You are on page 1of 3

Falsafah Pendidikan Khas

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang
berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan
kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat
yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Misi Pendidikan Khas
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk
menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan
sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.
Visi Pendidikan Khas
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas ke arah
kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Apa Dia Pendidikan Khas?


Mereka yang mana keperluan pendidikannya adalah begitu berbeza dengan kanak-kanak biasa
sehinggakan tidak mungkin mereka dapat dididik dengan berkesan tanpa
mengadakan/menyediakan kemudahan program perkhidmatan, pelbagai kemudahan dan bahanbahan yang khusus untuk mereka .
Gearheart, 1972
Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhanpertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa.
Chua Tee Tee, 1981
Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2)
keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku
sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan
sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatanperkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang
maksimum .
Kirk, S.A. et.al. Educating Exceptional Children, 1993
Pengajaran yang bercorak individu direka untuk untuk memenuhi keperluan pendidikan yang
berkaitan dengan murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang
pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baru atau biasa atau perkhidmatanperkhidmatan sekolah biasa.
Calatta, R.A. & Tompkins J.R. Fundamentals of Special Education, 1999
Perakuan Jawatankuasa Kabinet Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) Perakuan 169

Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan


kanak-kanak cacat. Adalah diperakukan kerajaan mengambilalih tanggungjawab pendidikan khas
dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan
oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah
diteruskan.
Piagam Pelanggan Kementerian Pendidikan 3 Januari 1994
Matlamat Pertama : Pendemokrasian Pendidikan
Matlamat Kedua : Pendidikan Berkeperluan Khas
Fundamental Shifts Kementerian Pendidikan Malaysia
F6 : Peningkatan Pendidikan Khas
SKU Kementerian Pendidikan Malaysia
Pendidikan Inklusif
Akta Pendidikan 1996 Bab 8 Pendidikan Khas per. 40
Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah
rendah atau menengah yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat.
Selaras dengan Deklarasi Bangsa-bangsa Bersatu Hak Asasi 1948 dan Ikrar Msyarakat Dunia
mengenai Pendidikan Untuk Semua (Education For All) 1990 yang menegaskan Pendidikan
Tanpa Mengira Perbezaan Pada Diri Individu.
Akta Pendidikan 1996
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) 1997
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 41 Akta Pendidikan 1996, Menteri
membuat peraturan-peraturan yang berikut :

BAHAGIAN I
PERMULAAN
1. Peraturan-Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas) 1997 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1998.
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteks menghendaki makna yang lain murid-murid dengan keperluan khas ertinya murid-murid yang mempunyai kecacatan
penglihatan atau kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran;
Program Pendidikan Khas ertinya :
Suatu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan

penglihatan atau kecacatan pendengaran;


Suatu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan
penglihatan atau kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran; dan
Suatu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh
menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa.

BAHAGIAN II
PENDIDIKAN KHAS3.
(1) Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, murid-murid dengan keperluan khas yang boleh
dididik adalah layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali murid-murid yang
berikut :
(a) Murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang
terencat akal yang berat.
(b) Murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid
biasa, dan
(2) Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh didik jika dia mampu untuk mengurus
diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh suatu panel yang
terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai dari Kementerian Pendidikan dan pegawai dari
Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program pendidikan kebangsaan.
Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau
teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan
bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas.
4. Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubah- suai kaedah
atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran
dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas.

You might also like