You are on page 1of 3

KEBERKESANAN Sahube DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS

PERKATAAN KATA NAMA KHAS MURID TAHUN LIMA


OLEH:
TAUFIK BIN DAHARI
BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH AMBILAN JANUARI 2011
ABSTRAK

Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah sangat mementingkan kemahiran


bahasa iaitu kemahiran menulis. Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk melihat kesan
penggunaan bahan bantu mengajar Sahube dalam meningkatkan kemahiran menulis huruf
besar kata nama khas semasa membina ayat karangan. Sampel dalam kajian ini terdiri
daripada seramai 2 orang murid Tahun 5 yang dipilih berdasarkan ujian diagnostik di sebuah
sekolah sekitar Menggatal . Hasil analisis data kajian yang dikumpul melalui ujian pra dan
ujian pasca mendapati bahawa sampel kajian menunjukkan peningkatan markah yang ketara
dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa
penggunaan bahan bantu mengajar permainan bahasa ini sangat berkesan dalam
meningkatkan kemahiran menulis huruf besar kata nama khas semasa membina ayat
karangan. Secara keseluruhannya, permainan Sahube ini telah dapat meningkatkan
kemahiran menulis kata nama khas yang mengandungi huruf besar bagi murid Tahun 5
dengan betul.

1.0

PENGENALAN

Spodek (1973), menyatakan bahawa bermain adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan
bagi setiap kanak-kanak. Mereka belajar dan meneroka melalui aktiviti bermain kerana
imaginasi mereka yang tinggi. Perkara ini bertepatan dengan kajian yang saya jalankan di
mana penggunaan permainan bahasa seperti Sahube mampu menjana pemikiran, menarik
minat dan membuatkan sampel ingin terus belajar sambil bermain.
Perkataan Sahube membawa beberapa maksud yang tersurat. Maksud perkataan
Sa ialah satu, perkataan hu ialah huruf manakala perkataan be pula membawa maksud
besar. Maksud keseluruhan perkataan Sahube ini ialah Satu huruf besar. Apakah yang
dimaksudkan satu huruf besar? Fokus kajian saya ialah kepada masalah murid dalam
menulis huruf dalam perkataan Kata Nama Khas. Maka dengan kaedah permainan Satu
huruf besar ini akan dapat membantu murid dalam menulis dengan lebih baik. Murid perlu
menghasilkan dan menulis hanya satu huruf besar dalam setiap perkataan di awal kata nama
khas yang dibina.
2.0

FOKUS KAJIAN/MASALAH KAJIAN

Fokus dalam kajian ini juga tertumpu kepada aspek tatabahasa iaitu penggunaan kata nama
khas. Melalui beberapa ujian dan pemerhatian yang dijalankan, sampel dalam kajian ini
cenderung meletakkan huruf kecil pada huruf awal perkataan kata nama khas dan huruf
besar pada perkataan yang bukan kata nama khas. Hasil daripada analisis dokumen yang
dijalankan juga mendapati sampel ini melakukan kesalahan yang sama secara berulang.
Terdapat beberapa masalah yang dialami oleh sampel dalam kajian ini iaitu sampel
tidak menulis huruf besar pada awal kata nama khas. Sampel juga tidak dapat membezakan
kata nama khas hidup dan tidak hidup. Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia, (1981) sebanyak 15 markah iaitu (60%) dalam Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) disediakan untuk lima komponen bahasa iaitu
perbendaharaan kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan, penggunaan tanda baca dan
ejaan. Setiap kesalahan daripada mana-mana komponen akan dipotong setengah markah
daripadanya. Hal ini bermaksud sampel boleh kehilangan tiga markah (12%) untuk komponen

ejaan sahaja. Jika sampel tidak mahir menulis huruf besar dan kecil, sudah tentu perkara ini
menjadi masalah besar kepada mereka.
3.0

OBJEKTIF KAJIAN

3.1

Mengenalpasti pola kesalahan murid dalam kemahiran menulis huruf besar kata
nama khas.

3.2

Mengenalpasti kesan penggunaan bahan bantu mengajar Sahube dalam


meningkatkan kemahiran menulis huruf besar kata nama khas semasa membina ayat
karangan.

4.0
4.1
4.2

SOALAN KAJIAN
Apakah pola kesalahan murid dalam kemahiran menulis huruf besar kata nama khas.
Apakah kesan penggunaan bahan bantu mengajar Sahube dalam meningkatkan
kemahiran menulis huruf besar kata nama khas semasa membina ayat karangan.

5.0

PESERTA KAJIAN

Saya menjalankan kajian tidakan ini di sebuah sekolah tempat saya menjalani praktikum fasa
ketiga. Pertama kali menjejakkan kaki ke dalam sekolah ini telah memberikan satu gambaran
berbeza di hati saya. Tambahan lagi, keadaan kelas yang sangat sempit dan bilangan murid
yang ramai mewujudkan suatu keadaan yang tidak kondusif untuk murid belajar.
Peserta dalam kajian ini ialah dua orang pelajar perempuan. Kedua-dua murid ini
berada di Tahun 5 Orkid yang mempunyai jumlah murid seramai 42 orang. Murid yang
menjadi sampel kajian ini mempunyai masalah dalam menulis huruf besar pada awal
perkataan kata nama khas. Mereka juga dilihat keliru untuk membezakan samada sesuatu
perkataan itu ialah kata nama khas hidup ataupun kata nama khas tidak hidup.
Kedua-dua sampel kajian saya tidak memiliki sebarang jawatan di dalam sekolah
membolehkan mereka mudah menerima intervensi daripada kajian saya. Prestasi akademik
bagi sampel 1 dan sampel 2 juga berada pada tahap sederhana. Berdasarkan penelitian
terhadap latihan yang dijalankan, jelaslah bahawa markah banyak dipotong daripada
kesalahan penulisan huruf besar kata nama khas. Peserta kajian saya memiliki satu sifat
pendiam sekaligus membuatkan mereka kurang bergaul dengan rakan-rakan lain yang lebih
pandai.

6.0

PENDEKATAN

Model penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini ialah Model Kurt Lewin (1948). Model ini
menggunakan satu lingkaran yang terdiri daripada empat peringkat iaitu merancang,
tindakan, pemerhatian dan refleksi.
Kajian ini juga menggunakan empat jenis instrumen kajian bagi menilai hasil kerja
murid iaitu ujian awal, ujian akhir, dan analisis dokumen. Semua instrumen kajian ini
dianalisis menggunakan kaedah analisis data senarai semak dan juga jadual transkripsi temu
bual.

Analisis dokumen Hasil kerja sampel kajian dijadikan bahan untuk mengesahkan
masalah yang dihadapi sampel.

Ujian awal dan akhir Ujian yang dijalankan sebelum dan selepas sampel menjalani
intervensi permainan Sahube.

7.0

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dari aspek penulisan kata nama
khas yang ditunjukkan oleh sampel kajian. Sampel kajian yang terlibat dalam kajian ini telah
berjaya menulis huruf besar pada awal perkataan kata nama khas dengan betul walaupun
tidak lengkap secara keseluruhan.
Terdapat beberapa pola kesalahan sampel dalam kemahiran menulis huruf besar
kata nama khas iaitu sampel tidak menulis huruf besar pada awal perkataan kata nama khas
dan sampel juga tidak dapat membezakan kata nama khas hidup dan tidak hidup. Kesan
penggunaan bahan bantu mengajar Sahube juga dilihat telah dapat meningkatkan kemahiran
menulis huruf besar kata nama khas sampel semasa membina ayat karangan. Hal ini dapat
dilihat berdasarkan graf di bawah:

Graf 1: Markah sampel dalam ujian awal.

8.0

Graf 2: Markah sampel dalam ujian akhir.

PERBINCANGAN/RUMUSAN

Sebagai seorang guru Bahasa Melayu, saya berasa bertanggungjawab untuk menyelesaikan
masalah murid dalam kemahiran menulis. Bagi mencapai hasrat itu, guru perlu mencari
kaedah dan teknik yang sesuai dalam meningkatkan kemahiran murid menulis perkataan
kata nama khas. Dengan cara ini, murid akan lebih mudah untuk mengikuti sesi pengajaran
dan pembelajaran guru di dalam kelas. Penggunaan bahan bantu mengajar seperti Sahube
mampu meningkatkan penguasaan murid terhadap penulisan huruf besar kata nama khas.
9.0

SENARAI RUJUKAN

Amirah Khairunnisa bt Jaafar. (2012). Kesan Penggunaan Kaedah Imej Visual Dalam
Mengatasi Masalah Penggunaan Huruf Besar Dan Huruf Kecil Penulisan Bahasa
Melayu Murid Tahun Lima. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Pismp Bahasa
Melayu, IPG Kampus Batu Lintang.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur, 978.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1981). Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan
Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Spodek, B (1985).Teaching in early years, (3rd Ed). New Jersey: Prentice Hall.

You might also like