You are on page 1of 20

PELAKSANAAN SISTEM HUDUD DI MALAYSIA

PENGENALAN:
Malaysia merupakan sebuah persekutuan dimana ada sebahagian bidangkuasa terletak
dibawah perundangan persekutuan dan ada sebahagiannya terletak dibawah kuasa kerajaan
negeri. Dengan kepelbagaian kaum dan agama, Malaysia dilihat sebagai sebuah Negara yang
semakin maju dan membangung yang telah merdeka lebih daripada 50 tahun. Seiring dengan
pelbagai kejayaan yang dikecapi oleh Malaysia, pembangunan modal insan dan pembentukan
masyarakat yang harmonis perlu dipupuk bagi mewujudkan sebuah Negara yang seimbang dari
segi ekonomi, politik dan sosial.

Sehubungan dengan itu, cadangan pelaksanaan sistem

perundang islam yang dicadangkan pelaksanaan oleh kerajaan negeri Kelantan disambut baik
oleh masyarakat setempat. Menurut professor Andrew Harding, beliau melihat kepada situasi
tarik tali diantara pihak kerajaan dan pembangkang menjurus kepada kepentingan politik semata.
Beliau berpendapat bahawa bagi memastikan kesesuaian pelaksanaan hudud di Malaysia, ianya
seharusnya diselaraskan dengan realiti masyarakat di Negara tersebut, dan kemampuan sesebuah
kerajaan untuk meminda perlembagaan yang sedia ada untuk disesuaikan dengan pelaksanaan
sebuah undang-undang yang baru. Komposisi agama Islam sebagai agama persekutuan bagi
Malaysia menurut Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan tidak memboleh pelaksanaan
perundangan islam dilaksanakan dengan mudah seperti yang dibayangkan. Justeru itu, penulis
telah menetapkan beberapa objektif dalam kajian ini bagi memberi idea dan pendapat berkenaan
situasi Malaysia dan pelaksanaan perundangan islam, terutamanya hudud melalui hasil bacaan
dan kajian penulis.

OBJEKTIF KAJIAN:
Penyelidikan yang telah dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan sistem
hudud di Malaysia daripada perspektif umum berhubung kebolehlaksanaan serta keberkesanan
yang akan diperolehi apabila dilaksanakan, disamping hasil yang telah dicapai oleh Negaranegara yang telah melaksanakan sistem hudud ini. Dalam pada itu, objektif khusus kajian ini
adalah untuk mengenalpasti:
(a) Pengertian hudud dan kesalahan-kesalahan tertakluk dibawah hudud.
(b) Peruntukan undang-undang jenayah islam dan jenayah sivil di Malaysia.
(c) Kesan terhadap kadar jenayah di Negara-negara yang mengamalkan sistem hudud
(d) Kebolehlaksanaan dan keberkesanan sistem hudud di Malaysia daripada perspektif umum.
SOROTAN LITERATUR:
Secara khasnya, tiada penulisan ilmiah yang membincangkan isu ini secara terperinci.
Melalui pembacaan menulis, pelaksanaan perundangan islam, terutamanya sistem hudud ini
menjadi topik hangat sejak kebelakangan ini. Menurut kenyataan yang dilemparkan oleh Perdana
Menteri, iaitu kerajaan tidak akan laksanakan hukum hudud kerana elemen undang-undang islam
telahpun dilaksanakan di Malaysia jelas menunjukkan bahawa pendirian kerajaan yang menolak
pelaksanannya. Kenyataan ini disokong oleh Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri
Pertahanan yang menyatakan Malaysia tidak akan melaksanakan sistem hudud kerana tidak
sesuai dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini. Walaubagaimanapun, terdapat juga pihak
yang menyokong pelaksanaan sistem hudud ini yang dirasakan dapat mengurangkan masalah
sosial dalam Negara.

Gesaan Menteri Belia dan Sukan agar pindaan dilakukan pada

Perlembagaan Malaysia bagi membolehkan pelaksanaan sistem hudud dilakukan di Kelantan,


dan Mantan Mufti Perlis mengatakan bahawa bagi melaksanakan hukum hudud di Malaysia,
ijtihad ataupun tafsiran baru perlu dilakukan dengan mengambil kira aspek perubahan zaman,
tempat dan realiti masyarakat setempat.

Isu pelaksanaan sistem hudud telah mewujudkan

pelbagi spekulasi dan tanggapan negatif kepada rakyat berkenaan dengan undang-undang islam.

Bagi membolehkan pelaksanaan sistem hudud ini diterima oleh semua pihak, suatu langkah
proaktif haruslah diambil oleh kerajaan dalam menyebarkan maklumat, memberi pendedahan
disamping menyediakan ruang bagi rakyat menyuarakan pendapat, pertanyaan dan juga bantahan
dalam memastikan pelaksanaan ini diterima oleh segenap masyarakat.
METODOLOGI KAJIAN:
Kajian yang dilakukan ini bergantung sepenuhnya kepada data sekunder, iaitu data yang
diperolehi daripada dapatan bacaan di perpustakaan. Ini merupakan usaha untuk mengumpulkan
maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan, kemudian diolah semua
oleh penulis ke dalam kajian ini. Bagi memudahkan proses mencari dan mencerna maklumat,
penulis telah menetapkan empat objektif bagi kajian ini, dan pencarian maklumat dihadkan
meliputi objektif-objektif yang telah ditetapkan oleh penulis. Disamping bahan-bahan bercetak
dalam simpanan perpustakaan, dokumen penting seperti kertas Kerja dan laporan penyelidikan
juga merupakan sumber maklumat bagi penulisan kajian ini.
PERBINCANGAN:
Pengertian hudud dan kesalahan-kesalahan tertakluk dibawah hudud
Menurut islam, perlakuan jenayah dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu Qisas dan
diyat, Hudud, dan juga Tazir. Didalam kajian ini, penyelidik memfokuskan kepada jenayah
hudud. Hudud beerti hukuman yang tidak boleh dipinda, yang telah ditetapkan oleh Allah
didalam Al-Quran dan Sunnah, dan hokum hudud dianggap sebagai hak Allah, dimana ianya
tidak boleh diubah, dipinda, ditambah atau dikurangkan oleh mana-mana pihak sekalipun.
Terdapat enam kesalahan hudud yang telah disepakati oleh ulama iaitu (1)zina, (2) qazaf, (3)
mencuri, (4) Hirabah, (5) minum arak dan (6) murtad.
1. Zina
Zina adalah persetubuhan antara seorang lelaki dengan seorang wanita yang bukan pasangan
suami isteri. Semua persetubuhan di luar perkahwinan adalah zina kecuali dalam kes wati
syubhah iaitu persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan

yang disangka adalah isterinya yang sah sedangkan perempuan tersebut adalah orang lain.
Wati syubhah juga berlaku apabila dia bersetubuh yang seorang perempuan kerana
perkahwinan yang disangkakan sah sedangkan perkahwinan itu adalah tidak sah. Kesalahan
zina boleh disabitkan melalui cara iqrar atau pengakuan yang dibuat oleh penzina itu sendiri.
Selain itu, kesalah zina juga boleh disabitkan dengan kesaksian oleh empat orang saki lelaki
muslim bersama-sama mukallaf dan adil, dimana saksi tersebut juga melihat kejadian zina itu
berlaku. Hukuman bagi kesalahan zina ini juga berbeza bergantung kepada status penzina,
iaitu penzina muhsan ataupun ghairu muhsan.
a. Hukuman bagi penzina bukan muhsan adalah seratus kali sebatan dan bagi wanita
yang mengandung ditangguhkan sehingga tempoh penyusuan amat. Bagi penzina
yang sakit,hukuman ditangguhkan sehingga dia sembuh. Rotan yang digunakan tidak
terlalu besar dan tidak terlalu kecil iaitu lebih kurang satu meter panjang dan satu
sentimeter garis pusat. Sebatan dibuat pada merata-rata tubuh kecuali muka, kepala,
dada dan kemaluan. Sebatan mesti dilakukan secara sederhana iaitu pegawai yang
menjalankan hukuman tidak boleh mengangkat rotan itu tinggi hingga ke paras
kepalanya. Pesalah dihukum dengan memakai pakaian yang nipis menutup aurat. Jika
semasa sebatan dilakukan, pesalah itu didapati tidak mampu menerima sebatan, maka
atas pengesahan pegawai perubatan, sebatan itu perlu ditangguhkan sehingga pesalah
itu sembuh kembali.
b. Bagi penzina muhsan, hukumannya adalah rejam dengan batu yang sederhana besar
sehingga mati. Hukuman dilakukan secara terbuka dan disaksikan oleh orang-orang
Islam. Hukuman bagi wanita yang mengandung dan orang sakit juga ditangguhkan
seperti dalam kes penzina bukan muhsan. Pesalah dikenakan pakaian yang menutup

aurat.

Hukuman bagi penzina muhsan ini telah ditetapkan seperti didalam sunnah

Nabi. s.a.w yang bermaksud:


Dari Abi Hurairah r.a.: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w. ketika
baginda sedang berada dalam masjid. Dia memanggil Nabi lalu berkata: Ya
Rasulullah, saya telah berzina. Rasulullah tidak memandangnya, memalingkan
diri daripadanya. Orang itu mengulangi kata-kata itu sehingga empat kali. Maka
setelah ia mengaku sebanyak empat kali, Nabi memanggilnya dan berkata:
Adakah awak gila? Dia menjawab: Tidak. Rasulullah bertanya: Adalah engkau
muhsan? Dia menjawab: Ya. Maka Rasulullah besabda: Bawalah dia dan
rejamkanlah dia, maka kami pun merejamnya.
2. Qazaf
Qazaf bererti membuat tuduhan zina terhadap seorang muslim yang akil baligh dan
dikenali sebagai seorang yang bersih dari perbuatan zina tanpa dibuktikan dengan empat
orang saksi. Qazaf boleh berlaku dengan membuat kenyataan secara terang-terangan
mengatakan seseorang itu telah berzina. Hukuman keatas pesalah qazaf diterangkan
melalui firman Allah didalam surah An-Nur (ayat 4) yang bermaksud:
Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang muhsanat(baik) dan
kemudian mereka gagal membawa empat orang saksi, maka sebatlah mereka
dengan lapan puluh sebatan.
3. Mencuri
Mencuri atau juga dikenali sebagai sariqah, membawa maksud perpindahan dengan
tersembunyi harta daripada jagaan ataupun milik tuannya tanpa persetujuan empunya,
dengan niat untuk menghilangkan harta tersebut daripada jagaan atau milikan tuannya itu.
Terdapat beberapa syarat yang harus dipenuhi sebelum sesuatu perlakuan itu
diklasifikasikan sebagai curi, dan hukuman bagi kesalahan ini adalah potong tangan

tangan kanan pada Bahagian sendi yang menyambungkan tapak tangan dengan lengan,
dan bagi kesalahan kedua, hukuman potong kaki kiri dipergelangan buku lali iaitu di
Bahagian tengah kaki dimana tumit kaki masih boleh digunakan untuk berdiri atau
berjalan. Penjelasan tentang hukuman ini dinyatakan didalam firman Allah didalam surah
Al-Maidah (ayat 38) yang membawa maksud:
Pencuri lelaki dan pencuri wanita, maka hendaklah dipotong tangan keduaduanya sebagai balasan atas apa yang mereka lakukan dan sebagai pengajaran
yang dapat mencegah dari Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana
4. Hirabah
Hirabah membawa maksud merampas harta orang lain dengan paksaan atau ugutan,
dengan menggunakan senjata, ataupun sebarang alatan yang boleh dikategorikan sebagai
senjata. Hukuman yang dikenakan kepada pesalah bagi jenayah ini amatlah berat kerana
rompakan dianggap sebagai satu jenayah yang besar dan berbahaya. Hukuman hirabah
dijelaskan berasaskan firman Allah yang bermaksud:
Sesungguhnya balasan orang-orang yang yang memerangi Allah dan Rasulnya
dan berbuat kerosakan di atas muka bumi ini adalah agar mereka dibunuh atau
disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka secara bersilang atau dibuang
negeri
5. Meminum arak
Juga dikenali sebagai syurb, yang membawa erti meminum sebarang cecair atau
minuman yang memabukkan.

Arak merupakan ibu segala kejahatan dan boleh

mendorong kepada jenayah-jenayah lain, dan oleh kerana itu hukuman bagi kesalahan ini
adalah 40 kali sebatan, dan ada ulama berpendapat bahawa 80 sebatan. Pendapat ini
dijelaskan dengan hadis yang bermaksud:
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. bahawa seorang peminum arak
telah dibawa ke hadapan Rasulullah s.a.w. maka baginda memukulnya dengan

pelepah tamar sebanyak 40 kali. Kata Anas: begitulah juga dilakukan oleh
Khalifah Abu Bakar. Apabila zaman Khalifa Umar, beliau bermesyuarat bersama
para sahabat lalu Abdul Rahman bin Auf berkata bahawa, sekurang-kurangnya
hukum hudud itu adalah 80 kali sebatan. Lalu Umar mengarahkan hukuman 80
kali sebatan
6. Riddah
Riddah, atau irtidad adalah kesalahan yang dilakukan oleh seseorang yang beragama
islam yang mukallaf dengan membatalkan islam dan imannya iaitu keluar dari agama
islam samaada dengan perkataan, ataupun perbuatan, dan mereka ini dikenali sebagai
murtad. Jenayah ini merupakan suatu jenayah yang besar terhadap agama dan pesalah
boleh dihukum bunuh sehingga mati, setelah diberi peluang untuk bertaubat. Antara dalil
yang menyebut berkenaan hukum bagi riddah adalah:
Dari Abu Burdah bahawa Muaz bin Jabal datang menemui Abu Musa AlAsyaai di Yaman, didapati ada seorang lelaki di sebelahnya. Muaz bertanya:
Apa ini? Abu Musa menjawab: (Dia) seorang Yahudi memeluk Islam
kemudiannya dia kembali menjadi Yahudi, dan kami menghendaki dia kembali
kepada Islam semenjak- perawi berkata: aku kira dua bulan. Kata Muaz:
Demi Allah aku tidak akan duduk sebelum, kamu penggal lehernya, lalu orang itu
pun dipenggal lehernya. Muaz berkata: Allah dan RasulNya memutuskan
bahawa sesiapa yang murtad dari agamanya hendaklah kamu membunuhnya,
atau baginda bersabda: Sesiapa yang menukar agamanya hendaklah kamu
membunuhnya
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM DAN JENAYAH SIVIL DI
MALAYSIA

Peruntukan undang-undang bagi jenayah sivil kebanyakannya datang daripada negara barat.
Di Malaysia, peruntukkan jenayah adalah tertakluk dibawah Akta 574 Kanun Keseksaan yang
diambil daripada Kanun Keseksaan India, yang asalkan dirpada kaedah-kaedah perundangan
Common Law England. Selain Kanun Keseksaan, antara undang-undang jenayah lain yang
terdapat di Malaysia adalah Akta Dadah Berbahaya, Akta Kastam 1967, Akta Pencegahan
Rasuah 1997, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1957, Akta Rahsia Rasmi 1983 dan lain-lain.
Sementara prosedur jenayah pula diperuntukkan dalam Kanun Prosedur Jenayah (NMB. Bab 6),
Akta Keterangan dan akta-akta berkaitan mahkamah.

Terdapat beberapa perbezaan diantara

undang-undang jenayah islam dan undang-undang jenayah sivil, memandangkan sumber keduadua undang-undang ini adalah berbeza, antaranya adalah:
(a) Undang-undang Islam adalah dari Allah sedangkan undang-undang sivil adalah ciptaan
manusia. Allah yang memiliki segala sifat kesempurnaan tentunya membuat undangundang yang terbaik dan paling sesuai untuk manusia. Bahkan manusia ini adalah ciptaan
Allah, maka Allah tentu Maha Mengetahui apakah undang-undang jenayah yang sesuai
dengan fitrah manusia. Undang-undang ciptaan manusia terdedah dengan seribu satu
kelemahan kerana ilmu dan kebolehan manusia adalah terhad. Tambahan pula manusia
sentiasa terpengaruh dengan keadaan persekitaran, latar belakang keluarga, pendidikan,
dorongan nafsu dan hasutan syaitan.
(b) Undang-undang jenayah Islam tidak terpisah dengan aspek aqidah iaitu keimanan kepada
perkara ghaib. Beriman dengan kebenaran dan kehebatan undang-undang jenayah Islam
adalah wajib kerana ia termaktub di dalam al-Quran dan Sunnah. Demikian juga undangundang Islam tidak memisahkan soal pembalasan di dunia dengan pembalasan di akhirat.
Ini kerana mereka bukan sahaja takut kepada hukuman di dunia bahkan mereka lebih

takut hukuman di akhirat yang lebih dahsyat dan lebih lama. Oleh yang demikian mereka
akan mengelakkan diri dari melakukan jenayah dengan bersungguh-sungguh walau pun
jenayah itu boleh dilakukan di luar pengetahuan penguatkuasa undang-undang. Secara
tidak langsung ia dapat mengurangkan kadar jenayah. Berbeza dengan undang-undang
sivil yang langsung tidak ada hubungan dengan iman atau aqidah. Keberkesanan undangundang sivi bergantung sepenuhnya kepada kekerasan undang-undang, penguatkuasaan
dan pengawalan pemerintah.
(c) Ruang lingkup jenayah atau kesalahan dalam Islam adalah lebih luas iaitu mencakupi
kesalahan yang bersabit hak Allah, hak manusia serta hak Allah bersama-sama hak
manusia. Ini bermakna ia meliputi berbagai bentuk kesalahan seperti yang berkaitan
dengan kepercayaan atau keimanan, umpamanya hukuman ke atas mereka yang murtad.
Undang-undang Islam juga menyentuh hukuman ke atas kesalahan berkaitan ibadat
seperti mereka yang meninggalkan solat, solat Jumaat, puasa pada bulan Ramadhan dan
haji. Undang-undang jenayah Islam juga amat menitik beratkan soal akhlak seperti
hukuman kepada mereka yang berzina, berkhalwat, berjudi dan minum arak. Berbeza
dengan hukuman jenayah sivil yang tidak menganggap sesetengah jenayah seperti
murtad, zina, meninggalkan solat, minum arak dan judi sebagai satu jenayah. Ini kerana
soal unsur-unsur iman, ibadat dan akhlak tidak menjadi perkiraan yang penting bagi
penggubal undang-undang ini.
(d) Undang-undang jenayah Islam amat berhati-hati dalam soal mensabitkan seseorang
dengan hukuman jenayah. Umpamanya dalam kes hudud, pensabitannya adalah amat
berat. Contohnya, bagi kes kecurian, harta yang dicuri itu mesti disimpan ditempat yang
sesuai, dan tidak berlaku masalah yang mendesak seperti perang, kebuluran dan mala

petaka. Begitu juga dalam kes zina yang disabitkan dengan iqrar atu kesaksian oleh
emapat lelaki yang melihat kejadian secara jelas ibarat melihat timba masuk ke dalam
perigi. Jika gagal membawa empat saksi, orang yang yang membuat tuduhan itu pula
akan didakwa melakukan kesalahan qazaf. Syarat saksi dalam undang-undang Islam pula
amat ketat. Seseorang saksi mestilah adil iaitu tidak fasik. Terdapat proses penapisan
saksi yang disebut sebagai tazkiyah al-syuhud. Jika didapati saksi itu pernah melakukan
dosa besar selalu melakukan kejahatan mempunyai akhlak yang keji, maka kesaksiannya
boleh dipertikai. Dalam undang-undang jenayah sivil, soal akhlak dan perangai saksi
tidak diambil kira dalam menentukan kesahihan keterangannya.
KESAN

TERHADAP

KADAR

JENAYAH

DI

NEGARA-NEGARA

YANG

MENGAMALKAN SISTEM HUDUD


Merujuk kepada hasil pembentangan kertas Kerja bertajuk Implementaion of Hudud in
Brunei Darussalam: Differences between Brunei Darussalam and Malaysia oleh Tun Abdul
Hamid Mohamad, beliau menyatakan bahawa kadar jenayah di Negara yang melaksanakan
hudud, seperti Pakistan, Nigeria dan Sudan masih jauh ketinggalan berbanding dengan Negara
yang tidak mengamalkan sistem hudud seperti Norway, Sweden dan Denmark. Menurut Global
Peace Index (GPI) 2011, Negara-negara yang melaksanakan sistem hudud berada di ranking 108
hingga 153 paling tidak selamat di dunia, seperti contoh Pakistan di tangga 146 dan sudan di
tangga 151. Ini jelas membuktikan bahawa pelaksanaan sistem hudud masih belum mampu
mengurangkankan sekaligus membendung jenayah yang berlaku dalam kalangan masyarakat di
sesebuah Negara tersebut.
Menurut The International Herald Tribune (2010), terdapat kes di mana pesalah jenayah
yang dikenakan hukuman potong tangan tidak diberikan apa-apa pertolongan daripada pihak
perubatan, dan ada dalam kalangan mereka yang hampir mati akibat kehilangan banyak darah.

Ini jelaskan membuktikan bahawa pelaksanaan sistem hudud yang tidak holistik menyumbang
kepada satu bentuk jenayah tidak sedar keatas pesalah jenayah oleh pihak perubatan. Selain itu,
terdapat juga kes di Arab Saudi, dimana seorang pemabantu rumah Indonesia dipancung
kepalanya dan mayatnya digantung dari helicopter untuk tontonan umum atas kesalah menikam
majikannya, dimana sistem pengadilan Arab Saudi memihak kepada rakyatnya sedangkan
pembantu rumah terbabit menikam majikannya kerana tidak tahan didera dengan dasyat.
Memetik kepada pendapat Ketua Hakim Mahkamah Tinggi, Wilayah Persekutuan, Abuja,
Nigeria mengenai pelaksanaan hukuman syariah di Nigeria, beliau menjawab kepada soalan
yang ditanyakan oleh Mantan Ketua Hakim Negara Malaysia, beliau berkata:
Memang benar sistem perundangan syariah telah diperkenalkan di lebih kurang 10 buah
negeri di bahagian utara Nigeria. Sebagaimana yang tuan sedia maklum Nigeria adalah
sebuah Persekutuan yang terdiri daripada 36 buah negeri dan sebuah Wilayah
Persekutuan. Sistem itu telah diperkenalkan di negeri-negeri secara tergesa-gesa dan
lebih kerena keuntungan politik daripada kepentingannya dan keperluannya. Tambahan
lagi, idea itu timbul di negeri-negeri itu dan diperkenalkan tanpa rundingan dan
pandangan kerajaan persekutuan. Tanpa peralatan itu, keadilan jenayah tidak boleh
ditadbirkan dengan berkesan. Keadaan ini telah memberi kesan kepada inovasi itu.
Kedua, kegagalan kerajaan untuk melakukan orientasi kepada anggota masyarakat yang
terlibat dan membolehkan masyarakat bukan islam di kawan itu menghargai sistem itu,
hanya terpakai kepada orang islam, dan orang bukan islam menentang sistem ini.
Kebanyakan pengamal undang-undang tidak mahir dalam syariah. Ini juga adalah satu
faktor yang menghalang kejayaan pelaksanannya. Kesimpulannya, pengenalan keadilan
jenayah syariah disebabkan oleh faktor-faktor ini dan lain-lain, tidaklah boleh dikatakan

satu usaha yang berjaya.

Malah, kebelakangan ini, kita tidak langsung mendengar

hukuman dikenakan. Kebanyakan, tidak semua hukuman yang telah dijatuhkan telah
dibuat rayuan. Dalam keaddan itu, jawapan saya kepada soalan ini ialah pelaksanaan
hudud tidak atau masih belum boleh diterima sepenuhnya.
KEBOLEHLAKSANAAN DAN KEBERKESANAN SISTEM HUDUD DI MALAYSIA
DARIPADA PERSPEKTIF UMUM
Peruntukan Perlembagaan Persekutuan telah membahagikan bidang kuasa diantara
persekutuan dan negeri mengikut Senarai 1, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan,
undang-undang jenayah terletak dibawah bidangkuasa Persekutuan dan mahkamah sivil,
manakala kesalahan-kesalahan terhadap suruhan agama islam (offences relating to precepts of
Islam) tertakluk di bawah senarai II, jadual kesembilan iaitu terletak dibawah bidang kuasa
Kerajaan Negeri dan Mahkamah syariah. Ini dibuktikan dengan tiada halangan daripada Sistem
Perlembagaan Malaysia untuk pelaksanaan sistem pengadilan syariah dan Parliamen boleh
memilih bentuk hukuman yang ingin dilaksanakan. Satu rang undang-undang baru perlu digubal
dan dibentangkan di Parlimen Malaysia, dan akan diluluskan sekiranya mendapat undian
majority daripada ahli dalam Parlimen. Dengan kelulusan ini, penguatkuasaan undang-undang
ini boleh meliputi orang islam dan bukan islam dibawah undang-undang persekutuan. Sekiranya
sistem ini meliputi orang islam sahaja, ia akan bercanggah dengan peruntukan Perkara 8
Persekutuan, kerana diskriminasi atas alasan beragama. Berbeza dengan Brunei, kuasa penuh
diberikan kepada Sultan untuk menggubal dan meminda sistem perundangan Negara tersebut
tanpa memerlukan suara majoriti daripada pemimpin-pemimpin yang lain.
Pelaksanaan sistem hudud di Malaysia memerlukan persediaan yang rapi dan prasarana
yang mencukuup daripda setiap aspek bagi memastikan keboleksanaan dan keberhasilan

diperolehi daripada pelaksanaan ini. Sekiranya tiada persiapan yang lengkap bagi pelaksanaan
ini, seperti apa yang terjadi di Sudan barangkali akan berlaku di Malaysia, dimana para doctor
enggan memotong tangan penjenayah kerana bertentangan dengan etika Kerja mereka, dan
anggota penguatkuasaan keliru dengan peruntukan undang-undang baru yang diamalkan. Sistem
pengadilan terutamanya akan terjejas teruk kerana peruntukan jenayah dan salahlaku akan
berubah-ubah mengikut kepada sistem pengadilan yang baru dan keraguan akan timbul sekiranya
kes yang dikendalikan adalah kes yang jarang-jarang berlaku.

Selain itu, keberkesanan

pelaksaan hukum hudud dilihat sebagai kondusif dalam menegakkan keadilan, mencegah
berlakunya jenayah yang berulang dan memeliharan masyarakat sekeliling. Pelaksanaan hukum
hudud yang dilihat mencapai objektif maqasid as-syariah iaitu matlamat hukum tersebut
disyariatkan. Terdapat lima tujuan pelaksanaan hukuman hudud yang dikenali sebagai AdDhoruriyyat Al-Khamsah iaitu menjaga agama, nyawa, keturunan, harta dan juga akal .
Menerusi pelaksanaan sistem hudud, suasana yang adil juga dapat dicapai dimana setiap rakyat
dilayan sama-rata dan tiada diskriminasi keturunan, pangkat, latar belakang dan sebagainya.
Sistem sokongan yang memudahkan tatacara hidup masyarakat juga diperkenalkan seperti
contoh bantuan kewangan bagi mengelakkan masyarakat mencuri, bantuan perkahwinan bagi
mengelakkan zina dan sebagainya. Apabila suasana yang adil dan harmoni diwujudkan, rakyat
dibekalkan dengan kehidupan yang halal, harmoni dan terkawal akan bebas daripada perlakuan
jenayah, dan sekiranya mereka melakukan jenayah, mereka selayaknya dihukum kerana sistem
sokongan telah disediakan untuk mereka bagi mengelakkan mereka daripada melakukan jenayah.
Penerangan dan makluman kepada masyarakat secara meluas seharusnya dilakukan oleh
pemerintah bagi menwar-warkan pelaksanaan sistem ini, secara tidak langsung memberi didikan
dan maklumat kepada masyarakat berkenaan pelaksaan sistem hudud dari perspektif teknikal dan

operasionalnye.

Sokongan dan penerimaan daripada masyarakat amatlah penting bagi

memastikan kejayaan pelaksaan sesebuah sistem perundangan yang baru.


Satu tinjauan umum telah dilakukan keatas 10 orang awam berkenaan sistem hukuman
hudud. Mereka telah diminta untuk menjawab lima soalan umum berkenaan sistem perundangan
Islam, termasuk hudud. Berikut adalah hasil daripada tinjauan tersebut:

Soalan 1: Apakah yang dimaksudkan dengan sistem perundangan Islam?

Berdasarkan kepada graf pie diatas, 8 daripada 10 responden menjawab A, iaitu sistem
perundangan yang digubal berdasarkan kepada Al-Quran dan Sunnah, manakala 2 responden
menjawab B iaitu sistem perundangan yang digubal berdasarkan perbincangan meja bulat, dan 1
responden menjawab C iaitu, sistem perundangan asing yang diubahsuai mengikut kesesuaian
masyarakat setempat. Berdasarkan daripada respon ini, dapat dirumuskan bahawa pengetahuan
berkenaan sistem perundangan Islam dalam kalangan masyarakat umum masih berada ditahap
yang kritikal kerana mereka tidak memahami dengan jelas apa itu sistem perundangan Islam.

Soalan 2: Tahukah anda pembahagian perlakuan jenayah menurut Islam?


Merujuk kepada soalan ke-2, penyelidik mendapati 8 daripada 10 responden tidak
mengetahui tentang pembahagian perlakuan jenayah menurut Islam, 1 responden tidak pasti
dan hanya 1 responden mengetahui dengan jelas pembahagian perlakuan jenayah menurut
islam.

Dapatan ini dapat merumuskan bahawa kurangnya pengetahuan berkaitan

pembahagian jenayah menurut Islam dalam kalangan masyarakat, selain akan menyumbang
kepada bantahan dan protes daripada mereka kerana tidak mengetahui dengan jelas sistem
peruntukan jenayah menurut islam dengan jelas sekiranya sistem perundangan islam
dilaksanakan kelak di Malaysia.

Soalan 3: Adakah anda mengetahui dengan jelas perbezaan Qisas, Hudud dan Tazir?

Menurut tinjauan yang dilakukan, 8 daripada 10 responden tidak mengetahui dengan jelas
perbezaan diantara Qisas, Hudud dan Tazir, manakala 1 responden tidak pasti perbezaan
diantara ketiga-tiga berkenaan, dan hanya 1 responden yang mengetahui dengan jelas perbezaan
diantara ketiga-ketiga perkara diatas. Ini jelas menunjukkan bahawa pengetahuan yang dimiliki
oleh masyarakat setempat berkenaan sistem perundangan Islam berada pada tahap yang kritikal
dan pihak yang berkenaan seharusnya memainkan peranan yang sewajarnya dalam memberi
pendidikan dan pendedahan kepada masyarakat berkenaan sistem perundang Islam dalam
memastikan sokongan yang padu diterima daripada masyarakat dalam memastikan kejayaan
pelaksanaanya kelak.
Soalan 4: Pada pendapat anda, adakah sistem hudud boleh dilaksanakan di Malaysia?

Merujuk kepada graf diatas, 7 daripada 10 responden berpendapat bahawa sistem hudud
boleh dilaksanakan di Malaysia, 2 orang responden berpendapat bahawa sistem hudud tidak
boleh dilaksanakan dan 1 responden tidak pasti. Respon daripada soalan ini bercanggah dengan
respon yang pada soalan 1 dan 2, dimana secara purata responden tidak mengetahui dengan jelas
definisi perundangan Islam dan peruntukan jenayah dalam perundangan Islam, tetapi
berpendapat bahawa pelaksanaan cabang sistem perundangan Islam, iaitu hudud boleh
dilaksanakan di Malaysia. Dengan maklumat yang terhad berkenaan sistem perundangan Islam,
responden barangkali terlepas pandang beberapa fakta berkaitan sistem perundangan yang sedia
ada dan juga keadaan masyarakat majmuk yang mungkin merencatkan pelaksaan sistem hudud
di Malaysia. Justeru, pihak berwajib seharusnya mempergiatkan usaha dalam menyalurkan
maklumat berkenaan sistem perundangan Islam dan sistem perundangan yang sedia ada, serta
implikasi pelaksanaannya terhadap masyarakat di Malaysia.
Soalan 5: Adakah dengan pelaksanaan sistem hudud dapat mengurangkan kadar jenayah di
Malaysia?

Berdasarkan grap di atas, kesemua 10 responden berpendapat bahawa dengan


pelaksanaan sistem hudud dapat mengurangkan kadar jenayah di Malaysia.

Ini jelas

menunjukkan bahawa mereka merasakan bahawa tujuan utama pelaksaan sistem hudud di
Malaysia adalah bagi menurunkan kadar jenayah.

Bagi membolehkan sistem hudud

dilaksanakan di Malaysia, beberapa pindaan undang-undang syariah dan undang-undang sivil


perlu dilakukan bagi memastikan pelaksanaan sistem hudud yang holistik dapat dilaksanakan
dan merangkumi semua rakyat di Malaysia. Suatu bentuk perundangan yang adil dan saksama
dipratikkan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
RUMUSAN:
Pelaksanaan undang-undang jenayah Islam amnya, dan hukuman hudud khasnya dilihat sebagai
suatu mekanisme yang sesuai untuk dilaksanakan bagi membendung peningkatan kadar jenayah
di Malaysia.

Kesesuaian pelaksaan undang-undang islam di Malaysia ketika ini disokong

dengan firman Allah s.w.t didalam surah Al-Maidah (ayat 29):


Dan hendaklah kamu berhukum antara manusia dengan hukum yang diturunkan oleh
Allah dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kamu, dan berhati-hatilah terhadap

mereka kalau-kalau mereka menggelincirkan kamu daripada sebahagian dari apa yang
telah Allah turukan kepadamu
Dari sudut perundangan yang sedia ada, beberapa peruntukan bagi kesalah jenayah syariah masih
belum dilaksanakan, dan ketidakseragaman undang-undang juga wujud dibeberapa negeri yang
yang tidak mempunyai peruntukan jenayah syariah bagi kesalahan-kesalahan syariah yang
dilakukan. Objektif hukum yang dikenakan kepada pesalah juga dilihat tidak memberi kesan dan
pengajaran kepada pesalah, dan kebarangkalian untuk mengulang kesalahan juga wujud. Justeru
itu, dengan pelaksanaan undang-undang jenayah islam, ia dapat membantu dalam mengurangkan
perlakuan jenayah amnya, dan khasnya mendidik masyarakat untuk mengamalkan tatacara hidup
yang betul dan mengikut syariat islam, bagi mewujudkan sebuah Negara yang harmoni dan
selamat.

RUJUKAN:
Ahmad Atory Husain dan Malike Brahim. (2013). Politik Pentadbiran di Malaysia: Penilaian
Pegawai Awam Terhadap dasar Politik dan Kepimpinan Nasional.
Muhammad Fathi Yusof. (2013). Undang-undang Jenayah Islam.
Nik Muhammad Nasri Nik Malek. (2014). Kondusif dalam Melaksanakan Hudud.
Rahimin Affandi Abd. Rahim, Shamsian Mohamad, Paizah Ismail dan Nor Hayati Mohd Dahlal.
(2010). Konsep Fiqah Malaysia Dalam Perundangan Islam: Satu Pengenalan. Kajian
Malaysia, vol. 28 (2).
Shauqi Othman. (2011). Konsep dan Pembahagian Jenayah dalam Islam.

Tuan Abdul Hamid Mohamad. (2014). Pelaksanaan Hudud di Brunei: Perbezaan diantara Brunei
dan Malaysia. Proceedings : International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS).
Zulkifli Hasan. (2010). Isu Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia dan Sejauh Manakah
Pelaksanaanya.
Zulkifli Hasan. (2012). Polemik Hudud di Malaysia: Satu Tinjauan Ringkas.

You might also like