You are on page 1of 4

ARAHAN AM KEPADA CALON

1.

Anda wajib menduduki semua kertas soalan bagi mata pelajaran yang telah didaftar.

2.

Anda dikehendaki membawa Kad Pengenalan dan Kenyataan kemasukan (Slip


Peperiksaan) sepanjang masa peperiksaan. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa
dokumen berkenaan.

3.

Anda hendaklah berada di tempat duduk dalam bilik peperiksaan 15 minit sebelum masa yang
ditetapkan bagi peperiksaan itu.

4.

Calon yang tiba lewat akan dikehendaki memberi Sebab yang munasabah kepada Ketua
Pengawas. Kertas soalan tidak akan diberikan kepada calon yang tiba lewat lebih daripada 30
minit kecuali dalam keadaan yang istimewa.

5.

Letakkan Kad Pengenalan atau Borang Pengenalan Diri dan Kenyataan Kemasukan
Peperiksaan (Slip Peperiksaan) anda di atas meja sepanjang masa peperiksaan.

6.

Beritahu Pengawas dengan serta-merta jika anda diberi kertas soalan yang berlainan daripada
yang tercatat di dalam Jadual Waktu atau menerima kertas soalan yang tidak lengkap.

7.

Baca semua arahan pada kertas soalan itu dengan teliti sebelum anda mula menjawab.

8.

Jangan dedahkan kertas jawapan anda sehingga boleh dibaca oleh calon lain.

9.

Jangan meniru atau beri peluang meniru kepada calon lain.

10. Jangan beri atau mendapat pertolongan atau melakukan sebarang perbuatan yang tidak
jujur.
11. Jangan berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar bilik peperiksaan semasa
peperiksaan sedang berjalan.
12. Jangan mewakilkan orang lain menduduki peperiksaan ini untuk diri anda.
13. Jangan bawa masuk ke dalam bilik peperiksaan sebarang buku, nota, kamus, akhbar
sebarang kertas atau catatan termasuk Jadual Waktu Peperiksaan kecuali alat-alat yang
dibenarkan untuk kegunaan semasa peperiksaan.
14. Jangan bawa keluar dari bilik peperiksaan kertas jawapan sama ada yang belum ataupun
yang telah digunakan.
15. Jangan tukar tempat duduk yang telah ditetapkan kepada anda tanpa kebenaran daripada
Ketua Pengawas.
16. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata atau tidak sesuai.
17. Calon sekolah dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah.
18. Jangan mengganggu ketenteraman atau melakukan kekacauan di dalam atau dekat bilik
peperiksaan semasa peperiksaan sedang berjalan.
19. Anda dilarang menulis nota pada dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
1

20. Anda dilarang membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
21. Anda dilarang menukar kertas soalan atau skrip jawapan peperiksaan dengan calon lain.
22. Anda dilarang merokok di dalam bilik peperiksaan.
23. Anda tidak dibenarkan membawa kertas soalan keluar dari bilik peperiksaan semasa
peperiksaan sedang berjalan.
24. Anda tidak dibenarkan membawa masuk telefon bimbit, kamera, radio, perakam suara dan
apa-apa peranti elektronik berkeupayaan bluetooth/wifi tidak boleh dibawa masuk ke dalam
bilik peperiksaan.

Arahan Tentang Kertas Jawapan Objektif Aneka Pilihan (Kertas Soalan Objektif)
1. Apabila Calon menerima kertas Jawapan Objektif Bermaklumat hendaklah menyemak
Nama Calon, Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Kod Mata Pelajaran dan Nama Mata
Pelajaran pada kertas JOB berkenaan.
2. Calon tidak dibenarkan membetul/meminda/menghitamkan sebarang maklumat yang sedia
dicetak dan ditanda dalam JOB. Jika terdapat kesilapan maklumat sila memberitahu kepada
pengawas.
3. Untuk Menghitamkan jawapan dalam kertas JOB, Calon perlu menggunakan pensel 2B
atau BB. Pencel tekan tidak boleh digunakan, kerana pencel tekan akan merosakkan kertas
jawapan tersebut.
4. Gunakan pemadam jenis getah lembut sahaja untuk memadam tanda jawapan yang tidak
dikehendaki.
5. Anda tidak dibenarkan menghitamkan jawapan anda lebih daripada satu jawapan. Cara ini
dianggap meniru.
6. Jangan lipat, gulung, buat lubang atau tanda yang tidak dikehendaki di atas kertas jawapan
objektif.
Arahan Tentang Penggunaan Buku Jawapan (BJ): (Kertas Soalan Subjektif)
1. Gunakan pen dakwat hitam atau biru untuk menulis maklumat dan jawapan.
2. Helaian tambahan boleh didapati daripada pengawas sekiranya perlu.
3. Tulis Nama Mata Pelajaran, Kod Mata Pelajaran, Angka Giliran dan Nombor Kad Pengenalan
anda dengan jelas pada tiap-tiap helaian tambahan kertas jawapan, kertas kaligrafi, peta, graf
dan sebagainya yang anda gunakan.
4. Tuliskan dengan terang nombor jawapan anda mengikut nombor soalan seperti yang diberikan
dalam kertas soalan pada permulaan tiap-tiap jawapan. Jangan buang masa menyalin soalan.
5. Tuliskan jawapan anda dengan menggunakan pen dakwat hitam atau biru supaya mudah
dibaca. Pensel atau pen berdakwat warna boleh digunakan untuk.melukiskan gambar rajah dan
peta sahaja.
6. Pelajar juga diingat supaya membawa alat-alat geometri dan alat-alat melukis bagi mata
pelajaran yang memerlukannya. (Jangka sudut, jangka lukis, jangka tolok, pembaris, dan
benang).
7. Penggunaan kalkulator tidak dibenarkan untuk mata pelajaran Mathematics Kertas 2 (50/2).
8. Kalkulator saintifik yang senyap dan tidak boleh dlprogram atau save atau copy boleh digunakan
untuk mata pelajaran lain selain Mathematics Kertas 2 (50/2).
9. Pemadam jenis cecair/kimia atau seumpamanya tidak boleh digunakan.

10.Apabila anda disuruh berhenti menulis, susun kertas jawapan anda mengikut susunan yang
betul. Pastikan anda telah menulis angka giliran yang betul pada setiap helaian tambahan kertas
jawapan. Ikat kesemuanya pada sudut kiri sebelah atas dan pastikan kertas jawapan anda tidak
terlipat
AMARAN KEPADA CALON
Sebarang perbuatan yang melanggar peraturan peperiksaan dianggap salah laku dan akan
menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib.
Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku di atas boleh dikenakan tindakan berikut:

Keseluruhan keputusan peperiksaan digantung;

Keputusan mata pelajaran berkenaan dibatalkan;

Keseluruhan keputusan peperiksaan dibatalkan;

Keseluruhan peperiksaan pusat berkenaan dibatalkan.

You might also like