You are on page 1of 4

4.

0 Taklimat/ laporan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


4.1 Puan Zubaidah Binti Mohamad Sultan mengucapkan terima kasih kepada semua
guru-guru kerana berjaya menjayakan Majlis Anugerah Kokorikulum dan Hal Ehwal
Murid.
4.2 GPK HEM meminta semua guru kelas bersedia untuk menutup jadual kedatangan
pelajar. Jumlah persekolahan bagi tahun 2014 ialah sebanyak 194 hari. Nama serta
nombor pendaftaran pelajar perlu juga ditulis bagi bulan Disember walaupun telah
cuti sekolah. Surat sakit harus dikeluarkan daripada buku tersebut dan diletakkan di
dalam sampul surat yang telah disediakan.
4.3 GPK meminta semua guru kelas mengemaskini pelajar yang telah membayar
sumbangan PIBG. Beliau memaklumkan bahawa pelajar tingkatan 5 yang tidak
membayar akan ditahan sijil SPM mereka.
4.4 GPK meminta guru kelas tingkatan 5 menyerahkan buku laporan murid kepada
para pelajar.
4.5 GPK HEM meminta sebelum cuti sekolah bermula, kelas harus dibersihkan dan
disusun dalam keadaan seperti waktu persekolahan agar tidak timbul masalah
pada hari pertama persekolahan. Beliau memaklumkan bahawa tiada perubahan
kedudukan kelas, namun bagi kelas 3 UPM dan 5 UPM, pelajar akan berada di
bawah kerana masalah kesihatan salah seorang pelajar kelas-kelas tersebut.
4.6 Mesyuarat tender kantin SMK Juasseh telah selesai. GPK memaklumkan pada kali
ini, tender kantin akan diteliti bukan sahaja berdasarkan kertas kerja, tetapi
berdasarkan pengalaman pengurusan kantin tersebut bagi mengelakkan tersilap
memilih tender kantin yang tidak menepati syarat.
4.7 Pembersihan bilik-bilik khas guru diminta memaklumkan kepada GPK HEM jika
mahu bilik-bilik khas dibersihkan. Beliau akan memaklumkan kepada pekerja
sekolah agar membersihkan bilik tersebut semasa cuti sekolah.
Respon guru-guru:
Encik Abdul Latif memaklumkan terdapat wayar-wayar elektrik berada dalam keadaan
terbuka. Ini membahayakan para pelajar.
Puan Jamaliah memaklumkan terdapat wayar tv di bilik Jahitan telah terputus dan
meminta pekerja sekolah tolong potongkan kerana dikhuatiri akan berlaku
kemalangan.

5.0 Taklimat/ Laporan Guru Penolong Kanan Kokurikulum


5.1 Puan Hajah Jamilah Binti Hussin mengucapkan terima kasih kepada semua guru
kerana telah melaksanakan anugerah Kokurikulm serta tugas kokurikulum dengan
baik dan jayanya.

5.2 GPK KOKU meminta kepada guru-guru yang berkenaan menghantar kunci bilik
sukan dan bahan kokurikulum kepada beliau sebelum cuti sekolah.
5.3 GPK KOKU memaklumkan sijil-sijil PAJSK pelajar tingkatan 3 telah dicetak. Beliau
berharap PAJSK pada tahun hadapan akan dapat dilaksanakan lebih baik lagi pada
tahun hadapan.
5.4 GPK KOKU memaklumkan Ujian SEGAK sebenarnya di bawah pengurusan GPK 1,
setelah ujian SEGAK dilaksanakan barulah keputusan ujian diserahkan kepada
GPK KOKU.
5.5 GPK KOKU menyatakan harapan agar aktiviti Kokurikulum pada tahun hadapan
dapat dilaksanakan dengan baik dan terancang.

6.0 Laporan Pihak kaunselor


6.1 Encik Nor Azman melaporkan peratus bilangan pelajar yang menerima kaunseling
individu dan kelompok.
a) Peratus pelajar menerima kaunseling individu : 40.5%
b) Peratus pelajar menerima kaunseling kelompok: 48.8%
Rumusan: Tidak mencapai sasaran (50%)
Faktor tidak mencapai sasaran: terdapat banyak aktiviti lain seperti DAS,
ujian Psikometrik, PBS Tingkatan 1 dan 2 yang berjalan serentak.
6.2 Encik Nor Azman memaklumkan program-program pembangunan sahsiah berjaya
mencapai sasaran.
6.3 Perancangan program tahun 2015:
- terdapat program yang dimansuhkan setelah didapati tidak bersesuaian.
- terdapat program baru diwujudkan.
- UBK tetap diadakan seperti biasa untuk tahun 2015.
- Program guru penyanyang tetap berjalan seperti biasa bagi tahun 2015.
6.4 Encik Nor Azman mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru yang
menjayakan Majlis Anugerah Graduasi 2014.
Respon guru-guru:
GPK HEM meminta pihak kaunselor merancang program selepas PT3 2015 kepada
pelajar tingkatan 3. Hal ini demikian kerana didapati para pelajar tingkatan 3 2014 dilihat
terbiar dan bertanyakan sebab mengapa tidak diadakan program untuk mereka.

7.0 Laporan Pelajar Pendidikan Khas


7.1 Puan Faridah memaklumkan segala aktiviti dan program PPKI bagi tahun 2014
telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

7.2 Bagi tahun 2015, terdapat beberapa pelajar PPKI akan menghadapi SPM dan PT3.
Hanya 2 orang pelajar telah tamat belajar bagi tahun 2014 manakala bagi tahun
2015, 9 orang pelajar bakal masuk PPKI. Puan Faridah menyatakan kesulitan
kerana pertambahan pelajar namun masih kekurangan guru dan kelas.
7.3 Puan Faridah memaklumkan projek serta program bagi tahun 2015 telah dirangka
dan berharap dapat dijayakan dengan sempurna.
7.4 Puan Faridah mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah mengajar
pelajar-pelajar PPKI yang diletakkan di kelas biasa.
Respon Guru-Guru:
Puan Pengetua mengucapkan tahniah kepada guru-guru PPKI kerana berjaya
mewujudkan sudut membaca di bawah tangga sebelah PPKI.

8.0 Hal-hal lain


8.1 Encik Nor Azman meminta guru-guru kelas mengutip bayaran kad pinjaman buku di
perpustakaan semasa pendaftaran tahun 2015.
8.2 Encik Abdul Latiff mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan kerana
menukarkan beberapa papan tanda yang mempunyai kesalahan tatabahasa.
8.3 Puan Norliza memaklumkan tentang perbelanjaan bagi bidang kemanusiaan.
Beliau juga meminta para guru bersedia dalam mendapat jadual waktu bagi tahun
2015. Beliau memohon maaf kepada mana-mana guru yang mendapat jadual
waktu tidak seperti yang diimpikan. Puan Norliza turut memaklumkan bahawa bilik
kemanusiaan sedang diubahsuai dan mengucapkan terima kasih kepada para guru
kemanusiaan yang banyak membantu dan memberi kerjasama. Beliau juga
menggalakkan para guru baharu untuk menawarkan diri bagi menanda kertas
Sejarah SPM agar mendapat pengalaman.
8.4 Puan Salihaton meminta kepada guru bertugas SPM supaya berada di sekolah
sepanjang peperiksaan berlangsung bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.
8.5 Puan Amelia meminta kepada semua guru agar menutup meja guru sebelum cuti
sekolah bagi mengelakkan habuk semasa cuti sekolah.
8.6 Puan Nor Hayati memaklumkan terdapat 4 orang pelajar tingkatan 4 telah terpilih
untuk mengikuti kursus kepimpinan Dana PINTAR selama 4 hari di Lumut, Perak.
8.7 Puan Rozilah meminta kepada guru-guru kelas agar memulangkan buku resit PIBG
sebelum cuti sekolah.
8.8 Puan Yusma memaklumkan tentang perjalanan urus niaga Kooperasi.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Dicatat dan disediakan oleh:

( Nur Ain Bt Khalid)


SU ganti Mesyuarat guru

( Nuraida Bt Azmi)

Disemak oleh:

(AB. RAHOP BIN ZAKARIA)


Guru Penolong Kanan
SMK Juasseh, 72500
Juasseh

Disahkan oleh:

(HAJAH MAHSURA BT MOHD SANI)


Pengetua
SMK Juasseh, 72500
Juasseh

Tarikh: 20 November 2014

You might also like