You are on page 1of 2

NAMA : SHATYAWATHI A/P SOMASUNDHARAM

Proses pengajaran dan pembelajaran mesti dirancang dengan sistematik dan


tersusun melalui satu reka bentuk pengajaran.
b. Model ASSURE boleh membantu guru merancang pengajaran secara sistematik
dan meningkatkan hasil pembelajaran murid. Adakah anda bersetuju.

Saya bersetuju bahawa model ASSURE dapat mengalakkan guru untuk


merancang secara sistematik. Reka bentuk pengajaran telah banyak berkembang,
bergantung kepada guru untuk memilih dan mengaplikasikan reka bentuk yang
sesuai digunakan dalam perancangan pengajarannya. Model ASSURE memberikan
garisan panduan pemilihan matlamat pengajaran, penetapan objektif pembelajaran,
pemilihan strategi, isi pelajaran, sumber dan resos dan bentuk penilaian yang
sesuai. Model ini mengandungi 6 langkah dan diyakini boleh membantu guru
merancang pengajaran secara sistematik dan meningkatkan hasil pembelajaran
murid.
Langkah pertama ialah Analyse Learners iaitu, analisis pelajar. Analisis
pelajar bermaksud guru menganalisis ciri-ciri umum pelajar, pengetahuan atau
pengalaman sedia ada dan gaya belajar. Menganalisis kumpulan sasaran atau
pelajar dapat membantu guru merancang pembelajaran yang sesuai bagi mereka.
Proses menganalisa murid penting kerana berdasarkan maklumat ini guru mampu
membangunkan bahan yang baik dan bersesuaian dengan latar belakang murid.
Penghasilan bahan yang sesuai mampu membantu murid memahami dan mengenal
pasti maklumat pembelajaran berkaitan tajuk dengan mudah. Model yang tepat,
penganalisaan guru yang betul dan kebolehan guru menyampaikan maklumat
dengan baik akan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
menarik di dalam bilik darjah seterusnya mencapai objektif pembelajaran tajuk
tersebut.
Langkah kedua ialah State Objectives yakni nyatakan objektif. Guru perlu
menentukan objektif atau hasil pembelajaran yang mahu dicapai. Objektif mestilah
dinyatakan secara eksplisit supaya mudah diukur dan dicapai. Sebelum
pembelajaran bermula, menentukan objektif adalah penting supaya guru dapat
menetapkan sasaran yang mahu dicapai dan seterusnya menetapkan apa yang
murid perlu dapat.
Objektif yang jelas dapat membantu guru fokus kepada
yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Penggunaan kaedah dan
bahan yang bersesuaian mudah dipilih oleh guru kerana guru telah menetapkan
objektif terhadap pengetahuan, kemahiran, dan sikap baru yang perlu dikuasai oleh
pelajar.
Ditinjau dari langkah ketiga Select methods, media and materials
bermaksud pilih kaedah, media dan bahan sumber, setiap perancangan pengajaran

yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah dan bahan sumber dibuat
secara sistematik dan terancang. Proses pemilihan tersebut merangkumi aspekaspek seperti membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan
objektif yang hendak dicapai, memilih format media yang sesuai dengan kaedah
yang dipilih dan memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber
pembelajaran.
Langkah seterusnya adalah Utilise Media and Materials iaitu gunakan media
dan bahan sumber. Langkah ini ialah bagaimana media dan bahan sumber
pengajaran dan pembelajaran dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Bagi
memastikan kejayaan penggunaan media dan bahan, sumber tindakan-tindakan
berikut perlu dilakukan oleh guru. Guru hendaklah mengkaji, menyemak dan
menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum digunakan. Ini dapat
membantu guru memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai dengan objektif
pengajaran dan pembelajaran.
Langkah yang kelima pula adalah Require Learners Participation membawa
definisi libatkan pelajar dalam pembelajaran.
Sesuatu pembelajaran yang
melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan
perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran
seperti teori behavioris dan juga teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar
akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Latihan
dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan
sebagainya dapat terus mengekalkan pengelibatan pelajar dalam aktiviti
pembelajaran. Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat
membantu dan mengekalkan pengelibatan pelajar dalam ptoses belajar, Gambar
foto, slaidm gambar bersiri, video dapat mencetuskan perbincangan dalam
kumpulan, dapat menjana idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah.
Langkah yang terakhir yang dilabel sebagai Evaluate and Revise iaitu, nilai
dan semak bertujuan memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber.
Langkah ini dapat meningkatkan mutu hasil pelajaran kerana memberi peluang
kepada guru menilai dan menyemak semula perancangan guru selepas mengajar.
Penilaian yang dibuat dari awal hingga akhir proses pengajaran dan pembelajaran
dapat mebantu guru mengambil tindakan membetulkan langkah pengajaran
daripada refleksi dan maklum balas murid. Guru dapat menghasilkan idea untuk
membuat penambahbaikan melalui penilaian. Tamsilnya, guru dapat mengenal pasti
keberkesanan media dan bahan sumber yang dipilih untuk mengajar.
Tuntasnya, berbantukan model pembelajaran ASSURE sesi dan kandungan
pengajaran pendidik akan lebih baik, menarik dan lebih terancang lagi. Model
ASSURE ini sudah pasti akan lebih membantu para pendidik dalam merncang proses
pembelajaran sama ada sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran dan
pembelajaran itu.

You might also like