You are on page 1of 14

PEMBINAAN NEGARA

BAB 2

2.1 PENGENALAN

Apabila membicara atau menggambarkan perihal sistem masyarakat Melayu


tradisional (selepas ini ditulis masyarakat Melayu tradisi atau MMT sahaja), ia
merupakan satu perbincangan pensejarahan atau kehidupan kemasyarakatan
yang tidak boleh dipisahkan dari merujuk kepada zaman Kesultanan Melayu
Melaka (KMM). Titik tolak permulaan pada zaman ini kerana telah wujudnya
sebuah kerajaan yang dapat membentuk sebuah masyarakat Melayu yang
mempunyai sistem dan strukturnya tersendiri. Apa yang lebih dipentingkan lagi
ialah keupayaan sesetengah dari sistem dan struktur tersebut telah dapat
dikekalkan dan diterima pakai sehingga ke hari ini. Sama ada MMT sebelum dari
zaman KMM sudahpun mempunyai tradisi-tradisinya, perbincangan ini tidaklah
memberikan tumpuan kepada persoalan itu kerana telah banyak
diperbincangkan1 oleh sarjana dan di luar skop penulisan modul ini.

MMT merupakan satu istilah. Pendefinisiannya haruslah merujuk kepada definisi


siapa itu orang Melayu dan zaman tradisi yang diwakilinya.2 Secara umumnya,
MMT boleh ditakrifkan sebagai satu gambaran orang Melayu yang mengamalkan
sesuatu adat-istiadat (kebiasaan) yang telah sebati dan kekal secara turun
temurun dalam kehidupan mereka. Ini memberi erti bahawa mereka tidak begitu
terpengaruh dengan perubahan dan suasana sekeliling. Dalam erti kata lain,
perubahan diterima dengan penyesuaian keadaan setempat. Dengan ini unsurunsur tradisi dari segi politik, ekonomi dan sosial yang ada pada masyarakat
Melayu dapat dikekalkan sepanjang zaman.

2.2

1.

KONSEP-KONSEP PENTING

Sistem

Kamus Dewan mendefinisikan sistem sebagai cara atau kaedah yang teratur
dan tersusun baik-baik (yang biasanya dijadikan pegangan) untuk melakukan
sesuatu.3

2.

Struktur

Struktur merupakan pola-pola atau corak (patern) yang wujud secara relatif di
antara elemen-elemen yang terdapat dalam struktur itu. Elemen-elemen
tersebut ialah kelompok, institusi, hierarki, dan norma-normanya.

3.

Ke -RAJA -an

Dalam MMT, Ke-Raja-an menggambarkan sebuah pemerintahan atau sebuah


kerajaan yang memerintah, bukannya konsep negeri atau negara sebagaimana
pengertian hari ini. Ia juga sering dipanggil Ke-Sultan-an. Ke-RAJA-an juga
membawa maksud kekuasaan Raja ke atas pemerintahannya yang berpusat.
Raja itu Kuasa atau kata-kata Raja itu ialah undang-undang. Dengan kata lain,
Raja berkuasa mutlak. Maka pada masa itu sesebuah kerajaan akan dikenali
seperti Kerajaan Melayu Melaka atau Kesultanan Melayu Melaka4, Aceh, Kedah,
Patani, Perak, Pahang, Brunei dan lain-lainnya.

1.

Melayu

Gambaran tentang siapakah orang Melayu, ciri-ciri dan sifat-sifatnya pada masa
itu telahpun ditulis dengan panjang lebar oleh pengarang seperti Sir Frank
Swettenham, Sir Hugh Clifford, Richard Winstedt dan lain-lainnya (Lihat huraian
mereka seperti dalam senarai bacaan). Apa yang diistilahkan sebagai Melayu
dalam perbincangan ini ialah dari segi lokasinya iaitu orang Melayu di
Semenanjung Malaysia sebagai mewakili sebahagian besar Melayu di Alam
Melayu.

2.3

1.

PENEMPATAN

Lokasi

Sesebuah Kerajaan Melayu digambarkan bermula dengan sebuah penempatan di


kuala atau di tepi sungai yang mempunyai ciri-ciri asas seperti ada nilai strategik
(pertahanan), berpotensi berkembang (politik dan wilayah) dan mempunyai
kemudahan jalan laluan (ekonomi dan perdagangan). Sebagai contoh, Kerajaan
Melayu Melaka dibuka di Kuala Sungai Melaka yang mempunyai sebuah bukit di
sebelah kanan mudik (Bukit China dan bukit Kota A Famosa) yang amat sesuai
untuk dijadikan Pos Pemerhati. Di sepanjang sungainya wujud satu lembahan
yang sesuai dijadikan kawasan penempatan penduduk dan juga untuk aktiviti
pertanian. Manakala di kuala sungainya yang dalam dan dilindungi oleh pulaupulau kecil, menjadikan ia terhalang dari tiupan angin kencang. Ini membolehkan
Kuala Sungai Melaka amat sesuai untuk dijadikan sebuah pelabuhan yang boleh

menguasai laluan di Selat Melaka dan juga laluan darat di kawasan


pedalamannya. Faktor-faktor ini kemudiannya telah menjadikan nama Kerajaan
Melayu Melaka terkenal ke seluruh dunia.

Melalui rangkaian penempatan di tepi sungai mahupun di tepi pantai yang


kemudiannya berkembang ke pedalaman telah dapat membentuk kelompok
penempatan yang lebih meluas atau penempatan baru. Penempatanpenempatan ini akhirnya membentuk satu kelompok pemerintahan. Biasanya
kelompok pemerintahan ini tidak akan berkembang maju sehinggalah ia
didatangi oleh seorang Raja atau Sultan yang akan memberikan
pemerintahannya. Inilah yang telah dibuktikan oleh sejarah mengenai kewujudan
sistem pemerintahan di Melaka, Kedah atau Perak misalnya. Di Kuala Sungai
Melaka digambarkan telah mempunyai perkampungan nelayan sebelum
Parameswara berhasrat membuka sebuah kerajaan di situ. Begitu juga dengan
Perak yang telah mempunyai pemerintah atau ketua-ketua tempatan di hulu,
hilir, darat dan baruhnya sebelum ketibaan Sultan pertama yang menubuhkan
Kerajaan Melayu Perak.5
Sebuah penempatan yang paling asas, dikenali sebagai kampung atau nama
tradisinya dusun. Ia diketuai oleh seorang ketua yang dipanggil ketua kampung
atau tok empat atau penghulu. Biasanya sebuah kampung didiami oleh sebuah
keluarga besar ataupun oleh beberapa buah keluarga yang menjadi peneroka
awal. Biasanya kampung dibuka (diterokai) kerana mempunyai potensi menjadi
sebuah kawasan sawah padi (bendang) dan dusun buah-buahan (pertanian), di
samping menjadi tempat perlindungan daripada bencana peperangan, melarikan
diri daripada penindasan atau serangan wabak penyakit berjangkit. Ada juga
kadangkala sesuatu tempat yang telah dijadikan tempat persinggahan bermalam
(sementara) bagi laluan darat kemudiannya diterokai menjadi sebuah
perkampungan yang baru. Biasanya ia mempunyai kriteria di atas, iaitu mudah
sumber air untuk tujuan pertanian.

Bagi sebuah penempatan MMT yang telah berkembang, ia mempunyai kawasan


tempat tinggal (rumah-rumah) di tepi sungai. Rumah-rumah ini biasanya
memanjang mengikut arah hulu sungai dan di sekelilingnya di tanam dengan
pokok kelapa dan pokok buah-buahan kekal (dusun) seperti durian, langsat,
cempedak, petai, nangka, manggis, rambai dan sebagainya yang mengikut
keutamaan dan kesesuaian setempat. Di atas atau pedalaman dari kawasan ini
dijadikan kawasan tanaman kontan dari jenis sayur-sayuran seperti ubi dan labu,
jagung, tebu, dan pisang. Pada masa awal penerokaan, ditanam padi huma atau
padi bukit yang dibuat serentak dengan tanaman kontan. Kawasan inilah juga
kemudiannya menjadi tempat awal penanaman getah setelah kedatangan
penjajah. Kawasan tanaman padi (sawah atau bendang) pula tidak jauh dari sini,
di kawasan yang biasanya ada anak bukit dan anak sungai kecil yang
membentuk kawasan paya yang luas dan mempunyai tahap kesuburan yang
tinggi. Inilah kawasan yang dijadikan sawah semasa musim hujan dan dijadikan
tempat makan binatang ternakan seperti kambing, lembu atau kerbau pada
musim panas.6

2.

Kegiatan Kemasyarakatan

Bagi kegiatan bermasyarakat seharian, masjid atau surau dan pasar-pasar sehari
(atau dalam istilah masyarakat di Sabah dipanggil Tamu dan bagi masyarakat di
utara Kedah dan Perlis dikenali dengan Nat) menjadi tempat berkumpul
masyarakat. Masjid atau surau menjadi tempat mengerjakan ibadah khusus
(kegiatan keagamaan) dan pendidikan, serta dijadikan tempat berkumpul bagi
membincangkan hal-hal kemasyarakatan. Sebab itulah kita dapat melihat
sehingga ke hari ini, ruang-ruang yang terdapat di sesebuah masjid itu mestilah
mengandungi ruang sembahyang, bahagian anjung untuk tempat berbicara
(tempat bersembang atau berlabun) yang terpisah dari ruang sembahyang dan
tempat mengambil air sembahyang (kolah dan telaga jika tempatnya jauh dari
sungai). Ketiga-tiga ruang ini biasanya berada dalam satu bangunan utama
masjid atau surau bagi memudahkan pergerakan.

Kegiatan di masjid bermula dengan mengambil air sembahyang, berhenti di


ruang berbicara dan masuk ke dalam bagi menunaikan sembahyang (solat).
Ataupun masuk ke ruang berbicara kemudiannya baru mengambil air
sembahyang di ruang yang hanya bersebelahan sahaja, lepas itu barulah
bersembahyang. Manakala di luar bangunan utama ini akan didirikan tempat
memasak dan tempat bermayang bagi menjalankan kerja-kerja masakan
terutamanya untuk kegiatan bulan puasa dan hari-hari perayaan kebesaran
agama. Sayugia diingatkan bahawa susunan ruang bangunan sebegini bagi
menyesuaikan dengan keadaan setempat dan semasa. Syarat bagi mendirikan
masjid bagi sesebuah kariah mestilah pemastautin lelaki balighnya melebihi 40
orang. Dengan itu tidak semua kampung mempunyai masjid. Beberapa buah
kampung yang dikumpulkan menjadi mukim, disitulah yang akan didirikan masjid
biasanya di kampung yang ketuanya berjawatan lebih kanan dan kampung itu
merupakan kampung asal lagi utama. Oleh yang demikian, tempat-tempat atau
ruang yang dinyatakan di atas amatlah diperlukan oleh para jemaah yang
datang dari kampung sekitar dengan cara berjalan kaki ataupun berperahu
menggunakannya sebelum menunaikan sembahyang. Lebih-lebih lagi bagi
menunaikan sembahyang Jumaat. Kegiatan pendidikan dibuat pada pagi Jumaat
sehinggalah sampai waktu sembahyang yang dijalankan oleh guru-guru agama
dari mukim lain ataupun imam-imam tempatan.

Bagi kampung-kampung yang tidak mempunyai masjid, surau akan memainkan


peranan. Susunan ruangnya adalah lebih mudah dengan hanya ada ruang
sembahyang dan tempat membasuh kaki di tepi tangga untuk naik ke surau.
Biasanya surau ini terletak di tepi sungai dan berhampiran dengan rumah ketua
kampung. Selain dari belajar sesama sendiri dengan imam di kampung, imam
dari masjid atau guru agama tempatan juga akan datang mengajar pada malammalam tertentu dalam setiap bulan. Biasanya imam ini akan bermalam di
kampung tersebut bagi membolehkannya mengajar kaum wanita (ibu) pada
sebelah petang dan mengajar kaum bapa pula pada waktu antara Maghrib
dengan Isya. Bagi kanak-kanak dan orang dewasa, mereka hanya belajar (istilah
masa itu mengaji) al-Quran dan fardu ain di rumah imam atau orang kampung

yang berkebolehan seperti bilal, (biasanya dipanggil pak lebai) siak, atau di
rumah keluarga induk yang berilmu dan berkebolehan mengajar al-Quran.7

Manakala pasar pula menjadi tempat berjual beli (perniagaan) dan bertukartukar barangan. Dalam keadaan masyarakat yang mengamalkan kehidupan yang
mudah atau secukup hidup, proses berjual beli tetap juga berlaku. Ini kerana
tidak semua masyarakat dapat menyediakan keperluannya sendiri. Ada yang
perlu didapati dari orang lain atau daripada tempat lain. Maka akan berlakulah
pertukaran barang atau proses jual-beli. Proses ini tidaklah berlaku setiap hari
kerana faktor jalan laluan, pengangkutan dan masa bagi mengumpulkan barangbarang tersebut. Tempat bagi bertukar barangan dan jual-beli ini ialah pasar
sehari di tempat-tempat tertentu yang biasanya di kuala sungai atau anak
sungai yang mudah mempertemukan orang ramai. Penduduk setempat
membawa hasil pertanian dan ternakan yang boleh ditukar atau dijual, manakala
pedagang dari luar (dalam konteks ini masih orang Melayu tetapi datang dari
luar kawasan-mukim atau daerah) membawa barang dagangan mereka. Setelah
berlaku pertukaran barang atau berjual beli, mereka balik semula ke destinasi
masing-masing. Bagi penduduk setempat masa pergi dan balik selalu dilakukan
beramai-ramai dengan perahu, rakit ataupun berjalan kaki. Di sini juga
berlakunya proses asimilasi dan permuafakatan setempat.

Pergerakan terpaksa dilakukan secara beramai-ramai atau berkumpulan kerana


faktor pengangkutan dan juga kerana masalah keselamatan. Walaupun pada
umumnya hampir setiap keluarga mempunyai perahu sebagai alat
pengangkutan, tetapi dengan cara bergerak beramai-ramai akan lebih
menjaminkan keselamatan dari ancaman binatang buas, karam dalam sungai
ataupun dirompak di tengah perjalanan. Pergerakan sebegini juga akan lebih
mempereratkan lagi silaturrahim sesama mereka dengan adanya semangat
tolong menolong dan saling membantu. Maka kelihatanlah masyarakat berada
dalam suasana bermuafakat kerana amat berpegang kepada adat dan agama
sebagaimana digambarkan oleh ungkapan hukum bersendikan adat, adat
bertiangkan agama. Dalam erti kata lain, adat dan agama telah dapat menyatu
dan memperatkan perhubungan dan pergaulan dalam MMT.

3.

Faktor Penyatuan

Dalam konteks bernegara seperti hari ini, MMT tidak dapat memperlihatkan
gambaran suasana sedemikian. Ini kerana konsep negara dan bangsa dalam
sebuah kerajaan Melayu tidak begitu jelas. Rakyat sering mengaku menjadi
rakyat jelata atau orang, seperti rakyat Sultan Kedah atau orang Perak
(oghang Peghak). Walaupun begitu, penyatuan yang boleh memberikan
persamaan kepada semua MMT di seluruh pelusuk Alam Melayu ialah
penggunaan bahasa Melayu dan perkembangan sasteranya yang sama, corak
kehidupan sederhana yang penuh dengan budi bahasa dan susur budayanya,
agama Islam yang menjadi anutan dan pegangan serta pemilikan ke atas tanah
adalah hak-milik Raja (tidak ada pemilikan kekal kecuali atas anugerah). Oleh

yang demikian, dalam MMT tidak ada batas sempadan kekal (tetap) yang
bertanda, yang akan memisahkan antara sesama penduduk tetapi hanya ada
perakuan kawasan dan tanda kesetiaan. Kekuatan sesebuah kerajaan diukur
pada bilangan (ramai) penduduk yang memperakui kekuasaan pemerintahan
dengan memberi kesetiaan, bukannya kepada keluasan kawasan secara mutlak.

2.4

PENDUDUK

MMT boleh diklasifikasikan kepada dua kelas,iaitu pemerintah dan rakyat.


Golongan pemerintah terdiri daripada Raja/Sultan, kerabat terdekat, pembesar
istana dan pembesar tempatan. Golongan rakyat pula terdiri daripada rakyat
bebas dan golongan hamba. Mereka ini tinggal di sepanjang tepi sungai yang
sesuai dan di tepi laut dengan membentuk sebuah penempatan yang
berkembang menjadi mukim, daerah/jajahan dan negeri (dalam istilah hari ini).
Penempatan juga berkembang ke pedalaman (darat), iaitu ke hulu lembahan
sungai yang berakhir ke kaki bukit.

Kedudukan atau lokasi sesuatu penempatan akan mencorak bentuk jenis


pekerjaan penduduknya. Pada asalnya merupakan satu bentuk pekerjaan untuk
keperluan asas seharian sahaja. Akhirnya pekerjaan asas ini menjadi pekerjaan
utama yang berupaya mengeluarkan hasil keluaran tempatan. Pada umumnya
penduduk mengusahakan kawasan pertanian bagi menghasilkan keperluan
makanan sendiri. Jika ada lebihan akan digunakan sebagai keperluan pertukaran
ataupun simpanan semasa kecemasan. Di samping itu dilakukan juga usahausaha mencari hasil bumi dan galian, hasil hutan atau hasil laut secara sambilan
berselang seli dengan kerja utama pertanian. Bagi yang kerja utamanya ke laut,
mereka akan beralih ke kerja galian dan hutan semasa musim tengkujuh.
Ataupun mereka akan pergi ke pulau-pulau yang mempunyai gua untuk
mengeluarkan hasil sarang burung atau hasil lainnya seperti baja.
Secara keseluruhannya, penduduk mempunyai satu sistem kehidupan yang
sederhana dengan ekonomi sara diri dan bertukar barangan perniagaan yang
dijalankan sesama sendiri antara penduduk di tepi pantai dengan di tepi sungai
dan lembahannya. Orang tengah (pengantara) dalam perniagaan ialah
pemerintah dan pemimpin tempatan. Perniagaan diperluaskan dengan kawasan
jiran tetangga melalui jalan darat atau laut. Perkembangan dalam kehidupan
juga kemudiannya menjadikan sebahagian kecil penduduk menjadi pedagangpedagang sehingga ke peringkat antarabangsa (dunia luar).8

2.4.1

Pemerintah

Secara umum, susun-lapis golongan pemerintah dari kedudukan tertingginya


ialah Raja atau Sultan. Diikuti oleh kerabat terdekat yang terdiri dari kalangan
isteri-isteri, ibu-ibu, anak-anak, adik beradik dan bapa serta emak saudara
bersama anak-anak mereka. Kelompok ini dibantu oleh pembesar istana yang
diketuai oleh Bendahara, diikuti oleh Temenggung, Laksamana, Penghulu
Bendahari, Ketua Hulubalang (Hulubalang Besar) dan lain-lain Orang Besar
Istana. Satu lagi kelompok pemerintah yang penting ialah Pembesar Tempatan
yang diistilahkan sebagai Orang Besar Empat Lipatan dengan gelarannya Orang
Besar Empat, Orang Besar Lapan, Orang Besar Enam Belas dan Orang Besar Tiga
Puluh Dua, Dato Penghulu dan Ketua Kampong. Mereka menjalankan tugas di
mana penempatan mereka didirikan berasaskan kedudukan dan statusnya dalam
hierarki pemerintahan.

2.4.2

Rakyat

Kalangan rakyat terbahagi kepada rakyat bebas dan golongan hamba. Rakyat
bebas terdiri daripada kalangan orang kaya (berharta), ahli agama, orang yang
ada kepandaian yang dikenali sebagai utas, tukang atau pandai dalam bidang
membuat senjata, emas, perahu, rumah, pemuzik atau ahli Nobat dan kerja
perbomohan serta mengurut. Rakyat jelata juga terdiri daripada kalangan
peniaga dan pedagang, dan orang biasa yang menjadi petani, penternak atau
nelayan. Kelompok rakyat jelata ini boleh menaikkan taraf mereka dengan
kehendak pemerintah kerana telah membuat jasa dan bakti atau melalui
perkahwinan. Maka wujudlah di kalangan mereka ini Orang Bernama, Berjasa
atau Bergelar.

Bagi kalangan hamba pula, mereka menjadi sedemikian kerana warisan dari
keturunan, berhutang, hukuman, tawanan atau kerana kemahuan sendiri untuk
menghambakan diri atas sebab dan alasan tertentu.9

2.5

MASYARAKAT SETEMPAT

Masyarakat Melayu meliputi satu rumpun suku-kaum yang besar. Jika di lihat dari
segi kawasan penempatannya, ia meliputi dari kawasan Champa di Indo-China
sampai ke kepulauan Madagaskar di Afrika. Namun apa yang diperbincangkan di
sini hanyalah kepada suku-kaum yang ada di Semenanjung Malaysia sahaja.
Mereka itu boleh dibahagikan kepada tiga kelompok utama. Pertama ialah orang
Melayu yang berasal di sini (tanpa mengambil kira lagi pandangan yang
mengatakan mereka ini juga asalnya datang dari sebelah utara). Kedua ialah
orang Melayu mendatang dari Sumatera terdiri daripada orang Aceh, Pasai,
Minangkabau, Riau, Mendeleng dan Rawa; dari Kalimantan, terdiri daripada
orang Banjar; dari Jawa terdiri daripada orang Jawa dan Sunda; dan orang Bugis
pula dari Sulawesi. Dari sebelah utara pula ialah kalangan masyarakat Patani dan
Siam yang membentuk masyarakat Sam-Sam, iaitu satu kelompok masyarakat

yang mengakui sebagai orang Siam tetapi mengamalkan adat istiadat, cara
kehidupan dan agama orang Melayu, kecuali masih berbahasa Siam lama
(Selatan). Manakala kelompok ketiga ialah orang luar yang telah membentuk
satu lagi kelompok baru masyarakat Melayu. Mereka ialah daripada kalangan
orang Arab dan India Muslim yang telah mengasimilasikan kehidupan dengan
orang Melayu. Proses ini adalah melalui perkahwinan antara mereka yang
kebanyakannya pendakwah Islam dan juga pedagang-pedagang dengan anak
perempuan golongan pemerintah dan orang besar. Perkembangan ini telah
membentuk satu lagi kelompok Melayu yang dikenali sebagai Melayu keturunan
Arab dan juga Jawi Pekan atau Orang Peranakan (Anak Mami). Sebahagian
mereka tinggal dalam kelompok sendiri dan ramai yang tinggal bersama
kelompok besar Melayu.10

2.6

BIDANG PEKERJAAN DAN HASIL KELUARAN

Pekerjaan utama MMT banyak dipengaruhi oleh tempat tinggal mereka. Bagi
yang tinggal di tepi laut, mereka menjadi nelayan dan juga pedagang. Manakala
di tepi sungai dan pedalaman, menjadi petani atau istilah pada masa itu ialah
buat bendang. Namun begitu, oleh kerana kerja nelayan dan buat bendang
mengikut musim, maka mereka juga melakukan kerja sampingan sementara
menunggu tiba kembali musim kerja utama. Antara kerja-kerja yang dilakukan
dalam bidang pertanian ialah menanam padi. Dalam masa yang sama atau
secara bermusim mereka menanam lada, buah pinang, sagu, cengkih, gambir,
tebu, jagung, cutch dan sebagainya mengikut tempat dan kesesuaian tanah.
Mereka juga menjalankan kerja penternakan seperti memelihara lembu, kerbau
dan kambing, ayam itik dan memproses kulit binatang ternakan. Pada masa
sampingan, para petani atau nelayan melakukan kerja-kerja mencari bahan
galian seperti bijih timah, habuk emas dan bijih besi. Manakala kerja di hutan
juga dilaksanakan seperti mencari kayu-kayan, rotan dan pewarna (dye), madu
lebah, lilin (wax), damar, kayu gaharu, cendana dan kasturi, memburu gajah bagi
kegunaan pengangkutan serta dijual gading dan giginya, memburu harimau
untuk kegunaan tulang dan kulitnya, memburu badak bagi keperluan kepada
sumbu atau gadingnya dan memburu rusa untuk daging dan tanduknya. Bagi
nelayan, mereka mempunyai satu lagi pekerjaan tetap atau sampingan dengan
mencari sarang burung di gua-gua yang terdapat di kawasan pulau atau gua-gua
di tepi pantai, membuat jeruk telur ikan (fish maws), memproses sirip jerung,
mencari dan memproses tripang (gamat) atau dikenali sebagai sea slugs atau
beach de mer, menyelam tiram, membuat garam dan ikan masin.

2.7

NILAI-NILAI MURNI MMT: SATU PENGAMATAN KEMBALI

Keadaan penempatan, corak pekerjaan dan suasana pemerintahan MMT telah


membentuk satu corak masyarakat yang tersendiri. Mereka telah menghasilkan
satu nilai kehidupan yang tidak sama dengan masyarakat lain. Perkara ini boleh
di lihat melalui contoh-contoh di bawah.

2.7.1

Sistem Politik

Asas hubungan politik Melayu berteraskan kepada perjanjian dan perakuan


antara Demang Lebar Daun (mewakili rakyat) dengan Sang Si Perba (mewakili
Raja atau Pemerintah). Perjanjian dan perakuan ini berbunyi:

Demang Lebar Daun


Adapun tuanku, segala anak cucu patek sedia akan menjadi hamba ke bawah
duli yang dipertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli tuanku, dan jika
ia berdosa, sebesar-sebesar dosanyapun, jangan difadilatkan, dinista dengan
kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jika berlaku pada
hukum syara.

Sang Si Perba
Hendaklah pada akhir zaman kelak, anak cucu bapa hamba jangan derhaka
pada anak cucu kita. Jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun.

Demang Lebar Daun


Baiklah tuanku. Tetapi jikalau anak-buah tuanku dahulu mengubahkan ia, maka
anak cucu patek pun mengubahkannya.

Sang Si Perba
Baiklah, kabullah hamba akan waadat itu.11

Inilah perjanjian awal yang telah mengikat kesetiaan dan memberi perlindungan
di antara pemerintah dan rakyat dalam MMT. Ekoran dari itu wujudlah beberapa
konsep yang menjadi pengikat dan pengerat hubungan antara kedua pihak, iaitu

1.

Konsep Taat Setia dan Penaung

Konsep ini menerapkan nilai perhubungan antara pemerintah dengan rakyat.


Rakyat memberikan taat setia kepada pemerintah. Pemerintah pula memberi
perlindungan kepada rakyat melalui pemerintahan yang adil dan saksama.
Dalam erti kata lain, rakyat memperakui ketuanan pemerintah dan pemerintah
menjadi penaung dan pelindung kepada rakyat.

2.

Konsep Budi dan Anugerah

Rakyat memberi perkhidmatan kepada Raja (kerajaan), dan pemerintah memberi


anugerah kepada rakyat dengan pangkat, gelaran mahupun tanah atau kawasan
sebagai pegangan. Namun apa yang sering digambarkan kepada kita penduduk
hari ini ialah tentang kezaliman dan penindasan serta pelbagai pekara buruk
yang dilakukan oleh pemerintah dan sebagai tindak balas adanya penderhakaan
atau rakyat melarikan diri dari pemerintahan yang zalim. Keadaan ini berpunca
dari kedua-dua pihak atau salah satunya kerana tidak lagi berpegang pada janji
dan perakuan yang dinyatakan di atas. Ia juga berpunca kerana tidak mengikut
beberapa kriteria dan garis panduan yang perlu diikuti dalam membuat
perlantikan raja atau pemerintah. Antara kriteria yang telah digariskan ialah

Anak lelaki sulung


Berakal
Berilmu
Seboleh-bolehnya anak gahara
Mendapat sokongan para pembesar dan ketua-ketua
Dilantik dengan penuh adat istiadat12

Jadi, apabila sesatu kriteria di atas tidak dipatuhi dalam membuat perlantikan
seseorang Raja atau pemerintah, maka berlakulah kepincangan dalam sistem
pemerintahan tersebut. Misalnya, jika tidak dipilih anak lelaki sulung untuk
menjadi waris atau menaiki takhta, ia mengakibatkan berlakunya rasa tidak puas
hati di kalangan pewaris, keluarga dan pengikutnyaboleh menimbulkan
perasaan kecewa, marah dan dendam. Sering kali ia akan berakhir dengan
pemberontakan yang mengakibatkan huru hara. Sayugia diingatkan perkara
tidak puas hati ini mudah timbul kerana sifat pemerintah pada masa itu bukanlah
mempunyai seorang isteri. Biasanya di kalangan isteri ini sering bersaing untuk
memastikan anak mereka akan menjadi waris takhta. Keadaan menjadi
bertambah sengit sekiranya isteri pertama hanya anak seorang pembesar, adik
atau kakak pembesar yang berpengaruh dan isteri kedua pula berdarah raja.
Banyak contoh dalam sejarah kerajaan Melayu yang menggambarkan perihal
perkara ini.

Begitu juga dengan sokongan para pembesar. Pembesar adalah kaki dan
tangan serta mata dan telinga Raja. Oleh itu kesetiaan dan sokongan padu
dari mereka dapat membantu melicinkan pemerintahan sesebuah kerajaan.
Dalam catatan Sejarah Melayu digambarkan Sultan Alauddin Syah terpaksa
melakukan penyamaran dengan berkawal dan meronda bagi menangkap pencuri
dan perompak kerana Datuk Temenggung tidak menjalankan tugas dengan
sempurna. Begitu juga dengan nasib yang menimpa Raja Muhammad yang tidak
dapat menjadi waris takhta KMM setelah Bendahara Paduka Raja Tun Perak
menyatakan: tetapi janganlah kita bertuankan anak raja seorang ini.
Penolakan ini terpaksa diakuri oleh Sultan Mansor Syah dan menyerahkan Raja
Muhammad kepada Seri Bija Diraja untuk disuruh rajakan di Pahang.13

2.7.2

Sistem Ekonomi

Pada asasnya MMT mengamalkan ekonomi sara diri. Namun kerana tidak semua
tempat boleh mengeluarkan semua hasil, maka pertukaran barangan berlaku.
Dalam MMT kurang mementingkan keuntungan yang berlebihan tetapi lebih
kepada perkhidmatan sosial (kemasyarakatan). Dalam urusan jual belipun masih
memperkirakan amalan sedekah jariah. Ini sejajar dengan ajaran Islam yang
menetapkan keuntungan perniagaan sehingga tidak sampai ke peringkat
menindas pengguna. Sering berlaku memberi lebihan dari yang sepatutnya
berdasarkan tukaran atau nilai harga barang tersebut. Contoh yang dapat di lihat
secara nyata sekarang ini ialah penjualan kuih-muih dari rumah ke rumah, yang
sering diamalkan di kalangan masyarakat nelayan bukanlah semata-mata untuk
keuntungan jualan sahaja. Malahan lebih kepada memberi perkhidmatan
terhadap masyarakat setempat. Masyarakat pula sentiasa tertunggu-tunggu
kehadiran si penjual untuk membeli kuih-muihnya di samping berkongsi
pendapatan dengannya.

Apa yang lebih menarik lagi dalam MMT, semua bentuk perniagaan dan
perdagangan dilakukan sendiri oleh orang Melayu (penduduk tempatan). Orang
Melayu menjadi pembuat, penjual dan kemudian memperdagangkannya. untuk
pasaran luar berdasarkan tahap dan bidang masing-masing. Misalnya, di sebuah
penempatan, terdapat tukang besi yang membuat pelbagai jenis alatan (senjata)
yang boleh di gunakan untuk keperluan pertanian ataupun untuk kegunaan
persenjataan. Hasil tangan (barangan) ini akan dibeli oleh penduduk setempat
secara terus. Bagi tujuan untuk dijual keluar, biasanya ada pihak lain (peraih
atau orang tengah) yang akan membeli dan menjualkannya di luar.

Demikian juga dengan penjualan hasil pertanianseseorang petani yang


mempunyai lebihan padi atau beras akan menjualkannya kepada pembeli dari
kalangan penduduk kampung atau yang datang dari luar. Lepas itu barulah beras

ini diperdagangkan keluar seperti di kawasan pedalaman yang kurang hasil padi
atau di kawasan nelayan yang tidak mengerjakan bendang. Ini adalah dalam
konteks kawasan setempat dalam sebuah kerajaan. Terdapat juga perdagangan
yang melibatkan antara kerajaan dengan kerajaan, misalnya Kerajaan Melayu
Kedah terkenal dengan keluasan sawah padinya. Mereka akan
memperdagangkan beras ke Kerajaan Melayu Perak di sebelah hulu atau di
kawasan utaranya. Begitu juga dengan Kerajaan Melayu Patani yang
mengeluarkan hasil garam dan ternakan lembu kerbau. Mereka juga akan
memperdagangkan hasil tersebut ke Perak ataupun Kedah dan ke tempat
lainnya.

Catatan dari penulis-penulis sebelum ini telah menyatakan bahawa orang Melayu
juga merupakan pedagang dan pelaut terkenal. Mereka bukan sahaja menjadi
pedagang tempatan, pesisir pantai malahan sampai ke peringkat antarabangsa.
Meskipun pada zaman keagungan Melaka tidak begitu digambarkan pedagang
Melayu keluar dari Melaka, namun hakikatnya, kenyataan telah membuktikan
bahawa orang-orang Melayu dari sebelah utara di kawasan Segenting Kra,
sebelah timur dari Kepulauan Filipina dan Kepulauan Sulu serta dari bahagian
selatan dari Kepulauan Sulawesi telah pun berdagang dan menjual barangan
mereka di Melaka.14

Kenyataan menjadi semakin jelas apabila kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka


telah membawa kepada perkembangan Kerajaan Aceh, Kedah, Johor-Riau, Patani
dan Brunei serta Sulu. Mereka ini telah melakukan perdagangan keluar sampai
ke India dan China. Selain dari bukti-bukti melalui penulisan ilmiah, cerita-cerita
rakyat dan perumpamaan yang menjadi pegangan masyarakat Melayu mengenai
perdagangan dan perniagaan juga dapat membuktikan kenyataan di atas
seperti:

Saudagar buluh kasap, hujung hilang, pangkal lesap


Larangan menjual jarum (besi) dan garam pada waktu malam
Cerita pengembaraan perniagaan seperti Awang Sulung Merah Muda dan
Nakhoda Si Tanggang
Cerita angan-angan Mat Jenin berniaga16

2.7.3

Sistem Sosial

Kehidupan penduduk sentiasa dalam suasana bermasyarakat. Ibarat satu tubuh


badan, yang antara satu sama lain sentiasa saling membantu dan memerlukan.
Asas pekerjaan ialah bergotong royong dan bekerjasama. Tidak banyak
memperlihatkan sikap individualistik. Pemilihan jodoh dijadikan contoh

perbincangan ini. Ia bermula dengan permuafakatan seluruh keluarga dengan


dibantu oleh jiran tetangga yang sebahagian besarnya terdiri dari kalangan
keluarga juga. Setelah mendapat kata sepakat, baru dibuat risikan untuk
meminang yang berakhir dengan pertunangan. Setelah sampai tempoh atau
cukup masa yang dijanjikan, majlis pernikahan dilangsungkan dengan
mengadakan kenduri kendara secara yang termampu. Perbelanjaan perkahwinan
biasanya ditanggung oleh keluarga dengan muafakat seluruh penduduk sama
ada di pihak pengantin lelaki apatah lagi perempuan. Semua kerja dibuat secara
bergotong royong tanpa mengharapkan sebarang upah atau ganjaran. Penduduk
bersama keluarga meraikan majlis ini sampai ke akhir. Dalam istilah
setempatnya dikatakan sehingga selesai memulangkan pinggan mangkuk dan
kawah belanga. Ia disusuli kemudiannya dengan menziarahi keluarga dan orang
kampung. Sekali lagi pengantin ini dirai dan diberi hadiah atau buah tangan
sebagai tanda kenangan dari kaum keluarga mengikut kadar kemampuan
masing-masing. Peristiwa ini berlaku dikedua-dua belah pihak lelaki dan
perempuan. Ini memberikan satu gambaran tentang tanggungjawab bersama
ahli keluarga dan juga masyarakat kepada pihak yang akan membentuk keluarga
yang akhirnya menjadi ahli kepada masyarakat tersebut juga.

Bagi kerja-kerja pertanian, semua dibuat secara gotong royong. Ia bermula dari
proses membuka hutan sehinggalah mendapatkan hasil. Teknologi direka cipta
sendiri seperti membuat baji untuk menebang pokok serta membelah kayu.
Memasang pelita dan unggun api digunakan untuk meluruskan taliair dan dan
batas sawah atau bendang. Membuat lesung bagi mengisar padi dan
sebagainya. Banyak lagi contoh-contoh teknologi MMT yang telah direka cipta
dan digunakan seperti panduan arah angin, persenjataan dan alat pertukangan,
alat memasak dan tenunan hatta kepada pembinaan kapal layar untuk
perdagangan.

Konsep gotong royong ini amat penting kerana masyarakat tidak mampu
melaksanakan sebarang kerja secara bersendirian. Mengambil contoh bagi
membuka sebuah kawasan sawah padi misalnya pengusahaan sawah padi
dikendalikan oleh seluruh penduduk kampung kerana melibatkan kerja menebas
dan menebang pokok, membakar atau memerun, menggali parit dan taliair,
membuat batas atau ban bagi takungan air mahupun untuk tujuan sempadan
antara tuan punya, ataupun bagi membina pagar dari ancaman babi hutan atau
menghalang ternakan memakan pokok padi. Melalui konsep kerjasama, bukan
sahaja saling membantu, malahan dapat menyelaraskan kerja. Taliair dan parit
tidak boleh dibuat bersendirian kerana melibatkan luas dan kedalaman yang
berbeza dari sebelah hulu ke hilir. Begitu juga dengan batas atau ban yang
hendak dibina harus mengambil kira kedudukannya agar tidak memasuki ke
bahagian orang lain. Menuai padi juga mesti bersama-sama supaya dapat
mengelakkan dari terkeluar dari musim panas. Ini kerana padi yang telah dituai
harus dijemurkan pada panas matahari supaya mudah semasa memprosesnya
menjadi beras. Jika musim hujan tiba, sedangkan kerja mengambil buah padi
belum selesai, maka kerugian besarlah petani tersebut dari segi hasilnya. Oleh
yang demikian, istilah muafakat membawa berkat telah jadi pengikat
perhubungan dalam MMT.

Tanda-tanda muafakat seterusnya dapat di lihat dalam aktivti keagamaan. Jika


pada peringkat permulaan ada digambarkan perihal keadaan masjid dan surau,
perbincangan ini cuba memaparkan kerjasama masyarakat semasa mengerjakan
ibadah puasa dan menyambut hari raya. Semua pihak, tua-muda, kecil-besar,
lelaki-perempuan terlibat sama dalam ibadat puasa dan menyambut hari raya
tersebut. Misalnya menghadapi waktu berbuka puasa, memadai dengan
membuat sejenis kuih dan menghantar kepada keluarga sekeliling, tuan rumah
tersebut akan mendapat balasan. Dengan ini akan dapatlah berbuka dengan
beberapa jenis kuih meskipun hanya membuat sejenis sahaja. Demikian juga
dengan lauk-pauknya.

Suasana diteruskan pada hari raya. Selain menziarahi kubur pada sebelah
paginya beramai-ramai, kunjung mengunjung ke rumah saudara mara dilakukan
dalam masa beberapa hari. Peraturan adatnya pihak yang muda akan
mengunjung keluarga yang lebih tua dari segi usia atau kedudukannya dalam
keluarga atas sifatnya sebagai bapa atau datuk saudara (pupu). Semua ini
berlaku kerana kuatnya ikatan kekeluargaan dan juga berpegang pada adat serta
mengikut ajaran keagamaan.

You might also like