You are on page 1of 10

ESUSASTERAAN DALAM BAHASA MELAYU

GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU


Pengenalan
Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa.
Perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya
dan baik isinya." Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan
sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak.
Kesusasteraan wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga
bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan
sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik
yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula
akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang
sebenarnya juga merupakan kesusasteraan.
Kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaaya manusia.
Ia adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap
bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri.
Kesusasteraan Melayu adalah peninggalan nenek moyang kita yang amat berharga
dan merupakan lambang sejarah budaya serta kesenian bahasa dan bangsa
Melayu. Pengajaran Kesusasteraan Melayu sebagai satu komponen dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu mula diajar di sekolah rendah dan juga di sekolah
menengah. Matlamat Kesusasteraan Melayu diajar di sekolah untuk melengkapkan
murid-murid dengan ilmu sastera agar dapat menghayati, menghargai, mencintai
dan membanggakan bahasa dan sastera Melayu dalam bidang pendidikan dan
kerjaya, ke arah pemantapan cita rasa santera dalam kalangan masyarakat.
Hal ini, sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Komponen
sastera meliputi pendedahan bahan-bahan sastera seperti;

i.
ii.

iii.

Pantun
Buku seperti Lanang Berladu Lanang merupakan kumpulan pantun bangsa
Melayu Brunei yang diungkapkan oleh Prof. Madya Dr. Hj Hashim.
Terdapat pelbagai jenis pantun yang mengandungi persoalan dan
pengajaran terutama untuk mengajarkan kemahiran berfikir analogi
melalui pembayang maksud yangmengandungi banyak perlambangan.
Syair
Dewan Bahasa Dan Pustaka telah banyak menerbitkan banyak buku syair,
antaranya Adun Nan Alun Sebahtera, Rampaian Laila Syair, Syair
Perlembagaan Negeri Brunei, Syair Asli Rajang Hari, Syair Nasihat dan

sebagainya. Masih ramai pelajar tidak mengetahui tentang kewujudan


syair-syair ini melainkan guru-guru mengenalkannya kepada mereka
melalui bahan pengajaran di bilik darjah.

iii. Perambahan
Perambahan
merupakan
versi
Brunei
yang
sama
istilahnya
dengan
peribahasa. Namun, ia mempamerkan kehidupan masyarakat Brunei. Guru-guru
boleh mendapatkan buku mengenainya yang bertajuk Perambahan Brunei dan
menjadikannya
sebagai
bahan
pengajaran
terutama
bagi
mengajar
maksud perbandingan dan kosa kata Melayu Brunei.
iv. Hikayat
Diangdangan merupakan hikayat penglipur lara. Antara contoh diangdangan ialah,
Hikayat Awang Kamaruddin, Diangdangan Bujang Sigandam, Awang Si Linong,
Hikayat Awang Si Ambok, dan banyak lagi diangdangan lainnya yang dapat
dijadikan sebagai bahan pengajaran BahasaMelayu.
v. Cerpen
Cerpen merupakan salah satu bahan kesusasteraan Melayu Moden. Dewan Bahasa
dan Pustaka juga telah banyak menerbitkan cerpen yang juga boleh digunakan
dalam pengajaran bahasa. Antara cerpen yang pernah diterbitkan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka ialah, Apabila Sungai Mengalir, Basikal Idaman, Bumi Warisan,
Di Hujung Pertemuan dan sebagainya. Selain daripada senarai-senarai di atas,
terdapat juga bahan sastera tempatan lain seperti, cerita rakyat, sastera sejarah
atau historiografi, sastera epik, sajak atau puisi, novel dan drama. Sekali lagi
dinyatakan di sini, terpulanglah kepada guru untuk menyesuaikannya dengan isi
pengajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar

PENDEKATAN PEMAHAMAN TEKS


Konsep Pendekatan
Pendekatan didefinisikan sebagai cara atau langkah-langkah yang diambil bagi
melaksanakan sesuatu tugas, (Kamus Dewan,2003). Definisi yang diberikan oleh
Kamus Dewan sememangnya umum, penulis memberikan takrifan ini mungkin
untuk situasi-situasi yang tertentu seperti menyelesaikan masalah atau konflik yang
timbul dan berbagai-bagai lagi.
Akan tetapi, terdapat sedikit perbezaan takrif pendekatan dalam konteks
pendidikan. Takrifan pendekatan dalam kontek pendidikan ialah satu cara
mendekati sesuatu atau perihal mendekati. Bagi lebih memahami, kita lihat contoh

terdekat dengan kita iaitu objektif pembelajaran. Bagi mencapai objektif


pembelajaran, seseorang guru perlu menggunakan beberapa pendekatan yang
bersesuaian dengan tahap keupayaan muridnya. Menurut Gestalt, situasi
mempelajari sesuatu secara keseluruhan dahulu dan kemudian mempelajari
elemen-elemen yang ada di dalamnya. Jika situasi ini diterima sebagai sebuah teori
pembelajaran, maka ia merupakan suatu bentuk pendekatan. Dalam istilah yang
lebih mudah ialah pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata
pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya.

Kaedah Pengajaran
Kaedah pula lebih menekankan penyusunan langkah-langkah untuk
menyampaikan P&P secara sistematik berlandaskan prinsip dan teori
pembelajaran. Langkah-langkah P&P disusun rapi dan kesinambungannya diikuti
dengan teliti supaya ada urutan terarah atau berfokus untuk menghasilkan proses
P&P yang berkesan.
Mangantar Simanjuntak 1982: 72

Kaedah berbentuk prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah atau


peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk
mencapai tujuan tertentu
Kaedah Struktural
Rajah 1: Kaedah Struktural
Kaedah ini berdasarkan pendapat analisis teori struktural kritikan sastera yang
merupakan kaedah paling awal. Pengajaran dan Pembelajaran yang bertujuan
memahami aspek-aspek kesusasteraan, struktur dan binaannya. Kaedah ini tidak
mementingkan penghayatan atau penikmatan sastera. Karya sastera dianalisis dari
sudut pembinaan atau strukturnya. Aspek-aspek struktur dikaji, iaitu:

tema

persoalan

latar

plot

sudut pandangan

watak perwatakan

gaya bahasa

simbol / lambang

bentuk
Perhubungan antara elemen-elemen ini yang membendung struktur

sesebuah karya itu, di samping mempunyai fungsinya yang tersendiri. Kaedah


induktif sesuai digunakan bagi mengkaji elemen di atas. Bagi pelajar karya sastera
adalah sebagai buah fikiran pengarang, renungan ke dalam diri, imaginasi, emosi,
penerapan

pengetahuan, manipulasi dan pengalaman kerohanian. Kaedah

ini

membuat penyorotan terperinci terhadap komponen-komponen di atas.


Kaedah ini dianggap memudahkan pelajar mengkaji unsur estetika,
artistic dan keunikan sastera dengan mengambil lira aspek inrtinsiknya. Contohcontoh konkrit digunakan untuk memudahkan lagi memahaman pelajar terhadap
sastera. Perhubungan antara elemen dipertontonkan secara langsung dalam karya
yang menunjukkan bagaimana unsur-unsur ini bekerjasama dan akhirnya terhasil
karya yang padu.
Ada dua konsep penganalisisan sastera secara struktural iaitu:

Memahami perhubungan elemen dalam sesebuah karya. Perhubungan


elemen ini akan dapat dikesan apabila analisis struktur dilakukan terhadap karyakarya kesusasteraan.

Sastera ada kedudukan tersendiri. Ia bebas tanpa ada perhubungan dengan


pembaca.
Falsafah disebalik pendapat ini ialah sesuatu itu wujud bebas bersendirian. Sifatnya
boleh ditemui melalui analisis secara rasional. Manusia itu pula adalah makhluk
yang aktif.
Ciri-Ciri Kaedah Struktural:
Ia merupakan perhubungan antara struktur-struktur kesusasteraan seperti
tema, plot, watak perwatakan, latar teknik, gaya bahasa, sudut pandangan dan
sebagainya yang membentuk keseluruhan karya. Dalam P&P sastera, pemahaman
terhadap

setiap

elemen struktur dan perhubungannya hendaklah diberikan

perhatian.
Kaedah ini menggunakan pendekatan induktif. Para pelajar dibimbing mencari
dan menemui objektif tertentu elemen struktur. Kaedah ini memerlukan guru yang

mahir dan tahu secara mendalam perhubungan elemen struktur tersebut. Objektif
tertentu elemem struktur sahaja yang diutamakan tanpa mengambil kira aspekaspek lain.
Unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebih dahulu sebelum pengajaran
dimulakan dan kemudian setiap unsur itu dijelaskan secara terperinci. Pembelajaran
lebih banyak dipandu oleh guru. Walaupun pelajar dibenarkan membincangkan
sesuatu isu tentang elemen struktur, tetapi perbincangan itu tidak boleh keluar
daripada acuan yang telah ditetapkan oleh guru. Bahan bantu mengajar (BBM) tidak
dipentingkan, tetapi kefahaman elemen struktur sahaja dan ini memadai dengan
penerangan dan perbincangan ringkas sahaja. Kaedah ini sesuai di peringkat tinggi
sahaja.
Definisi Kaedah Global
Kaedah global ditakrifkan sebagai kaedah mudah seperti simulasi khasnya
berdrama. Kaedah ini mestilah bersesuaian dengan tahap keupayaan murid dan
situasi murid kerana meliputi kepandaian dan kesesuaian tatacara kehidupan
(permainan) kanak-kanak. Lazimnya kaedah ini dilakukan secara bebas.
Ciri-Ciri Global
Ada 3 bentuk aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah ini :
aktiviti mimik dengan tidak mengggunakan kata-kata dalam menyampaikan
perasaan.

aktiviti spontan dengan apa yang ada dan dengan suara.


aktiviti-aktiviti lain yang berbentuk lakonan

Pelaksanaan Kaedah Global


1. Murid membaca dan menghayati karya sastera yang diberikan oleh guru.
2. Guru meminta murid-murid mencari persoalan yang menarik dalam karya
sastera.
3. Dalam.suasana informal guru meminta murid-murid berlakon dan melakukan
gaya aktiviti di atas untuk lakonkan watak.
4. Guru boleh mengadakan aktiviti seperti:-

lakonan berasaskan gambar


lakonan berasaskan skrip
lakonan guna topeng
lakonan guna cerita berlagu

Teknik Pengajaran
Teknik merupakan aktiviti-aktiviti yang diatur dalam kaedah dan strategi
P&P atau cara sesuatu pengajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar. Aktivitiaktiviti yang sesuai dan menarik dirancang dalam bentuk perlakuan dan kemahiran
yang ingin diperolehi dan dicapai oleh murid. Kemahiran guru dalam mengelola
aktiviti semasa P&P berlangsung akan menggalakkan penglibatan murid secara
aktif dalam kelas dan pembelajaran memberangsangkan, bermakna dan
menceriakan.
Dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera selalunya tidak
menyeronokkan dan biasanya membosankan murid. Mengapakah keadaan ini
berlaku? Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh guru dan murid dalam
pengajaran dan pembelajaran komponen sastera. Satu daripada alasannya ialah
guru tidak mendapat pendedahan tentang teknik pengajaran dan pembelajaran
kesusasteraan.
Selain itu, guru tidak berminat dengan sastera dan tidak memiliki kemahiran
tentang sastera. Guru juga tidak berkeupayaan untuk menunjukkan contoh kepada
murid tentang cara-cara karya sastera itu dipersembahkan.
Oleh yang demikian guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan
pembelajaran yang kurang menarik yang diamalkan sebelum ini. Teknik yang
dicadangkan ini juga berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan
bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di
dalam kelas. Teknik pengajaran dan pembelajaran yang dimaksudkan adalah seperti
berikut;
(a)Teater Pembaca
(b) Teater Bercerita
(c) Persidangan Meja Bulat
(d) Monodrama
(e) Balang Kaca
(f) Stesen
(g) Kerusi Panas
(h) Peta Minda
(i) Improvisasi

(j) Mestamu
(k) Dekon
(l) Adaptasi
PENGGUNAAN KAEDAH GLOBAL DAN TEKNIK MONODRAMA DALAM
P&P KESUSASTERAAN MELAYU
NOVEL 6:20
Dalam pengajaran kesusasteraan, pendekatan diolah dari teori-teori kritikan sastera
yang melihat kesusasteraan tersebut daripada pelbagai perspektif. Dalam novel,
6:20 oleh Siti Jasmina Ibrahim, saya akan menggunakan kaedah Global dan
Teknik Monodrama dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah Global
Kaedah global merupakan kaedah mudah seperti simulasi khasnya berdrama.
Kaedah ini mestilah bersesuaian dengan tahap keupayaan murid dan situasi murid
kerana meliputi kepandaian dan kesesuaian tatacara kehidupan (permainan) kanakkanak. Lazimnya kaedah ini dilakukan secara bebas.
Dalam melaksanakan kaedah ini murid-murid perlu membaca dan
menghayati novel tersebut. Murid-murid juga perlu mencari persoalan yang menarik
dalam novel itu. Kemudian, murid-murid diminta berlakon dengan mengguna skrip
yang dibina dengan mengguna Teknik Monodrama.
Teknik Monodrama.
Monodrama merupakan karya drama yang ditulis untuk seorang pelakon. Ia
merupakan salah satu teknik berbentuk lakonan semula oleh seorang pelakon untuk
melakonkan watak-watak yang dipilih dalam sesebuah novel atau cerpen.
Seseorang pelakon itu perlu menghayati perwatakan watak-watak di dalam novel
atau cerpen yang dipilih oleh guru. Maka, seseorang pelakon itu perlu membaca
dan menghayati sesebuah novel yang dibacanya.
Pelakon perlu berusaha untuk meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskan
peranan dan tindakan watak dalam sesuatu karya. Berdasar lakonan itu, murid lain
dapat menilai perwatakannya dan perwatakan individu lain. Oleh itu, sebelum
melakonkan semula watak-watak yang dipilih, guru dan murid perlu menyediakan
skrip terlebih dahulu untuk dibaca dan dihayati. Hal ini, boleh mendidik murid-murid
bertutur dengan intonasi yang sesuai dengan satu-satu situasi.
Sinopsis Novel 6:20
Novel 6:20 mengisahkan pelajar universiti yang berusaha untuk menyelesaikan
masalah yang berlaku di daerahnya. Sukma adalah anak pengerusi persatuan
penduduk di daerah itu. Dia anak tunggal dalam keluarga yang berjaya dan

berpendidikan. Sukma pelajar yang aktif dan bijak di kampusnya. Disenangi oleh
rakan-rakannya seperti Iskandar, Teja, Jerry, Alvin dan Rafik.
Sukma berasa hairan apabila setiap pukul 6:20 pagi ada sahaja tetamu yang datang
ke rumahnya. Apa yang lebih menghairankan tetamu-tetamu itu hanya muncul dan
tidak mahu berbicara dan enggan diajak masuk ke rumahnya.
Sukma akhirnya mengetahui ada sekumpulan anak muda berpakat dalam senyap
memperjuangkan satu gagasan kebebasan mutlak. Jerry kawan baiknya telah
menyertai kumpulan ini. Tambah merisaukan Sukma, sejak Jerry terlibat dengan
kumpalan ini, kehidupannya tidak terurus. Sukma dan rakan-rakannya berusaha
untuk merungkaikan permasalahan ini.
Ruang sepi di kelab WX2 menjadi stesen pertemuan mengatur agenda. Licik dan
sukar dikesan. Ahlinya adalah terdiri daripada mereka yang terpilih, intelektual dan
bijak.

Sifat ingin tahu Sukma telah membuka satu persatu rahsia disebalik gagasan itu.
Sukma mencantumkan setiap ruang dan waktu sebagai alamat pemecah
kebuntuan. Kehadiran tetamu misteri setiap 6:20 membawa pertemuan demi
pertemuan. Tanpa disedari dan memeranjatkan Sukma mengesyaki ibunya terlibat
dalam kegiatan kumpulan ini.

Prosedur Pelaksanaan Teknik Monodrama


Dalam melaksanakan prosedur pengajaran dan pembelajaran ini, guru perlu
membuat perancangan dengan teliti agar proses pengajaran dan pembelajaran
dapat dilaksana dengan lancar. Pada langkah pertama, guru perlu membuat set
induksi yang menarik dan sesuai dengan apa yang hendak diajar. Kemudian, guru
perlu menentukan beberapa objektif yang sesuai untuk dicapai pada hari itu.
Seterusnya, untuk melaksanakan teknik monodrama guru perlu menyuruh muridmurid membaca karya yang hendak diajar terlebih dahulu (beberapa hari sebelum
hari pengajaran). Contohnya, Novel 6:20. Tujuannya supaya murid-murid
memahami dan menghayati isi kandungan novel tersebut dan mengenali watakwatak yang terdapat dalam novel tersebut. Contohnya watak Sukma, Iskandar, Teja,
Jerry, Alvin dan Rafik.
Setelah semua murid membaca, memahami dan menghayati novel tersebut,
guru perlu memilih seorang pelakon untuk melakonkan watak yang terdapat dalam
novel tersebut. Pelakon tersebut mesti memahami dan menghayati watak-watak
yang dipilih.

Sebelum melakonkan watak tersebut, guru perlu membantu murid-murid


menyediakan skrip dan menghafal skrip tersebut. Tujuannya agar pelakon tersebut
dapat meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskan peranan dan tindakan watak
dalam sesuatu karya. Contohnya, dalam Novel 6:20, guru boleh memilih beberapa
watak untuk dilakonkan. Contohnya watak Iskandar dan watak Rafik. Antara contoh
dialog yang diungkapkan oleh Iskandar ialah;
Kamu sangat kuat Sukma. Sikap kamu yang bersungguh-sungguh dan
peribadimu yang terpelihara telah menyedarkan saya. Saya silap. Saya mahu
membantu. (6:20 : 227)
Begitu juga dengan ungkapan Rafik yang ingin menyedarkan Iskandar yang telah
memiliih jalan yang salah;
Istigfarlah Iskandar, kembalilah. Berazamlah bersungguh-sungguh untuk
bertaubat. Sesungguhnya Allah suka akan orang tua yang bertaubat tetapi Allah
amat suka akan orang muda yang bertaubat. Marilah kita sama-sama bantu ibu
Sukma, ya. (6:20 ; 230)
Petikan dialog ini boleh digunakan dalam lakonan semula oleh pelakon yang
dipilih. Pelakon berkenaan perlu menghayati kata-kata ini agar audion dapat menilai
akan peranan watak tesebut. Begitu juga dengan watak-watak lain.
Selepas teknik monodrama ini dilaksanakan, guru boleh membuat beberapa
aktiviti lain yang dapat menjurus kepada pencapaian objektif pengajaran dan
pembelajaran pada hari itu.
Salah satu aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah guru perlu membentuk beberapa
kumpulan murid untuk membincangkan bagi mencari perkataan berimbuhan dalam
bab-bab tertentu. Kemudian, guru perlu meminta setiap ketua kumpulan
membentangkan hasil perbincangan mereka. Setelah pembentangan, guru perlu
memperbetulkan kesilapan murid-murid .
Selain daripada itu, guru boleh mengadakan sesi soal jawab dalam kalangan murid.
Tujuannya untuk menilai kefahaman murid-murid terhadap isi kandungan novel
tersebut.
Kemudian, untuk menilai penguasaan murid-murid terhadap nada dan intonasi
bahasa, guru boleh meminta beberapa orang murid membaca dialog yang terdapat
dalam novel tersebut. Jika terdapat kesalahan, guru perlu memperbetulkannya
dengan cara menunjukkan contoh bacaan yang betul.
Akhirnya, guru perlu latihan dan membuat kesimpulan serta rumusan hasil
pengajaran dan pembelajaran pada hari itu.
Kesimpulan

Sebagai seorang guru, aplikasi pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran perlu
dilaksanakan dengan teliti. Guru perlu peka semasa menyediakan rancangan
pengajaran dan pembelajaran terhadap penggabungjalinan kemahiran-kemahiran
agar pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Selain itu, guru perlu
mempelbagaikan teknik pengajaran mereka agar memudahkan murid-murid
memahami apa yang diajar. Oleh itu, seseorang guru perlu kreatif dan inovatif
dalam melaksanakan tugas mereka.
Rujukan
Abdul Rasid Jamian dan Arbaie Sujud (2001). Integrasi Media; Pengajara
Bahasa dan Sastera.Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Arbaie Sujud.2007. Apresiasi Bahasa interpretasi & Ekspresi. Kuala
Lumpur: Sarjana Press Sdn. Bhd.
Asmah Hj Omar. (1984).Kaedah Pengajaran Bahasa
Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, ArbakOthman (2005).Kamus Komprehensif Bahasa
Melayu.Shah Alam. Fajar Bakti Sdn Bhd.
Rozlan Musa, Masri Karjah, Junaidah Jaafar dan Tg. Adnan Raja Daud. Antologi
Kerusi & Novel Julia.Kuala Kangsar: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Rozaiman Makmun. (2007).BAHTERA: Bahan Sastera dalam Pengajaran
Bahasa.Bandar Seri Begawan. Universiti Brunei Darussalam.
Siti Jasmina,2011.6:20.Kuala Lumpur: Utusan Publication&Distrubutors Sdn.Bhd.
Sidang Penyusun. (2006).Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Negara
Brunei Darussalam.Bandar Seri Begawan. Kementerian Pendidikan

You might also like