You are on page 1of 13

KERTAS KERJA

KEJOHANAN BADMINTON PIALA PENGETUA


KOLEJ KERIS MAS

TARIKH
22 HINGGA 24 MAC 2013

TEMPAT
DEWAN BESAR, KOLEJ KERIS MAS,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ANJURAN
SEKRETARIAT SUKAN DAN REKREASI
JAWATANKUASA KEBAJIKAN SISWA/ I (JAKSA)
KOLEJ KERIS MAS
SESI 2012/2013
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

MEMBUDAYAKAN SUKAN MENCIPTA KEJAYAAN

KEJOHANAN BADMINTON PIALA PENGETUA KOLEJ KERIS MAS


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22 HINGGA 24 MAC 2013

KERTAS KERJA
KEJOHANAN BADMINTON PIALA PENGETUA
KOLEJ KERIS MAS
SESI 2012/2013
1.0

TUJUAN
Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan kelulusan
serta bantuan pelbagai dari Jabatan Perhidmatan Pelajar(JPPel) untuk mengadakan
Kejohanan Badminton Piala Pengetua Kolej Keris Mas bagi sesi 2012/2013.

2.0 PENGENALAN
Kejohanan Badminton Piala Pengetua Kolej Keris Mas merupakan kejohanan pemanas
badan yang kali kedua diadakan sebelum Kejohanan Badminton Piala Tun Dr. Siti
Hasmah bt Mohd Ali. Kejohanan ini menyasarkan penyertaan daripada 64 beregu lelaki
yang mana setiap beregu berpeluang memenangi hadiah menarik dan ditawarkan
menyertai Kejohanan Badminton Piala Tun Dr. Siti Hasmah pada bulan Mei 2013.
Kejohanan ini akan diadakan di Dewan Besar, Aras 2, Pusat Kemudahan Kolej, Kolej
Keris Mas yang mempunyai kemudahan yang cukup bagi menjayakan pertandingan ini.
Kejohanan ini dijangka akan menarik penyertaan dari pelbagai lapisan masyarakat yang
terdiri daripada pelbagai kaum, lapisan umur dan latar belakang. Kejohanan ini juga akan
diadili dan dikendalikan sendiri sepenuhnya oleh Biro Sukan dan Rekreasi, Jawatankuasa
Kebajikan Siswa/ i (JAKSA) Kolej Keris Mas sesi 2012/2013. Sebelum kejohanan
bermula, satu kursus pengendalian sukan badminton akan dijalankan demi memantapkan
teknik pengurusan acara sukan dan membina kerjasama baik antara ahli jawatankuasa
pelaksana. Di akhir kejohanan, diharapkan satu bakat baru dalam dunia badminton
Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya dan negara Malaysia amnya dapat
ditonjolkan serta dikembangkan pada masa hadapan.

3.0 MISI
Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk
memastikan kelancaran program ini dengan
3.1

Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti supaya
dapat membentuk mahasiswa/i yang berketrampilan dan berdisiplin.

3.2

Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang


ditetapkan dan objektif-objektif yang telah digariskan.

3.3

Menjaga nama baik universiti dan kolej sebelum, sepanjang dan selepas
pelaksanaan program.

MEMBUDAYAKAN SUKAN MENCIPTA KEJAYAAN

KEJOHANAN BADMINTON PIALA PENGETUA KOLEJ KERIS MAS


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22 HINGGA 24 MAC 2013

4.0 MATLAMAT
Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran program adalah
4.1

Mencari penyertaan untuk Kejohanan Badminton Piala Tun Dr. Siti Hasmah

4.2

Menyediakan platform kejohanan pemanas badan bagi peserta Kejohanan


Badminton Piala Tun Dr. Siti Hasmah

4.3

Mendedahkan kepada jawatankuasa simulasi sebenar penganjuran kejohanan


sebelum Kejohanan Badminton Piala Tun Dr. Siti Hasmah

4.4

Mencungkil bakat baru dalam arena badminton Universiti Kebangsaan Malaysia

4.5

Meningkatkan profesionalisme para peserta bekerja dalam berpasukan.

5.0 OBJEKTIF
Objektif penganjuran adalah berasaskan 8 Hasil Pembelajaran Pogram berasaskan
Kontrak Pembelajaran(Learning Contract) seperti berikut :
5.1 Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban (HPP1) : Sifat memastikan setiap
perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil
lewa dan acuh tak acuh tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.
5.2 Kemahiran Komunikasi (HPP2) : Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat
mencapai status negara maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya
ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam
melaksanakan semua tugas dan kewajipan.
5.3 Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (HPP3)
: Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya
memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk
sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu
sepanjang hayat.
5.4 Kemahiran Membina Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme (HPP4) : Rakyat
Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan
tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua
pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan
sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.
5.5 Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik
(HPP5): Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang.
Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu

MEMBUDAYAKAN SUKAN MENCIPTA KEJAYAAN

KEJOHANAN BADMINTON PIALA PENGETUA KOLEJ KERIS MAS


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22 HINGGA 24 MAC 2013

memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua
bidang yang diceburi.
5.6 Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan (HPP6) : Kesetiaan sepenuhnya
kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara
yang tercinta.
5.7 Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan (HPP7): Ialah cara berhadapan
dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku
perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain.
5.8 Kemahiran Kreatif dan Inovatif (HPP8) : Adalah kesediaan kita sebagai rakyat
Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang
kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu
menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk
kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa
bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.

6.0 TEMA
Membudayakan Sukan Mencipta Kejayaan
Tema ini dipilih berdasarkan kesesuaian nama program dan matlamat serta objektif
penganjuran kejohanan yang berorientasikan sukan. Kejayaan yang bakal dicipta bukan
sekadar di kejohanan ini malah lebih jauh dari ini dan tidak hanya diraih oleh peserta
bahkan pihak penganjur juga.
7.0 ANJURAN
Biro Sukan dan Rekreasi
Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA)
Kolej Keris Mas
Sesi 2012/2013

8.0 TARIKH DAN MASA


Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:
Tarikh :22 hingga 24 Mac 2013
Hari :Jumaat dan Ahad
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 malam

MEMBUDAYAKAN SUKAN MENCIPTA KEJAYAAN

KEJOHANAN BADMINTON PIALA PENGETUA KOLEJ KERIS MAS


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22 HINGGA 24 MAC 2013

9.0

TEMPAT PROGRAM
Tempat program akan dijalankan ialah di Dewan Besar, Aras 2, Pusat Kemudahan Kolej,
Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia.

10.0

PUBLISITI
Publisiti bagi program ini akan dihebahkan di media massa seperti berikut :
10.1
10.2
10.3
10.4
10.5
10.6
10.7
10.8

11.0

RTM
Media Prima Berhad
All Asia Network Broadcast (ASTRO)
Utusan Melayu
Kumpulan Karangkraf
Dewan Bahasa dan Pustaka
TV Al Hijrah
Bernama

CADANGAN PENYAMPAI HADIAH KEJOHANAN


Cadangan penyampai hadiah kejohanan adalah seperti berikut :
1) Y.Bhg. Dr. Ruslin bin Amir
Pengetua Kolej Keris Mas
2) Y.Brs. Tuan Haji Ishak bin Abdul Rahman
Timbalan Pengetua Kolej Keris Mas
3) Y.Brs. Tuan Syed Kamarudin bin Haji Sadak
Pengurus Kolej Keris Mas

12.0

PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM


Jumlah peserta : 128 orang
Bilangan urusetia : 40 orang urusetia
Bilangan pengadil : 6 orang

13.0

STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A

MEMBUDAYAKAN SUKAN MENCIPTA KEJAYAAN

KEJOHANAN BADMINTON PIALA PENGETUA KOLEJ KERIS MAS


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22 HINGGA 24 MAC 2013

14.0TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B

15.0

BELANJAWAN PROGRAM
Rujuk Lampiran C

16.0

PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila
hubungi :
Pejabat JAKSA Kolej Keris Mas,
Aras 2, Pusat Kemudahan Kolej,
Kolej Keris Mas,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p : Abdushattar Bin Nawi-013-9972737)
Tel
Faks
E-mel

: 03 89214009
: 03 89214009
: kmbc2012@hotmail.com

MEMBUDAYAKAN SUKAN MENCIPTA KEJAYAAN

KEJOHANAN BADMINTON PIALA PENGETUA KOLEJ KERIS MAS


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22 HINGGA 24 MAC 2013

17.0

PENUTUP
Adalah diharapkan agar kertas kerja Kejohanan Badminton Piala Pengetua Kolej Keris
Mas sesi 2012/2013 ini mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan
Pelajar dan juga amat diharapkan pihak JPPel mempertimbangkan sewajarnya serta
meluluskan permohonan bantuan kewangan seperti yang telah dinyatakan. Selain itu,
adalah menjadi harapan agar program ini dapat dijayakan dengan lancar dan mencapai
segala objektif yang telah digariskan. Penganjuran program seumpama ini juga
diharapkan dapat memberi manfaat kepada barisan kepimpinan Kolej Keris Mas yang
akan sedaya-upaya memerah tenaga dan buah fikiran bagi kecemerlangan kolej.
Program sebegini akan menjadi suatu pengalaman yang sememangnya tidak dapat dibeli
dengan wang ringgit, sekaligus menjadi pemangkin dan batu loncatan buat mereka
dalam menempuh alam pekerjaan kelak. Secara tidak langsung, kolej akan dapat
melahirkan pemimpin yang berfikiran positif, dinamik, aktif, progresif serta cekap
dalam segala tindakan. Oleh itu, segala sokongan, komitmen dan pengembelingan
tenaga daripada semua pihak amat dialu-alukan. Semoga segala bentuk ilmu dan strategi
pengurusan dapat dipraktikkan sepenuhnya agar Kolej Keris Mas agar terus cemerlang.

Disediakan oleh

Disemak oleh

MOHAMAD FAIRUZ BIN ZAINI


KetuaPengarah
Kejohanan Badminton PialaPengetua
KolejKeris Mas
Sesi 2012/2013
UniversitiKebangsaan Malaysia

MUHAMMAD AMIR BIN NORASIKIN


ExcoSukandanRekreasi I
JawatankuasaKebajikanSiswa/ i (JAKSA)
KolejKeris Mas
Sesi 2012/2013
UniversitiKebangsaan Malaysia

Disokong oleh

Disahkan oleh

FRANKIE MARCUS ATA


FeloPenasihat
Biro SukandanRekreasi
KolejKeris Mas
UniversitiKebangsaan Malaysia

DR. RUSLIN BIN AMIR


Pengetua
Kolej Keris Mas
Universiti Kebangsaan Malaysia
No. Tel : 03-89214009 (pejabat) 019-2686865 (tel. bimbit)

MEMBUDAYAKAN SUKAN MENCIPTA KEJAYAAN

KEJOHANAN BADMINTON PIALA PENGETUA KOLEJ KERIS MAS


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22 HINGGA 24 MAC 2013

LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI
KEJOHANAN BADMINTON PIALA PENGETUA KOLEJ KERIS MAS
SESI 2012/2013
Penaung
Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor, UKM
Pengerusi
Y.Bhg. Prof. Ir. Othman A. Karim
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM
Penyelaras
Tuan Hj. Musa Zainal Abidin
Timbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)
Penasihat Utama
Dr. Ruslin Bin Amir
Pengetua Kolej Keris Mas, UKM
Penasihat
Tuan Hj. Ishak bin Abdul Rahman
Timbalan Pengetua Kolej Keris Mas, UKM
Tuan Syed Kamarudin Haji Sadak
Pengurus Hal Ehwal Pelajar Kolej Keris Mas, UKM
Muhamad Hafiz bin Md Saad
Felo Kanan Kolej Keris Mas, UKM
Felo Penasihat
Frankie Marcus Ata
Azrin binti Ahmad
Pemantau
Akmal Firdaus Bin Rusli
YDP JAKSAKolej Keris Mas, UKM
Muhammad Amir bin Norasikin
Exco Sukan dan Rekreasi I, JAKSA Kolej Keris Mas
Nur Jannatul Makwa bt Samsudin
Exco Sukan dan Rekreasi II, JAKSA Kolej Keris Mas

MEMBUDAYAKAN SUKAN MENCIPTA KEJAYAAN

KEJOHANAN BADMINTON PIALA PENGETUA KOLEJ KERIS MAS


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22 HINGGA 24 MAC 2013

Ketua Pengarah
MohamadFairuz bin Zaini
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan/1
A139860
012-5379143
Timbalan Ketua Pengarah
Siti Maryam binti Johan
Fakulti Pendidikan/1
A140772
012-7949454
Setiausaha
Nurfarhana Hizan binti Hijas
Fakulti Sains dan Teknologi/1
A142100
013-4836819
Bendahari
Nur Asnida binti Abu Samah
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan/1
A140054
012-5842672
Pengarah Program

Mohd Arif bin Mohd Jainury


Fakulti Pengajian Islam/ 1/ A141626

Pengarah Sijil & Cenderamata

NurulAmerabintiNazman
FakultiKejuruteraandanAlamBina/1/ A141565

Pengarah Penajaan dan Perolehan:

Norfazila binti Abdul Aziz


Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan/ 1/ A142412

Pengarah Tugas-tugas Khas

Mohd Hasrul bin Mohamad


Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan/ 1/ A140123

Pengarah Teknikal

Mohd Shukrie bin Yusoff


Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina/1/ A141252

MEMBUDAYAKAN SUKAN MENCIPTA KEJAYAAN

KEJOHANAN BADMINTON PIALA PENGETUA KOLEJ KERIS MAS


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22 HINGGA 24 MAC 2013

LAMPIRAN B
ATURCARA PROGRAM
KEJOHANAN BADMINTON PIALA KOLEJ KERIS MAS 2012/2013
JUMAAT, 22 MAC 2013
MASA

PERKARA

8.00 pagi

Pendaftaran peserta

8.30 pagi

Taklimat oleh Pengadil Kejohanan

TEMPAT

Dewan Besar,
Kolej Keris Mas
9.00 pagi

11.00 malam

Pertandingan bermula

Berakhir saringan peringkat pertama

SABTU, 23 MAC 2013


MASA
8.00 pagi

PERKARA

TEMPAT

Pertandingan bermula
Dewan Besar,
Kolej Keris Mas

11.00 malam

Berakhir saringan peringkat kedua

AHAD, 24 MAC 2013


MASA
9.00 pagi

5.00 petang

PERKARA

TEMPAT

Pertandingan peringkat separuh akhir dan


akhir

Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan oleh


Y.Bhg. Dr. Ruslin bin Amir, Pengetua Kolej
Keris Mas

MEMBUDAYAKAN SUKAN MENCIPTA KEJAYAAN

Dewan Besar,
Kolej Keris Mas

10

KEJOHANAN BADMINTON PIALA PENGETUA KOLEJ KERIS MAS


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22 HINGGA 24 MAC 2013

LAMPIRAN C
BELANJAWAN
Anggaran Pendapatan
BIL PERKARA

RM

1.

Tabung Pengetua Kolej Keris Mas

3 000

2.

Sumbangan Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)

2 000

3.

Yuran Penyertaan (RM 50 64 beregu)

3 200

4.

Sumbangan Luar

1 800

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN

10 000

Anggaran Perbelanjaan
BIL
1.

2.

3.

4.

PERKARA
Pengurusan
i) Toner Ink(RM 180/ unit 1 unit)
ii) Katrij warna (RM 60/ set 2 set)
iii) Kertas A4 (RM 10/ reams 2 reams)
iv) Alat tulis
v) Fotokopi& Percetakan
vi) Ring-ring card(RM 10/ keping 10 keping)
Makanan
i) AJK (RM 15/ hari 46 orang)
iv) Air minuman botol 500 ml (RM 6/ kotak 20 kotak)
Pembelian Peralatan
i) Shuttlecock (RM 60 40 tabung)
ii) Net badminton (RM 90 3 unit)
iii) Baju urusetia (RM 10 46 orang)
iv) Tag nama urusetia & lanyard (RM 1.50 46 orang)
Cenderamata dan Hadiah
i) Cenderamata Pengadil (RM 20 6 buah)
ii) Wang Tunai Kemenangan
Tempat Pertama (RM 300)

MEMBUDAYAKAN SUKAN MENCIPTA KEJAYAAN

RM

180
120
20
30
100
100

690
120

2 400
270
460
96

120
300

11

KEJOHANAN BADMINTON PIALA PENGETUA KOLEJ KERIS MAS


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
22 HINGGA 24 MAC 2013

Tempat Kedua (RM 200)


Tempat Ketiga Bersama (RM 100 2)
iii) Pingat (RM 10 8 buah )
vi) Hamper
Tempat Pertama (RM 50)
Tempat Kedua (RM 30)
Tempat Ketiga Bersama (RM 20 2 buah)
5.

6.

7.

200
200
80
50
30
40

Publisiti
i) Printed banner (15 8 1 keping RM 1/ kaki)
ii) Printed banner backdrop (15 8 1 keping RM 1/ kaki)
iii) Printed bunting (2 6 20 keping RM 1/ kaki)
iv) Hebahan media cetak & elektronik
v) Poster A2 (200 keping RM 2/ keping)
vi) Pelekat kelulusan PBT (14 keping RM 1/ keping)

120
120
240
200
400
14

Teknikal
i) Backdrop& Pentas
ii) Bateri
iv) Penyelenggaraan

250
50
100

Rencam

400

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN

MEMBUDAYAKAN SUKAN MENCIPTA KEJAYAAN

7 500

12

KEJOHANAN BADMINTON
PIALA PENGETUA
22 HINGGA 23 MAC 2013

MEMBUDAYAKAN SUKAN MENCIPTA KEJAYAAN

13

You might also like