You are on page 1of 4

Lampiran E

Transkripsi Sesi Temu Bual Bersama Guru Matematik kelas Tahun 4 (Selepas
Intervensi)
Selamat Pagi Cikgu.
Selamat Pagi Ravind.
Cikgu saya telah menjalankan satu intervensi untuk melihat keberkesanan kaedah
pendaraban jari dalam membantu murid menguasai operasi asas pendaraban. Saya
telah menggunakan murid-murid daripada kelas cikgu sebagai responden saya. Saya
ingin mengetahui beberapa pendapat cikgu terhadapa intervensi yang dijalankan.
1. Apakah pandangan anda tentang intervensi yang dijalankan ?
Pada pendapat saya, Intervensi yang dijalankan merupakan suatu intervensi
yang amat baik. Kaedah ini dapat membantu murid dalam menguasai sifir,
terutamanya sifir 6 hingga 10

2. Adakah intervensi ini membuahkan hasil?


Saya rasa kaedah yang digunakan berkesan kerana muridmurid yang
dikategorikan

sebagai

lemah,

terutamanya

dalam

pendaraban

yang

melibatkan sifir 6 hingga 10 sudah dapat menyelesaikan soalan-soalan


pendaraban dengan mudah.

3. Adakah kaedah ini sesuai digunakan oleh guru kepada murid-murid lain?
Saya rasa kaedah ini memang sesuai digunakan kerana saya dapati kaedah ini
mudah dikuasai oleh murid dan mereka tidak perlu bersusah payah dalam
mengahafal sifir.

4. Sekiranya diberi pilihan , adakah anda akan menggunakan intervensi ini


dalam pengajaran dan pembelajaran?
Ya saya pasti akan menggunakan kaedah ini. Seperti apa yang dikatakan tadi,
kaedah ini memang dapat dikuasai oleh murid dengan begitu mudah dan ini
juga meringankan beban guru dan juga murid. Murid-murid tidak perlu lagi
menghafal sifir, tetapi dapat menguasai operasi asas pendaraban dengan baik
sekali.

Terima kasih atas kerjasama cikgu.

Transkripsi Sesi Temu Bual Bersama Guru Matematik kelas Tahun 4 (Sebelum
Intervensi)
Selamat sejahtera cikgu.
Selamat sejahtera Ravind
Cikgu saya ingin menjalankan satu intervensi untuk melihat keberkesanan kaedah
pendaraban jari dalam membantu murid menguasai operasi asas pendaraban.
Sebelum saya memulakan intervensi, saya ingin menemu bual cikgu tentang prestasi
murid-murid Tahun 4.
Silakan.
1. Adakah murid-murid tahun 4 telah menguasai sifir 6 hingga 10?
Bukan semua murid yang telah menguasainya. Ada segelintir murid yang
masih menghadapi masalah dalam menghafal sifir terutamanya sifir 6 hingga
10.

2. Pada pendapat cikgu, apakah yang menyebabkan murid-murid menghadapi


kesukaran dalam menghafal sifir, terutamanya sifir 6 hingga 10?
Pada pendapat saya, dan daripada apa yang dapat saya lihat adalah muridmurid malas dalam menghafal. Mereka berasa bosan dan tidak berminat
dalam menghafal sifir. Ini menyebabkan mereka lemah dalam menguasai
operasi asas pendaraban.

3. Apakah masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang gagal menguasai


sifir?

Masalah yang biasa dihadapi oleh mereka adalah mereka tidak dapat
menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan pendaraban. Oleh
kerana kaedah pengiraan mereka yang kurang efektif serta agak lambat,
mereka tidak dapat meyelesaikan masalah-masalah pendaraban, terutamanya
semasa peperikasaan. Ini juga merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan murid-murid tidak mendapat markah cemerlang dalam
peperiksaan
Ok, terima kasih cikgu.

You might also like