You are on page 1of 2

INSTITUT PERGURUAN ILMU KHAS, JALAN YAACOB LATIFF,

56000, CHERAS, KUALA LUMPUR.


TEL : 03-9138160 FAX : 03- 91319393

Rujukan kami : 103.01.13


Tarikh : 12 Julai 2013
Nestle Malaysia Berhad
22-1, tingkat 22, Menara Surian,
No 1, Jalan PJU 7/3
Mutiara Damansara,
47801, Petaling Jaya,
Selangor Malaysia.
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROJEK KHIDMAT SISWA DI PUSAT
PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) TAMAN EHSAN KEPONG
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, saya FIRDAUS BIN
KHAIRUDIN selaku Pengerusi Program bagi Program Khidmat Siswa Di Pusat
Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Taman Ehsan Kepong dengan kerjasama siswasiswi dari kumpulan Program Ijazah Sarjana Muda Institut Pendidikan Guru kampus
Ilmu Khas Cheras yang akan diadakan seperti maklumat di bawah:Tempat
Tarikh
Pelatih PDK
Petugas PDK
Guru Pelatih

: Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Taman Ehsan, Kepong.


: 7 Oktober hingga 12 Oktober 2013
: 30 orang
: 7 orang
: 11 orang

.
2.
Sehubungan itu kami ingin memohon sumbangan ikhlas dari pihak Tuan
untuk melancarkan perjalanan program berikut:
i. Minuman Milo untuk majlis penutup.
ii. Bijirin atau minuman 3 dalam 1 untuk sarapan pagi.
iii. Wang atau hamper.
3.
Sebarang bentuk sumbangan wang ringgit amat kami harapkan. Sekiranya
pihak Tuan ingin memberikan sumbangan dalam bentuk cek, cek tersebut boleh
dialamatkan kepada:-

PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI


514208339745 (MAYBANK).
5.
Sebagai penghargaan di atas sumbangan daripada pihak Tuan, logo
NESTLE sebagai penaja utama kami akan dipaparkan pada bunting dan buku
program Program Khidmat Siswa di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Taman Ehsan
Kepong.
6.
Segala sumbangan yang dihulurkan kepada kami amatlah kami hargai dan
didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
7.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:Firdaus Bin Khairudin (Pengerusi Program)


013-2349043
Mohammad Sollihin Bin Ahmad Jamali (Bendahari)
013-3830401

Sekian, terima kasih


SETIA MEMBANTU
Yang menjalankan tugas,
.
FIRDAUS BIN KHAIRUDIN
Pengerusi Program Khidmat Siswa
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Taman Ehsan, Kepong
PISMP Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Cheras
Disokong oleh,
.
PUAN ALIJAH BINTI UJANG
Pensyarah Penasihat Program Khidmat Siswa
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Taman Ehsan, Kepong
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Cheras
Disokong oleh,

KOL (B) HAJI JAMIL BIN HAJI MUSTAPHA


Pengerusi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Taman Ehsan, Kepong

You might also like