memberitahunya bahawa dia akan menduduki peperiksaan yang hampir sama dengan ujian
bulanan. Oleh itu, pelajar tidak akan berasa begitu takut kerana dia sudah biasa membuat
ujian bulanan. Bagi diskriminasi rangsangan pula, guru perlu memastikan bahawa pelajar
memberi fokus kepada rangsangan yang betul dan dapat membezakan rangsanganrangsangan yang lebih penting dalam proses P&P. Sebagai contoh, guru boleh memberitahu
pelajar objektif spesifik yang perlu dikuasai dalam sesuatu pelajaran. Maka pelajar akan
memberi perhatian yang lebih kepada maklumat penting yang berkaitan dengan objektif
pelajaran. Ini menunjukkan bahawa pelajar dapat membuat diskriminasi antara maklumat
penting dan kurang relevan.
Pelajar boleh mempelajari dengan mengaitkan antara rangsangan dan gerak balas. Ini
bermakna tingkah laku pelajar boleh dilazimkan untuk gerak balas yang diingini atau tidak
diingini oleh guru. Sebagai contoh, apabila guru masuk ke kelas ( rangsangan ) pelajar
berdiri dan mengucapkan Selamat Pagi ( gerak balas ). Guru pun memuji pelajar. Tanpa
arahan guru, pelajar akan terus melakukan tingkah laku ini setiap kali seorang guru masuk
ke dalam bilik darjah. Rangsangan dan gerak balas diperkukuhkan melalui latihan. Semakin
kerap rangsangan dikaitkan dengan gerak balas semakin kukuh gerak balas terlazim.
Sebagai contoh, seorang pelajar diberi peneguhan positif dalam bentuk pujian untuk
kerjanya yang kemas. Kerja yang kemas akan berterusan, walaupun tiada pujian daripada
guru. Guru juga dapat meningkatkan tingkah laku pembelajaran yang positif dengan
mengadakan perbincangan, projek dan aktiviti kumpulan di kalangan pelajar.
Motivasi membangkitkan tingkah laku positif. Guru perlu memotivasikan pelajar dengan
ganjaran yang sesuai sebelum mereka dapat mengawal tingkah laku pembelajaran yang
dikehendaki dalam P&P. Sebagai contoh, guru perlu memberi motivasi seperti dalam bentuk
pujian, hadiah, kata-kata perangsang dan sebagainya untuk menbentuk tingkah laku yang
diingini. Guru juga boleh meningkatkan motivasi pelajar dengan menyediakan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Bagi maksud penghapusan pula, jika
sesuatu tingka laku tidak diberi peneguhan ia boleh dikikiskan secara perlahan-lahan.
Sebagai contoh, guru boleh mengikiskan perasaan takut yang dialami oleh pelajar dalam
situasi P&P. Sebagai contoh, jika perlu takut untuk membuat pembentangan di hadapan
kelas, guru perlu meningkatkan keyakinannya secara berperingkat. Pertama sekali, guru
membiarkan pelajar itu membaca kepada kumpulan yang lebih kecil semasa dia duduk,
kemudian semasa dia berdiri. Akhir sekali, baru pelajar itu diberi peluang membaca di
hadapan kelas. Ini dapat menghapuskan perasaan takut yang dialami oleh pelajar tersebut.
6.0 IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN
Perhubungan antara ransangan dengan gerak balas kerap berlaku dalam situasi pengajaran
pembelajaran dalam bilik darjah. Tingkah laku murid kadang-kadang berusul daripada ikatan
R-G dan kesan daripada pertalian dan peneguhan.

6.1 PERHUBUNGAN : PEMBELAJARAN MELALUI PERHUBUNGAN


Prinsip perhubungan menyarankan bahawa sesuatu pembelajaran boleh berlaku apabila
perkara-perkara mempunyai pertalian di antara satu sama lain. Melalui kaedah
pembelajaran ini, seseorang itu dapat menghubungkaitkan satu idea dengan idea yang lain,
satu pengalaman dengan pengalaman yang lain ataupun antara perkara-perkara yang
berkaitan. Oleh itu, apabila sesuatu perkara timbul (ransangan), perkara yang lain (gerak
balas) dapat diingatkan. Proses perhubungan ini dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut :
6.1.1 PENGULANGAN
Memadankan ransangan dengan gerak balas yang betul secara berulang-ulang dapat
menghasilkan pembelajaran. Contohnya :
Ransangan
Gerak balas
Sifir seperti 4 X 6
Ibu kota Malaysia ialah
Daun hijau mengandungi
24
Kuala Lumpur
klorofil
6.1.2 STEREOTAIP
Pembelajaran boleh menghasilkan kesan kukuh pada diri seseorang untuk membuat
sesuatu atau menhinterpretasikan sesuatu perkara. Misalnya, cara menyimpan alat selepas
digunakan; atau cara menyelesaikan masalah matematik yang sama jenis. Contohnya : x +
4 = 8, jadi x = 8 4 = 4. Seterusnya dapat menyelesaikan 2y 2 = 6. 6.2 PELAZIMAN
KLASIK : MENGHASILKAN GERAK BALAS AUTOMATIK DENGAN RANSANGAN BARU
Manusia dan haiwan dapat belajar cara untuk bergerak balas secara automatik terhadap
ransangan yang dahulunya tidak memberi kesan kepadanya. Contoh proses pembelajaran
ini termasuklah gerak balas emosi seperti takut dan seronok serta gerak balas fisiologi
seperti ketegangan otot. Gerak balas luar kawal ini boleh dipelajari dan menjadi suatu
kebiasaan supaya ia akan berlaku secara automatik dalam situasi tertentu.
Misalnya seorang kanak-kanak pada mulanya sangat suka menaiki basikal tetapi selepas
mengalami suatu kemalangan teruk dengan basikal itu, dia menjadi sangat takut pada
basikal dan tidak mahu menaiki basikal lagi. Basikal yang merupakan ransangan neutral
pada mulanya sekarang membawa garak balas takut secara automatik. Contoh-contoh lain
dalam pembelajaran negatif termasuklah benci pada sekolah kerana sesuatu kekecewaan

yang dialami di sekolah, jatuh sakit semasa menjalani ujian kerana pernah mengalami
kegagalan sebalum ini dan didenda akibat kegagalan itu.
Misalnya, jika seseorang pelajar itu selalu memperolehi pencapaian cemerlang di sekolah,
dia akan sentiasa mempunyai keyakinan menghadapi tugas pembelajaran yang baru. Begitu
juga murid-murid yang berjaya dalam algebra akan lebih bersedia dan lebih yakin untuk
mencuba trigonometri.
Ini dapat dilaksanakan seperti berikut :
6.2.1 PENCEGAHAN
Untuk mencegah perkembangan tindak balas emosi yang negatif dalam situasi sekolah,
guru haruslah menghubungkaitkan ransangan positif dengan pengalaman di sekolah.
Misalnya, mewujudkan suasana yang selesa dan menarik dalam bilik darjah dan sekolah.
Guru juga harus menghubungkaitkan perkara yang positif dan menyenangkan dengan
tugasan pembelajaran.
6.2.2 PEMULIHAN
Apabila seseorang mengalami perasaan takut atau bimbang terhadap sesuatu aspek
sekolah, prinsip pemusnahan boleh digunakan untuk menghapuskan perasaan negatif itu.
Cara ini boleh menggalakkan pelajar menghadapi situasi masalah tersebut tetapi guru
haruslah memastikan perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku. Misalnya, jika seorang
pelajar takut untuk memegang cacing tanah, pelajar itu hendaklah menyentuh cacing itu
sekiranya guru pasti tindakan itu tidak akan menimbulkan kesan yang negatif. Selepas
beberapa kali menyentuh cacing, pelajar itu akan berani memegang cacing apabila
perasaan takut itu dapat dihapuskan.
6.2.3 PENGHAPUSAN BERANSUR
Kadangkala perasaan takut yang dialami oleh pelajar tidak dapat dihapuskan dengan sertamerta kerana pelajar tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Kebimbangan ini akan terus mengganggu pembelajaran pelajar itu menyebabkan masalah
yang dihadapi bertambah berat. Satu cara menyelesaikan masalah itu ialah dengan
menghapuskan perasaan takut secara beransur-ansur. Misalnya, sekiranya seorang murid
itu takut menhadapi ujian, guru bolehlah memberikan pelajar ini tugas ringkas, kuiz
kumpulan, soalan pendek dan aktiviti penilaian dalam kumpulan kecil. Apabila pelajar itu
telah bersedia dan merasa yakin barulah dia disuruh menjalani uijian.
Pelaziman klasik memberi garis panduan bagi proses pengajaran dan pembelajaran seperti
berikut :
v Menghubungkaitkan perkara-perkara yang positif dan menyenangkan dengan tugasan
pembelajaran.
v Menggalakkan pelajar berdamping dengan situasi yang menakutkan sekiranya tindakan itu
tidak menimbulkan hasil yang negatif.
v Sekiranya perasaan takut yang dialami murid mencapai tahap yang serius, rangkakan
langkah-langkah kecil untuk menyelesaikan secara beransur-ansur.

v Membantu murid membezakan keadaan yang dapat menyebabkan sesuatu tingkah laku
sesuai atau tidak sesuai.

6.3 PELAZIMAN OPERAN : MENCUBA GERAK BALAS BARU


Kadangkala dalam proses pembelajaran, pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses
itu. Tindakan sengaja ini berlaku kerana pelajar itu beroperasi dalam persekitaran. Tingkah
laku (apa jua pergerakan) tindakan sengaja yang semakin bertambah kekerapannya disebut
operan. Pelaziman operan pula merupakan satu proses pembelajaran yang melibatkan
tingkah laku tindakan sengaja itu diulang pada masa hadapan. Misalnya, seorang pelajar
akan lebih rajin membuat sesuatu tugasan sekiranya kegiatan ini dapat menghasilkan
ganjaran atau pujian.
Kesan atau akibat daripada tingkah laku pelaziman operan disebut peneguhan. Peneguhan
dapat menambahkan kekerapan sesuatu tingkah laku yang dikehendaki. Terdapat dua jenis
peneguhan, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif merujuk
kepada kehadiran sesuatu ransangan yang digunakan untuk menghasilkan tingkah laku
yang diingini, misalnya ganjaran wang, hadiah dan pujian. Peneguhan negatif melibatkan
penghapusan ransangan yang tidak diingini untuk menggalakkan hasil tingkah laku yang
dikehendaki. Penghapusan ransangan negatif juga menambahkan kekerapan tingkah laku
itu. Misalnya, seorang murid akan menyiapkan tugasannya dalam masa yang ditetapkan
untuk mengelakkan daripada dimarahi oleh guru. Ransangan dimarahi merupakan
peneguhan negatif. Peneguhan positif melibatkan penambahan sesuatu ransangan tetapi
peneguhan negatif pengurangan ransangan itu. Malah kedua-dua peneguhan ini
menggalakkan sesuatu tingkah laku berlaku dengan lebih kerap lagi.
Perlu diingatkan bahawa peneguhan negatif berbeza daripada denda. Denda digunakan
untuk mengurangkan atau menghalang sesuatu tingkah laku. Sesuatu tingkah laku itu
diandaikan tidak akan berulang lagi selepas denda dikenakan. Denda boleh dilaksanakan
dalam dua cara untuk menggalakkan pembelajaran. Pertama menggunakan satu ransangan
untuk menghapuskan tingkah laku yang tidak diingini. Misalnya memberikan tugasan
tambahan kepada murid, mendenda murid berlari keliling padang, atau merotan. Kedua
ialah denda yang berkaitan dengan melucutkan sesuatu ransangan. Guru atau ibu bapa
tidak memberikan sesuatu keistimewaan kepada anak-anak yang tidak berkelakuan baik.
Misalnya, anak itu tidak dibenarkan menonton televisyen selama seminggu.
Contoh : Dikecualikan daripada membuat latihan
Perlucutan denda
Contoh : Tidak dibenarkan menonton televisyen selama seminggu
Tingkah laku juga boleh dipengaruhi oleh kata petua sebelum ia berlaku. Petua ialah
tindakan memberi ransangan sebelum sesuatu tingkah laku berlaku dengan tujuan untuk
memperolehi corak tingkah laku itu. Dalam pembelajaran bilik darjah, guru boleh
mengingatkan murid dengan kata petua seperti untuk menyelesaikan masalah ini, sila rujuk
kepada ...... Apabila murid melakukan tingkah laku yang sesuai dengan berpandukan petua
itu, guru hendaklah memberi peneguhan ke atas pencapaian murid untuk menggalakkan
pembelajaran lanjutan.

Sebagai rumusan, pelaziman operan dapat dilaksanakan dalam bilik darjah dengan caracara berikut :
v Pastikan peneguhan diberikan bagi tingkah laku positif dalam bilik darjah.
v Berikan peneguhan yang banyak semasa mewujudkan tingkah laku yang baru.
v Selepas tingkah laku baru diwujudkan teruskan memberi peneguhan untuk memelihara
kesinambungan tingkah laku itu.
v Gunakan petua untuk membina tingkah laku baru.
7.0 AKTIVITI
Aktiviti yang kumpulan kami jalankan selepas pembentangan adalah memberikan latihan
bagi menguji kefahaman rakan-rakan terhadap isi pembentangan. Tajuk bagi latihan
tersebut ialah Teori Pelaziman Operan Skinner di bawah Teori Behavioris. Teori Behavioris
ini pula terletak di bawah tajuk Teori Pembelajaran.
Isi yang kami ingin rakan-rakan penuhi di dalam lembaran kertas yang diberikan adalah
mengenai eksperimen yang terdapat di dalam teori tersebut, jenis-jenis beserta contoh bagi
setiap jenis, implikasi Skinner dalam bilik darjah dan implikasi Behavioris di dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Antara jawapan yang diberikan ialah eksperimen Skinner dengan tikus dan burung merpati.
Jenis-jenis pula ialah peneguhan positif, peneguhan negatif, dendaan, prinsip premack dan
pelupusan. Contoh-contoh adalah pelajar berjaya menjawab soalan, guru memberi pujian;
pelajar tidak menyiapkan tugasan, guru menegur sikap pelajar tersebut; pelajar membuat
bising di dalam kelas, guru menyuruh pelajar yang bising keluar kelas; seorang kanak-kanak
hanya dibenarkan oleh ibunya untuk bermain selepas makan sayur; serta palajar yang takut
ketika membuat pembentangan akan berterusan jika guru tidak membantunya.
Implikasi Skinner dalam bilik darjah ialah pemberian peneguhan yang positif seperti pujian,
wang, motivasi dan lain-lain; menggunakan prinsip penghapusan dalam bilik darjah; serta
motivasi membangkitkan tingkah laku positif. Bagi implikasi Behavioris pula adalah
menghubungkaitkan perkara yang positif dan menyenangkan dengan tugasan
pembelajaran; berikan peneguhan yang banyak ketika mewujudkan tingkah laku yang baru;
serta menggalakkan pelajar berdamping situasi yang menakutkan sekiranya tindakan itu
tidak
menimbulkan
hasil
yang
negatif.

You might also like