You are on page 1of 8

1.

PENDIDIKAN KESIHATAN
Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap
kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat. Sukatan pelajaran disusun mengikut tiga tunjang pembelajaran, iaitu:
Kesihatan Diri dan Keluarga, Gaya Hidup Sihat dan Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran.

1.1

Rancangan Pengajaran Harian PK.


Guru seharusnya merancang pengajaran Pendidikan Kesihatan supaya usahanya adalah berlandaskan prinsipprinsip pedagogi yang akan memudahkan murid-murid mencapai objektif pelajaran. Dalam konteks mengajar
Pendidikan Kesihatan di sekolah, Rancangan Pengajaran Harian perlu disediakan sebagai panduan kepada guru
melaksanakan sesuatu pelajaran Pendidikan Kesihatan secara sistematik dan berkesan. Jadi secara ringkas
Rancangan Pengajaran Harian boleh ditakrifkan sebagai suatu rancangan tindakan yang menerangkan mengapa,
apa dan bagaimana guru mengajar.

3.2

Butir-butir penting dalam Rancangan Pengajaran Harian PK


a.

Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran berbentuk tingkahlaku yang ideal, lengkap dan

eksplisit

hendaklah

menunjukkan tiga ciri asas dalam pernyataan;


i.

Tingkah laku atau kebolehan murid akan tunjukkan.

ii.

Peringkat pencapaian yang murid akan tunjukkan.

iii. Kriteria atau syarat perlakuan.


Contoh ; Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat menyenaraikan (tingkah laku) dengan
perkataan sendiri (syarat) lima langkah keselamatan (peringkat pencapaian) semasa menjalani aktiviti
rekreasi air.

b.

Pengetahuan Sedia Ada


Aspek ini penting dan perlu dipertimbangkan oleh guru semasa merancang pelajaran Pendidikan
Kesihatan. Pengetahuan yang sedia ada pada murid-murid dalam sesuatu tajuk atau topik dijadikan titik
tolak (start off point) atau (entry behaviour) bagi sesuatu pelajaran. Dengan mengambil kira perkara ini
guru dapat merancang pelajaran secara realistik di mana tahap isi kandungan pelajaran, jenis aktiviti dan
perancangan hasil pembelajaran akan dibuat sejajar dengan kebolehan murid-murid.

c.

Permulaan
Ini merupakan langkah pertama dalam sesuatu pelajaran yang hendak dismpaikan oleh guru. Guru
hendaklah memikirkan satu teknik yang ringkas untuk meransangkan atau menyediakan murid-muridnya

dari segi mental untuk mengikut pelajarannya. Antara tujuan lain permulaan dalam Pendidikan Kesihatan
adalah:
i.

Mewujudkan perasaan ingin tahu murid-murid tentang sesuatu perkara yang berkait dengan topik
pelajaran.

ii.

Mengarahkan perhatian murid-murid kepada tajuk pelajaran.

iii. Menimbulkan minat murid-murid terhadap pelajaran.


Guru Pendidikan Kesihatan yang berkesan akan menggunakan pelbagai teknik untuk memulakan
pelajarannya dan tidak terikat atau mengamalkan teknik serupa untuk setiap waktu pelajarannya.
Penggunaan sesuatu teknik yang terlalu kerap (overused) boleh mengakibatkan kesan sebaliknya
(counter-effect) dan menjejaskan suasana pelajaran.

Kemahiran Permulaan Pelajaran Pendidikan Kesihatan

Cara Menarik Perhatian

Cara Hubungkait / Asosiatif

Melalui soalan.

Menggunakan Sumber
Pengajaran dan pembelajaran.

Kaitkan dengan pelajaran atau


pengetahuan yang sedia ada.

Menggunakan suara, isyaratisyarat bahagian badan.

Menyentuh tentang pengalaman


murid-murid.

Kaitkan isu-isu semasa dengan


topik pelajaran.

KEMAHIRAN
PERMULAAN YANG
GURU BOLEH
APLIKASIKAN

Cara Menimbulkan Motivasi


-

Memperkenalkan sesuatu yang


menghairankan atau
menakjubkan.

Menjalankan aktiviti yang ringkas.

Menimbulkan
perasaan ingin
d.
Perkembangan
Pelajaran
tahu.

Cara Menjelaskan Tugasan


-

Menyatakan bentuk tugasan atau


latihan.

Menerangkan tujuan pelajaran.

Menjelaskan cara-cara
menyiapkan tugasan.

Langkah-langkah pelajaran hendaklah disusun secara berurutan untuk memudahkan murid-murid


mengikuti pelajaran. Isi pelajaran disampaikan melalui teknik penyampaian yang tertentu dan
penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran disediakan untuk mengukuh pembelajaran.
Contoh: aktiviti pembelajaran adalah seperti berikut;
i.

Bersoal jawab

ii.

Penglibatan dalam aktiviti atau latihan.

iii. Penjelasan sesuatu fakta.


iv. Gerak kerja kumpulan
v.

Penyelesaian masalah
Di setiap langkah pelajaran guru hendaklah mengambil peluang untuk menyelitkan dan

menegaskan bilai murni yang munasabah dan menepati tajuk pelajaran. Juga, perhatian perlu diberi
kepada perkembangan kemahiran berfikir di kalangan murid-murid melalui aktiviti yang sesuai.
Peruntukan masa diperuntukan untuk setiap langkah di bahagian ini hendaklah disesuaikan
dengan kepentingan langkah. Langkah-langkah pengajaran berkait rapat dengan hasil pembelajaran
yang dirancangkan oleh guru.

e.

Penilaian
Penilaian tertumpu kepada pencapaian hasil pembelajaran murid-murid. Soalan utama adalah, sejauh
manakah murid-murid telah mempelajarai perkara yang disampaikan dalam sesuatu waktu pelajaran.
Penilaian dibuat secara ringkas dalam pelbagai cara dan bentuk. Di antara caranya adalah;
i.

Menjawab soalan (lisan / bertulis)

ii.

Persembahan

iii. Melakukan tunjuk cara


iv. Merumuskan isi pelajaran
v.

f.

Mempamerkan hasil kerja.

Penutup Pelajaran
Penutup pelajaran memberi peluang kepada guru membuat rumusan tentang butir-butir utama yang telah
dipelajari oleh murid-muridnya. Masa diperuntukan kepada bahagian penutup adalah ringkas, guru perlu
merancang dengan teliti cara penutup pelajaran dan mejalankannya dengan cekap dengan hanya
menyentuh perkara-perkara yang penting sahaja.
Guru boleh juga menggunakan penutup pelajaran untuk ;
i.

Penilaian ringkas untuk menentukan pelajaran

ii.

Memberi latihan bertulis kepada kelasnya sebagai pengukuhan pembelajaran.

iii. Menjelaskan tugasan yang perlu dibuat oleh muridnya.

3.3

Format Rancangan Pengajaran Harian PK

Mata Pelajaran

Tarikh

Tunjang

Masa

Tajuk

Tahap / Tahun :

Sub-Tajuk

Bil. Murid

Hasil Pembelajaran

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :

1. Kognitif

:
:
:

2. Psikomotor 3. Afektif

Kemahiran Berfikir

Pengalaman Sedia Ada

Penerapan Nilai

Alatan

Bahagian / Masa

Aktiviti

Permulaan

Video klip kemalangan

Perkembangan

NOTE:pakai slide

Kemuncak

Penutup

Fokus Pembelajaran

Organisasi / Sumber

3.4

Penulisan Hasil Pembelajaran PK


Dalam pelajaran Pendidikan Kesihatan, sungguhpun pembelajaran aspek kognitif dan psikomotor dapat
dinyatakan dalam bentuk eksplisit, aspek afektif iaitu perkembangan sosial, nilai dan sikap terpaksa dinyatakan
secara implisit. Ini adalah memandangkan bahawa perubahan tingkah laku dalam domain afektif lebih merupakan
satu perubahan dalaman dan tidak nyata (jelas) dan sukar diukur serta merta.
Apabila menulis hasil pembelajaran, guru perlu menggunakan kata kerja yang tepat. Kata kerja yang
tepat membantu seorang guru untuk mengetaui sama ada murid-murid telah mencapai hasil pembelajaran yang
dikehendaki.
Contoh kata kerja yang sesuai digunakan dalam pernyataan hasil pembelajaran adalah seperti berikut;

Domain Kognitif

Domain Psikomotor

Domain Afektif

Menamakan
Melabelkan
Menyatakan
Menerangkan
Membezakan
Merumuskan
Memberi Contoh
Menunjukkan
Mengaitkan
Mengenal pasti
Mengkelaskan
Membandingkan
Menilai
Mentafsirkan

Melukiskan
Menunjukkan
Menyusun
Mendemonstrasikan
Menceritakan
Menyesuaikan
Menyusun semula
Membina
Mencipta
Melakonkan
Melakukan

Mengikut
Memberi perhatian
Mematuhi
Memilih
Membezakan
Mencadangkan
Menggunakan
Mengamalkan
Menunujukkan minat
Membandingkan
Menunjukkan kepakaran
Menunjukkan kesedaran
Menunjukkan sikap
Menikmati
Menghargai
Menilai

3.5

Contoh Rancangan Pengajaran Harian PK

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHAP 1

Mata Pelajaran

: Pendidikan Kesihatan

Tarikh

: 25.07.2007

Tunjang

: Kesihatan Diri dan Keluaraga

Masa

: 0800 - 0830

Tajuk

: Kesihatan Diri

Tahap / Tahun : Tahap 1/ Tahun 1

Sub-Tajuk

: Amalan Asas Kesihatan

Hasil Pembelajaran

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :

1. Kognitif

Menyatakan tiga amalan harian yang dilakukan bagi


menjaga kebersihan.

2. Psikomotor

Menunjuk dua cara menggosok gigi mengikut kedudukan gigi.

3. Afektif

Mengamalkan penjagaan kebersihan diri sepanjang masa.

Pengalaman Sedia Ada

: Murid-murid pernah melakukan aktiviti menjaga kebersihan diri.

Persediaan Guru

: Gambar-gamabr penjagaan kesihatan: mandi, menggosok gigi


dan gambar bersiri

Penerapan Nilai

: Kasih sayang, berdikari

Alatan

: Berus gigi. Tuala, sabun, tiub ubat gigi.

Bahagian / Masa

Permulaan

Aktiviti

1. Soal Jawab.

Fokus Pembelajaran

(3 minit)
-

Bagaimana murid-murid boleh


buktikan kewujudan kuman
pada anggota tubuh badan ?

Organisasi / Sumber/
Strategi (cara
penyampaian)eg:buku,poster
Gambar-gambar amalan
kebersihan diri

Tubuh badan kotor dan berbau.

Contoh:
1.organisasi-Ind@kelas

2. Memerhati gambar amalan


kebersihan pagi, petang
dan malam

Perkembangan
(8 minit)

1. Mengumpul dan
menyusun gambar
amalan kebersihan.

2.sumber@bahan ABM

Amalan kebersihan pagi, petang


dan malam

Memberus gigi,
Mandi
Menukar pakaian
Mengemas bilik tidur
Mencuci pakaian

Pagi

Susun gambar kegiatan harian


mengikut turutan amalan
mengikut masa.

3.strategi&teknik P&P

-Kelas
-LCD/computer
Sumber P&P
-ICT
-BCB

Kumpulan 5 orang
6 kumpulan
6 set gambar bersiri

Buka tingkap bilik tidur


Mengemas tempat tidur
Berus gigi
Mandi

Petang
- Cuci pakaian yang sudah
dipakai
- Berus gigi
- Cuci rambut
- Mandi
Malam
- Tukar ke pakaian tidur
- Berus gigi
- Cuci kaki

2. Menamakan alat dan


bahan diguna untuk
amalan kebersihan

Bahagian / Masa
Kemuncak
(7minit)

Aktiviti
1. Latihan Amali cara
menggosok gigi

Nama alat dan bahan


- Berus gigi
- Tuala
- Sabun
- Ubat gigi

Fokus Pembelajaran

Tunjukcara menggosok gigi


yang betul.

Kelas
1 batang berus gigi
1 ketul sabun
1 helai tuala
1 tiub ubat gigi

Organisasi / Sumber
Individu
Sebatang berus gigi seorang

Pergerakan berus dari atas ke


bawah.
Jangan gerak berus dari secara
melintang sebab ia akan
merosakan gigi

Gambar besar cara


menggosok gigi

Individu
2. Lakonan cara mandi

Penutup
(2 minit)

1. Melihat semula gambar


bersiri dan bercerita
semula.

Berlakon cara mandi


Cara menggunakan sabun.
Cara menggunakan tuala.

Susunan Gambar Bersiri

Kumpulan 5 orang

Pagi
-

6 kumpulan
Buka tingkap bilik tidur
Mengemas tempat tidur
Berus gigi
Mandi

Petang
- Cuci pakaian yang sudah
dipakai
- Berus gigi
- Cuci rambut
- Mandi

6 set gambar bersiri

Malam
- Tukar ke pakaian tidur
- Berus gigi
- Cuci kaki
2. Menegaskan kepentingan
menjaga kebersihan diri

Kurangnya kebersihan diri


memudahkan penyakit bertapak
dalam diri seseorang.

ULASAN
CATATAN GURU PEMBIMBING/PENSYARAH
REFLEKSI : Pencapaian murid.....(eg: hujan guna recent plan yang baru...yg lama biarkan saja)

You might also like