You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

SEKOLAH AGAMA AL-ISLAHIYAH (MEN) BOHOR MALI


KALI 1/2010
TARIKH
MASA
HARI
TEMPAT

: 19 JANUARI 2010
: 2.30 PETANG
: SELASA
: BILIK MESYUARAT SEKOLAH

KEHADIRAN:
1.
2.
3.
4.

Tuan Pengetua, Ustaz Rosli Bin Long


Abdul Hafiz Bin Samsudin
Shakirah Binti Ahmad
Sonisah Binti Musa

Tidak hadir:
1. Norzehan Binti Ramli (temuduga di JPN)
Perkara/Agenda
1.Ucapan Pengerusi
1.1 Cikgu Hafiz, selaku pengerusi mesyuarat pada hari tersebut
mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran guru-guru
matematik terutamanya Tuan Pengetua yang sudi hadir pada mesyuarat
itu.
1.2 Beliau memaklumkan mengenai keputusan subjek matematik bagi
PMR 2009 yang meningkat dan mengucapkan terima kasih kepada
semua guru yang terlibat.
2.Post mortem PMR 2009
2.1 Cikgu Syakirah menyatakan bahawa kebanyakkan pelajar yang gagal
di dalam PMR 2009 adalah mereka yang tidak menguasai matematik
yang dipelajari dan ada juga pelajar yang tidak tahu membaca.
2.2 Cikgu Hafiz menambah, walaupun kelas tambahan diadakan untuk
mereka, masih lagi pelajar tersebut tidak dapat menguasai cara untuk
menjawab soalan.
2.3 Cikgu sonisah menyuarakan kekesalannya mengenai kelewatan pelajar
dan ketidakhadiran pelajar ke kelas tambahan yang diadakan.
2.3 Pengetua menyatakan bahawa penglibatan HEM adalah perlu bagi
memastikan semua kelas tambahan yang diadakan untuk pelajar dapat
berjalan lancar dan dihadiri oleh semua pelajar.
2.4 Pengetua memberikan pendapat beliau bahawa guru tidak mengambil
kira kemampuan dan keupayaan pelajar menguasai subjek matematik.
Pendapat ini dipersetujui oleh semua guru yang hadir sebagai post
mortem subjek matematik PMR 2009. Beliau juga mencadangkan guruguru matematik dapat membuat pengorbanan bagi memastikan
kejayaan anak bangsa dengan melaksanakan pengajaran mengikut
kemampuan pelajar.

3.Perancangan Aktiviti Panitia Matematik 2010


3.1 Cikgu Hafiz membentangkan perancangan panitia matematik 2010
untuk dibincangkan.
3.2 Tuan pengetua mengesyorkan setiap guru mesti mempunyai sasaran
bilangan pelajar lulus serta bilangan pelajar yang berkualiti dan
membuat penilaian terhadap kemampuan pelajar. Beliau juga
mengesyorkan sebanyak 10-25% pelajar yang berkualiti bagi PMR 2010.
3.3 Beliau turut menyatakan tentang kepentingan headcount dalam
merancang untuk mencapai tahap yang ditentukan.
3.4 Pengerusi memaklumkan pemantauan telah diadakan pada tahun
lepas sebanyak sekali dan pada tahun ini, pemantauan akan terus
dilaksanakan mengikut perancangan. Beliau juga memaklumkan
mengenai semakan buku latihan pelajar yang perlu dilakukan secara
berkala.
3.5 Pengetua mengesyorkan kepada guru untuk memberikan latihan
kepada pelajar mengikut topik dan dilaksanakan setelah selesai bagi
sesuatu topik yang diajar.
3.6 Beliau juga meminta guru untuk menghabiskan silibus matematik pada
pertengahan bulan Ogos supaya pelajar dan guru boleh membuat
persediaan bagi menghadapi peperiksaan PMR.
3.7 Cikgu Hafiz mencadangkan kepada guru matematik tingkatan 3 dan
tingkatan 5 supaya mengadakan kelas tambahan mengikut kesesuaian
masa. Beliau juga memaklumkan mengenai kelas tambahan bagi
tingkatan 3A dan 2A yang diadakan pada hari Selasa dan Khamis pada
pukul 3.00 petang.
3.8 Cikgu Sonisah menyuarakan kebimbangan beliau mengenai kehadiran
pelajar yang akan hadir ke kelas tambahan yang akan diadakan.
Kebimbangan beliau disokong oleh Cikgu Syakirah.
3.9 Tuan pengetua mencadangkan supaya guru dapat menyediakan
soalan-soalan mudah bagi program santapan minda dimana soalan
tersebut diletakkan pada setiap pagi di kantin dan pelajar boleh
mengambil dan membuat latihan mudah tersebut. Dengan ini ia dapat
menggalakkan pelajar supaya dapat datang awal ke sekolah.
4.Hal-hal lain
4.1 Cikgu Syakirah memberikan cadangan supaya kelas tambahan bagi
pelajar PMR dimulakan seawal tingkatan 2 seperti yang telah dilakukan
oleh kebanyakkan sekolah lain.
4.2 Cikgu Sonisah menyuarakan masalah beliau kepada tuan pengetua
mengenai beban tugas sebagai guru koperasi dan masalah ini akan
diberi perhatian oleh tuan pengetua.
4.3 Tuan pengetua memberikan harapan supaya pihak panitia matematik
dapat tingkatkan usaha bagi meningkatkan keputusan bagi PMR 2010.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.
Disediakan oleh,
oleh,

Disahkan

.......................................
.......................
( Sonisah Binti Musa )
Bin Samsudin)
S/U Panitia Matematik
Panitia Matematik
s.k.
1.
2.
3.
4.

Pengetua
P.K Pentadbiran
Fail Panitia Matematik
Guru Matematik

...................
(Abdul Hafiz
Ketua

You might also like