You are on page 1of 16

QUESTION

Question 18:
"It is an implied term of every partnership agreement
that each partner must observe the utmost good faith
towards his fellow partners."
Discuss this statement in relation to those sections of the
Partnership Act which, are framed with the object of
enforcing this implied term.

Kedudukan Seksyen 21

PERUNTUKKAN KEJUJURAN SECARA


SPESIFIK MENGIKUT AKTA
PERKONGSIAN 1961
Seksyen 30, 31 & 32 adalah khusus mengenai
kewajipan berlaku jujur antara setiap pekongsi.
Pertama peruntukan Sek. 30 secara spesifiknya
mewajibkan setiap pekongsi menyerahkan akaun yang
betul & tepat kepada firma & maklumat yang sahih &
terperinci berkenaan dengan perniagaan firma.

Sek 31(1) & (2)


Memperuntukkan bahawa sebagai seorang pekongsi
menjadi kewajipan baginya bersikap jujur terhadap
pekongsi lain dalam urusan perkongsian.
Jika seorang pekongsi menjalankan urusan/perniagaan
yang mana dilakukan tanpa pengetahuan/persetujuan
firma, maka pekongsi tadi perlulah menyerahkan
kepada firma segala faedah/keuntungan yang diperoleh
berhubung dengan perniagaan perkongsian itu.
Ini adalah disebabkan urusan itu dijalankan tanpa
persetujuan pekongsi yang lain.

KES: PATHIRANA lwn ARIYA


PATHIRANA (1967) 1 A.C.233

Plantif & defendan adalah dua orang rakan kongsi


dalam sebuah perkongsian yang menjalankan
perniagaan menjual petrol do Ceylon.
Firma mereka menjadi ejen penjualan petrol bagi
syarikat minyak Caltex Ceylon.
Telah berlaku perselisihan faham dimana defendan
telah memberi notis untuk menamatkan perkongsian.
Perjanjian perkongsian memperuntukkan notis selama
tiga bulan hendaklah diberikan sebelum perkongsian
ditamatkan.
Pihak defendan sebelum tamat notis kepada pltf
memberitahu Sykt. Caltex, perkongsiannya dengan pltf
telah tamat seterusnya menyakinkan sykt untuk adakan
perjanjian agensi baru antara mereka berdua sahaja
iaitu antara sykt dengan defendan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa pihak defendan


telah menggunakan nama baik (goodwill) perniagaan
firma tersebut dalam peroleh kontrak baru dengan
Sykt Caltex atas namanya sendiri.
Oleh demikian segala keuntungan diperolehi defendan
adalah dianggap keuntungan firma kerana
perkongsian belum lagi tamat sebelum kontrak
dimasuki.
Mahkamah juga mendapati selepas notis itu
berkuatkuasa, pltf telah menggunakan premis (stesen
servis) & bahagian modal yang dipunyai olehnya
untuk menjalankan perniagaannya.
Keadaan ini mengikut pandangan mahkamah
tergolong dalam Sek. 44 Akta Perkongsian Inggeris
(sama Sek. 42 Akta Perkongsian Malaysia)
mengatakan bahawa seseorang pekongsi yang telah
berhenti/waris/wakil pekongsi berhak menerima
sebahagian daripada keuntungan yang diperoleh
semenjak pembubaran itu.

Jika maklumat yang diperolehnya itu digunakan


dalam urusan yang tiada kena mengena dengan
urusan perniagaan perkongsian, maka pekongsi
tersebut tidak boleh dikenakan.
KES: AAS lwn BENHAM (1891) 2 Ch. 244
Seorang rakan kongsi dalam sebuah firma broker
kapal telah menubuhkan sebuah sykt membina
kapal.
Dia telah menggunakan maklumat yang diperoleh
olehnya semasa menjalankan urusan bagi firma
untuk menubuhkan sykt tersebut.
Beliau kemudiannya telah dilantik sebagai
pengarah & diberi gaji oleh sykt yang baru
ditubuhkan itu.
Perkara ini bagaimanapun telah diketahui oleh
rakan kongsinya yang lain.

Mereka menuntut supaya keuntungan yang


diperoleh oleh pekongsi (pengarah) tersebut
dikemukakan dan diserahkan kepada firma.
Mahkamah menolak tuntutan pekongsi lain
atas alasan bahawa perniagaan yang
dijalankan oleh pekongsi tersebut adalah
terkeluar daripada jenis perniagaan firma.
Kesimpulannya:-

perniagaan broker kapal adalah dianggap


sesuatu yang berlainan & berbeza dengan
perniagaan membina kapal. Oleh itu segala
maklumat broker kapal boleh digunakan
untuk menjalankan perniagaan membina
kapal.

KES: TRIMBLE lwn GOLDBERG (1906)


A.C. 494
Pihak responden & pihak perayu telah bersetuju satu
perjanjian perkongsian untuk membeli beberapa bidang
tanah dengan tujuan untuk dijual balik.
Selain itu beberapa saham dalam sebuah sykt yang
memiliki beberapa bidang tanah kepunyaan sykt
tersebut & memperoleh keuntungan.
Tanpa pengetahuan pihak responden, pihak perayu
kemudiannya telah membeli beberapa bidang tanah
kepunyaan sykt tersebut & memperoleh keuntungan.

Pihak reponden telah menuntut di mahkamah


supaya keuntungan yang diperoleh daripada
transaksi tersebut supaya diserahkan kepada
firma & dianggap sebagai keuntungan firma.
Mahkamah telah memutuskan walaupun
pembelian tanah kepunyaan sykt itu terkeluar
daripada perniagaan perkongsian, namun
secara tidak langsung ia mempunyai kaitan
dengan perkongsian.
Pihak perayu dikatakan telah membuat kontrak
jual beli secara sulit & boleh menjejaskan
kepentingan bersama pekongsi-pekongsi lain.
Oleh itu, pihak perayu hendaklah menyerahkan
keuntungan yang diperoleh kepada firma.

Pihak responden adalah berhak terhadap


keuntungan tersebut.
Pihak perayu telah membuat rayuan
terhadap keputusan ini.
Walaubagaimanapun House of Lords
memutuskan bahawa pembelian tanah
milik sykt adalah terkeluar daripada
bidang perkongsian & tidak ada kaitan
dengan perniagaan firma.
Selain daripada itu, tindakan perayu tidak
dianggap satu tindakan sulit yang boleh
menjejaskan/ memudaratkan kepentingan
perkongsian.

Sungguhpun Seksyen 31 hanya mengatakan bahawa


setiap pekongsi bertanggungan untuk menyerahkan
kepada firma segala keuntungan atau faedah yang
diperolehi hasil daripada penggunaan harta, nama atau
hubungan perniagaan firma atau daripada apa2 urusan
berkaitan firma, namun ia tidak menyentuh tentang
apakah tanggungan pekongsi tersebut daripada segi
jenayah.

KES R lwn Lee Siong Kiat

Seksyen 32 memperuntukkan: Jika seorang pekongsi tanpa persetujuan pekongsipekongsi yang lain, menjalankan sesuatu urusan yang
sama jenisnya & bertanding dengan urusan firma itu,
dia mesti menjelaskan & membayar kepada firma
semua keuntungan diperolehnya daripada urusan itu.

Dua syarat yang mesti dipenuhi


dalam seksyen ini ialah:Pertama: Pekongsi yang menjalankan perniagaan secara persendirian
hanya akan dikenakan tanggungan untuk menyerahkan
keuntungan yang diperolehnya kepada firma jika
perniagaan yang dilakukan itu sejenis & bersaing dengan
perniagaan yang dijalankan oleh firma.
Sekiranya perniagaan yang dijalankan adalah sejenis tetapi
tidak bersaing dengan perniagaan perkongsian, maka
pekongsi tidak perlu menyerahkan keuntungan kepada
firma kerana tidak dianggap melanggar peruntukan 32.

Kedua: Syarat yang pertama diatas tidak boleh


dikuatkuasakan tanpa adanya syarat kedua
iaitu perniagaan yang sama jenis & bersaingan
ini mestilah dijalankan tanpa pengetahuan
daripada pekongsi-pekongsi yang lain sama
ada secara nyata atau tersirat (termaklum).
Jika perniagaan yang dijalankan mendapat
kebenaran daripada pekongsi lain, maka
pekongsi yang menjalankan perniagaan yang
sama itu dianggap tidak melanggar
peruntukan seksyen ini.

You might also like