You are on page 1of 6

TANAM POKOK BUAH DALAM PASU DAN CARA-CARA MENYEDIAKAN CAMPURAN

TANAH TANAM POKOK BUAH DALAM PASU DAN CARA-CARA MENYEDIAKAN


CAMPURAN TANAH
Biasanya pokok buah-buahan ditanam di ladang. Akibat kekurangan kawasan
khususnya di perkarangan rumah, teknik menanam di dalam pasu yang mulanya
sebagai hobi, kini dikomersilkan. Antara tanaman yang sesuai ditanam dalam pasu
atau bekas ialah belimbing besi, mangga, jambu air, rambutan, limau, kedondong,
ciku dan mata kucing. Pada umumnya, teknik ini digemari kerana;- Boleh
dijalankan di kawasan yang kecil terutama di sekitar rumah kediaman Masalah
serangan serangga dan penyakit lebih mudah dikawal Masa berbuah dapat
ditentukan dengan pemberian zat pemakanan yang sesuai dan tepat pada masa
yang dikehendaki Kedudukan tanaman boleh diubah ke tempat yang dikehendaki
Tiada pembaziran zat makanan tanaman
Faktor-faktor yang mempengaruhi hasil tanaman buah-buahan dalam pasu
1. Agroiklim: Jenis tanaman yang dipilih hendaklah sesuai dengan agroiklim
sesuatu tempat. Ini merangkumi suhu, kelembapan udara, jumlah hujan, matahari
dan topografi. 2. Bahan Tanaman: Bahan tanaman yang berasal daripada
pembiakan tampang hendaklah dipilih kerana ia cepat mengeluarkan hasil. Selain
daripada itu ia hendaklah sihat, bebas dari penyakit dan perosak. 3. Bekas
Tanaman: Ukuran dan bentuk bekas hendaklah sesuai dengan jenis tanaman bagi
menjamin pertumbuhan yang baik dan cepat mengeluarkan hasil. Sebagai contoh,
anak benih setinggi 60-70 cm, sesuai ditanam dalam bekas berukuran 30 cm
panjang, 30 cm tinggi dan 30 cm lebar. Bekas-bekas seperti pasu tanah liat, pasu
simen, plastik atau tong drum boleh digunakan. Pasu-pasu ini mesti mempunyai
lubang di bahagian dasarnya supaya ia tidak bertakung. Penggantian kepada bekas
yang lebih besar dibuat 2-3 tahun sekali selaras dengan pertumbuhan pokok. 4.
Media Tanaman: Media tanaman yang sesuai ialah campuran tanah kebun, pasir,
tahi lembu/ayam atau kompos. Nisbahnya 1:1:1 atau 2:1:2. Bahan-bahan lain yang
diperlukan ialah NPK (15:15:15).
Penjagaan Penjagaan tanaman bagi teknik dalam pasu adalah hampir sama
dengan penjagaan tanaman di ladang. Ini termasuklah:- 1. Penyiraman: Dilakukan
dua kali sehari (pagi dan petang). Air perigi atau air mata air sangat sesuai

digunakan. 2. Naungan: Anak benih hendaklah diberi naungan selama sebulan


sebelum dipindahkan ke tempat terbuka. Pada amnya sinaran matahari selama 5
jam sehari diperlukan. 3. Pangkasan: Pangkasan pembetukan dan penjagaan yang
teratur dapat meninggikan kualiti dan kuantiti hasil. Sebagai panduan tanaman
yang mempunyai batang bergaris pusat 3-5 cm, perlu mempunyai 5-6
dahan/cabang sahaja. 4. Pembajaan Kedua-kedua jenis baja diperlukan iaitu baja
organik dan bukan organik. Di peringkat permulaan, baja NPK (15:15:15) diberi
sebulan sekali manakala di peringkat berbunga dan berbuah baja NPK (15:19:10)
diperlukan. 5. Kawalan perosak dan penyakit: Pelbagai kaedah kawalan boleh
dijalankan bagi tanaman buah-buahan dalam pasu, antaranya ialah:- - menyembur
dengan racun kimia yang sesuai. - menjaga kebersihan kawasan penanaman menggunakan anak benih yang bebas dari serangan perosak dan penyakit membuang buah (putik) yang berpenyakit atau rosak dengan tangan 6. Meransang
pembungaan dan pengeluaran buah: Disamping penjarangan buah, terdapat
kaedah-kaedah lain untuk mencepatkan pengeluaran hasil. Antaranya ialah
melentur dan melukakan dahan/cabang dan penggunaan penggalak tumbuhan
yang terdapat di pasaran. 7. Memetik hasil: Waktu yang tepat untuk memetik hasil
menentukan kualiti dan rasa buah. Catatan masa dan tarikh tanaman mula
berbunga sangat penting untuk dijadikan rujukan. Antara aktiviti yang dijalankan
secara rutin 1. menyediakan campuran tanah 2. pasu memasu 3. menukar pasu 4.
pembiakan tumbuhan 5. penyelenggaraan tanaman 6. memangkas 7. membaja 8.
menyiram 9. merumput 10. mengawal penyakit dan musuh tanaman 11.
menentukan cahaya 12. menentukan kelembapan suhu dan peredaran udara yang
optima Ciri-ciri campuran tanah yang baik untuk tanaman berpasu Campuran tanah
pasu yang baik boleh membantu pertumbuhan pokok hiasan dalam keadaan yang
optima sekiranya mempunyai kriteria seperti berikut:- 1. Fizikal atau tekstur tanah
hendaklah berkeadaan peroi dan gembur supaya wujud pengudaraan yang baik,
penjalaran akar yang sempurna dan penyerapan air yang tinggi. 2. Campuran tanah
mestilah mengandungi unsur-unsur yang mencukupi dan seimbang pada semua
peringkat tumbesaran dan perkembangan pokok. 3. Campuran tanah hendaklah
bebas daripada bahan-bahan toksik, penyakit dan serangga perosak. 4. Bahanbahan utama untuk membuat campuran tanah hendaklah murah dan senang
didapati. 5. Elakkan menggunakan najis haiwan supaya tidak mencemarkan udara
persekitaran dengan bau yang busuk. 6. Setiap bahan mestilah seimbang mutunya

dan mempunyai fungsi-fungsi tertentu. 7. Kaedah yang digunakan untuk membuat


tanah campuran hendaklah senang dan mudah. Bahan-bahan utama dalam
campuran tanah Tanah peroi, bahan organik, pasir sungai dan baja asas. Tanah
peroi: Tanah mengandungi beberapa bahagian bahan galian seperti batu, pasir,
tanah liat, reputan hijau (bahan organik) dan lain-lain. Tanah peroi juga dikenali
dengan panggilan tanah atas (top soil) yang boleh didapati kurang daripada 0.5
meter dari permukaan tanah. Tanah atas mempunyai berbagai warna dan tekstur
bergantung kepada kuantiti kandungan bahan utama yang terdapat dalam tanah
itu, contohnya tanah atas yang mengandungi banyak bahan organik mempunyai
warna lebih gelap. Dalam kerja-kerja menyediakan tanah campuran, bahagian
tanah peroi dijadikan panduan sukatan untuk bahan-bahan lain seperti pasir dan
bahan organik. Tanah peroi terbahagi kepada 3 jenis:- 1. Tanah peroi berpasir 2.
Tanah peroi sederhana 3. Tanah peroi liat Tanah peroi berpasir mempunyai
kandungan pasir yang tinggi, tekstur terbuka, mudah kehilangan kandungan air
(mudah kering), daya penyerapan air rendah dan mengandungi 5-10% lempung.
Tanah peroi sederhana paling sesuai digunakan kerana teksturnya gembur dan
peroi. Tahap penyerapan air yang tinggi dan mengandungi 20-40% lempung. Tanah
peroi liat mengandungi lempung yang padu dan padat, melekat dan mempunyai
daya penyerapan air yang tinggi. Tanah peroi liat mengandungi lebih 40% lempung.
Tanah peroi yang sesuai mempunyai keasidan tanah sebanyak pH 5.5 - 6.5 dan
sesuai untuk kebanyakan pokok hiasan tropika. Bahan organik Pelbagai bahan
organik sesuai digunakan untuk membaiki tekstur tanah. Kebanyakan bahan
organik terhasil daripada reputan hijau atau sisa buangan pertanian. Tanah
memerlukan bahan organik untuk menggalakkan kegiatan mikro-organisma yang
berfaedah, memperbaiki tekstur tanah bagi penyerapan air yang sempurna dan
membantu pengudaraan dalam tanah. Jenis-jenis bahan organik 1. Najis Haiwan
Bahan organik yang terhasil daripada najis haiwan seperti tahi lembu, tahi ayam,
tahi kambing perlulah direputkan dan disejukkan terlebih dahulu sebelum boleh
digunakan untuk mengelakkan kelecuran. Kandungan unsur-unsur utama yang
terdapat dalam baja najis haiwan adalah rendah iaitu 2-3% N, 3% P dan 5% K
(Nitrogen, Fosforus, Kalium). Pada masa ini baja najis haiwan sukar diperolehi dan
harganya juga agak mahal. Terdapat beberapa kelemahan dalam penggunaan baja
najis haiwan seperti baunya yang kurang menyenangkan dan menjadi agen kepada
penyebaran benih rumput. 2. Tanah Gambut Tanah gambut terjadi hasil daripada

mendapan bahan organik melalui proses pereputan sisa buangan pertanian seperti
jerami padi, rumput dan daun kering serta lain-lain. Proses mendapatan ini berlaku
dalam jangka masa bertahun-tahun lamanya. Daya penyerapan air bagi tanah
gambut adalah tinggi. 3. Baja Kompos Baja kompos diperbuat daripada bahan sisa
buangan pertanian seperti daun, ranting, pelepah dan lain-lain yang direputkan
untuk dijadikan baja. Baja kompos mempunyai daya penyerapan air yang
sederhana dan mengandungi unsur-unsur utama yang rendah. Kebaikan
menggunakan baja kompos ialah tidak ada pembaziran dalam amalan pertanian
kerana sisa buangan pertanian diguna semula. Penggunaan baja kompos juga dapat
membaiki tekstur tanah. 4. Habuk Papan Elakkan daripada menggunakan habuk
papan yang tercemar oleh minyak mesin kayu dan sebaiknya direputkan terlebih
dahulu. 5. Sekam Padi Sekam padi yang belum atau sudah dibakar boleh digunakan.
6. 'Cocofibre' Gabus-gabus kecil yang dihasilkan daripada sabut kelapa ini telah
banyak digunakan dalam campuran tanah. Bahan ini mempunyai daya penyerapan
air yang tinggi. Pasir Pasir membantu pengudaraan dan pengaliran air kerana ia
membuka dan meronggakan tekstur tanah. Beberapa jenis pasir boleh didapati
seperti pasir sungai, pasir lombong dan pasir laut. Untuk kegunaan dalam campuran
tanah sebaik-baiknya gunakan pasir yang mengandungi sekurang-kurangnya 90%
kumin pasir dan saiznya lebih kurang 5 mm. Pasir sungai adalah pasir yang terbaik
untuk digunakan dalam campuran tanah kerana kasar dan bersih. Baja Organik
Pada kebiasaannya kandungan unsur-unsur yang terdapat dalam tanah campuran
adalah rendah dan tidak seimbang untuk pokok pada peringkat awal pertumbuhan.
Untuk mendapatkan unsur-unsur tambahan dalam campuran tanah, baja organik
yang mengandungi unsur NPK 8:8:8 atau 10:10:10 perlulah digunakan. Baja organik
yang dihasilkan daripada bahan-bahan seperti serbuk tulang, darah kering, serbuk
udang, guano dan sebagainya banyak djual dalam pasaran. Kapur GML atau kapur
pertanian biasanya digunakan untuk menentukan keasidan tanah ke tahap yang
sesuai bagi kegiatan pertanian yang hendak dilaksanakan, contohnya untuk
penanaman pokok tahap keasi dan tanah yang diperlukan ialah pH 5.5 - 6.5. Selain
menentukan keasidan tanah kapur juga berupaya membasmi telur dan larva
serangga perosak serta beberapa jenis kulat yang terdapat dalam tanah. Dalam
kerja-kerja menyediakan campuran tanah bagi tanaman berpasu kapur perlu
dicampurkan bagi tujuan yang dinyatakan tadi. Jenis campuran tanah Ada 2 jenis
campuran tanah asas yang digunakan untuk pokok-pokok tanaman hiasan,

campuran tanah pasu dan campuran tanah tapak semaian. 1. Campuran tanah pasu
Campuran tanah ini sesuai bagi semua pokok hiasan: - 3 bahagian tanah peroi - 2
bahagian bahan organik (tanah gambur) - 1 bahagian pasir sungai Baja asas: - 3.54.0 kg. baja organik - 3.5-4.0 kg. kapur pertanian bagi menghasilkan 1 meter padu
tanah campuran 2. Campuran tanah semaian - 2 bahagian tanah peroi sederhana 1 bahagian bahan organik (tanah gambut) - 1 bahagian pasir sungai Baja asas: 2.5-3.0 kg baja fosfat - 2.0-2.5 kg kapur pertanian bagi menghasilkan 1 meter padu
tanah campuran. Cara-cara membuat campuran Terlebih dahulu sediakan peralatan
asas yang diperlukan bagi membuat campuran tanah, seperti berikut:- - baldi besar
(10 liter) untuk menyukat bahan-bahan utama. - Dacing untuk sukatan baja asas. Pencakar dan cangkul untuk memecah dan meratakan tanah - 'Slope' untuk
mencampur dan membalikkan bahan-bahan utama. - Kereta sorong untuk
mengangkut bahan - Ayak (saiz 1 sm) untuk mengayak bahan utama Cara membuat
1. Longgokkan 3 baldi penuh tanah peroi yang sudah diayak di atas lantai dan
ratakan setebal 3-4 inci. 2. Longgokkan 2 baldi penuh bahan organik (tanah
gambut) yang sudah diayak di atas lapisan tanah peroi dan ratakan. 3. Longgokkan
1 baldi penuh pasir sungai yang sudah diayak di atas lapisan bahan organik dan
ratakan. 4. Sukat baja asas dan kapur sebanyak yang ditentukan dengan
menggunakan dacing dan taburkan di atas lapisan pasir sungai. 5. Dengan
menggunakan slope balik-balikkan lapisan bahan-bahan tersebut dari satu tempat
(A) ke satu tempat (B) dan ulangkan 3-4 kali sehingga bahan-bahan dalam
campuran benar-benar bercampur dengan rata. Untuk menguji campuran tanah
yang dihasilkan menepati kriteria tanah campuran yang betul, ambil segenggam
tanah campuran tersebut dan kepal. Sekiranya tanah campuran tidak pecah setelah
genggaman dibuka dan pecah berderai setelah dijatuhkan di atas lantai, ini
menunjukkan campuran tanah yang dihasilkan adalah betul. Campuran tanah yang
disediakan ini boleh terus digunakan atau disimpan selama 3-4 bulan. Sekiranya
campuran tanah ini hendak disimpan elakkan daripada terdedah kepada cahaya
matahari dan hujan. Faedah daripada campuran tanah yang betul Campuran tanah
yang digunakan di dalam pasu atau bekas-bekas lain mestilah disediakan dengan
sempurna dan teratur supaya pokok mendapat segala faedah daripadanya seperti:1. Peredaran udara dalam tanah yang baik membolehkan akar bernafas dengan
sempurna. 2. Membolehkan akar lebih aktif untuk menyerap air dan unsur-unsur
yang ada di dalam tanah. 3. Penyerapan air yang lebih tinggi. 4. Mengandungi

unsur-unsur yang mencukupi dan seimbang untuk keperluan pokok. 5. Bebas


daripada penyakit dan serangga.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

You might also like