You are on page 1of 28

Zali ingin memikat Zalina yang merupakan

pengawas di sekolahnya. Zali malu untuk


berhadapan dengan Zalina. Zali juga
bimbang Zalina akan melaporkan perkara
itu kepada Cikgu halil. Jais mencadangkan
Zali menulis surat secara rahsia dan
diletakkan di dalam laci meja Zalina.
Dalam surat itu, Badar meminta Zali
menyatakan niatnya yang ikhlas untuk
berkawan.

Zali berangan-angan untuk menjadi kawan


baik Zalina kerana Zalina mempunyai rupa
yang cantik. Tiba-tiba Zalina dan kawannya,
Fatimah lalu di hadapan Zali dan kawankawannya. Kawan-kawannya mengganggu
Zalina, tetapi Zali berpura-pura baik. Zalina
memuji sikap Zali.
Seperti yang dirancang, Zali memasukkan
surat ke dalam laci meja Zalina. Tiba-tiba
Zalina bangun dan terus keluar dari kelas.
Fatimah bertanya kepada Zalina dan Zalina
menunjukkan sepucuk surat kepada
Fatimah.

Kemudian, Cikgu Halil masuk ke kelas


mereka. Cikgu Halil memaklumkan semua
pelajar tentang surat yang telah diberikan
oleh Zalina kepadanya. Cikgu Halil bertanya
kepada semua pelajar tentang siapa penulis
surat itu. Tidak ada seorang pun pelajar
yang mengaku. Cikgu Halil meminta semua
pelajar mengeluarkan buku karangan. Cikgu
Halil meneliti semua tulisan pelajarnya di
buku masing-masing. Apabila tiba di tempat
Zali, Cikgu Halil meminta Zali menulis nama
dan alamatnya di papan hitam.

Cikgu Halil mengangkat surat itu dan


menyatakan bahawa tulisan di surat
itu dengan tulisan Zali di papan hitam
adalah sama. Cikgu Halil bertanya
kepada Zali lalu Zali mengaku dan
memohon maaf daripada Cikgu Halil.
Cikgu Halil memanggil Zalina ke
hadapan kelas dan bertanya sama
ada ingin memaafkan Zali atau tidak.
Zalina memaafkan Zali dan berharap
Zali tidak akan mengulangi perbuatan
itu lagi.

Pemikiran yang ingin diutarakan


oleh pengarang melalui drama ini
ialah:
Permasalahan yang biasa berlaku di sekolah.
Sikap segelintir pelajar lelaki yang suka
mengganggu pelajar perempuan.
Zali cuba memikat Zalina kerana Zalina
merupakan seorang pelajar yang cantik dan
cerdik.

1. Pergolakan jiwa remaja dalam zaman


persekolahan

Atas saranan Badar dan Jais, Zali yang


meminati Zalina menulis surat kepada
Zalina.

2. Bertolak ansur dapat mengekalkan


persahabatan
Zalina sedia memaafkan Zali.

3. Masalah disiplin dalam kalangan pelajar

Zali telah melakukan kesalahan disiplin


apabila menulis surat kepaa Zalina.

4. Kebijaksanaan dalam menyelesaikan


masalah disiplin pelajar
Cikgu Halil bijak dalam mencari penulis
surat yang dijumpai Zalina di dalam laci
mejanya.

Di susun mengikut kronologi. Urutan


peristiwanya bergerak dari suatu peristiwa ke
suatu peristiwa dengan lancar
Permulaan
Penceritaan bermula di bawah sebatang pokok
pada waktu rehat persekolahan.
Badar, Jais dan Zali berbual-bual mengenai niat
Zali yang mahu mengenali Zalina dengan lebih
rapat.
Badar dan Jais mencadangkan agar Zali menulis
surat perkenalan kepada Zalina.

Perkembangan
Zali menulis sepucuk surat kepada Zalina. Atas
bantuan rakan-rakannya, Zali telah berjaya
meletakkan surat tersebut di dalam laci meja
Zalina.
Zalina menjumpai surat itu dan membacanya.
Setelah itu, dia bergegas keluar dengan Fatimah
untuk berjumpa dengan Cikgu Halil.
Zali mula berasa takut. Zali diingatkan oleh
Badar supaya tidak mengaku bahawa dialah
yang menulis surat tersebut.

Klimaks
Cikgu Halil masuk ke dalam kelas dengan
keadaan yang serius.
Beliau meminta agar pelajar yang menulis surat
tersebut mengaku di hadapan kelas. Hal ini
kerana menulis surat kepada pelajar perempuan
adalah melanggar disiplin sekolah.

Peleraian
Cikgu Halil mendapat tahu bahawa Zali yang
menulis surat tersebut.
Zali telah meminta maaf kepada Zalina dan
Zalina telah memaafkan Zali.

Dialog
Perbualan antara dua atau lebih watak.
Contohnya, perbualan antara Zali dengan
kawan-kawannya di bawah pohon.

Imbas Muka
Watak memikirkan perkara yang mungkin akan
berlaku atau berangankan mengenai sesuatu.
Contohnya, Zali berangan-angan jikalau dia
menjadi kawan baik kepada Zalina, maka dialah
yang paling bertuah.

Imbas Kembali
Watak cuba mengingatkan kembali peristiwa
atau perkara yang telah lepas atau berlaku.
Contohnya, Zali diminta oleh Badar dan Jais
mengingat kembali mengenai seorang
pengawas perempuan bernama Zalina.

Saspens
Teknik penceritaan yang membuatkan pembaca
berdebar-debar menanti perkembangan cerita
selanjutnya.
Hal ini berlaku semasa Zalina keluar
mendapatkan Cikgu Halil. Kemudian Cikgu Halil
telah datang ke kelas dengan wajah serius dan
di tangannya terdapat sepucuk surat.

Zalina
Merupakan seorang pengawas
sekolah.
Bijak, cantik dan bersopan santun.
Sikap yang dimilikinya itu
menyebabkan Zali tertarik untuk
mengenali Zalina dengan lebih rapat.
Seorang yang tegas. Terbukti apabila
dia mengadu kepada Cikgu Halil
mengenai surat yang diterimanya.
Dia bersikap positif apabila bersedia
untuk memaafkan kesalahan Zali.

Merupakan seorang murid biasa.


Dia berkawan baik dengan Badar & Jais.
Digambarkan mempunyai sifat yang
pemalu. Sikap ini jelas dilihat apabila dia
ingin berkenalan dengan Zalina tetapi
malu untuk meluahkan rasa hatinya.
Berani; dia menulis surat kepada Zalina
serta meletakkannya di dalam laci meja
Zalina seperti yang dicadangkan oleh dua
orang rakannya, Badar dan Jais.

Badar dan Jais


Merupakan rakan
baik Zali.
Sering mengusik
Zali apabila
mendapat tahu Zali
meminati Zalina.

Cikgu Halil

Guru disiplin yang sangat tegas.


Terbukti apabila beliau
menghukum murid-muridnya
melakukan kesalahan
khususnya yang berkaitan
dengan disiplin pelajar.
Mempunyai sifat yang baik hati
apabila tidak mengambil
tindakan terhadap Zali setelah
Zalina memaafkan Zali.

Fatimah
Merupakan rakan kepada
Zalina.
Seorang murid yang rajin
mengulang kaji pelajaran.
Mempunyai sifat suka
menyindir Zalina mengenai
perasaan dan sikap Zalina
kepada Zali

Masa
Pada waktu pagi, iaitu sebelum sesi
persekolahan bermula.

Tempat
Di bawah sebatang pokok
Di dalam kelas

Masyarakat
Murid lelaki dan perempuan yang sedang
meningkat remaja.
Murid-murid lelaki yang suka mengusik.
Murid-murid perempuan yang rajin belajar.

Sinkope
Contohnya; kau, tapi, tu, aje

Bahasa Inggeris
Contohnya; ok, member, hooray, relax.

Personifikasi
Contohnya; Fasal lembap, kau orang
berdua. Aku minta maaf. Matematik dalam
kepala. Otak macam komputer.
(halaman 135)

Bahasa Kiasan
Contohnya; kura-kura dalam perahu; masuk
bakul angkat sendiri.

Peribahasa
Contoh;
JAIS: (Selamba) Sabarlah kawan. Kata orang tuatua, tidak lari gunung dikejar. Betul tak,
Badar?
BADAR: Betullah tu. Pepatah orang tua-tua
mengandungi pelbagai makna.
Mendalam.
(halaman 135)

Persahabatan
Persahabatan antara Zali, Badar dan Jais serta
Fatimah dan Zalina yang begitu baik.
Persahabatan akrab yang terjalin antara mereka
telah memudahkan mereka menyelesaikan
banyak perkara.

Tegas
Cikgu Halil sebagai guru disiplin dan guru kelas
yang begitu tegas dalam mendidik anak
muridnya di sekolah itu

Bijak
Ditunjukkan oleh Cikgu Halil yang mengambil
tindakan yang tepat dalam mencari penulis
surat tersebut melalui buku latihan dan
karangan murid-murid di dalam kelasnya.

Tolong- menolong
Badar dan Jais menolong Zali semasa Zali mahu
meletakkan surat untuk Zalina di dalam laci
meja Zalina.

Keberanian
Zali berani meletakkan surat di dalam laci meja
Zalina untuk menyatakan hasrat hatinya untuk
menjalinkan persahabatan dengan Zalina.

1. Kita hendaklah bersikap tegas terhadap apa jua


keadaan sekalipun.
2. Kita hendaklah menjaga hubungan persahabatan
antara rakan-rakan seperjuangan.
3. Kita mestilah bersikap tolong-menolong antara
satu sama lain agar kerja yang dilaksanakan dapat
dilakukan dengan sempurna.
4. Kita haruslah mempunyai disiplin yang tinggi bagi
membolehkan diri dihormati.
5. Kita hendaklah sentiasa bersedia memaafkan
kesalahan orang lain kepada kita.

You might also like