You are on page 1of 5

EDU3106

ISL M3
Halangan yang dihadapi dalam mewujudkan integrasi kaum dlm kalangan
murid

CABARAN INTEGRASI DAN PERPADUAN MELALUI DASAR PENDIDIKAN


Integrasi dan perpaduan kaum yang ingin dicapai oleh kerajaan melalui Dasar
Pendidikan berdepan dengan cabaran dan halangan yang besar. Salah satu
cabaran utama untuk mencapai perpaduan kaum ini ialah aspek dalaman iaitu
perbezaan bahasa, kebudayaan, kepercayaan dan keturunan yang
mempengaruhi sikap dan nilai sesuatu kaum. Perbezaan ini menyebabkan setiap
kaum di negara ini sukar untuk menerima perubahan yang ingin dilaksanakan
oleh kerajaan dalam dasar pendidikan, kerana pada sangkaan mereka ia
melibatkan penerimaan dan pengorbanan iaitu mereka terpaksa menerima unsur
kaum lain dan mengorbankan unsur kaum sendiri. Situasi sebegini pasti akan
mendapat tentangan daripada pelbagai kaum kerana unsur keturunan,
kepercayaan, budaya dan bahasa sudah menebal dalam kaum masing-masing.
Cabaran kedua ialah pola kedudukan kaum yang berbeza-beza juga
menjadi salah satu cabaran untuk mencapai perpaduan dan integriti kaum. Pola
kedudukan kaum adalah berasaskan sumber ekonomi ini berpunca pada zaman
penjajahan iaitu dasar British yang mengamalkan sistem pecah dan perintah
(divide and rule). Di mana kedudukan ini dapat dilihat orang Melayu menjadi
petani dan menetap di kampung-kampung. Orang Cina pula di tempatkan di
kawasan lombong biji timah yang mana akhirnya menjadi pekan-pekan baru dan
berkembang menjadi bandar. Manakala kaum India pula bekerja sebagai buruh
ladang getah dan menetap di estet-estet.
Untuk mencapai misi pendidikan iaitu perpaduan dan integriti kaum, jarak
kedudukan kaum ini menjadi satu cabaran yang sukar. Kerajaan perlu
memikirkan satu cara untuk meletakkan murid-murid daripada pelbagai kaum
disatu sekolah yang sama supaya matlamat dasar pendidikan iaitu untuk
menyatu dan mengintegrasikan kaum dapat dicapai. Penempatan murid
daripada pelbagai kaum dalam satu sekolah atau kawasan mungkin dapat
dilaksanakan sekiranya selepas kemerdekaan, kerajaan dapat mengubah
keadaan ekonomi iaitu mewujudkan pelbagai pekerjaan yang menghapuskan
pengenalan kerja mengikut kaum.
Cabaran ketiga ialah menyediakan guru yang merupakan agen
kerajaan untuk menyampaikan dan melaksanakan dasar pendidikan kepada
murid dan masyarakat. Oleh itu aspek guru juga menjadi cabaran untuk
mencapai perpaduan dan integrasi kaum. Guru perlu dipersiapkan dengan ilmu
pengetahuan yang cukup dan lengkap untuk menghadapi pelbagai situasi di
sekolah dan masyarakat sekitarnya. Guru perlu memahami misi, objektif dan

EDU3106
ISL M3
Halangan yang dihadapi dalam mewujudkan integrasi kaum dlm kalangan
murid

matlamat akhir sesuatu dasar pendidikan supaya hasrat perlaksanaan sesuatu


dasar itu terlaksana.
Jika seseorang guru itu cetek ilmu dan malas untuk mengambil tahu
isu semasa, ia akan menimbulkan masalah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran seterusnya membawa murid-murid ke arah matlamat yang salah
menyebabkan salah satu matlamat iaitu mencapai perpaduan dan integrasi
antara kaum tidak dapat dicapai. Oleh itu pihak kerajaan perlu memberi latihan
dan kefahaman kepada setiap guru apabila melaksanakan sesuatu dasar yang
baru supaya segala perancangan mengikut landasan yang betul dan generasi
yang akan datang lahir sebagai individu yang mempunyai sifat cinta dan
membudayakan perpaduan dalam kehidupan bermasyarakat.
Media massa juga menjadi agen penyampai matlamat tentang dasardasar kerajaan termasuklah dasar pendidikan. Media massa bukan hanya
membekalkan fakta dan data tertentu. Ia juga memberikan maklumat tentang
matlamat, maksud dan kesignifikanan sesuatu peristiwa. Media massa ini pula
perlu peka apabila menyampaikan sesuatu dasar itu, lebih-lebih lagi jika isu
tersebut menyentuh isu-isu sensitif supaya tidak menimbulkan konflik dikalangan
masyarakat. Melalui matlamat yang tepat, masyarakat akan dapat memahami
kehendak dan matlamat kerajaan dalam melaksanakan sesuatu dasar.

http://coretanummicikgu.blogspot.com/2012/05/integrasi-dan-perpaduankaum-melalui.html

EDU3106
ISL M3
Halangan yang dihadapi dalam mewujudkan integrasi kaum dlm kalangan
murid

Halangan dalam mewujudkan integrasi kaum.

Sosial
Tahap kefahaman yang rendah tentang cara hidup dan masalahmasalah hidup kaum yang lain.
Menyebabkan tiada rasa hormat dan menghargai antara kaum.
Wujudnya masalah
permusuhan kaum.

perkauman

yang

mengundang

kepada

Sekolah jenis kebangsaan yang menempatkan pelajar-pelajar yang


terdiri dari kaum-kaum yang sama dalam satu sekolah.
Bagi ibu bapa, mereka juga lebih cenderung untuk menghantar
anak-anak mereka ke sekolah-sekolah jenis kebangsaan seperti
kaum Cina dan India.
Ini kerana mereka tidak begitu yakin dengan pengurusan sekolahsekolah kebangsaan yang kebanyakkannya terdiri dari pelajarpelajar Melayu.
Kebanyakkan masyarakat di Malaysia lebih cenderung untuk
tinggal di satu kawasan yang terdiri dari penduduk yang sama
kaum.
Contohnya di Kuala Lumpur, penduduk Cina lebih banyak tertumpu
di kawasan Pudu, kaum India di kawasan Brickfield dan Sentul
manakala kaum Melayu pula di kawasan Kampung Baru.

Ekonomi
Perbezaan pekerjaan merupakan salah satu faktor yang menjadi
penghalang kepada perpaduan dari segi ekonomi.

Dasar pecah dan perintah British sebelum zaman kemerdekaan


turut mempengaruhi nilai-nilai perpaduan di kalangan rakyat
Malaysia hingga kini.

EDU3106
ISL M3
Halangan yang dihadapi dalam mewujudkan integrasi kaum dlm kalangan
murid

Agama Dan Budaya


Proses pemasyarakatan yang terbatas dalam kumpulan etnik
sendiri.
Cara hidup kaum-kaum lain tidak diketahui dan ia akan menjadi
penghalang kepada pembinaan hubungan baik antara kaum.
Proses pemasyarakatan ini merangkumi pendidikan di sekolah
serta asuhan ibu bapa.
Kaum Melayu sebahagian besarnya beragama Islam, kaum Cina
beragama sama ada Buddha, Lao-Tze, Taoisme, Confucius
manakala kaum India beragama Hindu.
Ada yang berpendapat, bahawa kejahilan terhadap agama yang
dianuti oleh segolongan masyarakat menyebabkan salah tafsiran
dan membuat kesimpulan mereka perlu memerangi individu dan
kelompok masyarakat yang berbeza pegangan dan agama dengan
mereka.

Politik
Sikap orang Melayu yang dianggap lemah ialah budaya politik
wang yang semakin berleluasa di kalangan parti politik Melayu itu
sendiri.
Amalan politik wang yang berlaku di Malaysia memperlihatkan
ketidak tulusan parti politik dalam memperjuangkan hak kaum
kaum di Malaysia.
Seperti senario politik di serata pelosok dunia, parti politik di
Malaysia tidak terlepas dari amalan politik wang sehingga
menyebabkan pegangan dan prinsip parti diketepikan demi
kepentingan sesuatu individu.

Pemisahan fizikal
Pemisahan fizikal merupakan masalah jarak antara wilayah yang
jauh seperti semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Oleh sebab itu, golongan etnik di Semenanjung Malaysia tidak
dapat mengenali kehidupan etnik lain yang tinggal di Sabah dan
Sarawak.
Dengan itu prasangka, mementingkan kaum sendiri
etnosentisme semakin menebal dalam diri setiap etnik.

dan

EDU3106
ISL M3
Halangan yang dihadapi dalam mewujudkan integrasi kaum dlm kalangan
murid

You might also like