You are on page 1of 7

CADANGAN PENYELIDIKAN

SEJARAH PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG INGGERIS DALAM


PENGURUSAN TANAH DI SELANGOR DARUL EHSAN PADA TAHUN
1970-2000.
NAMA

: FARAH SUHAILA BINTI AHMAD ROSHDAN

KELAS

: 6 AK 5

Tajuk:Penerimaan dan pemakaian undang-undang Inggeris dalam pengurusan tanah di


Selangor Darul Ehsan Tahun 1970-2000.
Pengenalan
Pada era penjajahan British, negeri-negeri di Malaysia terdiri daripada empat sistem
sosio-politik yang berbeza iaitu, Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB),
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NMTB) dan Negeri-negeri di Borneo iaitu Sabah dan
Sarawak. Setiap negeri ini mengalami perubahan undang-undang tanah berbeza. Sebelum
Persekutuan

Tanah

Melayu

mencapai

kemerdekaan,

kedudukan

undang-undang

dan

pentadbirannya berbeza-beza di antara sebuah negeri dengan sebuah negeri yang lain, khususnya
mengenai undang-undang pemegangan tanah. Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah
mewujudkan satu bentuk undang-undang tanah iaitu Land Code 1926. Manakala Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu mempunyai undang-undang tanahnya iaitu Land Legislation sendiri.
Bagi Negeri-negeri Selat, Pulau Pinang dan Melaka mempunyai suatu sistem yang
khusus seperti mana terdapat di Negeri-negeri Selat sebelum perang yang dengannya surat ikatan
yang disempurnakan secara persendirian adalah asas hak milik bagi tanah. Pada tahun 1948,
sistem undang-undang tanah yang baru, diperkenalkan pula ke Negeri-negeri Tidak Bersekutu.
Dengan itu wujudlah satu bentuk undang-undang tanah yang sama di seluruh Negeri-negeri
Melayu. Kajian ini, berkaitan dengan pemakaian undang-undang Inggeris dalam pengurusan
tanah di Selangor Darul Ehsan.

Objektif
Kajian ini adalah untuk menambah maklumat terhadap kajian lepas yang telah
dilaksanakan terhadap pemakaian Undang-undang Inggeris dalam pengurusan tanah. Penulis
akan mengkaji penerimaan dan pemakaian Undang-undang Inggeris dalam pengurusan tanah di
Selangor Darul Ehsan tahun 1970-2000.
Melalui kajian ini, penulis akan dapat mengkaji sejarah penubuhan undang-undang tanah
dan perkembangannya. Di samping itu,peranan undang-undang Inggeris dalam pengurusan tanah
di Selangor Darul Ehsan juga akan dikaji.
Penelitian dalam aspek sejarah dan perkembangan undang-undang tersebut akan
memberikan kita pengetahuan tentang sebuah undang-undang yang ditubuhkan dan bagaimana
ia memberi sumbangan dalam pengurusan tanah di Negara kita.
Permasalahan Kajian
Penyelidikan sejarah memainkan peranan penting bagi mengembangkan lagi potensi
individu atau organisasi. Matlamat ini ialah untuk memartabatkan sejarah tanah air kita sendiri di
samping memberi peluang kepada masyarakat untuk mendalami ilmu sejarah yang tepat dan
lebih baik.
Selepas kedatangan pentadbir Inggeris di Negeri Melayu Bersekutu sistem pemegangan
tanah Adat Melayu digantikan dengan Sistem Torrens yand dilaksanakan pada tahun 1891 di
bawah peraturan Hak Milik di Selangor, tahun 1897 di Perak dan Pahang, Negeri Sembilan pada
tahun 1898. Negeri berikutnya iaitu Pahang, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan adalah di
bawah kekuasaan sultan masing-masing pada tahun 1824.

Undang-undang tersebut terus memainkan peranan sebagai entiti yang membantu Negara
sehingga pada hari ini dalam pengurusan tanah. Oleh yang demikian, sejarah perkembangan
undang-undang tanah di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa pemakaian
undang-undang Islam dan adat dan fasa pemakaian undang-undang Inggeris.

Skop Kajian
Kajian ini dijalankan terhadap pemakaian undang-undang Inggeris dalam pengurusan
tanah yang terlibat secara langsung dalam tugasan sepanjang tempoh masa tersebut. Jangka masa
kajian ini adalah sekitar tahun 1970 sehingga 2000 dan penggunaan undang-undang tanah
tersebut masih digunapakai sehingga kini.
Pengkaji akan mengkaji sejarah penubuhan undang-undang Inggeris dalam undangundang tanah, peranan dan penglibatan undang-undang tersebut dalam menguruskan tanah di
Negara Malaysia.

Metodologi Penyelidikan
Kaedah kajian yang akan digunakan oleh pengkaji ialah kajian perpustakaan bagi
menganalisis data-data. Kajian yang akan dilakukan adalah berasaskan sumber- sumber primier,
sekunder dan sumber lisan sahaja. Sumber primier lain seperti Undang- Undang Tanah di
Malaysia, Undang-Undang Tanah Islam(Pendekatan dan Perbandingan), fail- fail, dan dokumen
yang berkaitan turut dijadikan sebagai salah satu sumber. Antara sumber sekunder ialah buku
buku, jurnal yang dapat member gambaran sebenar kepada pengkaji dalam mengkaji persoalan
kajian.
Selain itu, sumber lisan juga akan menjadi penyokong dan penjelasan lanjut untuk
sumber-sumber primer dan sekunder yang dapat diperoleh oleh pengkaji. Pengkaji juga akan
menggunakan kaedah temu bual dengan pegawai Unit Perundangan di Pejabat Tanah dan Galian
yang terletak di Gombak. Di samping itu, pencarian maklumat boleh dijalankan oleh pengkaji
dengan melayari laman sesawang yang berkaitan dengan tajuk.

Penutup
Kajian ini dapat memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang penerimaan dan
pemakaian Undang-undang Inggeris dalam pengurusan tanah bukan sahaja dalam aspek undangundang namun terlibat juga dalam aspek pengurusan tanah. Namun, terdapat pelbagai halangan
ketika melakukan kajian ini dan salah satu halangan tersebut ialah bahan-bahan yang dicari bagi
menjalankan kajian ini susah didapati kerana kebanyakan buku buku tersebut berkurang di
perpustakaan Negara. Selain itu, saya menghadapi kesuntukan masa bagi melakukan kajian ini
kerana saya harus menumpukan perhatian dalam pelajaran dan menjalankan kajian pada waktu
yang sama. Saya juga mengalami masalah pengangkutan apabila melakukan kajian ini dan
perkara ini disebabkan saya mengalami kesukaran untuk mendapatkan pengangkutan untuk pergi
ke tempat- tempat bagi mendapatkan bahan-bahan untuk menjalankan kerja kursus ini.
Walau bagaimanapun, saya dapat menyelesaikan kekangan tersebut dengan merancang
masa yang baik dan dengan usaha yang tinggi. Selain itu, saya telah member kerjasama dengan
baik dengan individu lain semasa dalam proses melakukan kajian tersebut.

BIBLIOGRAFI
Buku-buku
Salleh Buang,Undang-undang tanah di Malaysia.
Laman Sesawang
Google Privacy Policy,

http://urustanahmalaysia101.weebly.com/asas-pengetahuan-tanah.html
Google Privacy Policy
http://undang2malaysia.blogspot.com/2008/01/t.html

You might also like