You are on page 1of 6

PENGENALAN

Perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak
berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaanagama peserta-peserta. Sifat duaan ini,
iaitu kontrak undang-undang terikat serta janji kesusilaan, menyebabkan perkahwinan amat
sukar disifatkan.
Dalam satu bentuk atau lain, perkahwinan didapati di hampir setiap masyarakat. Rekodrekod tertua yang merujuk kepada perkahwinan mengatakan bahawa perkahwinan adalah
satu adat resam yang mantap. Walaupun ahli-ahli antropologi telah mencuba mengesan asal
perkahwinan, umpamanya hipotesis persetubuhan primitif secara rambang, mereka telah gagal
memperoleh sebarang bukti.
Di dunia

Barat,

perkahwinan

difahami

secara tradisi sebagai

satu

kesedudukan monogami antara seorang lelaki (suami) dan seorang perempuan (isteri), sedangkan
di bahagian-bahagian dunia yang lain, poligami pernah merupakan bentuk perkahwinan yang
biasa.Secara umumnya, pandangan masyarakat tentang konsep poligami adalah apabila seorang
suami mempunyai lebih daripada seorang isteri.Sebenarnya dalam antropologi, konsep yang
paling tepat untuk menghuraikan seorang suami yang mempunyai lebih daripada seorang isteri
ialah poligini manakala konsep yang menghuraikan seorang isteri yang mempunyai lebih
daripada seorang suami ialah poliandri. Poligami biasanya mengambil bentuk poligini (seorang
lelaki

mempunyai

banyak

isteri),

tetapi

sebilangan

masyarakat

yang

amat

kecil

membenarkan poliandri (seorang perempuan mempunyai banyak suami).


Secara sejarah, takrif-takrif tepat untuk "perkahwinan" berbeza-beza antara dan di dalam
budaya-budaya: pemahaman moden menekankan kesahan hubungan seks dalam perkahwinan,
walaupun sifat perkahwinan yang sejagat dan unik ialah penciptaan persemendaan.
Secara tradisi, masyarakat menggalakkan seseorang untuk berkahwin dengan orang yang
jauh untuk mengukuhkan pertalian, tetapi cukup dekat supaya semenda boleh dianggap sebagai
"salah satu daripada kami" atau "jenis kami". Satu kekecualian untuk peraturan ini didapati
dalam perkahwinan raja yang mengukuhkan kedudukan mereka melalui pengumpulan kekayaan

berbanding melalui persemendaan. Walaupun begitu, ahli-ahli keluarga raja sering digalakkan
berkahwin dalam lingkungan keluarga yang rapat.
Perkahwinan masih penting sebagai perikatan hubungan seks yang disetujui oleh
masyarakat, dan biasa difahami sebagai satu hubungan lelaki-perempuan yang bertujuan untuk
melahirkan anak-anak serta mensosialisasikan mereka dengan jayanya. Secara sejarah,
kebanyakan masyarakat membenarkan pengamalan poligami yang takat. Bagaimanapun, negaranegara Barat merupakan kekecualian utama, dengan Eropah dan Amerika Syarikat yang telah
mentakrifkan diri sebagai sebuah budaya monogami. Ini disebabkan sebahagiannya oleh tradisi
budaya Germanik yang merupakan keperluan agama Kristian (selepas abad ke-6) serta mandat
undang-undang Rom.

Bagaimanapun,

undang-undang

Rom

menyokong pelacuran, sekedudukan,persetubuhan di luar perkahwinan, liwat, dan persetubuhan


dengan hamba abdi. Dunia Barat Kristian mengharamkan amalan-amalan itu secara rasmi.
Secara sejagat, kebanyakan masyarakat kini tidak lagi membenarkan poligami sebagai
bentuk perkahwinan. Umpamanya, China berubah daripada membenarkan poligami untuk
menyokong hanya monogami dalam Akta Perkahwinan 1953 selepas pemberontakan komunis.
Kebanyakan

masyarakat Afrika dan Islam meneruskan

amalan

poligami

(sekitar

2.0 bilion orang). Bagaimanapun, hanya kurang daripada 3% perkahwinan Islam bersifat
poligami. Amalan poligami semakin mahal dalam persekitaran bandar, tetapi lebih berguna di
kawasan-kawasan luar bandar kerana kanak-kanak merupakan sumber buruh pertanian untuk
masa hadapan. Kebanyakan penduduk dunia kini hidup di dalam masyarakat yang kurang biasa
mengamalkan poligami, dan perkahwinan adalah jauh lebih biasa berbentuk monogami.
Sejak dekad-dekad abad ke-20 yang akhir, banyak andaian tradisi mengenai sifat dan
tujuan perkahwinan dan keluarga telah dicabar, khususnya oleh gerakan-gerakan sosial
LGBT (LGBT ialah "lesbian, gay, bisexual and transgender people" dalam bahasa Inggeris) yang
tidak bersetuju dengan tanggapan bahawa perkahwinan harus bersifat heteroseksual secara
eksklusif. Sesetengah orang juga memperdebatkan bahawa perkahwinan mungkin merupakan
fiksyen undang-undang yang sia-sia. Tanggapan ini menyusul daripada peraliran keseluruhan
dalam idea-idea Barat dan amalan-amalan keluarga; sejak Perang Dunia II, dunia Barat telah
melihatkan

pertambahan perceraian yang dramatik (6% hingga melebihi 40% untuk perkahwinan

pertama)
sekedudukan tanpa perkahwinan
pertumbuhan penduduk tidak berkahwin
kanak-kanak dilahirkan di luar perkahwinan (5% hingga melebihi 33% daripada jumlah
kelahiran)

pertambahan pelakuan zina.

Sebuah sistem yang agak merupakan monogami siri telah muncul secara de facto.
Dalam zaman moden, istilah "perkahwinan" secara amnya dikhaskan untuk kesedudukan yang
diiktirafkan oleh negara (walaupun sesetengah orang tidak bersetuju). Frasaberkahwin dari segi
undang-undang boleh digunakan untuk menegaskan perkara ini.
Dalam sebilangan masyarakat, terdapat perdebatan yang semakin bertambah tentang bentukbentuk perkahwinan. Dua kelainan yang paling diperdebatkan ialah:

perkahwinan sama jantina: disahkan pada tahun 2005 oleh sebilangan negara
seperti Belgium, Belanda, Sepanyol, Kanada,

dan

negeri-negeri

Amerika

Syarikat

sepertiMassachusetts dan Hawaii); dan

poligami.
Banyak negara mengawal umur yang seseorang boleh kahwin. Masyarakat-masyarakat

selalu mengenakan sekatan terhadap perkahwinan dengan saudara, walaupun tahap hubungan
larangan berbeza-beza secara meluas. Dalam hampir semua masyarakat, perkahwinan antara
adik-beradik dilarangkan, dengan keluarga raja Mesir kuno, Hawaii, dan Inka merupakan
kekecualian yang amat jarang. Dalam banyak masyarakat, perkahwinan antara pupu-silang
nasab-ibu disukai,

sedangkan

pada

keterlaluan

yang

lain, Gereja

Katolik Zaman

Pertengahan melarangkan perkahwinan saudara sepupu jauh juga. Pada hari ini, Gereja Katolik
masih

memeliharakan

jarak

segi kesedarahan dan kesemendaan).

piawaian

untuk

perkahwinan

(dari

Dalam komuniti Hindu India, khususnya kasta Brahmin, perkahwinan dengan Gotra yang
sama dilarangkan kerana orang-orang yang mempunyai Gotra yang sama dikatakan mempunyai
keturunan patrilineal yang sama. Di India kuno ketika Gurukul masih wujud, syisyasyisya (murid-murid)

dinasihatkan

supaya

jangan

berkahwin

antara

satu

sama

lain

disebabkan syisya-syisya dianggap sebagai anak-anak Guru dan oleh itu, dianggap sebagai
perkahwinan antara adik beradik (walau terdapat kekecualian seperti anak Arjuna, Abhimanyu,
yang berkahwin dengan Uttra, murid tarian Arjuna dalam mahakarya Mahabharata).
Banyak masyarakat juga mengamalkan sekatan-sekatan yang lain terhadap siapakah yang
boleh dikahwini, umpamanya larangan tentang perkahwinan dengan orang yang mempunyai
nama keluarga yang sama, atau orang yang mempunyai zodiak yang sama. Umpamanya di Korea
Selatan, perkahwinan antara orang-orang yang mempunyai nama keluarga yang sama masih
dianggap sebagai satu kepantangan pada hari ini. Nama keluarga yang paling biasa ialah "Kim"
(hampir 15%). Bagaimanapun, terdapat banyak cabang (atau suku, atau keluarga turun-temurun)
bagi nama keluarga "Kim", serupa dengan semua nama keluarga di Korea. Hanya perkahwinan
dalam cabang yang sama tidak dibenarkan. Oleh itu, terdapat banyak pasangan "Kim-Kim" yang
berkahwin dengan satu sama lain.
Ahli antropologi merujuk kepada sekatan-sekatan ini sebagai eksogami. Satu kekecualian
untuk pola ini ialah di Mesir kuno di mana perkahwinan antara adik-beradik dalam keluarga
diraja dibenarkan seperti di Hawaii dan antara orang Inka; hak istimewa ini tidak diberikan
kepada orang biasa dan mungkin bertindak untuk menumpukan kekayaan dan kuasa dalam
sebuah keluarga (lihat juga inses). Akibat kepantangan inses ialah eksogami, iaitu keperluan
untuk berkahwin dengan orang daripada kelompok yang lain. Oleh itu, ahli antropologi
menunjukkan bahawa kepantangan inses mungkin bertindak untuk mempromosikan perpaduan
sosial.
Masyarakat-masyarakat kekadang juga mengenakan perkahwinan dalam sesuatu
kelompok. Ahli-ahli antropologi merujuk kepada sekatan-sekatan ini sebagai endogami. Salah
satu daripada sekatan ini ialah keperluan untuk berkahwin dengan seorang dalam puak yang
sama. Undang-undang rasisme yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat pada zaman dahulu
seperti era Nazisme Jerman, era aparteid Afrika Selatan, dan kebanyakan Amerika Syarikat

selatan dan Utah sebelum 1967 melarangkan perkahwinan antara orang-orang daripada
bangsa yang berbeza (pengmisegenasisan) boleh dianggap juga sebagai contoh-contoh
endogami.
Budaya-budaya

yang

mengamalkan pengabdian memberikan

pengakuan

kepada

perkahwinan abdi tetapi tidak memberikan mereka status undang-undang. Ini merupakan amalan
di bawah empayar Rom dan oleh itu, wanita bebas Perpetua dalam karya Perbuatan-perbuatan
Perpetua dan Felicitas boleh diperihalkan sebagai "wanita berkahwin", tetapi Felicitas hanya
dianggap sebagai "pembantu" Revocatus, walaupun orang-orang Kristian menganggap bahawa
perkahwinan-perkahwinan itu adalah sah dari segi agama. Serupa juga, perkahwinan abdi di
Amerika Syarikat adalah tidak sah. Oleh itu, banyak orang kontraban yang melarikan diri
daripada pengabdian semasa Perang Saudara Amerika mencari taraf rasmi untuk perkahwinan
mereka. Antara hak yang membezakan perhambaan (bahasa Inggeris: serfom) daripada
pengabdian (bahasa Inggeris: slavery) adalah hak untuk memperoleh perkahwinan yang sah dari
segi undang-undang.
Namun di Malaysia, terdapat beberapa adat perkahwinan yang dipraktikkan oleh kaumkaum yang berbeza seperti Melayu, India dan Cina. Bagi masyarakat Melayu begitu berpegang
teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi
masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam
peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Dalam adat
perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting iaitu peringkat merisik,
peringkat meminang, pertunangan, akad nikah dan yang terakhit adalah perkahwinan.
Bagi masyarakat Cina, perkahwinan merupakan satu titik tolak yang membawa
perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi
keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi
kepada generasi yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan
diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa
mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh
mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah
(moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi

kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam perkahwiwan
masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.
Perkahwinan masyarakat India di Malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu
vaitiikat tirumanam, tamil tirumanam, eliyat tirumanam. Perkahwinan masyarakat India biasanya
dilaksanakan mengikut golongan etnik iaitu Tamil, Malayalam, Telugu dan sub etnik iaitu Chetti,
Mutaliyar, Veelaalar, Teevar dan sebagainya serta status ekonomi, pedanda iaitu Brahmin
Gurukkal, Gurukkal, Pandaaram dan sebagainya. Terdapat beberapa peringkat sebelum, semasa
dan selepas perkahwinan ini dijalankan iaitu peringkat merisik, peringkat kunjungan ke rumah
pengantin, prosedur ikat janji atau niccayam, adat parisam, adat mukuurtakaal dan upacara
kanggenam.
Bandar Puteri Jaya telah dipilih sebagai kawasan kajian kerana terdapat kaum-kaum yang
berbeza seperti kaum Melayu, Cina dan India. Golongan-golongan yang tua dan dewasa yang
tinggal di kawasan ini dapat memberikan maklumat yang tepat dan jelas tentang adat
perkahwinan yang diamalkan oleh kaum Melayu, Cina atau India.

You might also like