You are on page 1of 3

Hutan merupakan khazanah dunia yang amat bernilai.

Hutan telah membekalkan negara kita dengan pelbagai


sumber seperti kayu-kayan dan ubat-ubatan. Malaysia
juga terkenal dengan keindahan alam semula jadinya
yang sentiasa menjadi daya penarik kepada pelancongpelancong asing. Namun akhir-akhir ini, hutan
menghadapi ancaman kemusnahan daripada pihak-pihak
yang tamak dan hanya mementingkan kekayaan sematamata. Jika masalah ini tidak ditangani, sudah tentu kita
akan menghadapi lebih banyak masalah di hari muka.
Pembalakan haram mampu menyumbang kepada
terjadinya bencana alam. Pembalakan yang tidak
terkawal akan menjadikan permukaan bumi terdedah
kepada hakisan. Bahan yang terhakis akan dibawa dan
dimendapkan di dasar sungai. Hal ini menyebabkan
sungai menjadi cetek. Apabila hujan lebat, sungai tidak
mampu menampung air yang banyak lalu ia melimpah ke
kawasan sekitar. Banjir yang sering kali memusnahkan
perkampungan orang asli mengakibatkan kehidupan
masyarakat ini diambang penderitaan. Adat bernegeri
memagar negeri, adat berkampung memagar kampung.
Kita tidak seharusnya mementingkan diri sendiri. setiap
tindakan yang kita ambil pastinya akan memberi impak
keapada orang lain. Kita haruslah mempunyai sikap
kesederhanaan. Selain itu, kemusnahan habitat flora dan
fauna juga merupakan kesan aktiviti pembalakan haram.
Umum mengetahui bahawa hutan merupakan tempat
tinggal semula jadi bagi pelbagai jenis tumbuhan dan
spesies haiwan liar. Kemusnahan hutan bermaksud
musnahnya tempat tinggal hidupan-hidupan yang tinggal

didalamnya. Jika tiada tindakan yang diambil bagi


mengawal kegiatan manusia yang tidak bermoral ini,
perkara yang lebih teruk lagi akan berlaku. Contohnya,
kepupusan sesuatu spesies hidupan. Justeru, langkah
yang berkesan perlu lah dilaksanakan bagi mengelakkan
perkara yang lebih parah lagi daripada berlaku. Sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.
Jangan biarkan cucu-cicit kita tertanya-tanya, apa itu
orang utan, harimau gajah, dan burung kakak tua. Di
samping itu, pembalakan haram turut mengakibatkan
peningkatan suhu di negara kita. Aktiviti pembalakan
haram akan meningkatkan kandungan gas karbon
dioksida dalam udara. Gas ini mampu memerangkap
haba di atmosfera daripada dipantulkan semula.
Fenomena inilah yang menyebabkan peningkatan suhu
persekitaran. Keadaan menjadi bertambah teruk apabila
kurangnya tumbuhan yang menyerap gas ini. Selain
peningkatan suhu, fenomena ini turut mengakibatkan
kesan rumah hijau dan perubahan suhu setempat. Oleh
yang demikian, kita perlulah menghargai anugerah
ciptaan tuhan yang tidak ternilai harganya ini. Mampukah
kita hidup selesa dalam keadaan yang panas sebegini?
Tepuk dada, tanya selera. Selain berfungsi sebagai
peparu bumi, hutan juga bertindak seperti span di
kawasan tadahan hujan. Aktiviti manusia menebang
pokok-pokok akan menjejaskan kawasan tadahan hujan di
tanah tinggi. Hal ini akan mengurangkan kadar serapan
dan penyimpanan air dalam tanih sekaligus menjejaskan
bekalan air. Keadaan ini mendatangkan kebejatan kepada
penduduk sekitar. Tamsilnya, krisis air yang pernah

berlaku di Lembah Klangdan Melaka menyebabkan


aktiviti harian penduduk seperti memasak, mandi dan
membasuh pakaian terganggu. Oleh itu, kita seharusnya
sedar akan kepentingan hutan dalam kehidupan kita.
Sikap bagaikan enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing hanya akan memberi kemudaratan
kepada kita. Intihanya, kita harus berkolaborasi bagi
membendung kegiatan ini daripada terus meragut
keindahan alam ciptaan ilahi. Pihak kerajaan haruslah
mengambil tindakan yang tegas terhadap pesalah yang
didapati menjalankan kegiatan pembalakan haram. Orang
awam pula hendaklah melaporkan sebarang pergerakan
kenderaan pengangkut balak yang mencurigakan.
Dengan adanya kerjasama bagaikan aur dan tebing,
sudah pasti masalah ini dapat diatasi. Seperkara lagi, kita
perlulah ingat bahawa kita tidak mewarisi bumi ini
daripada nenek moyang kita, tetapi kita hanya
meminjamnya daripada anak cucu kita.

You might also like